dupavisitometer

Showing posts with label aku:gangsta. Show all posts
Showing posts with label aku:gangsta. Show all posts

KENAIKAN HARGA RUMAH, APA YANG MAMPU AKU LAKUKAN?

ok, aku tak tau apa material benchmark orang lain. jadi aku tak punya persepsi salah pada orang lain. ada yang bench pada kereta. pada patung barbie. koleksi pedang setiawan. pakai motor besar. makan rasuah. pakai tuoreg. naik LRT. tipu MC.
 
Sumpah aku tak kisah apa jenis bentuk benchmark orang tentang mengukur kejayan material mereka sendiri.
 
macam aku, aku cuma nak memiliki rumah sendiri yang aku mampu milik. untuk aku berteduh. untuk isteri aku berteduh. untuk anak-anak aku berehat dan bermain, dan membesar. tempat untuk aku beristirehat dan melepaskan lelah sehari-hari. aku memang nak beli rumah sendiri. kecik besar, jauh dekat dari tempat kerja, pada aku itu masalah nombor dua.
 
masalah nombor satunya ialah, aku mampu untuk memiliki rumah.
 
dan, pengalaman menmburu rumah yang AKU MAMPU, setakat ini banyak pedih dan peritnya. pedih dan perit bab nak kira komitmen dan lepas tak lepas nak bayar komitmen loan rumah bulan-bulan. memang sedih, kadang-kadang merintih aku dalam diam, kenapalah harga rumah ni mahal sangat kat tanahair sendiri. kalau kat tanah besar china yang pendududknya 1 billiun lebih, dan singapore yang sekangkang kera tu aku boleh faham lagi, tapi kalau benda ni terjadi kat aku sendiri, aku tak faham.
 
mungkin aku miss out something. tapi, apa yang aku miss out kalau nak beli harta kat tanahair sendiri pun payah benar. maka benarkah tanah yang aku duduk sekarang ni dah jadi milik orang lain?
 
60 kilometer radius, harga rumah kawasan lembah klang dan sekitar dah nak dekat setengah juta. point harga suku juta dah lama lenyap dalam pasaran hartanah.
 
dan, rasanya bukan aku je yang mengeluh pasal ni. macam hari ini, dah berbunyi dah pemaju nak naikkan harga rumah sebab minyak dah naik. Straits time dalam bulan puasa dulu dah buat wekkly review pasal harga rumah area lembah kelang. dan ramai jugak yang 'merintih' pada kerajaan supaya kawal harga rumah.
 
orang johor pun dah berbunyi. penang rasanya lagui worst, tapi sebab penang bawah DAP, akhbar mainstream kurang kot nak highlight. tapi, boleh check siapa yang beli property  area lembah kelang, penang dan johor. kalau tak singaporean, china mainland, taiwanese, indonesian, maka tipulah aku. property agent yang khianat yang tolong belikan untuk foreigner ni pun sama naik jugak. yang tertekan, agaknya orang-orang macam aku lah kot. ini teori aku je, kalau nak pueh hati lagi, buatlah pembacaan dan research sendiri.
 
tapi, syukurlah negara masih aman sejahtera. disebabkan negara masih sejahtera, apa lagi yang mampu aku lakukan, melainkan terus cari rumah. jangan sampai aku terbeli reban ayam sudah lah.

BAGAIMANAKAH MEREKA BERTEMU DENGAN CHIN PENG

ok, aku tau sekarang kita dalam mode merdeka. bebas dan bermaruah. sekalung penghargaan buat pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air, baik yang kanan, yang kiri, yang bertegas sampai angkat senjata, tak kira dari zaman mat kilau ke atas, atau melalui rundingan dan tolak ansur.
 
tak kira apapun metodinya, niat untuk merdeka itu kita sanjung.
 
masalah perjuangan siapa yang lebih 'power' dari siapa, aku berkecuali. kalau aku duduk zaman pra-kemerdekaan itu, aku tak tau apa patut aku buat. maklumlah, dengan keadaan sekarang ni, tertinggal handfon kat rumah pun aku rasa dunia dah gelap. inilah dia masalah first world country untuk warga 3rd world country yang perasan macam aku.
 
jadi keyboard warrior pun tak layak.
 
berbalik kepada perjuangan siapa yang betul dan salah pra-kemerdekaan, rasanya UKM ada terbitkan siri memoir pejuang-pejuang haluan kiri, seperti hamad boestamam, shasiah fakeh, rashid maidin abdullah cd dan lain-lain, termasuklah seorang hamba Allah yang settle down di ipoh yang aku lupa namanya. dalam memoirnya, hamba Allah ini ada sebut, kalau kita berbahasa sedikit melayu, sedikit english, itu namanya kutu pekan. lebih kurang gitulah. semua buku buku memoir mereka ni rasanya aku dah baca.
 
