dupavisitometer

Showing posts with label hampeh. Show all posts
Showing posts with label hampeh. Show all posts

wacana perdana kelantan: pru 13 dan masa depan Islam

banyak yang aku fikirkan selepas menonton wacana perdana kelantan bertajuk 'Pru 13: Masa Depan Islam' yang menjemput Dr. Maza, Dr. Fadzli (Exco Kelantan), Dr. Ridhuan Tee dan Fathul Bari selaku wakil UMNO. Aku just nak bagitahu awal-awal, moderator memang out ke laut dalam kali ni. unprepared, time management hancur, leisure tak leisure, serius tak serius, lawak hambar dan 'kayu'. tak macam agus dan maszlee malik. hampeh nyoir...

yang pasti, audiens kelantan nampaknya memang 'nak lepas geram' dengan Fathul Bari. Dan, Fathul Bari memang pun dia datang sebagai 'easy target' dan dia pun dah macam redho yang dia akan 'hit the jackpot, bigtimes'. cuma, tanpa sebarang jemputan dan paksaan, tindak tanduk dan butir bicara Dr. Ridhuan Tee pulak yang emotional dan bercelaru sifatnya sebermula pada saatnya dia membuka bicara, secara misterius telah mengalih mood 'memburu' audiens kepada dirinya, sekaligus tanpa dirancang, acara perburuan audiens telah beralih daripada fathul bari, kepada ridhuan tee.

ini dapat dilihat dengan begitu banyak soalan diajukan kepada fathul bari, namun audiens sangat-sangat responsif dengan tutur bicara ridhuan tee.

samada ridhuan tee melancarkan provokasi terhadap audiens secara sedar atau tidak, tidak dapat dipastikan. tetapi, dengan melontarkan anaologi sinikal 'great minds & small minds', mempertikaikan akhlak sorak sorai audiens yang lebih kurang sama macam umno, mengeraskan intonasi suara dan bicara, menampilkan 'body gesture' yang sangat emotional 'arrogant & rude', membuat serangan 'cheap shot' dan bacul terhadap moderator yang memang dah entah ke mana dengan melabelkan hamba Allah itu sebagai 'bias' dengan tidak semena-mena, memang ridhuan tee nampaknya cukup bersedia dengan 'resepi masterchef' nya bahawa malam itu akan jadi salah satu malam jahanam dalam hayatnya.

sedangkan, kalau tidak pun dia hadir sebagai manusia biasa, salahkah kalau dia berkelakuan matang dan professional, apatah lagi dia sendiri mendakwa dia seorang dai'e dan mempunyai tahap intelektual bertaraf doktor falsafah (aku tak pasti dalam bidang apa), seharusnya skill berbahas dan berdebatnya, serta 'emotional maneuver' nya  tak lari jauh dengan Dr. Maza. ini dah lari jauh sangat. memang sangat-sangat pelik aku tengok gelagat ridhuan tee kali ni. dalam markah penghujahannya pulak, aku rasa dia jatuh nombor corot, dan kalaulah aku pernah tengok atau jumpa orang yang telah sangat-sangat ditakutkan oleh idea kebangsaan melayu Islam akan hilang dengan tumbangnya UMNO, tidak keterlaluan kalau aku kata ridhuan tee lah orangnya, padahal dia berbangsa cina. satu masalah matematik agung kat situ.

akhirnya, secara ringkas, ianya adalah majlis wacana yang  cukup celaru dengan perangai ridhuan tee di tambah dengan huraian panjang lebar fathul bari yang aku rasa berat kulit dari isi, moderator yang dah mengembara entah ke mana walaupun fizikalnya masih di atas  pentas, wakil pas yang menganga dan audiens yang penuh semangat nak memburu. nasib baiklah ada Dr. Maza yang sekali sekala mencelah dengan hujah dan ulasan yang bukan sahaja mendakap realiti, tetapi juga merangsang dan mencerahkan minda.

aku datang nak tengok dalam keadaan keliru, tengok pulak perjalanan majlis yang keliru, plus point dengan senarai penghujahan yang keliru. apabila habis sudah segala mala sorak dan sorai, akhirnya aku balik juga pada keadaan yang penuh kekeliruan, cuma kekeliruan itu, kini makin bertambah.

macam yang Dr. Maza tanya dalam wacana tersebut, kalau benarlah selepas pru 13 nanti masa depan Islam terancam, tolonglah nyatakan siapa dan dalam bentuk apakah ancaman itu. aku tau itu soalan Dr. Maza 'pancing' ridhuan tee dan fathul untuk jawab, tapi apa boleh buat, memikirkan soalan itu sahaja sudah cukup mengelirukan. 

youtube keywords search: pru 13: mmasa depan islam?
youtube channel : sunnahrasul

hampeh No: 1 (generasi)

sekitar aku lepas grad dulu (03-04), first keje aku dekat kompeni movers, tokeinya india kongsi dengan melayu. bukan melayu tipikal, tapi melayu grad oversea layan MJ dalam ofis dan kereta kelisanya.

bawah bos melayu ni, aku handle konon-kononnya job dari gomen, dan team india handle job dari private. so, aku banyaklah meluangkan masa dan tenaga aku pegi cari job dengan gomen ofis. dah namanya cari job, segalanya ku telan jua. semangat nak majukan diri. banyaklah aku jumpa perkara-perkara tipikal yang selalu orang keluh pasal attitude kakitangan awam. nak buat mcmana, kakitangan awam kat india pun sama jugak tak effisiennya. baguslah, low compare dengan low la ye tak? apple to apple...hahaha...dasar tak nak maju.

sampai ada sekali, aku jumpa mamat perolehan, sembang punya lama, sampai aku ingat inilah dia job aku yang pertama. last-last dari kiasan aku tau mamat ni nak makan pakai tangan kiri. aku dah dapat insight awal dari bos, tak payah pening kepala, aku roger bos india aku cakap 'bola satu nak makan free'. bos india aku faham mamat ni nak makan pakai tangan kiri.

sebagai penutup bicara, mamat tu siap pesan kat aku, sekarang kita bukan jer pikir mcmana nak kumpul duit untuk kita, kita pikir jugak untuk kumpul buat modal ANAK-ANAK kita nak meniaga nanti. WTF? aku angguk-angguk kepala, lepas tu aku cakap bos saya tu india, dah la india, kafir pulak tu. encik bincang dengan dia ajer lah. dia tu understanding orangnya.

aku sampai hari harap sangat dia faham apa maksud aku reply macam tu, sebab kompeni aku tak dapat job tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...