dupavisitometer

Showing posts with label merdeka. Show all posts
Showing posts with label merdeka. Show all posts

TGHH DAN MAT SABU SOKONG PM

dalam percaturan politik semasa, disaat - saat keperluan kepada sokongan dan bangkangan, TGHH dan Mat Sabu kali ini secara berterus terang menyatakan sokongan kepada PM.

bukan persetujuan keuntungan politik sepertimana yang kita tahu (mahathir-najib fiasco), tetapi atas prinsip pertukaran PM perlu mengikut lunas - lunas demokrasi, begitulah lebih kurang.

ini adalah satu strategi politik yang genius. dan banyak yang salah faham sekiranya membaca hanya kepada tajuk, bukan isi. 

maknanya, dalam satu ketika, PAS di puncak kuasa, jika berlaku pengkhianatan, idea dijatuhkan dari kuasa selain dari cara yang dibenarkan melalui lunas - lunas demokrasi telah ditolak awal - awal oleh TGHH dan Mat Sabu. 

strategi ini adalah serampang dua mata, dimana mengekalkan kepimpinan lawan yang 'goyang' dan sekaligus mengangkat profesionalisma PAS dalam hal naik-turun seorang PM di masa hadapan. 

logiknya, PAS sepatutnya mempunyai sama nada dengan pakatan (DAP+PKR) untuk menuntut apa yang patut dituntut, tetapi kenyataan terbaru PAS ini sudah lain dari harapan kawan dan lawan. 

dalam politik, inilah yang berlaku. realiti of politics. sembanglah apa nak sembang, tapi siapa licik dialah yang dapat. lebih kurang begitulah.

ingatan 7 oktober

jam pukul 315 pagi waktu sharjah. mata masih belum mahu layu. di malaysia sudah pukul 715 pagi. alam buana apartmentku di bukit subang rasanya sudah mula 'hidup' perlahan-lahan. paling tidak gerai nasi lemak yang diusahakan oleh dua saudara itu sudah di buka. aku tahu, sebab mereka akan meniaga selepas subuh.

kalau deme cuti, gerai di sebelah kedai mamak itu pasti bukak. seingat aku, gerai itu tidak pernah tutup. gerai itu istimewa, sebab nasi lemaknya nasi lemak pandan, dengan ikan bilis di goreng rangup. apapun, nasi lemaknya jauh ketinggalan dengan nasi lemak emak di rambai 7. nasi lemak yang emak buat ada rasa 'perjuangan'. jika berniaga adalah alat dewata peperangan dan mana-mana perjuangan, maka nasi lemak itulah senjata emak meneruskan perjuangannya. bukan azali seorang ibu tunggal turun berjuang, tapi sejak 35 tahun lamanya, emak tidak pernah punya pilihan untuk tidak pernah turun berjuang. buat adel, ingatlah...pah adel itu adalah pejuang kental yang pernah babah temukan. mungkin ada insan yang lebih kental dan sengit perjuangannya, tapi babah tidak pernah mengenal mereka. babah hanya kenal pah nya saja.

ya, seharusnya lagi 3 hari aku dah balik malaysia. tapi, atas peluang yang diberikan, sambung lagi 3 bulan sampai hujung tahun. nampaknya aidil-adha yang bakal bertandang 26 Oct ini, aku masih di sini, dan seperti biasa mengutip kenangan-kenangan manis untuk aku bekalkan buat diriku di pagi aidil-adha itu nanti. dan itu bukan kerja mudah. mengutip kaca berkecai seribu aku kira lebih mudah.

tapi, tidak mengapalah. aku selalu mengingatkan orang supaya tabah. apapun terjadi, tabahkanlah hati. teguhkan tekad. sekarang, padan muka aku. kata-kata yang aku berikan pada orang, akhirnya datang bertandang di dalam hati. tabahlah engkau sekarang semahu hati. berteguh tekadlah engkau semahu-mahunya. aku berkira-kira, kiranya aku tidak pernah mengucapkan semua itu, dapatkah aku mengerti betapa dalam dan mistiknya perbuatan yang dikatakan 'tabah' dan 'teguh' itu. paling tidak, dapatkah aku mengerti hati itu terlebih dulu 'berdiri' sempurna, sebelum tubuh boleh 'berdiri'.

