dupavisitometer

KEMBALI

Akhir entri blog ini, pada 29julai2015. kemudiannya terhenti sebab aku hiatus dah masuk 3 tahun. Mengembangkan diri. sudah tidak punya cabaran, sebab hampir keseluruhan cabaran hidupku yang terbesar aku hadapi ketika kembara di bumi emiratis tahun 2012. 

pelbagai yang dijalani, dirasai, dan meresap ke fikiran melalui jalan - jalan peristiwa, secara peribadi, dalam ruang lingkup komuniti atau yang lebih besar adalah umbang ambing negeri. 

ya, 2018 sudah tercatat sebagai peristiwa bersejarah negaraku Malaysia. Melalui lunas demokrasi, akhirnya rakyat memilih untuk menumbangkan kerajaan selama 61 tahun dan menggantikan dengan yang baru. sudah banyak yang tercatat dan yang mencatat letak duduk peristiwa ini. begitu banyak harapan, dan begitu banyak pengharapan. 

cinta kasihku pun sudah masuk darjah satu. sudah pun nak masuk ke darjah dua. Syukur aku masih ada untuk menyediakan apa saja untuk dia. tapi tidak sebesar pengorbanan bondanya. perempuan bekerjaya sekaligus seorang ibu. mendidik dan mengasuh anakku ini supaya menjadi seorang anak yang berguna kepada ibu bapanya kelak, insha'allah.

aku merindui setiap gurau senda dan masa - masa yang bermakna buat aku dulu, pada setiap petang cinta kasihku masuk ke dalam kereta Myvi BLU 5011 dan mencipta dunianya sendiri. ada ketikanya dia melawan naga dan beruang, ada ketikanya menjadi sang raja memimpin rakyatnya gula gula coklat. adakala dia berenang di lautan luas meneroka tanah tanah baru untuk taman permainan. menakjubkan pemikiran awal tumbesaran, sambil sambil menghilangkan tekanan kerja aku yang tidak kunjung sudah.

namun itu hanya tinggal kenangan, bila dia habis alam tadika, masuk pula ke alam baju putih seluar biru. masa kami berdua makin terbatas. di awal pagi dan lewat petang. sungguh rugi rasanya.

setiap waktu bersamanya, aku merasakan aku real dan benar dalam dunia ini, punya tujuan dan matlamat, yang seringkali hilang dan tenggelam dalam urusan urusan dunia yang karut dan marut. 

HIATUS

Assalamua'laikum...2017
blog ini masih lagi dalam fasa hiatus. owner tengah mencari konsep baru dan mengumpul material material yang berguna.

KERISAUAN YANG BERKEMBANG (GROWING CONCERN)

Akhirnya, episode episode sedih tatakelola tanah bani tamim ini semakin berkembang. berkembang ke arah yang merisaukan. entah di mana silapnya, setiap jawapan menambah soalan, bukan selesaian. setiap tindakan menambah misteri dan rahsia, bukan juga selesaian. semua nya serba tak kena, bull eyes pun bukan, bidikan tepat pun bukan.

kini, masuk sudah episode casualty ataupun korban.

masih panjang lagi episode cinta kamu 200 persen ini. semoga kita dapat keluar dari kekelutan ini dengan selamat. aku tak mintak banyak. aku mintak selamat sahaja.

KITA DAN SOCIAL MEDIA

5 tahun dulu, kesesakan dan impak media sosial tidak lah sesibuk ini. tidak setinggi ini paras kompleksitinya. kini, di tahun 2015, bergegarnya sosial media bermaksud bergegarnya persepsi dan arah fikir kita terhadap sesuatu topik. atau nama lainnya viral. kita terpana dan terlekat kepada sesuatu isu berdasarkan info di sosial media, berbanding info yang legit dan sah. 

impak sosial media ini terus menghantui seluruh aspek sosial yang lain, antaranya persekitaran politik, ekonomi, sosial, hiburan, gaya hidup dan paling berbahaya apabila ia memberikan kesan kepada isu - isu keagamaan. 

apakah punca dan katalis kepada pembuakan dan kegilaan media sosial untuk period 5 tahun yang dulu? antara lain adalah berpunca dari kemudahan akses (kalau dulu smartphone hanya boleh sms dan kos tinggi untuk internet surfing), dan paling penting, adanya feeder (entiti yang aktif nak post segala mak nenek ke media sosial) dan juga takers / responser (entiti yang terima hype feeder dan semangat pulak nak suruh entiti lain menghantar response yang sama). 

yang paling mendapat perhatian adalah sekiranya feeder post sesuatu yang berpotensi menimbulkan konflik. konflik kepada kepercayaan sedia ada (contoh: persoalan bid'aah), atau konflik kepada perseteruan (contoh: politik dan perselisihan selebriti).

