dupavisitometer

Showing posts with label rebiu filem. Show all posts
Showing posts with label rebiu filem. Show all posts

satu tangan, satu kaki dan sebilah pedang patah



karya gelap dan tsui hark (1995) bikinan semula 'the one-armed swordsman (1967) dengan olahan jalan cerita yang lebih huru-hara, hitam, serabut dan lebih kejam.

kudung bangsat, yang berusaha untuk menjadi swordmaster, untuk jadi sedikit baik dari kudung bangsat adalah benar-benar satu idea tentang nasib insan yang sangat malang.

dan idea itulah yang membuatkan cerita ini sedap.

sofi jikan dan bohsia 2012




minit ke 40 hingga 45 durasi filem bohsia 2012 adalah terbaik dan klimaks. dek lakonan, bahasa tubuh dan riak muka yang mantap, sedetik aku percaya si keting bergegar hatinya...terima kasih pada lakonlayar dan arahan teliti dan 'lain macam' syamsol yusof.

memang sepanjang durasi filem ini, lakonan 'si keting' yang dipersembahkan oleh sofi jikan sangat 'hidup' dan di kembang dengan baik. dari kepada lawak, jahat, kurang hajar, kejam dan akhirnya ganas. maknanya, 'misteri' sifat antagonis keting ditimbulkan satu persatu, yang disesuaikan dengan sturktur awal wataknya  sebagai seorang rempit ranking top tang terlalu hot di penang yang kemudiannya terpaksa berhijrah ke KL. dan keting adalah 'ketua' pada racing yang beretika. aduiii...


disebabkan keting terlalu kuat di dalam tangan sofi jikan, watak lain yang boleh di kira 'hidup' juga. namun, watak-watak penting lain seperti nabila huda, zizan, salina saibi, harun salim bachik dan samsol sendiri dirasakan 'setakuk' bawah dan tak sama level dengan watak keting.

di sepanjang cerita samsol kekal mendatar sebagai hero, zizan mendatar juga sebagai side-kick hero. harun cuma supplement pada pasangan hero dan sidekick. pertaruhan watak hitam putih antara salina dan nabila juga tidak seimbang, walaupun untuk kali ini watak salina ada juga sekali dua menonjolkan kekuatan.

namun aku kira samsol telah menggarapkan bohsia 2012 jauh lebih baik dari bohsia edisi lalu dan seimbang dengan penceritaan dan mesej. dan scene pada minit 40-45 tayangan memang terbaik.

spanic dan grexit

sepanyol kini dikenali dengan 'sepanyol yang panic' a.k.a 'spanic'. Sepanyol telah terperangkap dengan krisis hutang yang merengguh kemapanan salah sebuah 4 gedung duitnya yang terbesar, 'bankia'. industri domestik kini terperangkap dengan kadar faedah pinjaman yang mencanak naik, dan rakyat dibelenggu dengan masalah pengangguran yang melata. pendek kata, rakyat tidak berbelanja, dan kerajaan habis duit membayar hutang.

bagaimanakah gedung duit 'bankia' boleh terperosok dalam krisis hutang ini dan seterusnya menggugarkan ketahanan ekonomi domestik spanic? yang kemapanan ekonominya adalah nombor 4 dibelakang perancis, german dan itali?

ianya bermula dengan perasaan tamak dan salah perkiraan. gedung duit sepanyol, terutamanya bankia telah terperangkap dengan pembiyaan pembelian rumah-rumah musim panas yang mewah di valencia dan murcia untuk period 2000-2009 yang sangat 'boom'. 

namun, kejatuhan ekonomi global drastik 2008 mengakibatkan banyak orang kehilangan pekerjaan - dan selalunya hilang juga pemilikan rumah, termasuklah rumah-rumah mewah ini. pendek cerita, banklah pihak terakhir yang menanggung hutang tak terkutip ini, sehingga walaupun menurunkan harga rumah mewah itu sehingga 50% pun tidak mampu menarik pembeli dan sekaligus mengurangkan hutang bankia. 

demi meneruskan pengoperasiannya yang besar dan berselirat di segenap sepanyol, bankia secara rasmi telah memohon 'bailout' sebanyak 19 billion euro dari kerajaan sepanyol, yang dipersetujui, namun akhirnya mengakibat kerajaan sepanyol sendiri terjerumus dalam perangkap hutang domestik yang dalam, sehingga menyebabkan kerajaan sepanyol terpaksa membekukan dirinya dan tidak lagi berkemampuan untuk melancarkan  pakej-pakej stimulus untuk merangsang ekonomi domestik. sebab itulah menteri kewangannya, cristobal montoro menyatakan bahawa saat ini 'adalah mustahil bagi spain untuk mem-bailout dirinya' dan kini masuk dalam kumpulan yang memerlukan bantuan kewangan daripada kesatuan eropah.