yang aku tak baca lagi buku pasal chin peng.
 
yang menarik, dalam semua memoir yang aku baca ini, disebut titik pertemuan antara mereka. contohnya shamsiah fakeh dengan abdullah cd, abdullah cd dengan ahmad boestamam. ahmad boestamam dengan rashid maidin dalam situasi dan occasion yang berbeza. dan pertemuan ini disebut secara khusus dan terperinci, macam kes ahmad boestamam jumpa rashid maidin dalam penjara.
 
cuma, yang aku ingat semua memoir ini tak sebut macamana dan bagaimana mereka semua berjumpa dengan chin peng, dan apa pengaruh chin peng kepada mereka. cuma yang aku ingat, disebut chin peng ada pesan kat sapa entah, 'kita dalam perjuangan agung'.
 
ada seorang lagi watak yang muncul persis chin peng, iaitu mokhtaruddin lasso.
 
mungkin nanti ada yang boleh jelaskan.

TUDUHAN, PERSPESI DAN KEBENARAN

buat masa ini, parti yang bertanding dalam pru13 yang lalu telah menyerahkan petisyen masing - masing, dengan tujuan untuk mencabar keputusan rasmi pru13 bulan sudah. apakah makna semua ini? adakah kita sudah berada dalam zaman sudah tidak ada yang kalah, dan yang ada hanya yang menang sahaja?
 
untuk rekod, alternatif petisyen didahului dengan siri-siri perhimpunan protes.
 
terima semua, tolak semua
 
siapa yang menang dan siapa yang kalah? PR menang 3 negeri dan menambah kerusi parlimen. jika kerusi yang tidak dimenangi itu penuh dengan tipu daya, bagaimana pula dengan kerusi yang dimenangi? untuk berlaku adil, penolakan keputusan perlulah secara besar-besaran dan keseluruhan, bukan sekadar yang menang itu betul adil dan telus, dan yang mana yang kalah itu penuh tipu daya dan helah politik. kalau itu bukan tuduhan terpilih, terma apa lagi yang lebih sesuai?
 
undi popular lawan undi majoriti mudah
 
konsep undi popular dan undi majoriti mudah. adakah sistem demokrasi berpelembagaan kita ditentukan oleh undi popular? atau undi yang ditentukan melalui majoriti mudah? apa rasionalnya mempercayai fakta undi popular itu sebenarnya adalah pihak yang menang? adakah sistem memilih pemerintah kita sudah jatuh ke taraf anugerah bintang popular berita harian?
 
malang nasib pengundi malaysia: undi mana-mana parti pun salah
 
adakah satu tindakan yang bijak untuk menyalahkan pengundi-pengundi yang telah membuat keputusan untuk memilih kerajaan secara sah? tidakkah unsur - unsur overconfident dan syok sendiri itu telah ditelan bulat bulat sehingga ianya didaftarkan sebagai angka rasmi? 
 
tuduhan atau persepsi? persepsi atau kebenaran? kebenaran atau tuduhan?
 
kalau parti B menuduh bangla itu mengundi mengundi parti A, tiada salahnya parti A juga menuduh bangla yang sama mengundi parti B dan memenangkan parti B. adakah hikmah dan keterbukaan politik kita sudah masam dan busuk hingga ke tahap itu?
 
off-record, segala bentuk penipuan sekadar tuduhan. tidak lebih dari itu. kalau kita pun percaya dengan tuduhan, adakah beza lagi diantara tuduhan, persepsi dan kebenaran?

MUSTAFA ALI, UG DAN RILISAN VEDIO TERBARU

secara peribadi, aku berpendapat rilisan video mustafa ali adalah langkah fitnah yang sangat berisiko yang di ambil oleh barisan nasional. walaupun mustafa ali itu kononnya sumbu UG PAS yang masih menyala, yang kononnya juga sangat valid untuk PKR 'mematikannya'.
 
tetapi, setelah semuanya reda dan bertenang (PAS nampaknya terus fokus dan malas melayan rilisan terbaru ini), barisan nasional perlu melihat balik kebelakang, siapakah lagi calon pelaburannya untuk gagasan unity government (UG) selepas hassan ali, nasha dan mustafa ali?
 
tidakkah pelik dari segi percaturan politking mustafa ali, sekiranya idea UG ini kembali selepas keputusan 5 mei ini, dia juga yang kembali mengemudi idea- idea gagasan UG.
 
dan jika mustafa ali kembali menerima, sesungguhnya memang pisang yang mustafa ali tanam berbuah dua kali.
 
sekiranya mustafa ali berpatah arang dan mentalqinkan juzuk juzuk UG ini, maka rilisan terbaru ini adalah bukti dan peluang mustafa ali menjernihkan kembali perjuangannya dalam gerakan islam dan PAS.
 
dari segi ini, ternyata rilisan terbaru itu adalah penghapus fitnah UG mustafa ali yang lalu.

