dupavisitometer

Showing posts with label Kasih sayang. Show all posts
Showing posts with label Kasih sayang. Show all posts

KEMBALI

Akhir entri blog ini, pada 29julai2015. kemudiannya terhenti sebab aku hiatus dah masuk 3 tahun. Mengembangkan diri. sudah tidak punya cabaran, sebab hampir keseluruhan cabaran hidupku yang terbesar aku hadapi ketika kembara di bumi emiratis tahun 2012. 

pelbagai yang dijalani, dirasai, dan meresap ke fikiran melalui jalan - jalan peristiwa, secara peribadi, dalam ruang lingkup komuniti atau yang lebih besar adalah umbang ambing negeri. 

ya, 2018 sudah tercatat sebagai peristiwa bersejarah negaraku Malaysia. Melalui lunas demokrasi, akhirnya rakyat memilih untuk menumbangkan kerajaan selama 61 tahun dan menggantikan dengan yang baru. sudah banyak yang tercatat dan yang mencatat letak duduk peristiwa ini. begitu banyak harapan, dan begitu banyak pengharapan. 

cinta kasihku pun sudah masuk darjah satu. sudah pun nak masuk ke darjah dua. Syukur aku masih ada untuk menyediakan apa saja untuk dia. tapi tidak sebesar pengorbanan bondanya. perempuan bekerjaya sekaligus seorang ibu. mendidik dan mengasuh anakku ini supaya menjadi seorang anak yang berguna kepada ibu bapanya kelak, insha'allah.

aku merindui setiap gurau senda dan masa - masa yang bermakna buat aku dulu, pada setiap petang cinta kasihku masuk ke dalam kereta Myvi BLU 5011 dan mencipta dunianya sendiri. ada ketikanya dia melawan naga dan beruang, ada ketikanya menjadi sang raja memimpin rakyatnya gula gula coklat. adakala dia berenang di lautan luas meneroka tanah tanah baru untuk taman permainan. menakjubkan pemikiran awal tumbesaran, sambil sambil menghilangkan tekanan kerja aku yang tidak kunjung sudah.

namun itu hanya tinggal kenangan, bila dia habis alam tadika, masuk pula ke alam baju putih seluar biru. masa kami berdua makin terbatas. di awal pagi dan lewat petang. sungguh rugi rasanya.

setiap waktu bersamanya, aku merasakan aku real dan benar dalam dunia ini, punya tujuan dan matlamat, yang seringkali hilang dan tenggelam dalam urusan urusan dunia yang karut dan marut. 

ramadhan 2013 dan kebimbangan baru

sambutan ramadhan
 
ramadhan sudah masuk ke garisan akhir. tahun lepas aku ramadhan di dubai. tahun ini, Alhamdulillah aku diizinkan untuk menyambut ramadhan bersama kaum keluarga dan sanak saudara. esok malam, aku akan meredah hiway plus untuk pulang, sahur dan insha'allah berbuka di rambai 7.
 
ramadhan kali ini meriah dengan kerenah adel. time berbuka dia yang paling sebuk. sampai susah bondanya nak makan. si adel memang jarang kacau aku kalau bab makan, sebab dia suka sangat kacau bondanya. kesian, kadang - kadang sampai susah bondanya nak makan dan jamah juadah berbuka.
 
nikmat berbuka bersama keluarga, memang luar biasa rasanya.
 
sengketa politik
 
sambil menjalani ibadah puasa ramadhan kali ini, nampaknya suhu 'persengketaan' politik parti parti agung tanah air nampaknya sejuk sedikit. cuma ada letusan letusan nakal dalam bab pemilihan agung umno 2013, di bicarakan orang.
 
PAS juga tidak terkecuali, tiba-tiba ada entri liar dan angkuh berupa serangan peribadi kepada ketua dewan pemuda PAS dan nik abduh. sebelum itu, ada jugak aku baca 'seruan' sms dari kepimpinan tertinggi PAS pahang pasal jangan undi sekian-sekian calon sebab mereka liberalis yang mendepani isu isu masharakat, antara yang naik nama adalah YB khalid samad dan mujahid rawa.
 
apa nak jadi dengan PAS kali ini, seharusnya kalah dalam pru itu biasa bagi PAS, tapi kekalahan kali ini nampaknya sangat sangat luar biasa untuk PAS terima dengan hati yang terbuka.
 
insiden assasination ala ala bangkok dangerous cetus kebimbangan baru
 
cuma, dua tiga minggu ini, apabila para pemimpin kita nampaknya leka berbuka puasa dan pening kepala nak settle masalah ayam dan harga barangan yang naik, di seluruh negara gegar kerana insiden assasination yang semakin menjadi-jadi.
 
dalam kereta, tengah naik motor, kat traffic light, depan sekolah, tempat parking kereta semuanya tidak selamat lagi untuk sesetengah orang. dari orang biasa hinggalah yang ke high profile, semuanya tumbang dan tewas dihujung pistol pembunuh upahan ala ala filem bangkok dangerous.
 
ini semua adalah sangat mengerikan, dan semakin mengerikan kalau semua pihak berwajib, yang pung pang pung pang berkempen dulu masih mengamalkan amalan bangun, makan, berak, ketawa dan tidur.
 
polis sudah melancarkan perang besar besaran, diharapkan tindakan proaktif polis kali ini akan membuahkan hasil. begitulah juga harapannya rakyat di rambai 7.
 
-end-

anugerah juara lagu tv3

aku rasa hanya kat malaysia sahaja yang ada pertandingan lagu macam AJL ni. yang lain sangat mesra dengan format grammy awards, waima AIM. tapi, orang orang tanah melayu ni sangat asing dengan format grammys awards ni. nampaknya kita lebih naik hantu dengan format AJL.
 
disebabkan ramai yang menyokong penyanyi dan bukannya lagu, menyebabkan banyak keputusan keputusan AJL kebelakangan ini dipertikaikan. tapi apa boleh buat, yang dinilai lagu, bukan penyanyi. tapi untuk aku, tanpa penyanyi yang baik dan mantap, lagu yang hebat tak kemana jugak.
 
tahun ini, aku harap teman pengganti malique dan black menang. suara black pada aku memang makan dalam dan mengharukan. kekuatan lagu ini pada aku adalah liriknya. sedih sangat lirik teman pengganti ni, macam satu cerita yang sangat sedih.
 
kalau aku, aku membayangkan lirik ni ditulis masa orang ni terlantar diatas deathbed disebabkan sakit yang dah tahap terminal. dalam lirik ni malique ada sebut 'penjara hinggap' yang aku tafsirkan sebagai hospital.
 
aduii..memang sedih lirik teman pengganti ni. dan aku harap lagu ni menang.
 
aku bukan nak menyokong budaya hedonisme ke apa, cuma aku mengharapkan lebih banyak lirik dan alunan lagu yang menggambarkan perasaan yang real yang sangat dalam, macam lagu teman pengganti ni.
 