rindu dendam buat si adel dan isteriku tidak pernah kunjung padam. aku benar-benar berterimakasih dan berhutang dengan kerelaan dan pengorbanan mereka berdua. ini bukan salah sesiapa, hanya satu jalan yang telah ditentukan. sama-samalah kita tempuh berbekalkan apa yang kita di-izinkan-NYA kepada kita. 

di balik langit, ada langit lagi. di bawah tanah, ada tanah lagi.

menjelang aidilfitri / merdeka

2012 kali ini, ditakdirkan aidilfitri menjengah dulu, kemudiannya merdeka. tinggalkan dulu aidilfitri. aku mau cakap pasal merdeka.

ya, tak kisah orang cakap apa, bagi aku sesiapa saja yang lawan british dan jepun sampai jepun kena hambat balik jepun (dan kemudiannya kita menyembah ekonominya) dan british jadi gerun dan memerdekakan kita (padahal imperialis dunia itu memang sudah musnah satu demi satu, macam musnahnya regim keditaktoran asia tengah sekarang ini) perlu diiktiraf sebagai nasionalis kemerdekaan, tanpa kanan dan kiri. sebab tajuk besarnya ialah MENGHALAU PENJAJAH. cuma methodnya saja berbeza. berunding ka, angkat senjata ka, hussein onn ka, pak sako ka, ahmad boestamam ka, side PKMM atau side PKM aku takde masalah, selagi pejuang dan perjuangannya adalah menuntut kemerdekaan.

ada jugak yang kata kerajaan yang ada sekarang ni barua penjajah, sebab 'dimenangkan' oleh penjajah dengan syarat dasar-dasar penjajah disuburkan juga walau lepas 1957. Inaku tak setuju. kena hormatlah juga perjuangan dan pengorbanan tokoh-tokoh dulu. tapi, mungkin kutukan ini jugalah balasan untuk mereka juga sebab 'menambus' dan menghilangkan catatan perjuangan yang perlu dalam lembaran sejarah kemerdekaan negara.

kita tutup bab nak capai dan halau penjajah ini, sebab walaupun bab ini penting, ada lagi bab yang lebih penting, iaitu 'MENGISI KEMERDEKAAN'.

selepas 1957, bermulalah tanggungajawab generasi 50 an dan seterusnya, untuk mengisi kemerdekaan. tanggungjawab itu diteruskan sampailah ke generasi kita yang dikataka generasi internet dan media baru (aku nak muntah). prinsip pejuang kemerdekaan dan pengisi kemerdekaan itu sebenarnya masih sama, menghapuskan PENINDASAN dan mempertahankan KEBEBASAN.

jika kita kini tertindas dengan rasuah dan terpenjara untuk membasminya, maka kita mesti tuntut kebebasan itu, agar kita tidak lagi tertindas. 

aku meangmbil sikap pembodohan yang dibudayakan (terutamanya bab Ketuanan Melayu dan Islam) adalah penindasan paling fatal untuk pemikiran anak muda melayu macam aku. 

DS Najib: Ucapan Persidangan Akhir UMNO Sebelum Pru 13 (Teks Penuh)

ALHAMDULILLAH, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang memberi taufik dan inayah-Nya kepada kita semua sehingga perhimpunan agung kali ke-62 ini sudah sampai ke penghujung. Bukan saja kita akan berdepan dengan detik-detik terakhir perhimpunan ini, tetapi yang paling penting persidangan pada kali ini telah dapat disempurnakan dengan begitu baik dan jaya sekali.

Bagi saya elok saya mengucapkan terima kasih terlebih dulu sebelum saya melanjutkan ucapan saya kepada semua yang telah menyumbang kepada kejayaan perhimpunan kita ini. Tentu sekali ucapan terima kasih kepada Datuk Pengerusi Tetap yang telah mempengerusikan persidangan ini dengan baik, berselang lawak yang sungguh lucu hingga perwakilan tidak kering gusi dibuatnya.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada Timbalan Pengerusi Tetap yang membantu dengan cekap. Saya juga ingin melahirkan penghargaan kepada ibu pejabat, kepada Setiausaha Agung kita, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kakitangan ibu pejabat, pihak media, pihak keselamatan dan semua yang telah membantu agar persidangan UMNO kita berjalan dengan licin.

Saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana ucapan dasar saya sebagai Presiden UMNO telah mendapat sambutan yang begitu positif. Saya amat menghargai Yang Amat Berhormat, Timbalan Presiden yang memberi sokongan padu kepada ucapan saya.