ULAMA', CALON ISLAM BERWIBAWA DAN PILIHANRAYA

setiap pru memerlukan modal. selain modal dalam bentuk wang ringgit, perlu juga modal yang berbentuk idea dan gagasan. antaranya:-
 
  1. dengan modal pembangunan,
  2. modal revolusi golongan marhaen,
  3. modal kedaulatan melayu,
  4. bermodalkan aspirasi anak muda,
  5. dan bermodalkan tuntutan tuntuan Agama Islam.
tulisan berikutnya aku fokus kepada perkara no.5, kempen pru13 dengan bermodalkan agama Islam.
 
kunjungan ke pusat tabligh, statement statement dari majlis muktamar ulama, persatuan ulama adalah salah satu jenis strategi yang bermodalkan agama. buat masa inilah. memang sekarang, pada ketika ketika macam sekarang, 'endorsement' dari golongan cerdik pandai agama memang kelihatannya sangat valid. dan aku bersetuju.
 
dulu pun, kalau kita ingat, ada seorang pemimpin dear leader kita kata, siapa yang nak jadi ulama, masuklah dalam persatuan ulama. cuma dear leader kita itu bercakap secara sinikal, bukan harfiah dan lateral.
 
nampaknya, statement dear leader itu tidak kekal menangani ujian zaman, dan golongan ulama terus kukuh dan mendapat perhatian golongan marhaen dan umara'. elok jugalah kalau masharakat kita terus istiqamah dengan SOP 'semua benda mesti dapat 'endorsment ulama' ni. Insha'allah jadilah kelak kita golongan masharakat yang makin celik agama dan mahu mendalami Islam dengan sedalam-dalamnya.
 
jika dipanjangkan isu modal agama ini, aku selalu jugak dengar dakyah yang 'barisan satu lagi tu' selalunya tak akan turunkan calon islam. kalau bukan islam barisan kita ini bertanding, 'barisan satu lagi tu' mesti letak calon bukan Islam jugak.
 
hasil dari tindakan ini akan mengurangkan suara dan wakil Islami dalam Parlimen dan DUN, begitu juga wakil melayu sebab wakil Islami ni selalunya melayu.
 
apa punya banganglah sangat ini hujah.
 
'KALAU BARISAN TU LETAK CALON BUKAN ISLAM KO NAK BISING, YANG KO PUN PEGI LETAK CALON BUKAN ISLAM TU TAK MENGAPALAH YE? KALAU IYA SANGAT, PATUTNYA SIFIR SIAPA TANDING SIAPA MACAM INILAH, BARU BETUL DENGAN DAKYAH TU:-
 
  1. najib razak vs. bukan islam pakatan
  2. nik aziz vs bukan islam barisan
  3. muhyiddin vs. bukan islam pakatan
  4. anwar ibrahim vs. bukan islam barisan
  5. lim kit siang vs. melayu islam dari barisan

sakit gigi

betullah cakap si armand vokalis band indonesia gigi, band ini bersempenakan falsafah kita dengan gigi. gigi kalau tak sakit, memang tak dipedulikan. tapi, kalau sudah sakit berdenyut denyut, aduh...sangatlah siksa menanggungnya.
 
aku pun tak tau apa sakitnya ni. gusi membengkak ke, atau memang ada gigi yang nak kena tampal? atau paling teruk, yang nak kena cabut? aduh...aduh...aduh sakitnya
 
ok, himpunan kebangkitan rakyat berjalan dengan jayanya. tahniah pada polis, peserta dan juga perdana menteri. peserta kena berterima kasih jugak dengan kerajaan, sebab membenarkan perhimpunan aman macam ini. dan kerajaan kena berterima kasih jugak dekat peserta, sebab mengawal tingkah laku dan emosi sepanjang proses perhimpunan berjalan.
 
sebab kita kena akui, upacara perarakan besar besaran macam ni memang boleh bertukar either way. senang kena provoke dan senang kena tiup khabar angin.
 
apapun, apa yang nak disuarakan dan yang nak di tunjuk, ruang dan peluangnya dah pun dapat.
 
cuma semalam, tiba tiba UUM meniti arus perdana dan kancah politik mainstream sekali lagi. semuanya dek kelaku bawani dan sharifah. entahlah, boleh nilai sendiri mana yang betul, mana yang salah.
 
cuma, kita pun tak tau apa masalah si sharifah ni sebenarnya. jadi, aku harap semua orang boleh maafkan si sharifah ni dan move on dengan hidup kita masing masing. tiap tiap hari kita ada benda yang lebih penting untuk kita hadap, selain dari berita berita sensasi ini.
 
perbicaraan kes bunuh sosilawati pun dah bersambung. bacalah. banyak fakta fakta ngeri dalam laporan akhbar berkaitan perbicaraan tersebut.
 