dan aku nak jugak malique menang, bukan sebab nak mengesahkan bakat dan kebolehan malique, sebab pada aku malique dah tak perlu membuktikan apa apa. kalau dia bersiul tepi longkang pun aku kata dia best jugak.
 
cuma, kalau karyawan semantap malique pun tak dapat deserving spot dalam industri hiburan kita, maka jangan sentap sangatlah kalau bollywood dan k-pop terus-terusan menjajah industri musik tanahair.

menjelang aidilfitri / merdeka

2012 kali ini, ditakdirkan aidilfitri menjengah dulu, kemudiannya merdeka. tinggalkan dulu aidilfitri. aku mau cakap pasal merdeka.

ya, tak kisah orang cakap apa, bagi aku sesiapa saja yang lawan british dan jepun sampai jepun kena hambat balik jepun (dan kemudiannya kita menyembah ekonominya) dan british jadi gerun dan memerdekakan kita (padahal imperialis dunia itu memang sudah musnah satu demi satu, macam musnahnya regim keditaktoran asia tengah sekarang ini) perlu diiktiraf sebagai nasionalis kemerdekaan, tanpa kanan dan kiri. sebab tajuk besarnya ialah MENGHALAU PENJAJAH. cuma methodnya saja berbeza. berunding ka, angkat senjata ka, hussein onn ka, pak sako ka, ahmad boestamam ka, side PKMM atau side PKM aku takde masalah, selagi pejuang dan perjuangannya adalah menuntut kemerdekaan.

ada jugak yang kata kerajaan yang ada sekarang ni barua penjajah, sebab 'dimenangkan' oleh penjajah dengan syarat dasar-dasar penjajah disuburkan juga walau lepas 1957. Inaku tak setuju. kena hormatlah juga perjuangan dan pengorbanan tokoh-tokoh dulu. tapi, mungkin kutukan ini jugalah balasan untuk mereka juga sebab 'menambus' dan menghilangkan catatan perjuangan yang perlu dalam lembaran sejarah kemerdekaan negara.

kita tutup bab nak capai dan halau penjajah ini, sebab walaupun bab ini penting, ada lagi bab yang lebih penting, iaitu 'MENGISI KEMERDEKAAN'.

selepas 1957, bermulalah tanggungajawab generasi 50 an dan seterusnya, untuk mengisi kemerdekaan. tanggungjawab itu diteruskan sampailah ke generasi kita yang dikataka generasi internet dan media baru (aku nak muntah). prinsip pejuang kemerdekaan dan pengisi kemerdekaan itu sebenarnya masih sama, menghapuskan PENINDASAN dan mempertahankan KEBEBASAN.

jika kita kini tertindas dengan rasuah dan terpenjara untuk membasminya, maka kita mesti tuntut kebebasan itu, agar kita tidak lagi tertindas. 

aku meangmbil sikap pembodohan yang dibudayakan (terutamanya bab Ketuanan Melayu dan Islam) adalah penindasan paling fatal untuk pemikiran anak muda melayu macam aku. 

ramadhan 5

hari ni masuk ramadhan ke-5. malam ni terawih dan insha'allah bersahur untuk yang ke hari yg ke - 6. Alhamdulillah. moga-moga dapat kita merebut segala hadiah dan anugerah Allah pada Ramadhan yang penuh barakah ini, Insha'allah.

ok, gomen sini kerja setengah hari. swasta aku tak pasti, tapi tempat aku keje balik pukul 4 petang. masuk pagi macam biasa, 9 pagi. takde kecoh dengan flexi hour. sini takde bazaar ramadhan. tapi setakat ni, tiap-tiap hari aku pegi supermarket (carefour terutamanya) meduyun pak arab, mak arab, mek-mek arab dan pak-pak pakistan beli barang nak iftar. yang palistani ni beli aku agak dia nak sedekah berbuka puasa kat masjid kot. borong kurma bukan main banyak. dan kurma (date) sini dari tunisia dan persempadanan morocco & algeria (gurun sahara) aku rasa yang terbaik. tebal, lembut, bertangkai dan ada pilihan less sweet. nak sahur rendam soya campur ais, perghhh...tak boleh bayang nikmat Allah yang satu ni. 

seperti biasa, solat sunat terawih memang pengalaman baru. Isyak masuk dalam 840. 815 paling lambat aku gerak pegi masjid. lambat dari tu, masjid penuh la jawabnya. kenalah solat kat luar. boleh la jugak nak solat, tapi panas de. membahang. tapi itulah pengalaman yang bila aku fikir balik best jugak sebenarnya. tapi, tiap-tiap hari tak mampu, sebab tak biasa. baru habis solat isyak peluh menitik-nitik, tak best jugak. 

bila dapat solat kat dalam, 30 minit tu ambik masa baca Al-Quran. ada jugak naskhah Al-Quran terjemahan melayu. hamba Allah manalah yang sedekah, aku doakan banyaklah pahala Allah bagi pada hamba Allah ni. 2-3 hari awal aku tengok pak arab dan jemaah datang bawak air mineral. letak tepi. aku pelik jugak mulanya, sebab kat malaysia tak pernah tengok. rupanya, interchange terawih tu, diorang minum lepas dahaga. 

kat sini imam memang buat 8 rakaat dengan bacaan satu juzuk. lepas 4 rakaat imam rileks kejap dalam 2 minit. bacaan tip top. kadang-kadang dia main lagu mishari. dekat-dekat nak habis, dia main lagu sheikh sudais. dan qunut nazilah imam Abdullah Al-yamani memang berakhir dengan esak tangis, terutamanya bab doa kesejahteraan umat Islam, terutamanya yang dihimpit kekejaman, syiria dan palestine. tersentuh sangat hati aku ni, dan suara meng-amin-kan doa qunut nazilah ini sangat-sangatlah menggentarkan jiwa.

minggu depan aku nak try surau dekat apartment aku pulak. bukan apa, nak pergi masjid Al-Qasba ni aku kena naik teksi. sekali jalan 10 dirham. pegi balik dah 20 dirham. sementara nak gaji, trylah arena surau pulak. nak kutip pengalaman. surau pakistan yang dibangunkan oleh komuniti pakistan dekat sini. surau ni tak berapa jauh, jalan kaki dalam 200 meter. bolehlah. 

memang berbeza menjalani ibadah puasa kat sini kalau nak banding dengan Malaysia. Tapi Allah itu maha sempurna dan Maha berkuasa. sejauh mana pun hambanya di dunia ini, Allah tetap dekat dengan hambanya, lebih dekat kalau dibandingkan dengan urat leher hambanya sendiri. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar.

menyambut ramadhan di rantau orang (sharjah, uae)

Alhamdulillah, Ramadhan Al- Mubarak datang lagi, dan bersyukurlah orang-orang yang diberikan nikmat oleh Allah SWT untuk mengerjakan ibadah di dalam bulan puasa. ikut ceramah ustaz haslin, para sahabat nabi dulu 6 bulan menjelang ramadhan sudah pun bersedia gear lima untuk merebut peluang bulan ramadhan. begitulah serius dan fokusnya golongan terpilih. moga-moga, kesempatan ramadhan kali ini berjaya direbut oleh kita semua. Insha'Allah.