jika sepanyol di terima, ini bermakna sepanyol akan menambah senarai negeri-negeri yang memerlukan bail-out kesatuan europa, selain daripada greece, portugal dan ireland, dimana kerajaan greece sudah pun memberikan bayangan bahawa akan keluar dari kedaulatan kesatuan EU.

bukan rahsia kerajaan baru awal greece telah meletakkan cadangan agar keluar dari kesatuan eropa dan membangun ekonominya sendiri. Oleh sebab itu. piliharaya 17 june yang akan datang adalah sangat signifikan untuk menentukan samada Greece kekal sebagai sebuah ahli kesatuan Eropa atau tidak. Jika tidak, maka Greece akan kembali kepada matawang asal dan kedaulatan awalnya sebelum 'join' kesatuan Eropah. dan jika ini terjadi, pastilah ianya memberikan kesan yang sangat besar kepada kesatuan ini.

Ura-ura greece akan keluar EU ini bukan sahaja menggegarkan arena politik EU, malahan mencetuskan panik dikalangan penduduk yang serta-merta dengan bertindak melindung nilai aset dan simpanan mereka dengan cara mengeluarkan simpanan matawang euro mereka secara besar-besaran yang disepah-sepahkan ke merata negara-negara EU atau dikenali dengan 'Grexit'. pengeluaran secara besar-besaran ini ternyata akan memberikan kesan kepada simpanan bank-bank domestik Greece. dinyatakan, sehingga May 2012, jumlah pengeluaran 'Grexit' ini mencecah 700 juta Euro telah dikeluarkan dari bumi Greece.

kini, masharakat dan elitis ekonomi dunia masih memikirkan kaedah penyelesaian yang terbaik, namun ianya terlalu kompeks untuk ditanggung oleh EU sendiri. dengan keadaan united states sendiri masih tercungap-cungap, dan china yang akhir-akhir ini menunjukkan data-data ekonomi yang sangat perlahan dan kini sangat defensif dengan domestik marketnya, maka dimanakah lagi alternatif untuk EU melepaskan diri dari beban hutang yang mencengkam?

bacaan tambahan:
spanic, grexit and euro flying money - cnn
europe unveils bank bailout plan - cnn
spain in euro zone crisis cross-hairs - cnn
china services growth weakens as jpmorgan cuts: economy - bloomberg
china prepares for 'grexit' - cnn
bad news piles up for china economy - bloomberg

bunohan: politik gelap melayu

kalau ilham dan bunga lalang tidak pulang ke kampung bunohan pun, politik gelap bakar sudah  'menelan' tanah bunohan. bakar dan jolok main politik invisible, yang tahu tapi tak nampak. bakar memandang sepi kepulangan bunga lalan.

pulangnya juga ilham ke bunohan, menolong bakar tidak, mengancam perancangan bakar pun tidak. Namun, yang hairannya, ilham dan bunga lalang tahu mereka sudah pun berada di dalam kira-kira politik bakar, mengapa tidak pula 'melawan'. kiranya, apa ada hal sangat seorang assassin dan jaguh tomoi nak 'tanam' bakar dan selesai masalah?

heh, sebab bakar amal politik gelap. bakar mahir dunia underworld. bakar mahir main duit. bakar mahir konsep hutang budi. bakar mahir ilmu menindas orang miskin. bakar tahu cara bagi makan kapitalis. bakar tahu hendak macammana nak kalahkan siapa, 'hidup'kan siapa, 'mati'kan siapa dan 'simpati'kan siapa, asal sampai resortnya jadi.

bakar pandai jaga imej. tak gelojoh. pakaian smart. kalau bakar bunuh ayahnya pada hari pertama dia pulang ke bunohan, apa kata orang kampung nanti? bunga lalang balik ke tidak, projek resort bakar mesti jadi, cuma pok eng ada pilihan untuk hidup atau mati. bila pok eng tolak dokumen, bakar tahu pok eng sudah jemu hidup. 

seram juga memikirkan naked truth yang dibawa oleh bunohan, iaitu itu politik gelap melayu memang tiada tandingan kejamnya.