Saya juga berasa amat terharu bahawa setelah saya mengikuti ucapan-ucapan dalam sepanjang persidangan UMNO kali ini, semua perwakilan memberi sokongan kepada ucapan dasar saya.

Malah dua mantan Presiden UMNO kita, Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong dan memberi pandangan bahawa kronologi yang saya bentangkan dalam ucapan itu berjaya membetulkan persepsi kononnya UMNO adalah parti rasis.

Saya juga hendak merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Bahagia, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menyeru orang UMNO supaya terus memberi sokongan kepada saya dan terharu beliau sanggup hadir sebagai Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas.
Kelmarin saya telah menyenarai beberapa tokoh tersohor yang banyak berjasa kepada parti. Sudah tentu saya tidak mungkin dapat menyebut semua nama yang telah memberi sumbangan besar kepada parti. Saya telah menghentikan sebutan nama kepada jawatan Timbalan Presiden parti.

Namun saya telah menerima beberapa SMS yang meminta saya memberi pengiktirafan kepada Tun (Datu) Mustafa (Datu Harun) kerana beliau telah membubarkan USNO dan menjadi pengasas kepada UMNO di Sabah.

Saya telah berfikir apakah agaknya harapan saya kepada persidangan agung UMNO kali ke-62 ini. Tentu kalau kita buat sesuatu kerja, sama ada kerja amal, kerja ilmu, kerja politik, kita mesti meletakkan beberapa sasaran sama ada sasaran itu tersurat atau tersirat.

Saya hendak berkongsi pada sidang perwakilan bahawa saya telah menetapkan empat sasaran yang kalau tercapai maka persidangan ini boleh dianggap sebagai amat berjaya.

Sasaran pertama saya agar persidangan ini menggambarkan UMNO adalah parti bersatu dan ampuh barisannya, supaya bukan saja orang di dalam dewan ini mempunyai gambaran itu tetapi juga berjuta-juta di luar yang melihat melalui peti televisyen dan yang ada di dalam ruang luar PWTC.

Pemerhati-pemerhati mestilah melihat bahawa UMNO sebagai satu keluarga. UMNO sebagai satu organisasi politik, sebagai teras kepada politik tanah air kita ini berada dalam keadaan kukuh dan padu.

Yang kedua, saya hendak melalui persidangan ini sebab ramai menyebut kemungkinan persidangan ini terakhir sebelum pilihan raya. Orang yang menyebutnya - menggambarkan bahawa kita berada dalam keadaan kesiapsiagaan yang amat baik, bersedia untuk turun ke medan bakti berjuang habis-habisan agar UMNO kembali sebagai parti bermaruah dan bermartabat.

Yang ketiga saya ingin supaya melalui persidangan ini kerajaan mendapat sokongan untuk membawa perubahan yang besar kepada negara yang kita telah menggagaskan sebagai pelan transformasi nasional, mendapat mandat yang sepenuhnya daripada sidang perwakilan pada kali ini.

Dan yang keempat saya inginkan segala-gala yang menjadi perisian pada persidangan ini memberi isyarat dan mesej yang amat jelas bahawa rakyat Malaysia seramai 12.4 juta pengundi dan 28 juta rakyat keseluruhannya meletakkan keyakinan bahawa UMNO akan membawa negara kita dan rakyat Malaysia ke arah masa depan yang lebih cemerlang. Mereka tidak akan kecewa kalau diletakkan pengharapan di atas bahu dan jemala UMNO.

Bila rakan-rakan saya telah berucap tadi saya cuba membuat penilaian, zaman sekarang ini zaman KPI (Indeks Prestasi Utama). Wakil Sabah telah memberi KPI kepada saya tetapi saya nak sebut KPI dalam konteks keempat-empat ini. Mungkin orang kata saya bias, saya presiden kepada parti, tentulah saya akan memberi markah yang tinggi. Tetapi saya percaya sidang perwakilan akan bersetuju dengan saya bahawa keempat-empat objektif itu telah dicapai melalui persidangan kita pada kali ini.

Persidangan ini juga adalah persidangan yang amat-amat bersejarah kerana kita tak terfikir lebih awal lagi supaya di saat akhir persidangan ini ada satu ikrar atau pun baiah (sesuatu yang) lebih kuat daripada ikrar dari perwakilan.