Al-fatihah untuk arwah sosilawati, pegawai banknya, pemandu dan peguamnya yang turut terbunuh pada hari itu. semoga bertambah ramai manusia yang baik, dan semakin kuranglah manusia jahat di kulit dunia ini.

banjir dan banjir kepala otak

ya, bumi timur tanah melayu kini sedang banjir. kuantan tenggelam, sungai golok masih di paras bahaya. sessi sekolah ada yang mungkin akan ditangguhkan.
 
bila banjir, paling menarik adalah pertempuran politik. bantuan sana sini. memang eloklah membantu yang memerlukan, dan dalam persoalan niat, cukuplah sekadar kita mengadili setakat yang kita nampak. pening nanti jadinya kalau kita sebuk nak 'judge' apa yang kita tak nampak.
 
untuk skala yang lebih luas, kepala otak kita ini sebenarnya sudah lama banjir dengan pertempuran politik. saman menyaman. kafir meng-kafir. amanat meng-amanat. dengan segala macam transformasi dan propaganda. cis, kalau dituangkan ke tanah, barangkali siap dengan air sisa dan limbahannya.
 
kasihan kita pada mangsa banjir.
 
kasihankanlah juga dengan akal dan fikiran kita yang banjir dengan taik taik, propaganda, tipu helah dan sampah sarap politik kasta bawahan.

sandy cook elementary school dan iklan aes hotfm

okay. aku masih bersedih pasal mamat gila tembak budak budak sampai mati. gila sedih. bayangkan hari tu hantar anak pegi taska, tengah keje ada orang call bagitau anak dah mati kena tembak. memang cilaka.
 
tragedi sandy cook adalah tragedi paling sedih yang amerikah pernah hadapi. semoga yang mati masuk syurga. tapi, dalam dunia kapitalisma dan paranoid mendalam dan sangat terbuka macam amerikah, pasti ada lagi tragedi sedang menunggu. pada ketika obama dan lawan dan kawannya sibuk bercakap pasal apa nak buat, nak lulus rang undang undang bagai, tragedi yang lebih menyayat hati sedang 'in process'.
 
okay, cukup untuk amerikah.
 
hari hari aku dengar radio, time pergi dengan balik kerja. aku dengar hot fm.
 
dengar radio ok, cuma aku rasa nak termuntah dengar iklan survey pasal rasuah, pasal subsidi (suara lelaki tu mcm suara rostam) dan latest, pasal iklan aes langgar lampu merah.
 
iklan tu dengarnya memang amat kejam, dialog si ayah dan ibu (ibu kudung kaki) yang trauma dengan kematian anak lelakinya (amir) disebabkan kemalangan bila ada orang langgar lampu isyarat. memang sedih iklan ni.
 
cuma aku takde masalah kalau iklan ni justify kesalahan langgar lampu merah.
 
aku nak dia justify naik hiway boleh henjut 110 kenapa sekat sampai 80km 24 jam?
 
dan, langkah flip flop kerajaan semalam pasal aes ni, terus buat iklan ni tak relevan dan kedengarannya sangat bodoh dan expired.
 
salam.

umno dan pemulihan semangat

aku tak tau macamana reaksi dan 'bekal' pakej pemulihan semangat yang dibawa balik oleh perwakilan perhimpunan agung umno (PAU) minggu lepas. mungkin dah ada counter-strike dari segi point point dan hujah hujah mantap untuk kasi KO kaw kaw buat PAS, PKR dan parti rasis DAP.
 
kalau ditengokkan dari segi pekik dan lolongan pimpinannya, memang A++.
 
bukan sahaja point untuk menunddukan dakyah pembangkang, dibekalkan juga point untuk memulihkan semangat dan setiakawan serta tunduk dan taat setia pada parti pilihan Allah ini. kalau tangisan dan dayu bait bait lagu warisan nordin kardi pun masih tak mampu mengebalkan umno dari sabotaj dan kebencian ahli ahlinya sendiri, sukar untuk mengukur dan mencari apa lagi yang mampu.
 
dan, walaupun aku sedikit geli dengan nyanyian bait bait lagu warisan, yang tiba tiba bertukar menjadi mood sedih dan mengharukan di dewan perwakilan, aku terkesan juga dengan lagu itu.
 