shock doctrine: the rise and fall of capitalisme

The Shock Doctrine: The Rise of Disaster Capitalism is a 2007 book by Canadian author Naomi Klein

ish...aku baru habis tengok docufilem ni. lepas tengok perasaan aku bercampur baur. tak sedap. tak macam milo campur nescafe jadi neslo. pasal dia cerita perihal pengembangan kapitalisma. ideanya kapitalisma berkembang dengan satu doktrine. iaitu shock doctrine. lepas ada shock doctrine, ada pulak shock therapy.

katakan benda tu political shock doctrine, kawan dia policies therapy. political shock doctrine ni katakan negara tu tak support kapitalisma, dilancarkan political shock doctrine untuk ubah struktur politik jadi acceptable to kapitalisma. contohnya coup de tat general pinochet di chile 1970's. pinochet berfungsi untuk lancar terus policies therapy lepas coup dengan 'menghilangkan' para penentang polisi baru kapitalis baru, agar yang tinggal hanya penyokong-penyokong tegar kapitalisma.

kemudian ada economy shock doctrine and therapy, macam krisis matawang asia tenggara 1997 (shock doctrine) yang mana IMF datang menghulurkan therapy.

banyak lagilah yang didedahkan dalam docufilem ini, namun, kebanyakan shock doctrine ini selalunya gagal dengan kebangkitan dan resistance dari rakyat jelata. rakyat bangun menentang pinochet. rakyat iraq bangun menuntut demokrasi yang dijanjikan, dan termasuklah reformasi indonesia, occupy wall street dan arab spring.

sebab, kapitalisma tamaknya tidak bersempadan. konsultan pembanguna pendidikan iraq selepas penjarahan amerikah diberikan kontrak 150 juta dollar, hanya mampu membina 6 buah sekolah. sedangkan di zaman sadam, 86% rakyatnya celik huruf walaupun dia diktaktor. syarikat konsultan pembangunan politik dan pentadbiran baru iraq diberikan kontrak 20 billion dollar untuk merangka struktur kenegaraan iraq yang baru, gagal melakukan apa-apa selama 4 tahun. menjelang julai 2007, 100 askar amerikah digandingkan dengan 70 orang askar kontrak. amerikah masuk iraq dengan kos perang dua kali ganda dari biasa. 

semasa zaman great depression, kaum buruh bangun melakukan 4,421 siri tunjuk perasaan jalanan yang bertahan selama puratanya 20 hari. tahun 2008, apabila sistem kewangan kapitalis hancur lebur, kaum buruh bangun dengan hanya 20 siri tunjuk perasaan jalanan. 

banyak lagi bukti-bukti sahih kebangkitan rakyat jangan dipandang enteng. 

protolol dan contraband kena berjaga-jaga. you might be next, bro.

values & intellect by charlie bucket

charlie bucket (kiri sekali)
semalam aku tengok cerita 'charlie and chocolate factory'.

cerita yang diadaptasi daripada buku cerita kanak-kanak roald dahl (1964) dengan tajuk dan tema yang sama. johnny depp melakonkan watak willy wonka, freak chocolate dan filem ini diarahkan oleh 'sekutu hollywood' johnny depp, iaitu tim burton. walaupun entah yang ke-berapa kali aku menonton cerita ini, 'perasaan' usai menonton masih sama, dan seringkali terulang bila aku menonton genre filem yang lebih kurang sama, iaitu 'series of unfortunate event - lemoney snicket'.

sebab, apabila ditanggalkan segala gilang-gemilang dan solekan gah hollywood daripada cerita ini, yang tinggal hanyalah 'values' dan 'intellect'. dan, barangkali banyak filem-filem tempatan atau hollywood yang lain, jika kita 'tanggalkan' segala gilang-gemilang, solekan, letupan serta 'tricks n tales'nya, jarang kita 'mendapat' apakah 'values' dan 'intellect' yang ditinggalkan dalam filem itu untuk kita 'kunyah' dan 'hadam'.

untuk pendapat aku, watak charlie bucket, zahirnya seorang budak miskin, dengan keadaan rumah yang daif, serta hidup dalam serba kurang, dicukupkan oleh ahli-ahli kelurganya yang lain dengan sesuatu yang 'intangible', iaitu nilai-nilai kebersamaan dan saling hormat menghormati, sekaligus membekaskan satu belief dalam diri charlie bahawa yang intangible itu prioriti dibandingkan dengan tangible.