Timbalan Presiden telah mengetuai ikrar dan baiah tadi. Terima kasih saya ucapkan kepada Timbalan Presiden dan pada saudara sekalian, ikrar itu mencatat satu sejarah baru dalam perjuangan parti kita.

Mari kita tinggalkan soal politik sebentar. Saya bertanya kepada diri saya sebagai ketua kerajaan bersama-sama dengan rakan-rakan saya, apakah agaknya objektif utama kalau orang bertanya ke arah mana kita nak membawa negara kita.

Kalau orang bertanya dalam tahun-tahun mendatang apakah di bawah kepemimpinan yang sedia ada ini apakah yang boleh mereka harapkan. Sebab jangan lupa yang di luar itu sentiasa menilai kita. Secara senyap mahupun secara terbuka tetap kita akan dinilai.

Saya tetapkan bahawa kita ini ada dua objektif dan ini ada sangkut paut dengan UMNO, dengan keinginan UMNO dengan perjuangan roh yang kita bawa ini. Yang pertama ialah kita mesti membuat perancangan yang cukup rapi, cukup teliti cukup kemas supaya dalam masa 10 tahun lagi, insya-Allah, Malaysia akan muncul sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi di bawah kepemimpinan UMNO dan Barisan Nasional.

Itu pertama. Yang kedua dalam konteks negara maju itu kita mesti pastikan agenda Melayu terlaksana dan orang Melayu juga berjaya dan dianggap sebagai bangsa yang mencecah taraf bangsa yang maju.

Jadi siapa kata kita tak ada agenda Melayu? Atau pun agenda Bumiputera memang kita ada. Apabila saya melaksanakan Gagasan 1Malaysia, saya tak menyatakan ketepikan agenda Melayu Bumiputera. Apabila saya turun ke bawah, ke ladang estet ke Kampung Baru Cina, bukan bererti bahawa saya kurang komitmen untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera. Saya melakukan perkara ini sebab kita mesti menentukan bahawa negara Malaysia kita ini mendapat sokongan daripada semua kumpulan etnik kerana masa depan UMNO juga bergantung kepada sokongan orang lain.

Sebab itulah saudara sekalian kita melaksanakan bermacam-macam perkara untuk mencapai status negara maju. Kita ada pelan transformasi ekonomi. Kita mengunjurkan kira-kira RM1.3 trilion pelaburan dalam masa 10 tahun dan kita akan memastikan pertumbuhan ekonomi 5-6 peratus setahun.

Kita sudah tentukan projek-projek, apa jenis projek untuk mencapai taraf negara maju dan Alhamdulillah dengan adanya pelancaran dan pelaksanaan sedemikian apabila ekonomi Eropah merudum, apabila Amerika Syarikat berada dalam keadaan tidak menentu, kita di Malaysia ini, Alhamdulillah ekonomi kita ini mapan dan
stabil dan menunjuk pertumbuhan yang baik.

Di Amerika Syarikat, apabila saya berjumpa dengan Presiden Barack Obama, dalam pemikiran beliau paras pengangguran di negaranya sudah melebihi 9 peratus.
Saya boleh memaklumkan kepada beliau, kita ada full employment di Malaysia Mr President.

Kalau Amerika pertumbuhannya 1-2 peratus, saya boleh cakap, Mr President kita ada pertumbuhan 5.8 percent last quarter.

Saya bangga sebab ini kejayaan siapa? Kejayaan kepimpinan UMNO dalam negara ini. Ini bukan kejayaan saya secara peribadi tetapi UMNO. Sekali lagi ia membuktikan bahawa ke atas UMNO dalam apa juga keadaan rakyat boleh meletakkan harapan mereka. Saya setuju dengan apa yang dikatakan Datuk Shafie, rakyat boleh trust in us to lead this nation sebab kita tidak pernah mengecewakan rakyat, tidak pernah membohongi rakyat.

Apa yang menjadi masalah ialah puak di sana (pembangkang). Mereka ini bukan kuat sangat, tetapi pandai berkokok, dia berkokok kuat macam ayam, tetapi telurnya satu saja, kadang-kadang tak bertelur pun.

Berkokok sana, berkokok sini, bohong sana, bohong sini, tipu sini, tipu sana, fitnah sini, fitnah sana, bohong tak berhenti bohong.