Ramadhan kali ini untuk aku agak istimewa. sebab aku duduk di sharjah. negeri pak arab. khabarnya, sepanjang bulan ramadhan ini, semua perniagaan berkaitan makan dan minum ditutup di waktu siang. tak kira muslim ke tidak, semuanya tertakluk dengan undang-undang yang sama. macam malaysia jugak, kebanyakkan perniagaan dan kompeni tutup awal. government tutup setengah hari. entah betul entah tidak, ahad nanti tau lah samada betoi atau tidak government tutup setengah hari ke tidak.

yang paling aku tunggu-tunggu macam biasa, sembahyang terawihlah apa lagi. dapatlah terawih sekali dengan pak arab nih. dulu aku selalu tunggu sembahyang terawih live dari makkah dan madinah, insha'allah tahun ni, sekarang boleh tengok full, sebab beza sharjah dengan time sembahyang makkah satu jam jer. 

dan, ramadhan kali ini pastinya agak mencabar. cuacanya panas membahang. subuhnya awal, seawal 430 pagi, dan maghrib lebih kurang malaysia, 715 malam. pukul 3 dah kena bangun sahur dah nampaknya. 

mengenangkan sambutan ramadhan di malaysia, terkenangkan wajah isteri dan anakku si adel. ramadhan kali ini, si adel dah boleh berbuka sama. di harapkan bondanya bersabarlah dengan kerenah si adel nanti.

aduh, sungguh rindunya aku pada malaysia. tapi bersabarlah dulu, sedikit masa lagi, fajar akan menyinsing dan cahayanya pasti menghangatkan hati kita semua. 

Marhaban Ya Ramadhan Al- Mubarak. Ya Allah, terima dan redholah dengan apa yang kami usahakan. 

Salam Ramadhan.



maestro tumbang

untuk edisi euro kali ini, menyaksikan sang meastro tunduk 4-0 kepada sang matador. thiago motta mungkin paling kecewa dek cedera selepas 6 minit di bawa masuk, meninggalkan 'silent leader' andrea pirlo yang sedia cungap berseorangan menghadapai daya kreativiti xavi dan Iniesta. tapi apa boleh buat, gol jaringan jordi alba adalah penutup segala-galanya dan gol torres dan juan mata adalah bonus.

berikutnya, peranchis 2016.

majlis elit putrajaya

*diinspirasikan dari sebuah lagu pengamen jakarta pasal sebuah majlis tahlil selepas isyak.

sembahyang di mana? - masjid putrajaya
siapa bentang saf? - mahathir mohamed
siapa imam? -nik aziz
siapa baca doa? - hadi awang
siapa siap khemah kenduri? - najib razak
siapa masak? - anwar ibrahim
siapa sponsor lembu? - sharizat jalil
siapa sponsor kueh? - ibrahim ali
siapa sponsor sayur? - lim kit siang
siapa tukang kutip derma? - muhyiddin yassin
siapa jaga parking? - azmin ali
siapa jaga saf budak-budak? - khairy jamaluddin 
siapa yang jual DVD kat luar tu? - chua soi lek

ini majlis tahlil apa? - ini majlis tahlil elit politik.

harussani

dulu, bila harussani fatwakan 'sure heboh' haram...orang-orang pas dah mula merasakan harussani dah 'geng' depa. perasaan 'satu geng' ini berlanjutanlah sampai ke kes 'pendedahan' murtad, dan sampailah bila PR menang di perak dan memerintah. sepatutnya, hubungan dan rasa  'geng sama geng' ini makin kuat dan daulah islami makin subur di bumi darul ridzuan, namun sebaliknya pula berlaku. hubungan harussani dan PAS semakin hari semakin pudar dan hambar, sampailah kerajaan PAS perak ditamatkan riwayatnya sepertimana yang kita tahu.

dan, apabila kerajaan BN memerintah balik, harussani semacam kembali ke lubuk empuk, dan hilang terus perasaan semangat perjuangan harmoni antara harussani dan PAS. secara logiknya, PAS dan harussani itu memang boleh 'ngam' dan 'satu kepala', namun takdir ALLAH itu nampaknya tidak menemukan mereka.


entah mengapa...harussani terus timbul dan konsisten dengan isu-isu murtad. malangnya, ramai yang pertikai isu yang dia timbulkan dan semuanya berpunca dari harussani sendiri, yang gagal menaiktarafkan tuduhan dan angka-angka murtad itu ke 'level' yang boleh dikira 'mutawattir'. benar atau tidak angka itu memadailah dengan sekadar air liur harussani sahaja. dan Alhamdulillah sekarang, harussani ada hassan ali untuk buat kerja-kerja jaga akidah ini, walaupun dia dan hassan ali nampaknya lagi ghairah nak 'tala' PAS dan berpolitik dengan PAS dari nak berusaha membasmi hal murtad dan hilang akidah ini. dan, dengan UMNO seakan-akan merestui dua jaguh murtad dan akidah ini, menimbulkan public approval bahawa harussani-hassan kini adalah sebahagian daripada belaan UMNO yang ramai itu.

dan paling baru, harussani nampaknya berhajat benar nak jemput nik aziz jadi lawan sparring dia kat dalam media, sampai dua-dua tak putus-putus berbalas jurus, walaupun tema dan tajuk besarnya ialah 'muzakarah PAS-UMNO'.

harussani bukan bodoh. dia boleh 'read between the lines', dia sedar yang PAS memang takda hati dah nak bermuzakarah dengan umno. dan dia jugak tahu, ini bukan masalah nik aziz degil atau nik aziz suka-suka nak letak syarat sebelum muzakarah. dia tahu nik aziz memang nak aniaya dia dengan 'syarat-syarat puteri gunung ledang' sebelum nak muzakarah dengan UMNO.

dan harussani jugak sedar, sedangkan dia yang bertaraf mufti dan salah seorang ahli majlis fatwa kebangsaan pun tak mampu nak menahan 'kejahilan dan kebutaan' UMNO pada Islam, apalah sangat nik aziz dan PAS boleh buat kalau setakat bermuzakarah dengan UMNO?

dan ini terus menimbulkan persoalan, kenapa harussani ni terus juga buat kerja tak berfaedah ni?

orang benci kita tak boleh...