ini dibuktikan dengan scene dimana charlie mencadangkan agar golden ticket itu dijual agar duit itu dapat digunakan untuk menampung belanja rumah mereka yang semakin tenat. namun, datuknya berpesan, duit akan sentiasa ada diluar sana, bahkan semakin membiak-biak, dan bukanlah sesuatu yang eksklusif. sedangkan, golden ticket itu pula adalah satu peluang yang jarang-jarang ada, bahkan hanya ada 5 sahaja dalam dunia (dalam konteks pertandingan yang dianjurkan oleh willy wonka), dan sangat-sangat eksklusif. ini adalah satu kiriman mesej generasi tua kepada generasi muda bahawa material itu sebenarnya bukan apa-apa jika dibandingkan dengan cita-cita ataupun impian, walau apapun harganya.

maka, dengan 'tarbiyyah' values dan intellect ini, menjadi bekal kepada charlie untuk kekal dan maintain rasional dan sober apabila menghadapi 'ujian' sewaktu tour kilang willy wonka dan
yang mana kanak-kanak spoil yang lain gagal. akhirnya, charlie memenangi hadiah yang terulung, iaitu menjadi pewaris kepada kilang chocolate willy wonka.

songlap...dah ketagih la ni...

kerja kotor. sapu bersih
banyak dah review pasal cerita songlap. masalah, apa yang filem ini tak ada? jual budak, sumbang mahram, pelacuran, judi, gangsterisme, jual orang, bunuh, rogol, dadah, keporak-perandaan institusi kekeluargaan, abang kawasan, agama islam apatah lagi, dan juga everything and anything that has to do with the dirty doing by malaysian, which is flooded the malaysia newspaper, especially metro. heh. 

sekali lagi, apa yang takde dalam filem ni? where is the missing cameo? yes, no police involvement. takde polis. bukan setakat anggota polis, bau polis pun takde. yang banyak teksi. mungkin abang-abang teksi kita simpan banyak cerita-cerita hitam metropolitan. lagipun, cerita ni pasal the other side of law, where the present of the 'other' is not required. hehehe.

dari segi lakonan, satu pujian kepada ketelitian pemilihan para pelakon, samada 3 teraju utama mahupun watak-watak sampingan, mutu lakonan dan dialog yang minimal tapi mantap, bersesuaian sangat dengan mesej-mesej yang berat dan berlapis-lapis. termasuklah dengan pelakon-pelakon cina, yang jarang aku tengok berlakon. jadi, aku reserved komen aku tang situ. 

namun, champion tetap shaheizy sam. aku dulu pernah fikir, alangkah bagusnya kalau sam dapat watak filem yang macam gini, supaya aku boleh tengok kemampuan lakonan, gerak badan dan skill lakonan semulajadi yang dia boleh persembahkan. damn, bila dia champion pulak bawak watak yang macam gini, dalam filem yang macam gini, terus aku cakap alangkah baiknya kalau sam boleh bawak watak macam gini pulak, dalam filem yang macam gini pulak, walaupun aku sendiri tak tau apa bentuk watak dan filem yang 'macam gini' tu. 

itulah dia kekuatan seorang pelakon yang genuine, sentiasa ada 'surprise' untul khalayak. macam heath ledger jadi joker dalam batman, marlon brando dalam godfather, dakota fanning dalam 'i am sam', elle fanning dalam 'super 8', meryl streep dalam 'mama-mia', dan christian bale dalam 'the fighter'. dan tak banyak pelakon dalam malaysia yang punya kualiti tersebut, kerana kebanyakannya samada 'kaku' atau monotenous, macam jalaluddin hassan, awie dan aaron aziz. heh. macam yang bos aku cakap tadi, 'good job, sam'.

apapun, filem ini sangat-sangat terserlah ketelitiannya. dari satu scene ke satu scene, sinambungan, pemilihan lagu-lagu, dan teknik-teknik mempersembahkan elemen of surprise pada tempat, scene dan timing yang aku kira hampir perfect. satu pujian kepada pengarah-pengarah (sebab ini kerja dua orang). 

maybe i'll expect more from you guys next time. until then, i do feel scene sam dengan sara ali kat dapur yang 'ko pukul..ko pukul...ko pukul...' tu adalah luahan isi hati watak sam terhadap layanan ibunya terhadap dirinya, dan membuatkan aku jelas apa itu maksud 'terbaik' dan 'berkemampuan' dalam konteks keibu-bapaan hari ini.