Lepas itu dia kata kamilah juara sedangkan parti mereka sendiri kucar-kacir. Pembohongan yang terbesar dalam sejarah Malaysia iaitu apa dia perwakilan sebut, kuat sikit 16 September, dia nak berarak ke Putrajaya.

Dia boleh kata Yang di-Pertuan Agong menunggu mengangkat sumpah dia sebagai Perdana Menteri. Saya bersama Pak Lah (Tun Abdullah) masa itu, kita pun geleng kepala daripada mana dia bercakap ini.

Saya tanya Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Agong pun geleng kepala, lepas itu dia kata 30 orang kita bersedia menyeberang sebelah sana, kita pun seperti kata orang nak play safe. Kepung dia (wakil rakyat), jaga dia. Tawaran ada tetapi tiada seorang pun Ahli Parlimen kita yang menyeberang belah sana.

Dia janji bermacam-macam jawatan, tetapi dia pandai, dia gunakan orang ketiga, orang kata third party untuk menyampaikan berita, satu proses yang tidak demokratik, lepas itu dia berkata tentera Malaysia berada di belakang dia.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ketika itu), (Jeneral) Tan Sri Aziz Zainal menyokong dia, saya kawan baik dia. Saya tahu dia setia dan taat kepada kerajaan. Ini pembohongan terbesar dalam sejarah. Lagi apa, banyak lagi, dia serang saya, fitnah saya tiga tahun tak habis-habis. Tak cukup saya, isteri saya pun dia serang, isteri saya yang duduk diam-diam itu pun kena serang juga.

Saya sudah bersumpah di atas nama Allah di masjid. Sebanyak empat kali saya bersumpah. Saya nak tanya dia, berapa kali dia bersumpah? Ada dia bersumpah dalam masjid, ada dia bersumpah di luar masjid, ada dia junjung al-Quran, di mahkamah pun dia tak berani bersumpah, masuk dalam kandang orang bersalah tak berani bersumpah, buat kenyataan politik tapi ini bukan soal politik.

Ini bukan kes kita lawan dia, ini kes (Ahmad) Saiful (Bukhari Azlan) lawan dia, itu saja. Tidak ada kena-mengena dengan UMNO. Siapa pilih Saiful? Lain itu dot..., dot..., dot..., banyak lagi cerita sebenarnya, Datuk Pengerusi banyak lagi.

Ini saya kata, macam ini ke orang nak jadi Perdana Menteri, banyak lagi bab lain boleh cerita. Kita tengok parti itu, dahlah parti anak-beranak yang sudah saya sentuh perkara itu.

Lepas itu, parti ini dia mencatat sejarah dunia saya rasa, sebab parti yang ramai sekali keluar daripada parti. Saya sudah buat semakan enam Ahli Parlimen, lima ADUN, timbalan presiden, naib presiden, setiausaha agung, ahli majlis tertinggi, tak cukup dengan itu peguam peribadi pun sudah keluar jadi Bebas.

Pengerusi DAP jadi peguam dia sekarang, segala rahsia dia pada DAP sekarang ini, betul tak? Peguam tentu tahu segala-galanya. Rahsia dia dengan DAP, DAP ada segala-galanya, sebab itu dia yang berkepak, sebab semua dalam tangan dia.

Dia sebut demokrasi. Ada demokrasi ke dalam parti dia? Saya tahu baling kerusi ada, kalau ada demokrasi takkan Datuk Zaid Ibrahim nak bertanding kata tak boleh. Dia tidak tak tahan lagi sebab apabila bilang undi, undi itu lebih daripada perwakilan.

Selepas itu tak tebal muka ini, dia apa nama, pilihan raya kita pun dia kata tak betul. Bila masa mengundi itu, pembangkang ada dalam tempat mengundi. Dia ada kita pun ada. Kalau kita boleh manipulasi peti undi (sudah tentu keputusannya) seperti zaman Hosni Mubarak di Mesir yang boleh mendapat 95 peratus.

Kalau kita boleh manipulasi peti undi ini, tuan-tuan dan puan-puan, adakah kita nak melepaskan Selangor di tangan mereka? Ingat kita nak biarkan negeri-negeri lain lepas ke tangan mereka, ingat kita nak biarkan Kelantan 21 tahun di bawah PAS? Tentu tidak.

Kita bukan penipu, kita buat cara yang jujur tetapi mereka menganjurkan BERSIH 2, berarak. Kita bagi stadium, tak nak stadium sebab apa, sebab skrip dah ada dah. Skrip sudah ada, skrip Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu) sudah ada, skrip dia masuk apa nama hospital sudah ada.