ada satu perkara yang kita kurang dalam kita berpolitik. kita mengharapkan orang berlaku baik dan adil kepada kita, terutamanya kalau kita di pihak pembangkang. antaranya kita mahukan siaran media yang adil. kita juga mahu program kita tidak diganggu-gugat. kita tak mahu orang benci, yang kemudiannya provok kita dalam majlis kita sendiri. pendek kata, kita nak buat apa yang kita buat, janganlah dengan sebab 'kebencian' orang menggangu majlis kita.

malangnya, kalau kita benci dan mengutuk program orang lain tak apa pulak? ada atau tidak kita nilai level kematangan kita dalam apa yang dikatakan 'perjuangan' politik kita ini. kita 'bising' kalau orang kata kita berhimpun itu tak elok, walau kita rasa elok tujuan kita berhimpun itu. dan kita bising juga kalau orang tuduh jumlah yang join perhimpunan kita itu kurang dari jumlah yang kita rasa. sedapnya kita membenci orang yang membenci program-program kita.

jadi, kalau kita benci program orang adakah tidak mengapa? adakah kita sahaja yang suci, yang mempunyai hak untuk membenci dan orang lain 'berdosa' membenci kita?

jika jawapannya ya, kita kena persoal tahap kematangan kita dalam hal ini.

ya, mungkin banyak isu yang saling berkait yang boleh kita justifikasi kebencian kita itu. namun, sebagai tanda orang yang matang, kita kena terimalah hakikat siapa yang tuan dalam demokrasi. dan samada kita suka atau tidak, tuan pastilah banyak kelebihan dari yang bukan tuan.

bukan apa, aku merasakan riuh-rendah serangan pro-pr pada program himpunan belia 2012 minggu lalu sangat-sangat 'overkill' dan sangat-sangat negatif pada muda-mudi yang menyertainya. walau serangannya lebih kepada UBN, yang terasa menjadi mangsa adalah peserta, tenaga penganjur dan tidak terkecuali yang hadir dan yang mengambil bahagian.

memanglah program yang berunsur islami lebih baik pengisiannya, tapi kalau kita respect dengan jiwa dan fikiran anak muda yang menghadirinya, yang kita yakin mantap jiwa islaminya yang tahu membezakan baik-buruk, pasti akan menjaga adab dan kesusilaan sebagai seorang muslim / muslimah sepanjang menghadiri perhimpunan tersebut.

memang banyak pihak yang hendak ambil kesempatan atas sokongan golongan muda, namun melabelkan mereka termasuk dalam ahli neraka dengan menghadiri acara yang kita hakimkan sebagai lagha dan penuh maksiat, sedangkan mereka lebih tahu apa yang mereka buat dan sertai berbanding kita yang hanya menuduh, tidakkah akan menjauhkan sokongan mereka dan mengekalkan imej 'jumud' yang telah sedia dipotretkan pada wajah-wajah kita?

politik melabel nampaknya bukan hanya sudah jadi kesukaan UBN, ianya sudah menjadi kesukaan PR juga nampaknya.

debat khairy-rafizi: sisi pandangan peribadi


umno supremo & pkr strategist


latar belakang

pertama sekali, ini bukan debat yang membuka lembaran baru dalam iklim politik malaysia. sangat sedih kalau ada sesiapa yang sangat teruja dengan 'political statement' tersebut. khairy-rafizi pernah bertemu di london, dalam suasana debat yang lebih relaks dan santai, dengan menggunakan medium bahasa inggeris. dan, personally aku rasa khairy ia a better debator in english. dan rafizi, sesuai dengan figura accountant dan one of the pkr strategic grandmaster, pasti penghujahannya lengkap dan padat dengan fact & figure, yang merupakan senjata ampuh untuk mana-mana politician untuk turun ke medan debat. 

penting untuk kita sedar, debat politik tiada menang kalah. ini bukan debat piala presiden atau piala ketua kampung. hakimnya jauh terletak di dalam hati dan akal waras orang yang terlibat, mendengar dan berfikir pasal isi kandungan debat. capish?

tuan moderator

ust. maszlee malik berjaya menjadi tuan moderator yang mengawal perjalanan debat dengan baik, disamping dia juga membekalkan dirinya dengan soalan-soalan yang boleh di kira knock-out question juga. jika dr. maszlee malik yang mempunyai style cool dan tenang pun tidak berupaya menahan flow debat jadi hot & spicy, aku tak dapat bayangkan kalau prof. agus pulak yang jadi tuan moderator.

jika ada yang mempertikaikan kewajaran tindakan dr. maszlee yang membuat cabaran terbuka dengan tag 'kita tengok siapa anak jantan' berkenaan debat anwar-najib menjelang pru 13, maka aku berpendapat cabaran itu adalah wajar. 

sebabnya, kenapa tidak? dan cabaran itu datangnya dari seorang ilmuan dan tenaga akademik UIA, yang dari segenap sudut mengesahkan dan mewajarkan dia melontarkan cabaran. bagi yang tidak bersetuju, sungguh kasihan sebab masih terkepung jiwanya dengan politik bawah tempurung. 


Khairy

ada yang kata khairy defensif. cuba korang pulak yang jadi khairy kat atas tu? tengok sikit jadi defensif ke tidak. secara generalnya, khairy berjaya mempertahankan idea kenapa ptptn itu relevan. dan kenapa free higher education tu tak relevan. apa yang tak cukup? fact & figures semua khairy bawa bentang. walau rafizi pertikai fact & figures tersebut, tapi yang khairy bentangkan itu actual expenses, sedangkan figure yang rafizi tunjuk hanya bersandarkan semata-mata 'kalau'. masalah actual expenses ini secara tak langsung di akui oleh rafizi dalam hal unisel dan kuis, sebab ada perjanjian berat sebelah. walaupun ada unsur-unsur rasuah di situ, tapi kewujudan perbezaan budget expenses vs. actual expenses itu kita kena akui memang ada. itulah sebab mengapa data khairy dan rafizi berbeza antara satu sama lain.

dan, khairy juga terpaksa jawab benda yang dia tak patut jawab dan terbelenggu dengan isu-isu buruk BN di media pembangkang, antaranya berkenaan nfc dan isu hutan tajuddin ramli. sebab, pada pendapat aku isu melupuskan hutang tajuddin ramli dengan isu mansuh ptptn ini memang jauh larinya. tajuddin ramli tu hutang komersil, kalau dah namanya komersil, memanglah bertujuan strategic untuk protect national interest pada masa itu, tambahan pulak hutang tu masa krisis ekonomi 97-98. 

isu hutang ptptn ni hutang komitmen. pelajar berhutang, dengan sifat hutang sebagai pendesak dan tanda ingat pelajar supaya fokus dengan peluang pendidikan tinggi yang diberikan kepadanya. 