from paris with love

wax on, wax off...
signature luc besson dalam cerita ini sama dengan signaturenya dalam 'leon the professional'. lagu-lagu catchy peranchis yang kontra dengan aksi, pasu atau vase, cold blooded killing by trained killer, dan no flashback scene. dan filem yang tak ada flashback untuk aku memang terbaik. paling terbaik godfather 2. itu cerita paralel pasal kehidupan vito dan micheal. tapi godfather cerita lain, bukan cerita from paris with love.

from paris with love mengisahkan james reese (rhys mayer), seorang low rank secret-agent kedutaan amerika di paris yang lebih banyak menjalankan tugas sebagai seorang atache', berbanding apa yang dia idamkan, iaitu kerja-kerja perisikan dan kalau boleh sedikit 'action & shooting'. dan reese sebenarnya agak cekap dan cerdik 'field action'.

maka, peluangnya datang apabila CIA central mengesan potensi ancaman terroris untuk delegasi diplomat amerika yang akan menghadiri sebuah persidangan di paris. cuma, untuk tugasan kali ini, reese akan dibekalkan dengan highly professional counter-terroris agent, charlie wax (john travolta).
apabila reese menjemput wax yang ditahan di airport, reese dah mula rasa macam gampang dengan tindak-tanduk dan kelaku wax. sebab wax seorang yang robust, rude dan don't give a damn.

wax umpama lose cannon. membunuh sesuka hati dan setiap encounter bermakna mati. maka, apa yang dilakukan oleh wax, pada pandangan reese adalah sangat tidak manusiawi. sepanjang cerita, wax cuba mengajar reese apa itu kerja dan tanggungjawab menjawat pangkat seorang counter-terroris. no winning, only killing. dan, pelbagai peristiwa yang dilalui oleh reese, yang diceritakan juga kepada kita seperti reese first killing dan betrayal, akhirnya 'memahamkan' reese apakah itu tanggungjawab menjawat jawatan seorang counter-terroris.

siapakah terroris dalam cerita ini? seperti biasa, orang islam pakistan. kenapa pakistan? sebab taliban kat pakistan and such terrorisme idea memang senang nak jual dalam filem. iyalah, nanti sangat tak logik kalau muslim morocco yang buat aksi terroris, kan?

filem ini mempunyai elemen of why dan element of surprise yang sangat baik, walaupun you would be able to solve the puzzle after wax shoot the pakistani girl who picked up a wrong number phone call.

my rating is 6 out of 10.

bad lieutenant

bad ass lieutenant

dalam tahun 2009, nicholas cage join keanu reeves dan denzel sebagai seorang crooked cops. cage tampil berbeza. jika street kings keanu reeves bertemu jalan pulang dan menjadi garis putih, sementara training days denzel kekal mungkar sebagai crooked cops dan kekal dalam garis hitam,  namun tidak untuk cage. cage dipotretkan sebagai seorang bad ass liuetenant yang sisi moralnya sangat-sangat kelabu.

bad lieutenant adalah cerita yang lurus dan berkesinambungan level 8 dari 10. tiada flashback. sangat real. berlatar belakangkan new orleans yang masih tersisa dengan amukan katrina. walaupun new orleans itu masih compang camping, namun dirty businessnya sudah sembuh dan run as usual. druglord shoot outnya sering menimbulkan masalah kepada pihak polis, yang baru sahaja menerima lieutenantnya yang baru, iaitu cage. dan kisah penyiasatan dengan nilai moral kelabu bermula dengan kes pembunuhan 'execution' style 5 orang immigrant senegalese yang juga merupakan druglord kawasan.

cage dipotretkan sebagai seorang yang mempunyai back pain yang cronic, terjemahan tepat kepada sisi moralnya yang bengkok dan terhenjut-henjut. cage adalah kaki kokain dan ganja. setiap serbuan narkotik, leftovers selalu dia yang pau dulu. cage juga membela frankie (eva mendes) seorang pelacur merangkap kekasih, dan cage menggunakan frankie untuk pau duit kopi dan rasuah yang dipanggilnya 'price of mercy' untuk client yang takut kena cekup dengan atas sebab melanggan pelacur dan pada masa yang sama akan kena charged dengan drug posession, sebab frankie memang bawak kokain untuk kegunaan sendiri ataupun cage, atas arahan cage sendiri. dan frankie dipotretkan sebagai high class hooker yang diam dan santai di hotel-hotel mewah. aneh, walaupun mempunyai frankie, cage masih juga menelusuri lorong-lorong gelap untuk mencari kepuasan seksual dan ketagihan dadahnya. dan cage juga seorang taik judi tegar.