bukan apa, lagu itu sebenarnya lebih sesuai untuk dijadikan cermin muhasabah diri umno, dari dijadikan senjata untuk mengingatkan melayu yang lain.
 
apapun, cepatlah cepatlah pru13 bertandang, biar kita sama sama tahu langit yang kat atas itu tinggi ke rendah.

aku dan gempar

ianya bermula dengan khabar biasa ke kampung. bertanyakan keadaan emak, yong, abang dan adik adik. sudahnya aku yang gempar, sebab ada berita kurang jelas. berita yang ditengah-tengah, hujung pangkalnya tak tahu.

abah masuk hospital. rebah hari isnin. hari rabu rebah lagi.

ya, kali ini berita pasal abah. terus aku meletakkan diri di kasutnya. fikirannya. cita citanya. perjalanan hidupnya. akhir akhir ini. aku bungkam. aku tak mampu nak membayangkan apa yang lebih jauh dari yang aku bayangkan kini.

baru tadi aku dapat menelefon abah. bercakap sendiri. suara tuanya kedengaran segar. segar hanya sekejap. selebihnya, perit kesakitan yang ditanggung sangat jelas. segar dia mendengar suara aku barangkali. aku memohon maaf dan ampun untuk segala salah silap. hak memaafkan hanya ada pada dia. hak yang aku tak punya. 

untuk aku cerita kenapa, tersangatlah peribadi.

aku yakin dengan keputusan aku ini. aku tak boleh tangguh. aku mesti balik malaysia.

paling cepat esok malam.

chua soi lek sebagai agen doktrin 'pecah dan perintah'

sehari dua ini, presiden mca terpaksa memancarkan dirinya sebagai agen doktrin 'pecah dan perintah'. ini doktrin politikal purba. sejak zaman penjajah, inilah doktrin politik yang paling subur, teguh dan efektif untuk mengawal minda penduduk multi-etnik macam tanah melayu ini.
 
kita dipisah-pisahkan dengan prejudis agama, bangsa, taraf ekonomi dan status sosial dengan maksud menanam sekali 'ketakutan-ketakutan' untuk menerima nilai sejagat dan kerjasama utuh yang merentas nilai-nilai agama, bangsa, ekonomi dan sosial.  
 
kita dipecah-pecah supaya merasakan sekiranya kita mempunyai fikiran berdaulat dan bebas, kita itu selalunya lemah. kecuali kita bergantung kepada 'tuan' dan agen-agen blok-blok pecahan ini, dengan dogma dan candu tiruan bahawasanya mereka sahajalah yang mampu menangani konflik yang 'tercetus'.
 
tujuannya, supaya kita terus 'percaya' mereka sahajalah juara isu superiorti bangsa, mereka sahajalah yang mahir ekonomi, mereka sahajalah yang alim dalam beragama, dan mereka sahajalah yang ada 'penawar' dalam isu nanah dan lendir masharakat.
 
namun realiti gelapnya, merekalah yang memunggah keuntungan nampak dan keuntungan tak nampak apabila krisis 'prejudice - sensitivity' ini berlarutan. dan, dalam banyak peristiwa, mereka jugalah yang memulakan krisis dan mengakhirinya, dengan harapan di akhir krisis, 'ketakutan' itu kekal dan makin melebar.
 
semakin lebar dan dalam 'ketakutan' itu tertanam, semakin teguh mereka. semakin untung mereka.
 
kita tengoklah nanti, akan ada banyak pihak akan terperangkap, terkeliru, melampaui batas dan ke hulu ke hilir dan mendengus dan menyalak macam babi gila.
 
dan inilah peluang kita.
 
peluang untuk tengok orang-orang bodoh berlumba-lumba masuk suratkhabar cari populariti.

india, china dan malaysia

12 hari sebelum raya haji tahun 2012, telah berlaku satu perbualan ringkas antara aku dan direktor jabatan aku, seorang expatriat perancis yang berkhidmat di sini.

soal jawab itu sekitar isu world food supply and demand. antara lain soal jawab itu masuk kepada topik big buyers. kalau merujuk pada big buyers, aku tau sang direktor akan merujuk kepada india dan china. soalannya, sekiranya harga komoditi makanan mancanak naik, atau menjunam turun, siapa yang lebih reaktif terhadap pasaran?

selepas berhujah lebih kurang, aku jawab india.

tapi, sang direktor jawab china. katanya, berdasarkan sejarah dan ketamadunan yang panjang, dibuktikan orang-orang china lebih agresif dari orang-orang india. China lebih agresif (dalam perang dan penguasaan ekonomi contohnya) sebab china penuh dengan orang orang yang nak take charge. dan india selalunya lembap dan perlahan, tak padan dengan kapasiti rakyatnya yang mencecah 1.2 billion itu. 