Ada orang kata ini boleh menang Oscar Hollywood, sudah siap skrip itu, siap diatur masuk ke dalam hospital terlentang dengan memakai baju kuning. Kalau masuk hospital gantilah baju tetapi tidak. Ini semua penipuan. Sebenarnya dia tidak kena apa-apa pun.

Saya memberitahu Datuk Seri Hishamuddin Hussein (Menteri Dalam Negeri) jangan usik dia. Polis tak usik dia pun, tapi dia buat macam sudah kena belasah. Tak kena pun, orang tak jentik dia pun, tapi skripnya sudah siap. Dimasukkan dalam Youtube nak tayang kepada seluruh dunia kononnya kita mempunyai polis state (pemerintahan polis) di Malaysia.

Selepas itu Mat Sabu berlakon lagi, terlanggar curb (pembendung jalan), kata polis langgar. Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan perwakilan iaitu lagi banyak Mat Sabu bercakap. lagi untung kita.

Ini parti PAS ini. Saya nak berkata parti PAS ini apa perkataannya, tahun sudah saya kata bangang. Saya nak kata perkataan kedolai. Kedolai ini bahasa orang Pekan dia tahulah, sebab dia tahu dia diperkudakan oleh DAP. Betul tak? Diperalatkan oleh DAP.

Kalau perjuangannya atas nama Islam, tinggalkan daripada menjadi rakan kepada parti DAP. Tetapi kerana nak kerusi (dia sanggup) berpakat. Ini sebabnya saudara sekalian, 12 juta lebih pengundi yakinlah kalau ada pakatan yang rapuh seperti ini yang tidak ikhlas sebenarnya, yang ada pendirian bertentangan antara satu sama lain, kita tidak boleh menyerahkan negara yang tercinta kepada mereka.

Saya nak menyentuh mengenai parti yang kita kasih ini. Transformasi yang paling besar adalah transformasi pada diri kita. Peristiwa Hijrah sudah berakhir, tetapi perubahan besar yang perlu kita lakukan sekarang adalah pada diri kita sendiri.

Ujian terbesarnya adalah sejauh mana apa yang kita perkatakan (pada perhimpunan ini), kita bawa ke kawasan. Kita sudah berikrar. Kita balik ke kawasan, janganlah pula kita bersengketa. Kita lihat muka ketua bahagian itu, janganlah ada rasa menyampah terhadapnya. Kalau kita tengok ketua, tengok pada timbalan, jangan pula kata dia ini nak jawatan saya.

Berilah kerjasama, berilah kasih sayang yang sejati kepada parti. Kita mesti mempunyai semangat seperti Timbalan Presiden sebutkan tadi. Semangat sepasukan! Sebab apabila kita buat seperti yang dulu, kita kalah kerana ada orang UMNO yang mengkhianati perjuangan parti.

Kalau semuanya taat dan setia insya-Allah kita boleh menang pada bila-bila masa.
Jadi selepas ini, apabila kita pulang, kita pastikan barisan kita ini kukuh kerana tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kita berdepan dengan ujian yang paling getir.

Beringatlah bahawa pilihan akan datang raya ini adalah paling getir dalam sejarah tanah air.

Pilihan yang dihadapkan pada rakyat adalah pilihan titik penentuan sama ada kita mahu melihat masa depan yang cerah, benderang. Menyaksikan sebuah Malaysia yang maju dengan memilih UMNO dan Barisan Nasional ataupun menempa jalan tragik, penuh kehancuran dengan memilih pakatan pembangkang.

Beringatlah juga, pilihan bakal dibuat kali ini bukan saja tentang UMNO dan Barisan Nasional tetapi kemuncak pada semua itu adalah untung nasib umat Melayu serta rakyat Malaysia keseluruhannya.

Sama ada kita melukut di tepi gantang atau kita terus mencipta kejayaan lagi. Kesimpulannya UMNO kini telah kembali berada landasan yang betul.

Buktinya, kebangkitan kita telah bermula dengan kemenangan di Bagan Pinang, diikuti Hulu Selangor, Batu Sapi, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Inilah petanda bahawa transformasi parti secara besar-besaran telah pun bermula.