jarang sekali hype dan konflik ini berlaku dan mendapat sambutan responser dalam kes data dan fakta (Contoh: laporan kewangan / ekonomi) dan sesuatu yang responser rasa ianya tidak konflik / sensasi (Contoh: lokasi pelancongan). 

kalau dulu orang berkata, rumah siap pahat masih berbunyi, media sosial kini merubah fungsinya sebagai 'pahat' untuk membuat bunyi - bunyi (baca: komen-komen, hype) kepada perkara (baca: rumah) yang sudah siap. begitulah sebabnya terjadi viral recycle yang sering hadir dan auto-feed sesetengah media sosial, facebook contohnya. 

samada ianya sesuatu yang baik, atau kurang baik, terletak kepada feeder dan responser yang bertanggungjawab. tetapi, mesharakat kita nampaknya sudah selesa untuk menerima semua ini. samada ianya benar atau tidak, sah atau tidak, verified atau tidak, semuanya tidak dipedulikan dan sekiranya melibatkan fakta dan data, cukup dengan sekadar jawapan dari lebai google.

sedangkan impak dari komen-komen dangkal dan membabi buta ini jauh lebih serius dari lebai google, dan persepsi si feeder dan responser. 

attention seeker lagi berat masalahnya. sangat berat sampai aku rasa malas nak ulas panjang dah.    

POTENSI (POTENTIAL) DAN HABUAN (REWARD)

dalam tajuk pengurusan sumber manusia, secara spesifiknya pengurusan bakat (talent management) oleh sesebuah syarikat adalah bertujuan untuk:-

1) meningkatkan keupayaan sumber secara organik
2) sebagai pelan penggantian (succession plan)

Contoh: 
syarikat mengenalpasti sumber manusia (prospect) yang berpotensi untuk dibangunkan, untuk keuntungan syarikat masa hadapan (melalui tambahan kecekapan productiviti) dan juga sebagai calon yang sesuai untuk menggalas tanggungjawab yang lebih tinggi untuk syarikat di masa hadapan. 

cakap pendeknya, generasi pelapis untuk pacu kelangsungan syarikat di masa hadapan. kelainan cabaran di iklim perdagangan / perniagaan semasa adalah berbeza pada zaman yang berbeza dan mempunyai dinamika yang berbeza.

baik.

di sini, terdapat elemen penting untuk pembangunan sumber manusia ini. iaitu kata dan tafsiran POTENSI.

Potensi bermaksud, identified prospect itu layak dari segi standard dan cabaran yang diberikan dan keupayaan untuk  ditingkatkan kelayakannya itu, melalui sejarah produktiviti dan ratio kejayaannya menangani masalah / projek / target tertentu. itu dari segi tafsiran syarikat.

potensi juga bermaksud harapan, peluang dan tambahan tanggungjawab yang diyakini oleh identified prospect. mainan dan keyakinan dalaman. sumber motivasi. personal target. tafsiran potensi inilah yang menjadi faktor pemacu (derived factor) untuk calon ini terus - terusan berusaha meningkatkan dan mencapai potensi yang digambarkan oleh pihak pengurusan kepadanya samada secara jelas atau tidak. tafsiran potensi ini kepada prospect adalah lebih kepada kepercayaan kepada keupayaan diri sendiri. whatever it takes. 

namun, seringkali dilupakan oleh pihak pengurusan adalah bentuk habuan (reward) sekiranya identified prospect ini benar - benar mencapai standard potensi achievement yang digariskan. 

adakah prospect ini akan dapat reward yang sepatutnya bila dia merasakan dia sudah berusaha dan mencapai piawaian potensi yang ditetapkan.

apakah yang akan terjadi sekiranya prospect itu mendapati rewardnya tidak berbaloi ataupun tidak setimpal? 

oleh itu, elemen potential and reward adalah sama pentingnya untuk kejayaan pengurusan bakat (talent management) sesebuah syarikat.