untuk merdeka pun mereka bergantung harap dengan gandhi, katanya.

dan malaysia pulak orangnya terlalu perlahan dengan politik dan penyelewengan. orangnya rasa bersalah untuk menegur orang yang melakukan kesalahan. mereka sering mendiamkan diri atau duduk di tengah tengah dan memerhati. mendiamkan diri, dan membiarkan masalah itu menyelesaikan masalahnya sendiri. itu ayatnya.

masalah menyelesaikan masalahnya sendiri.

aku cuma tersenyum. apa dia tau. dia bangsa peranchis. bangsa penjajah.

40 juta, tajaan private jet dan tajaan haji

seperti yang dilaporkan oleh sinar harian, sumbangan politik berjumlah 40 juta adalah tidak salah sekiranya dilakukan mengikut prosedur yang betul. dan fakta kepada amalan 'berpolitik' ini tidak pernah tercabar untuk pihak yang menerima 'sumbangan' itu.

cabar mencabar dan kutuk mengutuk hanya terjadi dikalangan penyokong kental dengan cara sondol menyondol antara satu sama lain.

sondol menyondol juga terjadi apabila lawatan ke kawasan terpencil dilakukan dengan private jet, dimana tajaan itu diterima setelah ketuanya yakin bahawa tukang sponsor tidak mempunyai 'kepentingan' di mana-mana negeri yang dibawah kekuasaannya.

dan, sondol menyondol juga berlaku tidak lama dulu, apabila seorang menteri besar dikhabarkan akan menunaikan haji secara 'sponsor'. namun begitu, tajaan itu di batalkan oleh menteri besar itu sendiri, demi menutup pemuka pemuka fitnah walaupun tukang sponsor tidak mempunyai kepentingan terhadap wilayah wilayah pentadbirannya.

kalau mengikut justifikasi yang direkodkan oleh sinar harian, sponsorship 40 juta, tajaan private jet dan tajaan haji itu, tiada salah apa pun. 

kalau tidak salah, kenapa saling sondol menyondol?

dari segi pengurusan persepsi, hanya sang menteri besar sahaja yang dapat kad hijau. lagi dua, dapat kad merah. jelas, mekanisme integriti yang mengawal dari dalam tidak wujud dan sangat lemah perlaksanaanya dikalangan para politikus dan parti yang di dokongnya.

kalau beginilah caranya, tahun ini indeks rasuah kita meningkat lagilah jawabnya.

terjunan felix baumgartner

sebentar tadi, melalui channel MBC 4 dubai, disiarkan secara langsung terjunan pecah rekod felix baumgartner.


sebelom berlepas, ibunya menangis melepaskan felix naik ke pod angkasa dan dengan penuh gementar melihat belon pod angkasa tersebut perlahan-lahan naik ke angkasa. lebih dua jam..akhirnya semuanya sudah siap sedia untuk felix melakukan terjunan.

dengan ucapan 'may angel be with you...' oleh ketua pasukan merangkap coachnya yang tersayang, felix melakukan terjunan bersejarah yang memberi makna pada pencapaian kariernya sebagai skydiver. memang pelik ada jugak orang dalam dunia ni yang mendedikasikan hidupnya untuk terjun pada level tertinggi dunia.

akhirnya felix terjun, setelah para penonton macam aku disajikan dengan view terbaik bumi dari kacamata kamera pod angkasa felix. subhanallah...alangkah cantiknya ciptaan tuhan, begitu luas dan sangat majestic.

dengan gensture thumb up, felix pun terjun secara freefall. gementar sungguh riak wajah ibunya sewaktu felix berguling guling pada minit ke-2 terjunan. felix sedikit struggle untuk menstabilkan kedudukan dirinya. namun, untuk beberapa ketika, felix berjaya menstabilkan dirinya dan parachute kembang pada minit ke 4 terjunan. orang pun bersirak sorai.

akhirnya felix berjaya mendarat dengan selamat, dan sebaik sahaja kakinya mencecah bumi, terciptalah sebuah rekod terjunan tertinggi yang pernah dilakukan oleh manusia.

sebagai ingatan, setiap yang naik dan beratas di atas, tidak selama-lamanya akan di atas, satu detik pasti akan turun jua menjejal ke tanah. samada dengan megah atau tersungkur adalah pilihan masing masing.

dan, benarlah kata orang berkenaan cita cita dan impian, langit pun tidak pernah menjadi penghalang.