Lalu, pada detik, saat dan ketika yang bersejarah ini, di dalam Dewan Merdeka penuh berkeramat ini, kita mengambil seruan dan pengajaran dari firman Allah SWT bahawa hendaklah kita bersiap dan bersedia dengan segala kekuatan yang ada.

Perlengkapkanlah diri masing-masing. Kita akan turun dan berangkat ke medan juang sebagai satu saf yang padu. Sebagai satu pasukan kukuh. Sebagai satu barisan kuat dan semangat yang ampuh.

Sejak berdekad-dekad lamanya, berpuluh-puluh tahun tempohnya, kitalah parti yang membina nasib dan maruah umat Melayu, mendorong denai kebangkitannya, menjadi tiang seri kekuatan bangsa sebagai juragan intai penyelamat dunia.

Setelah mendaki, setelah baiah dipertautkan, setelah ikrar dilafazkan, marilah bersama saya, marilah bersama saya.

Pada saat dan detik ini, insaflah saudara saudari. Kalau kita leka, kalau kita alpa, kalau kita lalai, kalau kita masih bersengketa, kehinaan bakal tiba di muka pintu, tunggulah kehancuran. Maka terpampanglah Melayu merempat di tanah sendiri.

Sejarah menyebut bahawa fitnah dan nista telah berupaya melumpuhkan bangsa-bangsa.

Sekiranya perjalanan kita menempuh rintangan, kita akan pasti mencari jalan. Sekiranya perjuangan ini digempur sejuta halangan, kita pasti merempuh dengan penuh kecekalan.

Wahai orang UMNO, dengan Allah kita berlindung, kepada Allah kita memohon, semoga bala dan musibah ini tidak menimpa, semoga kita terus terpelihara, selagi UMNO terus di persada, selagi semangat terus marak dan menyala.

Wahai orang UMNO, benteng parti ini tetap perkukuh perjuangan ini, walau apa aral yang melintang, sekali-kali kamu tinggalkan Bukit Uhud-Uhud ini, panji-panji mari kita kibarkan.

Alah undur berpantang ajal, pertahankanlah ia, kendonglah ia, hingga kudrat yang terakhir.

Ayuh! ayuh! ayuh!.. semua ke medan tarung. Insya-Allah kemenangan pasti milik kita. Demi Islam! Demi Melayu! Demi Malaysia! Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!

pertembungan

apa yang semakin menyakitkan hati dan menimnulkan persoalan ialah sudah terlalu kerap berlakunya pertembungan ceramah / majlis penerangan anjuran pakatan rakyat dan UBN. besar atau kecil saiznya, bukanlah masalah utama, namun initpati dan hasrat 'sebenar' pertembungan itu yang sangat dibimbangkan.

sudah pastilah UBN tidak boleh mengelak dan merendah-rendahkan intelektual masharakat awam dengan tidak membuat pengakuan. sebab, yang marah-marah itu melayu. dalam pakatan, melayu hanya dalam PAS dan PKR. dalam UBN, melayu hanya dalam UMNO. sudah pastilah yang marah-marah itu UMNO juga. kalau yang menganjurkannya itu atas nama NGO, sudah pastilah dia NGO yang pro-UMNO.

Tidaklah susah mana hendak meneka siapa yang tidak puas hati dengan siapa.

PBT atau polis juga tolonglah mainkan peranan. kalau cerdik, janganlah luluskan permit untuk berkumpul pada hari, masa dan lokasi yang sama. seolah-olahnya 'memang nak tengok sangat' berlakunya kekacauan, cabar mencabar dan malang sekali, bila tercetusnya riak-riak provokasi, polis  atau pihak berkuasa duduk diam macam budak tongong pula.

Pakatan itu sudahlah dinafikan haknya untuk muncul di media perdana, kalau denga medium ceramah pun UMNO nak ganggu, itu hanya bawa mesej memang UMNO sudah kehilangan taring.

singa kalau nak luaskan kuasa, akan mencabar singa yang lain. adakah pakatan merupakan singa yang kini sudah cukup umur dan kekuatan untuk mencabar UBN sampai UBN pun kena turun ceramah?

kalau ya, janga marahlah kalau aku kata UMNO dah lemah. bila dah lemah, macamana nak pertahan putrajaya? Bangkit UMNO Bangkit!!!!

gila www 1

bidaan untuk nombor plet 'www 1' dinobatkan sebagai yang tertinggi. RM 520,000 dan JPJ tak keluar pulak 2nd highest bidding amount untuk plet tersebut. dulu pun ada kecoh macam ini juga, dengan plet MCA 1. 