rafizi

sepanjang tempoh debat berlangsung, rafizi memang fokus dan dapat explain macammana PR boleh offer free higher education bila memang pru 13 nanti. walaupun dalam usaha penerangan itu selalu di hijack oleh khairy dengan soalan-soalan dan pertikaian yang bertemakan 'korang boleh buat ke apa korang janji ni?' dan ' cuba tunjukkan macammana PR tak muflis kalau buat macam ni.' sedikit sebanyak menggangu juga usaha dan fokus rafizi untuk lebih detail dan extend idea free higher education ini. 

dan, salah satu key point yang 'wow!' dalam huraian rafizi ialah kenapa ptptn ini diberikan kepada kolej-kolej dan universiti swasta. sedangkan mengambil kira-kira rafizi penjimatan untuk menubuhkan sebuah IPTA bersaiz USM dengan 10,000 pelajar adalah lebih 'workable dan berfaedah' untuk kerajaan dari terus menanggung kolej-kolej dan universiti swasta tersebut melalui dana ptptn yang diragui standard dan infranya.

dan, the 275 billion question duit petronas juga memang leave the mark dalam kepala setiap orang yang mengikuti sessi debat tersebut, walaupun aku kira itu soalan yang merupakan 'a punch below the belt' untuk khairy. dan aku mula ada idea yang si rafizi ni 'cold-blooded politician' juga rupanya. walaupun dia quotes itu figure Tun Abdullah dulu, tapi aku macam ada sense ini semua dia tahu masa dia jadi senior accountant kat petronas dulu kot. mungkin. manalah aku tau. 

isu-isu lain

antara lain yang diutarakan oleh kedua-kedua debator adalah kapasiti perbelanjaan world class yang macam finland amalkan. ikut rafizi, malaysia contribute 0.6% dari GDP. turkey 1.3%. dan finlad 1.6%. secara peribadi aku berpendapat apa yang kerajaan malaysia belanja dan peruntukkan untuk pendidikan malaysia ini dah cukup baik, walaupun portionnya hanya 0.6% sahaja. kalau pr nak tambah nanti, syukurlah juga. tapi yang penting, bukan pembangunan infra. yang penting pengisian dalam sistem itu sendiri. mewujudkan bangsa dan pelajar-pelajar yang independent dan berkualiti itu lebih penting. bukan yang rasa terseksa masuk kuliah hari-hari dan terperangkap dengan sindrom 'aku nak jadi film maker, tapi diorang bagi aku course ekonomi'. 

juga, isu senarai hitam sebab tak bayar hutang ptptn. aku dulu pun kena, tapi memang ptptn dah mudahkan cara untuk bayaran balik dan kena saman ni. kalau korang teruk sangat, pegilah lawat ptptn dekat jalan dungun tu. aku rasa staff ptptn ni memang sedia nak membantu. cuma, masalah besar bagi student-student ini ialah nak bayar balik sebab tertekan dengan pasaran kerja yang ada sekarang ni. kalau ada kerja, gaji pulak sikit. dah tu, sara hidup tinggi. lepas tu ada pulak yang persoal, kereta / motor boleh beli, ansuran ptptn tak nak bayar? memang jahanamla kalau ada sapa yang tuduh-tuduh budak-budak ni macam ni. sebab, kalau takde kereta, macammana pulak nak excel dalam kerja. kereta kat kl tu dah macam keperluan dan. dah macam beras dan gula. dengan ada kereta (kenderaan sendiri) besar jugaklah chance nak mobilise yang selari dengan tuntutan kerja. tapi kalau ada kereta, pastu sibuk nak buat bikin letak turbo bagai, itu memang masalah koranglah. ada pulak lepas kerja nak kawin, memanglah kawin dulu baru bayar ptptn.

apappun, masalah dan gaya perbelanjaan peminjam-peminjam ni, aku harap diorang bayarlah ptptn tu. aku dulu pun mengelak jugak, siap cadang nak upah lawyer lawan ptptn lagi. tapi bila dah makin tua ni, tengok pula adik aku kena ketat benor syarat nak meminjam ptptn nak buat dana sambung belajar, sedikit sebanyak aku terkesan jugaklah dalam hati ni.

kalau korang tak nak bayar hutang ptptn ni, korang maintain la score cemerlang min 3.8 CGPA ke atas, hutang tak payah bayar, mata gred korang pun ok nak dapat better jobs bila keluar nanti, insha'allah.

apa sepatutnya yang dipersetujui dalam debat tersebut oleh kedua-kedua debator

  1.  PTPTN ni kena suci dari unsur-unsur riba. haram tu, masuk neraka. 
  2. disebabkan ptptn funding guna duit dia pinjam dengan kwsp yang interest 3.5% itu ditanggung kerajaan, maka student wajib dibenarkan bayar BERAPA diorang pinjam sahaja. tak perlu ada ujarah/ijarah 1% ke, atau yuran pemprossessan ke, sebab PTPTN pun pinjam KWSP free interest, macam tak adil pulak ptptn bagi student pinjam dengan interest.
  3. dana ptptn ini seharusnya diwajibkan untuk student-student IPTA sahaja.
  4. Untuk student-student IPTS, student kena ambil loan dengan bank komersil, dengan IPTS sebagai penjamin. kira cantiklah tu, swasta pinjam dengan swasta. macam tak fair pulak swasta pinjam kat government. kalau bank komersil ketat syaratnya dalam meluluskan pinjaman, harapannya kolej-univ swasta pun ketat jugak dalam piawaian operasi, infra dan student qualification selection.
  5. pinjaman ptptn dalam bentuk loan di tukar kepada biasiswa bukan hanya untuk pelajar cemerlang, seharusnya dipanjangkan jugak pada student-student yang terbukti datang dari keluarga miskin, termasuk juga asnaf zakat.

amok

hahaha....carilah video pemuda umno mengamuk. hahaha...lawak betoi. satu jer yang aku respect...lagu latar memang mendebarkan....hahaha

ini namanya rezeki Allah yang bagi. rezeki bukan dari parti. rezeki bukan dari orang. ambillah iktibar. kembalilah kepada yang haq. tinggalkanlah pegangan-pegangan batil.

parti dan sosok seorang pemimpin bukan penjamin jatuhnya rahmat dan rezeki Allah. 

gomol sia

sekali lagi, umno-pas perak sekali lagi diibaratkan bergomol dalam lumpur babi. 

apa benda bergomol dalam lumpur babi ni? bergomol, buang tenaga, buang masa, kat tempat yang tak berfaedah. 

macam itulah aku umpamakan hal konflik berani-ke-pembohong si nizar dalam insiden tualang sekah. beria-ia sangat nak menangkan dan raih public judgement apa pasal. pas dengar cakap nizar sudahlah. umno dengar cakap hanafiah man sahaja sudahlah. kecoh bagai nak rak sampai masuk paper apahal? berhujah mengalahkan majlis professor. demand bukti teknikal mengalahkan penyiasat CSI Las Vegas.

malaysia tanahair korang ni perlukan tenaga, kesatuan dan daya fikiran kat tempat lain.

