dupavisitometer

Showing posts with label Dua makna. Show all posts
Showing posts with label Dua makna. Show all posts

deepak krishnan dan karpet dari afghanistan: satu lagi keharuan politik malaya

semakin dekat kita dengan pru13, semakin banyak 'ibadah' dedah mendedah dan jsutifikasi moral masharakat diperlukan, baik parti pemerentah mahupun parti lawan.

disini ada kisah celaru dan haru amanat haji hadi, dan disana ada juga haru dan keharuan india jual karpet, deepak krishnan. haru biru yang ditimbulkan oleh deepak kini sudah masuk ke level serbuan Lembaga tabung amananh pesara tentera.

lain yang didedah, lain pulak yang terkena bara.

maulana jual karpet pun ada hati nak jadi player dalam politik malaya.

dan, nampaknya buku kafirkah aku oleh c.n al-afghani memang dapat publisiti meluas secara percuma.

orang pakistan jual karpet. india pun. dan jugak afghanistan.

deepak dan c.n al-afghani ni dua duanya jual karpet ke? rumah siapa yang takde karpet ni?

DS Najib: Ucapan Persidangan Akhir UMNO Sebelum Pru 13 (Teks Penuh)

ALHAMDULILLAH, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang memberi taufik dan inayah-Nya kepada kita semua sehingga perhimpunan agung kali ke-62 ini sudah sampai ke penghujung. Bukan saja kita akan berdepan dengan detik-detik terakhir perhimpunan ini, tetapi yang paling penting persidangan pada kali ini telah dapat disempurnakan dengan begitu baik dan jaya sekali.

Bagi saya elok saya mengucapkan terima kasih terlebih dulu sebelum saya melanjutkan ucapan saya kepada semua yang telah menyumbang kepada kejayaan perhimpunan kita ini. Tentu sekali ucapan terima kasih kepada Datuk Pengerusi Tetap yang telah mempengerusikan persidangan ini dengan baik, berselang lawak yang sungguh lucu hingga perwakilan tidak kering gusi dibuatnya.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada Timbalan Pengerusi Tetap yang membantu dengan cekap. Saya juga ingin melahirkan penghargaan kepada ibu pejabat, kepada Setiausaha Agung kita, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kakitangan ibu pejabat, pihak media, pihak keselamatan dan semua yang telah membantu agar persidangan UMNO kita berjalan dengan licin.

Saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana ucapan dasar saya sebagai Presiden UMNO telah mendapat sambutan yang begitu positif. Saya amat menghargai Yang Amat Berhormat, Timbalan Presiden yang memberi sokongan padu kepada ucapan saya.

Saya juga berasa amat terharu bahawa setelah saya mengikuti ucapan-ucapan dalam sepanjang persidangan UMNO kali ini, semua perwakilan memberi sokongan kepada ucapan dasar saya.

Malah dua mantan Presiden UMNO kita, Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong dan memberi pandangan bahawa kronologi yang saya bentangkan dalam ucapan itu berjaya membetulkan persepsi kononnya UMNO adalah parti rasis.

Saya juga hendak merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Bahagia, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menyeru orang UMNO supaya terus memberi sokongan kepada saya dan terharu beliau sanggup hadir sebagai Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas.
Kelmarin saya telah menyenarai beberapa tokoh tersohor yang banyak berjasa kepada parti. Sudah tentu saya tidak mungkin dapat menyebut semua nama yang telah memberi sumbangan besar kepada parti. Saya telah menghentikan sebutan nama kepada jawatan Timbalan Presiden parti.

Namun saya telah menerima beberapa SMS yang meminta saya memberi pengiktirafan kepada Tun (Datu) Mustafa (Datu Harun) kerana beliau telah membubarkan USNO dan menjadi pengasas kepada UMNO di Sabah.

Saya telah berfikir apakah agaknya harapan saya kepada persidangan agung UMNO kali ke-62 ini. Tentu kalau kita buat sesuatu kerja, sama ada kerja amal, kerja ilmu, kerja politik, kita mesti meletakkan beberapa sasaran sama ada sasaran itu tersurat atau tersirat.

Saya hendak berkongsi pada sidang perwakilan bahawa saya telah menetapkan empat sasaran yang kalau tercapai maka persidangan ini boleh dianggap sebagai amat berjaya.