selebihnya kita dipertontonkan dengan metod kelabu cage dalam menyelesaikan tugasannya yang dikembang dan diceritakan dengan bijak, apabila cage bekerjasama dengan suspek 'senegalese massacre' iaitu seorang lagi druglord kawasan yang dikenali sebagai big feet (xzibit) dengan tujuan melepaskan dirinya dari buruan ah long, dengan mengumpan big feet dengan satu drug deal yang menguntungkan, sekaligus memerangkap big feet sekali lagi sebagai main suspect untuk jenayah senegalese immigrant massacre.

secara umumnya, bad lieutenant secara real sekali lagi menelanjangi sisi hitam-kelabu masyarakat terbuang amerika, dengan kemelut penyalahgunaan kuasa, dadah, extortion, gang-war, prostitution, dan paling penting sisi moral penguatkuasaan yang kelabu-hitam yang hampir dengan sifat kebinatangan, dengan banyak shot-shot yang dipersembahkan dari mata buaya dan iguana.

morning glory dan faedah menontonnya

morning glory
secara peribadi, selepas 'jerry mcguire', tiada lagi filem yang 'inspiring' sifatnya untuk dijadikan sumber motivasi dan menerima liku-liku kehidupan dengan cara lebih positif, sehinggalah bertemunya dengan cerita 'morning glory' ini.

cerita ini sangat positif dan mempunyai banyak faedah sekiranya kita bekerja di syarikat atau majikan yang memberi imbuhan sesuai dengan sumbangan atau penat lelah yang kita tunjukkan.

maknannya, kalau tempat yang korang tu bosnya layan kronisme, layan pengampu termasuk yang mengampu sampai ke surau, mungkin cerita ini tak sepositif yang korang sangkakan. wakakaka.

apapun, memang banyak benda positif dan berfaedah yang dapat kita kutip sepanjang menonton filem 'morning glory' ini, antaranya:-

  1. syukurlah dengan tenaga, usaha dan daya fikiran yang tajam yang kita miliki sewaktu kita muda.
  2. tidak salah untuk bekerja keras demi kepuasan diri sendiri dan demi kehidupan yang lebih baik.
  3. walaupun orang tengok kita bekerja macam takde life, sesungguhnya memang ada seorang manusia yang Allah wujudkan untuk memahami kita, dengan syarat kita janganlah sampai melampaui batas. berpada-pada udah.
  4. memang leceh nak melayan kerenah orang tua, sebab 'priority' dan perspektif orang tua dengan orang muda berkenaan hidup dan pencapaiannya, berbeza. namun, orang tualah sumber sebaik-baik rujukan. jadi, hormatilah mereka seadanya.
  5. it is ok to accept your failure. the most important thing is you never give-up, never surrender.
  6. otak yang ligat berfikir dan positif adalah modal terbesar untuk mana-mana kejayaan.
  7. dihormati, dan nama itu datang dengan seribu kepayahan dan cabaran.
  8. ulang sekali lagi, jangan sekali-kali menyerah kalah.
sumber:

perlambangan demokrasi filem 'swing vote'

one man, one vote, no clue
kesempurnaan dan kecacatan apa yang dikatakan sistem politik demokrasi itu barangkali diterjemahkan dengan hampir sempurna di dalam filem 'swing vote' (2008). filem ini me-realiti-kan apa yang dikatakan 'your vote count'. 

di dalam filem ini, seluruh proses demokrasi akhirnya harus bergantung kepada satu undi seorang warga biasa yang apa kita kenali dengan terma 'pengundi atas pagar' di wilayah terpencil di texico, new mexico yang telah dijamin haknya untuk melakukan re-casting vote dalam tempoh 10 hari, setelah undinya pada hari mengundi tergendala secara tidak sengaja.

maka, dalam tempoh 10 hari inilah kita dikembangkan dengan realiti proses demokrasi konteks amerika, namun sangat dekat dengan realiti demokrasi ala-malaysia hari ini melalui perlambangan 2 utamanya;

bud (kevin costner) - pengundi atas pagar.

diwatakkan sebagai average american dalam lingkungan 50 an. seorang loser dari segala segi pentakrifan masyarakat. seorang loser yang disbelief undinya dapat mengubah apa-apa terhadap negaranya, sama seperti gagalnya dia mengubah hitung nasibnya selama ini.