aku cuma bagitau je. greece dah buntu. dah berkira-kira nak menggadai. bukan rumah. bukan gadai kereta. ini dah sampai peringkat nak lelong negeri greece itu sendiri. 

kita ni lagi pandai ke lagi bodoh dari cerdik pandai yang ada kat greece tu? masing-masinglah jawab. sekurang-kurangnya berhentilah kita sekejap dari hal - hal bergomol dalam lumpur babi ni. 

tarikh pru 13: Tun-Tun Pun Dah Tak Sabar

ada yang kata june, tapi saya tak tahu diorang berani ke tidak? banyak unsolved crisis - TLLS
kalau tengok kan komen 2 politikus veteran tanah malaya ini pasal teka teki tarikh pilihanraya, semacam nak bagi mesej kat PM kalu hang buat pru june ni, hang pakat kalah la.

hahaha...

sebab ling liong sik skeptikal pru 13 akan dibuat pada june, sebab bn itu sendiri masih terbelenggu dengan unsolved crisis dan sentiasa dibayangi dengan imej 'baik' tokoh pemimpin pakatan.

dan tun M pula, menyarankan PM untuk menangguhkan tarikh pru 13 sehingga lepas raya (aug 2012) dan menggunakan masa yang ada untuk meraih kembali keyakinan dan sokongan rakyat kepada bn.

yang pasti, rakyat terus menunggu. Allah tak gerakkan hati PM lagi, kita nak kalut apa?

tapi, sebagai bangsa yang bertamadun, bab-bab tarikh pilihanraya ni patutnya dah tetaplah. hari mengundi bukannya setaraf malam lailatuqadar atau hari kiamat. jangan jadi bangang!

sumber:
Tun M: Call Polls after Raya - MI
Tun L: BN Unsure of Win if Polls in June - MI

kembara emirates: hari-hari yang hangat

middle east weather today : source
yup, sekitar middle east, terutamanya sharjah (uae) suhunya sudah semakin panas dan hangat. sekitar 35-40 C. angin kadang-kadang bertiup mengeringkan tekak, bersekali dengan debu-debu pasir halus. malam pun terasa bahangnya. air paip mandi pagi pukul 730 pagi pun dah boleh dikategorikan suam-suam.

suam tak suam, aku rasa kalu nak masak meggi dah boleh sangat dah.

mandi tengahari tak payah cerita. sejuk sikit dari mandi air panas.  bill aircond pun mencanak naik semacam, maklumlah, air-cond kena kerja lebih nak sejukkan suhu bangunan dan rumah. tambah pulak air-cond aku jenis centralised 12 tingkat. tempat parking pun kena sejukkan. hai, parah pak arab nehh...

tapi, bila balik malaysia pertengahan - hujung april lepas, aku rasa malaysia pun panas jugak. aku berpeluh pun boleh tahan banyak, tapi kira dengan saiz aku yang gemuk ni, aku insaflah aku berpeluh tu sebab gemuk, bukan sebab panas.

hrmm...hidup dekat sharjah macam biasa. kerja pun macam biasa. fasa fitting-in sudah berlalu, kini fasa 'time to get serious' for the job. bukan sebelum ini tak serious, tapi serious maknanya tiada lagi kesilapan mudah dan tunjuk ajar ulangan untuk perkara-perkata dan method-method basic. kalau 6 bulan dulu, immediate boss aku mungkin boleh consider aku ala-ala budak baru belajar ambil galah tolong jolokkan, tapi untuk 6 bulan akan datang ini, matlamatnya jelas, bahawa this is the real test. doakan aja aku berjaya harung dengan tenang.

lepas review balik malaysia tempoh hari, kat sini diorang ada buat sessi review jugak. sebabkan ada feeedback yang baik, akhirnya sekali lagi, aku mungkin berpeluang untuk attend satu lagi business visit ke salah sebuah negara-negara middle east  atau afrika utara, di mana di situlah terletakknya kebanyakkan cawangan-cawangan konglomerat UAE ini.

Dan, sekiranya aku nanti diberikan pilihan untuk memilih destinasinya, sudah pasti the 1st choice will be the kingdom of saudi Arabia. bukan apa, sambil kerja, insha'allah dapat jugak tunaikan umrah dan menjejakan kaki di tanah haram, malah kalau sempat dapat juga menziarahi makam Rasullullah di Masjid Nabi, Madinah, Insha'allah.

2nd choice, aku nak pilih Casa Blanca, Morocco, 3rd  bandar abbas, Iran. dan last choice, bandar Tunis, Tunisia. Itu pun kalau ada rezeki dan Allah izinkan. Kalau tak dapat pilih, ke mana diorang hantar pun aku layankan aja, sebab dah rezeki.

anak melayu di perantauan mesti berani menyahut cabaran.

kepimpinan kapitalis dunia jatuh satu persatu

francois hollande dan kekasihnya, valerie trierweiler (Unwed)

 2 dekad lamanya, pro-sosialis melalui calon presiden paling berpengalamannya, francois hollande, akhirnya berjaya mengenepikan parti liberal-konservatif pimpinan sarkozy, kepimpinan yang diwarisi oleh sarkozy melalui jacques-chiraq.

serah tugas rasmi sarkozy-hollande akan dilakukan secara rasminya pada 15 may 2012.

november tahun lepas (2011) berlusconi tewas kepada mario monti, antara lain sebagai reflex bahawa mario monti lebih supremo dari berlusconi untuk membawa italy keluar dari kemelut krisis kewangan terburuk eropa. 

Dr. Lukas papademos yang juga merupaka antara ahli ekonomi terbaik greek, dengan siri-siri pujukan dan rayuan, akhirnya telah bersetuju untuk dilantik menjadi perdana menteri greece menggantikan george papandreou yang mengalah dan akur dengan kegagalannya menangani krisi yang sama.

dengan perubahan kepimpinan yang diawali oleh greece, kemudiannya italy dan akhir-akhir ini diikuti oleh perancis, yang merupakan watak-watak utama dalam punca dan kunci penyelesaian krisis kewangan terburuk rantau itu itu seakan-akan memberikan mesej bahawa rakyat negara-negara tersebut memberikan mesej yang jelas bahawa kami mahu orang yang tahu dan peduli akan nasib kami memimpin kami. 

sarkozy, papandreou dan berlusconi, dan tak lupa juga george bush dan blair, adalah puppet leader yang mencabul mandat rakyat terbanyak dengan akur dan membenarkan ketamakan kapitalisme era 2000 an mengaut keuntungan dan sekaligus mengheret rantau eropa dan amerikah terjun ke dalam krisis ekonomi yang paling buruk pernah disaksikan oleh para cerdik pandai cendekiawannya.

lebih buruk, ekonomi domestik yang merupakan kemegahan greece dan amerikah turut hancur lebur menjadi debu.