ustaz nasha lagi

semua orang tidak dapat menerima dan meneka apa yang ada dalam kepala ustaz nasha. ada yang kata dia lebih umno dari umno. ada yang label dia sengaja mencari pasal sebab mintak kena pecat. bila kena pecat, terlepas dengan sumpah bai'ah. tuan ibrahim tuan man kata nasha jangan acu muncung senapang pada dia walau senapang takde peluru.
 
paling akhir, tazkirah TGHH pasal berkomplot dengan syaitan ni kerja dua kali bodoh. melantun dua kali. satu lantun berjauhan dengan jema'ah. lantun dua, berkompromi dengan 'syaitan yang dikenali'.
 
dan ada jugak blogger nakal kata ustaz nasha semakin malas menjenguk bachok. kesian bachok. mari sini bachok...masi sini bachok. teringat pulak aku cerita toyol.
 
yang pasti, apa motivasi ustaz nasha untuk terus terusan menentang jemaah, dan meminggirkan diri? ustaz nasha bukannya berdagang dan melukut tepi gantang dalam pas, sebab dia masih lagi ahli syura pas. dan, sebagai seorang ahli syura yang percaya doa kristian akan dimakbulkan Allah, adalah satu benda pelik dan menjadi bahan ketawa orang sampai bila-bila.
 
dan bukan kerja orang soleh dan pemimpin untuk membuat tuduhan tanpa bukti. itu jahil. itu semua kerja umno dan pencacainya. janganlah ustaz nasha merendahkan dirinya setaraf papa gomo dan parpukari.
 
sekadar perbandingan cerdik.

persoalan tentang 29 februari

aku baru menonton 29 februari. bagi yang belom menonton, 29 feb berkisar kehidupan insan pelik yang dianugerahkan untuk tua hanya 4 tahun sekali yang bernama budi bin halim. ala-ala benjamin button, tapi terbalik. tapi, aku nak cerita bukan pasal watak budi ini per se, sebab kalau setakat masalah dia nak sambut harijadi 4 tahun sekali, pada aku budi ni boleh je ikut kalendar islam, sebab kalendar islam ni terang-terang genap 30 hari.
 
yang aku nak cerita pasal dalam cerita 29 feb ini, digambarkan perjalanan sebuah negara (malaysia) dari sudut perspektif kehidupan budi, bermula dengan perang dunia kedua dan pengunduran british, penjajahan jepun, merdeka, dan kisah-kisah pahit manis pengisian kemerdekaan seperti keluarnya singapura, rusuhan kaum 13 mei, kebangkitan ekonomi dekad 70-90an, kereta proton saga sehinggalah 2012, walaupun menara berkembar petronas tak masuk list sebab lepas pindah ke penang, budi nampaknya terputus jauh dengan KL.
 
cuma yang jadi persoalan, kenapa watak melayu yang signifikan pada budi, kedua-duanya cacat? si razak tu buta dan khatijah ke apa namanya tu pulak bisu. dan budi pulak hidup lama. jadi, kita ada secara keseluruhannya melayu yang hidup lama, tapi buta dan bisu.
 
dan, tema yang paling diangkat adalah percintaan terhalang budi dan lily (bangsa cina yang akhirnya anak saudaranya islam). bila aku cerita 29 feb ni bab cinta terhalang ni, fikiran aku entah macamana asyik terfikirkan struggle budi untuk hidup bersama dan mengahwini 'lily' hanya satu metafora struggle orang melayu untuk menerima orang cina, dan orang cina struggle untuk menerima orang melayu.
 
fikirkan ini baik-baik
 
melayu yang hidup lama, buta dan bisu bersungguh-sungguh menyayangi tanahnya yang secara alamiahnya cina.
 
i do not know what others are thinking, but for me this is one of the most radical idea and concept of malay cinema.

satu tangan, satu kaki dan sebilah pedang patah



karya gelap dan tsui hark (1995) bikinan semula 'the one-armed swordsman (1967) dengan olahan jalan cerita yang lebih huru-hara, hitam, serabut dan lebih kejam.

kudung bangsat, yang berusaha untuk menjadi swordmaster, untuk jadi sedikit baik dari kudung bangsat adalah benar-benar satu idea tentang nasib insan yang sangat malang.

dan idea itulah yang membuatkan cerita ini sedap.

ya tak ya juga

berikut adalah transkrip perbualan dua sahabat pasal orang 'hijrah' parti...
 
A: kau tahu tak kawan kita tu tau yang dia salah sebab duduk dalam parti tu...
 
B: (diam...mendengar lagi)
 
A: dia takut nak isytihar nak sama-sama dengan kita...takut 'periuk nasi' dia terjejas!
 
B: (diam...terus mendengar)
 
A: dia ingat parti dialah yang bagi dia makan, rezeki...
 