mungkin watak ini melambangkan dilema-dilema asas 'pengundi atas pagar' samada yang mempunyai kesedaran atau tidak, menanam kepercayaan bahawasanya undi mereka itu tidak penting dan tidak signifikan dalam menentukan siapakah yang berhak mencorak pemerintahan negara di masa hadapan.

namun, melalui watak ini, ditonjolkan bahawasanya memang ada 'dosa' yang lebih besar daripada itu bersikap seperti itu. antaranya ialah dengan memilih untuk bersikap tidak apa, iaitu dengan tidak mendaftar, tidak keluar mengundi, serta secara sengaja merosakkan undi, atau atas kata lain gagal membuat pilihan.

walaupun mereka cuba 'ghaib' dalam konteks politik domestik, namun keputusan golongan ini yang tidak membuat pilihan, secara harfiahnya kesan tindakan mereka ini bukan sahaja memberikan kesan kepada diri mereka, bahkan secara kolektif sebenarnya mempunyai impak yang besar kepada sesebuah masyarakat.

molly (madeline carrol) - anak pengundi atas pagar

molly adalah anak perempuan bud, berumur 12 tahun yang basically 'run' hidup bud. molly mengambil tanggungjawab sebagai 'dewasa' yang bertanggungjawab. molly juga dilambangkan seorang yang radikal, bijak dan berani mendepani kehidupannya sehari-hari.

mudah. watak molly adalah perlambangan kepada masyarakat anak muda dan harapan generasi akan datang terhadap sesebuah negara. molly dilambangkan dalam usia kecilnya (12 tahun), sudah mempunyai perasaan cinta dan kasih yang tinggi terhadap negaranya. 'open' dengan prinsip-prinsip demokrasi dan mempunyai bersikap curios, dan pada masa yang sama 'sinikal' terhadap proses demokrasi itu sendiri. ia juga merupakan perlambangan satu generasi yang critical dan observant.

banyak lagi watak-watak yang mempunyai kekuatan tersendiri untuk menghidupkan jalan cerita 'swing vote' ini, dan silalah menonton filem untuk memahami apa itu pilihanraya dan menjawab persoalan seperti adakah boleh 'spr' tertidur di meja semakan daftar pemilih?

jawapan, boleh! (mengikut cerita ini) 

rebiu filem: hanna the multilinguist assassin

budget: $30 million / worlwide collection: $63.7 million
leading star / role:
  • Saoirse Ronan as Hanna Heller
  • Cate Blanchett as Marissa Wiegler
  • Eric Bana as Erik Heller


  • rebiu filem: hall pass

    (cinema release date: 25 feb 2011) (dvd release date: 14 june 2011)
    Leading star / role:
    owen wilson as rick mills
    jenna fischer as maggie mills
    jason sudeikis as fred searing
    christina applegate as grace spearing


    gadoh after hati malaya 1957

    story which inspire the rakyat

    i always wanted to watch hati malaya 1957 film, and proudly today,  i did. a film potrayed and narrated thru the eye of the leaders and rakyat, who worked together to claim tanah melayu a.k.a malaya a.k.a malaysia road to independence, 54 years ago. i am deeply touched to see how all races of malaya, leaders and rakyat, especially YM tunku abdul rahman, tun abdul razak, dato' onn ja'afar, young sardon jubir, tun cheng lock, tun hs lee, and tun v. sambathan (just name a few) to give whatever they got to ensure our nation independence date, 31st August 1957.

    gadoh: filem wajib tengok untuk perkasa



    poster gadoh 2009


    jalan cerita filem ini ringan. subjeknya berat. mesejnya berat. jadi cerita ini perlu dipersembahkan dengan jujur. tidak ada cara lain dan tidak mungkin dengan cara lain. sebab, ini cerita real. cerita pasal racial prejudice. pasal perkauman. pasal racial confrontation. pasal social distress. pasal social contract. pasal melayu perasan superior. pasal cina perasan superior. pasal kaum pendatang. pasal aku. pasal engkau. pasal lim guan eng. pasal sammy vellu. pasal umno. pasal dap. pasal perkasa. pasal makkal sakhti.

    ini cerita serius pasal masa depan malaysia.


    gangster kuala lumpur

     gangster kuala lumpur memecahkan tradisi kutipan filem melayu 2011 / RM 11 juta
    syamsul yusoff menang pengarah terbaik di FFM 24 yang lalu melalui filem kl gangster (klg). kalau 2010 lepas dia menang orang banyak bikin bunyi, 2011 dia menang banyak orang angguk kepala. well deserved. jadi aku teringin sangat nak buat rebiu pasal filem klg ni, namun baru sekarang berkesempatan.