natijah lainnya, selain merupakan satu realiti politik yang pedih, dengan kepimpinan ini jatuh tersungkur di kaki demokrasi rakyatnya sendiri, ia juga secara perlahan-lahan dan secara tidak langsung semakin mengukuhkan kedudukan undisputed world superpower yang dimiliki oleh China, yang sebelum ini kelihatannya sebuah entiti yang lebih mengambil sikap berdiam diri dan menyendiri.

manakan tidak, amerikah sehingga ke hari ini masih lagi bergayut di janggut penguasa liga arab (a.k.a KSA) yang masih menimbang-tara samada berbaloi atau tidak meneruskan provokasi dengan isu program nuklear Ahmadinejad, selain sanggup dan rela pula tunduk, malahan berlembut dan akur untuk mengambil tengah di dalam mengurus krisis domestik kebangkitan rakyat syria, yang mana tersangatlah berlawanan dengan pendirian amerikah semasa konflik Libya-Liga Arab, dimana amerikah begitu aman dan rakus memperkudakan NATO.

kita sedia maklum, bahawa iran dan syria adalah rakan dagang petroleum ulung yang dimiliki oleh China dan Russia, sebagaimana amerikah memiliki the rest of the arabian league.

dan, hari ini, apabila iran secara terang-terang bersetuju menimbalbalik perdagangannya antarabangsanya dengan china melalui sistem barter petroleum, sudah pastilah episod baru hubungan antarabangsa Iran-Amerikah yang sentiasa panas ini, akan memasuki altitude baru.

dan Malaysia? bukankah majlis fatwanya baru sahaja declare haram makan menggunakan pinggan seramik yang di campur dengan tulang babi? apa lagi yang boleh kita ulas?

majlis fatwa: meniti arus

biarlah menongkah arus...
majlis fatwa sudah bersidang untuk 99 kali. kali terakhir, fatwanya masih sama, meniti arus perdana, sama macam utusan malaysia, berita harian dan kosmo.

majlis fatwa masih lagi segan-segan untuk menongkah arus. perbincangan masih antara mereka-mereka sahaja, walau sheikh qadhrawi terlebih kehadapan fatwanya dalam isu yang sama. masih dengan fatwa tulang babi dalam pinggan seramik, yang isunya sangat terpencil untuk mendapat perhatian rakyat terbanyak.

sebab, makan campur tulang babi, makan rasuah dan menang pilihanraya dengan cara tipu undi pos / rasuah politik dan pengundi hantu pun termasuk dalam bab yang sama, iaitu hukum hakam memakan makanan dari sumber haram. jangan makan tulang babi sahaja yang beria-ia pecah kepala, beratus kitab bersusun dikaji, tapi buat 'buta' pasal makan hasil dari sumber haram.

bukankah 'mengutamakan perkara yang patut diutamakan' seharusnya menjadi prinsip dan kaedah permaslahatan hukum hakam?

apa-pun, secara peribadinya, semakin debar menunggu komen Dr.Maza pasal fatwa majlis fatwa kali ini.

tahun ke-2

ulangtahun ke-2 (10/04)

yeay, it has been 2 years top. last year our hand quite full with adel. he just only 3 month plus, and we are busy taking care of his needs. and we still do. 

it is a long journey ahead. and time is running short. i have learned to appreciate now. hoping for the best for later. and picking up a lesson, whatever they may be, when we are at then.

you're my soulmate. you're my only friend with benefits. you have been quite well being my financial deputy director. you're my 2nd commander in chief, and as well as my partner in crime. 

i still remembered how nervous i am, on the same date, two years ago. but, somehow i knew then, you are the love of my life and everything seem perfectly in order. i know you'll make me a better man.

happy 2nd anniversary my dear love, Ummi Kalsum Binti Abdullah.

Thank you very much being such a lovely mother to Ahmad Adel Al-Kalbaani and wife to Muhamad Rosli Zainuddin.

Alhamdulillah, aku bersyukur ke hadrat-Mu Ya Allah, atas kurniaan nikmat yang telah engkau berikan. kasihanilah dan berkatilah keluarga kecil-ku ini Ya Allah, untuk kehidupan kami di dunia dan yang paling penting, kehidupan akhirat kami Ya Allah.


muflis

bankruptcy / muflis
sejak dua tiga menjak meneliti shock doctrine (naomi klein), buat aku fikir adakah doktrine ini telah digunapakai di malaysia? macam terkejut tersentuh cerek panas. disebabkan terkejut, kita akan mengabaikan 'cerek' tersebut sampai kita rasa ianya 'sejuk' balik. cuma, sementara kita nak tunggu cerek tu sejuk balik, golongan-golongan jembalang akan melakukan apa yang terdaya untuk menjayakan muslihat mereka (sudah pasti dengan mass media murderer, terutamanya kementerian penerangan, kumpulan media prima dan kumpulan utusan) .

rasa-rasanya ada,  sebab bila aku tengok balik 5 tahun lepas, aku masih mengingatkan pernyataan-pernyataan yang mengejutkan oleh pihak kerajaan seperti yang dibawah ini:-

(hasil petroliam negara akan habis)
ingatkah kita kembali, sekitar 07-08, jembalang mulut merah menghamburkan jampi serapah, kata kita, rakyat dan pemimpin kena biasakan diri dan bersedia untuk ubah cara hidup, disebabkan mungkin 2011-2012 nanti;
  • hasil petrol akan habis digali.
  • Malaysia akan jadi net importer of petrol, macam indonesia. 
hasil dari kejutan yang dilakukan, kerajaan akhirnya):
  • harga petrol (all specs) rasionalize at RM 2.70 per litre. akibatnya, the jembalangs loose twothird majority in parliament.

(negara akan muflis)
dan, sekitar 2009-2008, seekor jembalang lagi, dengan technic 'driving committee + lab xperiment' mengejutkan tanahair dengan dua pernyataan berikut;-
  •  kerajaan wajib melaksanakan revolusi mengurangkan / merasionalisasi belanja subsidinya.
  • sekiranya tidak, negara akan MUFLIS.  
hasil dari kejutan yang dilakukan, kerajaan akhirnya):
  • rasionalize / tarik balik subsidi barangan terpilih secara pengasingan pintar.
  • petrol dipecah pada ron97 dan ron95.
  • (ron97 kini mencecah rm3 per litre, lagi tinggi dari 07-08)
  • subsidi gula dikurangkan (sekaligus menjadikan harga syiling lagi tinggi).
  • kenaikan harga gula secara di atur berperingkat-peringkat, agar tidak mendadak.
  • berlakunya trannsformasi polisi-polisi ekonomi makro dan mikro secara besar-besaran.
  • baru-baru ini, dihebohkan program tranformasi ini telah mencapai nkra-nya dan telah berjalan dengan baik.
  • mesti ada yang istimewa dengan hasil program ini, sebab hingga ke hari ini, semua orang masih tertanya-tanya, siapa yang mendapat manfaat berikutan kejayaan program-program ini.
melihat pada period 5 tahun kebelakang ini, terutamanya pasca 'capitalsime demolition' 2008, kita mungkin boleh memaafkan polisi-polisi perbelanjaan dan tataurus negara pada ketika itu. ada juga pakej-pakej ransangan ekonomi yang diluluskan oleh kerajaan. dan, membuat keputusan, berdasarkan maklumat yang ada pada masa ia dilakukan, tanpa mengetahui apa yang bakal terjadi kemudiannya, memanglah sukar. eropa dan amerika sendiri kerap menemui jalan buntu untuk menyelesaikan konflik hutang dan tadbir urus ekonominya.