when it's come to numbers, kecenderungan untuk 'gila' memang ada. 

untuk orang banyak duit, beli nombor bernilai mencecah setengah juta ringgit bukan apa-apa. tapi bagi orang miskin, dia rasa dia boleh beli setengah isi dunia. walaupun dunia ini belum nak gila, tapi kewarasan semakin memencilkan dirinya. 

apa yang syok sangat pakai nombor plet 'www 1'?

police brutality 3.0


cuba tengok gambar. dan banyak lagi gambar-gambar sewaktu dengannya. seriously, aku tak salahkan polis. polis hanya buat kerja. ikut arahan.

dan, aku honestly aku tak salahkan peserta yang datang dan sanggup kena pulak belasah. memang hak dia nak berhimpun. dan dengan dia join satu perhimpunan yang menuntut apa yang kerajaan sekarang tak boleh bagi, dia kena faham dan agak awal-awal yang dia mungkin 'kena' se-das dua dari pihak polis, sebab polis memang dengar arahan kerajaan. from koperal ke sarjan, sarjan ke inspektor, inspektor ke acp dan bermacam lagi.

janganlah kita menyalahkan polis dan peserta bersih ini.

salahkanlah penguasa-penguasa yang memegang title kerajaan yang bacul, yang takut dengan skandal-skandal dan bayang-bayang hitam mereka sendiri, bersikap terlalu angkuh dan bongkak dengan cuba mengiktirafkan dataran merdeka itu sebagai hak eksklusif dan tanda niaga kuasa mereka yang korup.

dengan sekelip mata, boleh sahaja mereka bertindak matang dan civilised dengan mengizinkan  perhimpunan di dataran itu dilakukan, agar ianya jadi himpunan 'halal' dan aman dan dapat pula polis mengawal dengan tenteram.

know your enemy, only them who hold the brutality dearly.

Them: At The Brink Of Extinction

kebelakangan ini, tidak dapat tidak, kita mesti kagum dengan maklumat yang boleh kita dapat dari internet. macam-macam ada. walaupun jenis maklumat itu cenderung kepada apa yang kita hendakkan, namun kita mesti mengakui capaian kita kepada maklumat tersebut seribu kaliganda mudah dari 5 tahun yang dulu.
Dan, 2 hari lepas, di dataran merdeka, internet dan capaian internet sudah di tambahbaik. janganlah bertepuk dulu, tunggulah hingga benar-benar ia di tambahbaik.
Internet bermakna maklumat tanpa suling. ia adalah pedang dua mata. bisa menghiris musuh, dan bisa juga menghiris sama dalam ke tuan punya pedang.
mungkin, mereka sudah terlalu hampir dengan kehancuran, lebih hampir dari apa yang mereka fikirkan.

Apa Sudah Jadi Dengan PKR?

Salam.
The Sun, 29/10: Selangor MB recommends to PKR Supreme Council that Port Klang Assemblyman, Badrul Hisham resign for non-performance. Via SMS.
Apa sudah jadi dengan PKR? semalam Sabah. Hari ini Selangor. Bahana Jamaluddin Radzi dan Osman Jailu masih mengakibatkan pentadbiran negeri Perak huru-hara dan dah hampir kepada karut.
Apa sudah jadi? Sambil menepuk dahi.

ERTI MERDEKA

Mana yang dulu? perayaan sebelum atau perayaan selepas. Fiesta merdeka ke 50, bila keraiannya? 30 hari sebelum 31 ogos atau 30 selepas 31 ogos? Aidilfitri mudah dijangka keraiannya, 30 hari selepas 1 syawal.
Samalah juga halnya, bila ditanya apakah yang paling penting, Merdeka..atau mengisi Merdeka?
Kata orang, mengisi dan mempertahankannya lebih susah dan mencabar. Jika begitu, apakah usaha menuntut merdeka itu lebih mudah? Apakah generasi yang mengisi merdeka lebih berani mati sebagaimana generasi datuk neneknya dulu? jika itu juga mencabar, maka apa gunanya membanding keduanya?
Program mencari Anak Gemilang Malaysia Astro adalah contoh nyata perbandingan yang tidak berguna ini. MAnakan kita boleh mengukur jasa orang. Jangan jadi bodoh, nak ukur dengan apa?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...