    bak kata samuel butler, 'the oldest books (movie) are still only just out to those who have not read (watch) them'. 

    jadi samalah konsepnya dengan menonton filem. jadi, macamana klg boleh kutip 1 juta sehari, 11 juta in total dalam tempoh tayangan? mungkin aku boleh share sikit pendapat, berdasarkan pengalaman aku sendiri menonton klg;

    international immobiliare


    don corleone have complete the US 700 million deal to own 25% of the international immobiliare which is belong to the vatican and complete the his dream to turn the corleone group become a ligitimate bussiness entities.

    However, the end game is subject to approval of the pope, which is now in terminal situation. due to the sickness, the last phase of the takeover of the immobiliare were put on hold. and if pope dies, all bet are off.

    sindrom bongok video undilah.


    "walau apapun yang terjadi, malaysia ini negara anda, dia memang banyak masalah, Malaysia perlukan kita"

    hanya dengan kata-kata itu, video ini kena 'ban' sebab kononnya video itu

    “Klip video itu juga mengandungi iktibar yang tersirat yang mengelirukan beberapa pihak,”
     
    apa punya bangan dan tongong la...dah tengok ke belum video undi ni?

    The Godfather (1972)


    The release of The Godfather in 1972 was a milestone in cinema. The near 3-hour long epic, which chronicled the saga of the Corleone family, received overwhelmingly positive reviews from critics, and fetched Coppola the Academy Award for Best Adapted Screenplay, which he shared with Mario Puzo, and two Golden Globe Awards- for Best Director and Best Screenplay. However, Coppola had to face a lot of difficulties while filming The Godfather. Firstly he was not Paramount's first choice to direct the movie. Italian director Sergio Leone was offered the job first, but he declined in order to direct his own gangster opus, Once Upon a Time in America.[17] Peter Bogdanovich was then approached but he also declined the offer and made What's Up, Doc? instead; Bogdanovich has often said that he would have cast Edward G. Robinson in the lead had he accepted the film. According to Robert Evans, head of Paramount Pictures at the time, Coppola also did not initially want to direct the film because he feared it would glorify the Mafia and violence, and thus reflect poorly on his Sicilian and Italian heritage; on the other hand, Evans specifically wanted an Italian-American to direct the film because his research had shown that previous films about the Mafia that were directed by non-Italians had fared dismally at the box office, and he wanted to, in his own words, "smell the spaghetti". When Coppola hit upon the idea of making it a metaphor for American capitalism, however, he eagerly agreed to take the helm.[18]

    There was intense clash between Paramount and Coppola on the issue of casting also. Coppola stuck to his plan of casting Marlon Brando as Vito Corleone, though Paramount wanted it to be either Ernest Borgnine or Danny Thomas. At one point, Coppola was told by the then-president of Paramount that "Marlon Brando will never appear in this motion picture". After pleading with the executives, Coppola was allowed to cast Brando only if he appeared in the film for much less salary than his previous films, perform a screen-test, and put up a bond saying that he would not cause a delay in the production (as he had done on previous film sets).[19] Coppola chose Brando over Ernest Borgnine on the basis of Brando's screen test, which also won over the Paramount leadership. Brando later won an Academy Award for his portrayal, which he refused to accept. Coppola would later recollect:[14]
    The Godfather was a very unappreciated movie when we were making it. They were very unhappy with it. They didn't like the cast. They didn't like the way I was shooting it. I was always on the verge of getting fired. So it was an extremely nightmarish experience. I had two little kids, and the third one was born during that. We lived in a little apartment, and I was basically frightened that they didn't like it. They had as much as said that, so when it was all over I wasn't at all confident that it was going to be successful, and that I'd ever get another job.
    After it was released, the film compelled overflowing laurels from all corners. It went on to win multiple awards, including Academy Award for Best Adapted Screenplay for Coppola. The film routinely features at the top in various polls for the greatest movies ever. It has been selected for preservation in the United States National Film Registry. In addition, it is ranked third, behind Citizen Kane, and Casablanca on the AFI's 100 Years…100 Movies list by the American Film Institute. It was moved up to second when the list was published again, in 2008.[20] Director Stanley Kubrick believed that The Godfather was possibly the greatest movie ever made, and had without question the best cast.[21]

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...