walaupun begitu, selaku pengeksport dua komoditi utama dunia (Sawit+petrol), seharusnya kerajaan bermanfa'at juga dengan kestabilan harga kedua-dua komoditi ini di pasaran dunia. sawit menutup harga purata tahunan dalam range RM 2,800 - RM 3,000 setan (2008-2011). dan petrol terus mengukuh dengan purata USD 80-USD 120 setong (2009 -2012), berikutan ketidakstabilan politik rantau arab (mesir,libya) dan gemuruh angin perang terhadap Iran. juga dengan pengukuhan ringgit diantara 3.6 turun ke 3.0 (2010-2011).

cuma, apa yang sangat menghairankan, rakyat terus-terusan dikejutkan dengan khabar-khabar angin dan kadang-kadang tuduhan berdokumen yang mencabar kredibility kerajaan dan pembesar-pembesarnya, yang nampaknya banyak berdiam diri, dan juga mengeluarkan komen atau pandangan yang entah apa-apa, yang akhirnya bukan menambahbaik, sebaliknya makin mendedahkan situasi kerajaan selaku personafikasi saekor jembalang yang sangat fragile, vulnerable dan pondan. antaranya:-
  • komen menganjurkan cara hidup wasatiyyah, sedangkan sesetengah pembesar dan isteri berbelanja macam ada mesin cetak duit dalam rumah.
  • keputusan meluluskan projek ratusan juta yang memang sengaja mengundang kontorversi siap dengan persepsi rasuah, seperti NFC, Hiway baru, lynas dan vale telok rubiah.
  • federal berperangai lagi teruk dari along dengan menyalurkan bantuan terpilih hanya kepada kerajaan-kerajaan negeri tertentu, padahal peruntukan itu memang wajib untuk kerajaan negeri yang diperuntukkan untuk dinikmati rakyatnya. dalam hal ini, kongsi gelap along lebih baik lagi mindanya, sebab tidak memilih kepada siapa dia harus memberi pinjam.
  • Hebahan laporan audit nasional juga cukup mengejutkan, dengan analisis hemah belanja kerajaan BN yang sangat lemah dan huru-hara jika hendak dibandingkan dengan kerajaan negeri dibawah PR. 
  • dan, keputusan ini tidak disambut BN sebagai lawan yang gentleman, sebaliknya penuh dengan sumpah seranah dan anjingan. kalau kalah on paper, lawanlah balik dengan on paper, yang pegi lawan dengan sumpah seranah tu buat apa?
  • jadi, kalu itu keadaannya, rakyat terbanyak melihat apakah salah kalau ada gabungan lain yang merasakan mereka lebih layak untuk memerentah putrajaya?
mungkin ada banyak lagi kejutan-kejutan lain yang hanya menunggu masa untuk meletop. sehingga itu, tidak pasti kita telah menjalani shock doctrine atau tidak.

namun yang pasti, dengan kelebihan tarikh PRU13 di tangan PM mulut merah, BN terpaksa memanfa'atkan segala ruang dan peluang yang ada untuk membetulkan kesilapan masa lalu dan menonjolkan sifat amanah yang sebenar-benarnya dalam diri mereka agar ianya memancar dan menghilangkan awan hitam prasangka jahat terhadap diri mereka sendiri.

hanya mereka mampu mengubahnya. not you, not you, and you or you....

weekend..here at sharjah



weekend sini hari juma'at. kalau tak silap, middle east country memang weekend hari juma'at sabtu. sebab secara mudahnya hari juma'at ni dari siang ke malamnya penuh dengan barkah dan rahmat, jadi inilah hari terbaik untuk melupakan seketika urusan dunia, dan fokus pada ladang akhirat. tak gitu? apapun, ini bukanlah satu pengalaman yang pelik untuk aku, sebab 5 tahun di kedah dulu pun, cuti weekend hari juma'at juga.

jadi, hari ahad semuanya kerja dan berjalan macam biasa. cuma, department aku yang handle import-eksport ni, hari ahad jadi sunyi, sebab international office kebanyakkannya cuti. no phones, no quotes, no payment can be arranged. jadi, hari ahad selalunya berlalu dengan amat perlahan dan membosankan. kalau di malaysia dulu aku selalu 'monday blues', kat sini selalu pulak kena 'sunday blues'. adoi ai...

jadi, bila weekend kat sini, juma'at pagi bila bangun, seperti biasa aku settlekan baju-baju, dan pakaian-pakaian stock seminggu tuh. bila dah siap, aku tanak nasi pulak. bila masak, setup mode 'warm'. jadi, lepas juma'at tu just masak lauk jer. takder lah stress nak masak lauk+nasi sekaligus dan menunggu lama. dulu, aku ngn housemate selalu keluar cuci-mata a.k.a mengabiskan duit lepas semayang juma'at. tetapi, selepas beberapa kali terperangkap dalam kesesakkan manusia dan bau-bauan rempah yang bercampur peluh, aku decide jalan-jalan hari sabtu jer lah. memang hari juma'at orang pack giler, nak tolak trolli susah, tunggu teksi susah, bayar bill susah. adoi ai..aku yang memang sedia alah dengan orang sesak-sesak ni akan tercepat sangat naik angin.

tapi, bila jalan-jalan hari sabtu, mostly orang taklah pack sangat. biasa-biasa jer. lama-lama barulah faham, kebanyakan industrial kat uae ni kerja 6 hari seminggu. maknanya, sabtu-khamis kerja, cuti hanya hari juma'at. tak macam kita yang kerja 5 hari seminggu. dan yang menambahkan lagi sesak-sesak ini ialah tindakan majoriti pusat-pusat membeli belah yang mempraktikkan 'weekend sales' dengan harga runtuh dan diskaun sampai 70 ke 80 persen. giler betul. tiap-tiap minggu.

jadi, hari yang tenang ialah hari sabtu. dengan cuaca yang sepoi-sepoi bahasa dan dingin ini, memang best kalau jalan-jalan menikmati pemandangan sekitar aparment dan Al-Qasba, pusat komuniti dan aktiviti masyarakat setempat.

hari ini ada bunga ribut pasir, dan hari ini hari ahad.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...