B: pasal dia aku tak taulah, tapi kalau engkau percaya macam tu...
 
A: ....
 
B: Silap-silap AKIDAH engkau yang batal, sebab percaya ada benda lain boleh bagi rezeki pada makhluk selain daripada ALLAH SWT.

aku yang bajet neutrallah sangat.

ya, bajet 2013 memang panas. mantap tidaknya bajet 2013 adalah ditafsir mengikut persepsi kecenderungan politik masing-masing. cendiakawan yang menganalisis di tv, radio dan internet pun memberi komentar ikut 'kecenderungan' kepartian masing-masing.

satu realiti pahit di malaysia sekarang ialah 'kamu' sukar untuk jadi neutral. 

mengutuk sikit sudah masuk pakatan. sokong sikit sudah masuk barisan. akhirnya point-point terbaik yang bermanfaat untuk faedah bersama turut kabur dan terhumban sekali dalam dogma permainan politik sempit yang politikus-politikusnya busung dengan kebencian dan persengketaan. wahai tuhan, sudahkan kami rakyat malaysia ini hena dan tersumpah dengan lomba kuasa ini?

percaya atau tidak, ditengah-tengah 'kemelut & krisis undi pilihanraya' ini, ada ditengah-tengah kita ini masharakat marhaen, golongan ibu tunggal, para buruh kais pagi makan pagi, yang saban waktu nurani dan hati kecilnya bergegar runsing dengan kesempitan hidup dan berbelanja. paling tidak, 'bajet' nak bayar sewa rumah lepas ke tidak? kalau anak tak sakit, motor tak buat hal, mungkin cukup.

aku tak reti nak ulas pasal bajet kali ini. aku tak reti nak neutralkan apa yang aku rasa. kalau aku rasa tak betul, dan aku tulis paling tidak aku di 'mahkota'kan sebagai golongan tak kenang budi. kalau aku rasa betul, dan aku tulis, paling tidak aku jadi barua kerajaan. 

yang pasti aku tahu ini.

hutang berbillion bukan masalah salah bajet setahun dua. ini salah bajet berpuloh tahun lamanya!

dan membenarkan kerajaan salah buat bajet berpuloh tahun lamanya bukan salah kerajaan. salah kitalah sebab asyik angkat orang yang sama.

dan paling bangsat, kalau kita 'ubah' sangat pun...end up kita masih lagi pilih pihak yang akan buat bajet salah.

sehingga kini nama calon TPM pakatan rakyat masih tersembunyi dalam gua.

melayu nak kongsi kuasa dengan cina. tapi ingat, cina belom tentu nak kongsi RM dengan melayu. Entahlah, tapi orang BR1M melayu punyalah payah, sampai berpilih-pilih dan sampai dengar ceramah. orang cina collect BR1M dengarnya takde pulak banyak masalah. takde pulak cina kena dengar ceramah. DAP pun kurang komplen. Melayulah ada sikit problem. bertolo-tolo sampai jadi buruk siku dan mengungkit-ungkit. dah dasar melayu macam itulah. suruh kenang budi tu mengungkitlah namanya tu.

satu pun tidak selamat di tangan internet

inilah bahananya sang internet. kredibiliti dan integriti seseorang tidak lagi selamat di tangan internet. sekali pandang, ianya umpama pedang bermata dua yang menghiris mentah - mentah untuk di makan oleh rakyat.
 
internet ini, melibas ke kanan mereka kena. melibas ke kiri pun mereka kena juga. contohnya
 
Najib dan pembesar-pembesar UMNO tidak lagi selamat dengan salahguna kuasanya. kalaupun tidak benar, mereka pasti tenggelam dengan fitnah siber. kak jat sudah merasa. muka mereka sudah tebal. tapi kulit yang tebal itu dilumurkan dengan masker yang diberi nama 'asam garam politik.
 
anwar and the gang juga tidak selamat. dengan pelbagai tuduhan. lebih kurang sama dengan apa yang ditimpakan oleh najib dan pembesar-pembesar UMNO. tapi, itulah lumrahnya menjadi ahli politik, sentiasa ada masker asam garam politik.
 
lama tak lama kemudian, internet menghiris pula ahli ahli korporat. orang-orang besar di proton kena. orang-orang-orang besar MAS dan AIR ASIA kena. Rozali SYABAS kena. LYNAS Corp. kena. Khazanah kena.
 
tiada yang selamat.
 
kini, internet mula masuk ke dalam istana. boleh cari sampai jumpa. mula-mula internet masuk ke istana johor, sekarang dah mula masuk istana kualan kangsar dan istana kuantan.
 
damn you internet!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...