TGHH DAN MAT SABU SOKONG PM

dalam percaturan politik semasa, disaat - saat keperluan kepada sokongan dan bangkangan, TGHH dan Mat Sabu kali ini secara berterus terang menyatakan sokongan kepada PM.

bukan persetujuan keuntungan politik sepertimana yang kita tahu (mahathir-najib fiasco), tetapi atas prinsip pertukaran PM perlu mengikut lunas - lunas demokrasi, begitulah lebih kurang.

ini adalah satu strategi politik yang genius. dan banyak yang salah faham sekiranya membaca hanya kepada tajuk, bukan isi. 

maknanya, dalam satu ketika, PAS di puncak kuasa, jika berlaku pengkhianatan, idea dijatuhkan dari kuasa selain dari cara yang dibenarkan melalui lunas - lunas demokrasi telah ditolak awal - awal oleh TGHH dan Mat Sabu. 

strategi ini adalah serampang dua mata, dimana mengekalkan kepimpinan lawan yang 'goyang' dan sekaligus mengangkat profesionalisma PAS dalam hal naik-turun seorang PM di masa hadapan. 

logiknya, PAS sepatutnya mempunyai sama nada dengan pakatan (DAP+PKR) untuk menuntut apa yang patut dituntut, tetapi kenyataan terbaru PAS ini sudah lain dari harapan kawan dan lawan. 

dalam politik, inilah yang berlaku. realiti of politics. sembanglah apa nak sembang, tapi siapa licik dialah yang dapat. lebih kurang begitulah.

KEKEJAMAN MANUSIA KEPADA BAYI

dalam dua ke tiga hari ini, tak sanggup rasanya melihat kekejaman manusia kepada bayi. satu kena hempuk pusing - pusing dan satu lagi kena kerat 15. kekejaman apa lagi yang lebih kejam dari ini? 

ini adalah bayi, dimana secara fitrahnya mereka hadir untuk disayangi dan dilindungi. dan paling aku tak boleh terima, bayi dan budak sekecik ini tidak pernah mengganggu hidup kamu, melainkan kamu ini mental atau dirasuk syaitan. 

bagaimanakah mereka ini sanggup melakukan kekejaman ini?

orang lain pun stress jugak dengan himpitan GST dan gelisah dengan skandal 1MDB ni, tapi takkan sampai nak bunuh dan cincang bayi. 

diharapkan pihak berwajib lakukanlah sesuatu. bukan polis. tapi pihak kebajikan atau khidmat kaunseling. datanglah kepada mereka yang bermasalah. cuba check sapa yang selalu dapatkan khidmat mental kat hospital - hospital tu dan lawatlah mereka. 

memang susah nak tinggalkan kerusi empuk dan sedap tu, tapi dah amanah kena lah turun padang. jika mengharap untuk mereka datang, mungkin sudah terlambat.

harapan yang sama untuk bahagian disbursement duit zakat. pandai kutip, harapnya pandai jugak nak distribute ke asnaf. harap maklum.

KRISIS PEMILIHAN: PELUANG DAN ANCAMAN

Pemilihan PAS 2015 akan datang akan jadi lebih hangat dari biasa. Hangat dengan sebab terbentuknya 2 kumpulan yang mengintai peluang tampuk kepimpinan, pro-Ulama (pro-UG kononnya) dan Pro-professional + jebon (Perkukuh PR). Kenapa ada nama jebon tidak dapatlah dipastikan kenapa. 

Ini bukan perkara laur biasa. 
Persis krisis pemilihan Umno tahun 1988 antara dua tokoh pemimpin, Mahathir - Ku Li 1988 dengan fraction A dan Fraction B. Kini, semakin hangat dalam PAS berkenaan pertembungan dua golongan kepimpinan, iaitu paksi Ulama dan paksi professional. Getus dan riak pemisahan ini terjadi sekitar 2008 dan berkembang dan membarah secara jelas sehingga kini. Puncanya kelam, namun yang pasti kelemahan kepimpinan itu sesuatu yang pasti. kurang efektif itu satu bab, tetapi tentangan yang istiqamah itu tidak pula di selesaikan dengan cara yang bersungguh. ini menyebabkan syakwasangka satu pihak ke satu pihak yang lain itu bertambah. bukan terhadap pemimpin, tetapi dikalangan pendokong akar umbi. 

yang jelas, kepimpinan di Selangor dan Kelantan itu berbeza. latar belakang nya juga berbeza. campuran sosial nya juga berbeza. tuntutan nya juga berbeza. semoga mereka faham. 

Cuma, pengurusan krisis kena mantap. Sebab, krisis adalah ancaman (threat) dan sekaligus peluang (opportunity) untuk PAS menambahbaik mutu keberhasilannya sebagai alternatif kepada UMNO. pelik, jika sebelum ini 'perpecahan' dalam UMNO adalah opportuniti kepada PAS, tetapi 'perpecahan' dalam PAS adalah oportunititi kepada siapa? 

adakah kita akan menyaksikan tokoh baru akan muncul selepas hujan? Adakah benar sepertimana bacaan politik sesetengah pihak bahawa Husam adalah Presiden material.

Jangan di lupa, sebelah sana juga sedang mengalami krisis kepimpinan. dan seperti biasa, Tun Mahathir perlu berada di situ. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...