Sasaran pertama saya agar persidangan ini menggambarkan UMNO adalah parti bersatu dan ampuh barisannya, supaya bukan saja orang di dalam dewan ini mempunyai gambaran itu tetapi juga berjuta-juta di luar yang melihat melalui peti televisyen dan yang ada di dalam ruang luar PWTC.

Pemerhati-pemerhati mestilah melihat bahawa UMNO sebagai satu keluarga. UMNO sebagai satu organisasi politik, sebagai teras kepada politik tanah air kita ini berada dalam keadaan kukuh dan padu.

Yang kedua, saya hendak melalui persidangan ini sebab ramai menyebut kemungkinan persidangan ini terakhir sebelum pilihan raya. Orang yang menyebutnya - menggambarkan bahawa kita berada dalam keadaan kesiapsiagaan yang amat baik, bersedia untuk turun ke medan bakti berjuang habis-habisan agar UMNO kembali sebagai parti bermaruah dan bermartabat.

Yang ketiga saya ingin supaya melalui persidangan ini kerajaan mendapat sokongan untuk membawa perubahan yang besar kepada negara yang kita telah menggagaskan sebagai pelan transformasi nasional, mendapat mandat yang sepenuhnya daripada sidang perwakilan pada kali ini.

Dan yang keempat saya inginkan segala-gala yang menjadi perisian pada persidangan ini memberi isyarat dan mesej yang amat jelas bahawa rakyat Malaysia seramai 12.4 juta pengundi dan 28 juta rakyat keseluruhannya meletakkan keyakinan bahawa UMNO akan membawa negara kita dan rakyat Malaysia ke arah masa depan yang lebih cemerlang. Mereka tidak akan kecewa kalau diletakkan pengharapan di atas bahu dan jemala UMNO.

Bila rakan-rakan saya telah berucap tadi saya cuba membuat penilaian, zaman sekarang ini zaman KPI (Indeks Prestasi Utama). Wakil Sabah telah memberi KPI kepada saya tetapi saya nak sebut KPI dalam konteks keempat-empat ini. Mungkin orang kata saya bias, saya presiden kepada parti, tentulah saya akan memberi markah yang tinggi. Tetapi saya percaya sidang perwakilan akan bersetuju dengan saya bahawa keempat-empat objektif itu telah dicapai melalui persidangan kita pada kali ini.

Persidangan ini juga adalah persidangan yang amat-amat bersejarah kerana kita tak terfikir lebih awal lagi supaya di saat akhir persidangan ini ada satu ikrar atau pun baiah (sesuatu yang) lebih kuat daripada ikrar dari perwakilan.

Timbalan Presiden telah mengetuai ikrar dan baiah tadi. Terima kasih saya ucapkan kepada Timbalan Presiden dan pada saudara sekalian, ikrar itu mencatat satu sejarah baru dalam perjuangan parti kita.

Mari kita tinggalkan soal politik sebentar. Saya bertanya kepada diri saya sebagai ketua kerajaan bersama-sama dengan rakan-rakan saya, apakah agaknya objektif utama kalau orang bertanya ke arah mana kita nak membawa negara kita.

Kalau orang bertanya dalam tahun-tahun mendatang apakah di bawah kepemimpinan yang sedia ada ini apakah yang boleh mereka harapkan. Sebab jangan lupa yang di luar itu sentiasa menilai kita. Secara senyap mahupun secara terbuka tetap kita akan dinilai.

Saya tetapkan bahawa kita ini ada dua objektif dan ini ada sangkut paut dengan UMNO, dengan keinginan UMNO dengan perjuangan roh yang kita bawa ini. Yang pertama ialah kita mesti membuat perancangan yang cukup rapi, cukup teliti cukup kemas supaya dalam masa 10 tahun lagi, insya-Allah, Malaysia akan muncul sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi di bawah kepemimpinan UMNO dan Barisan Nasional.

Itu pertama. Yang kedua dalam konteks negara maju itu kita mesti pastikan agenda Melayu terlaksana dan orang Melayu juga berjaya dan dianggap sebagai bangsa yang mencecah taraf bangsa yang maju.

Jadi siapa kata kita tak ada agenda Melayu? Atau pun agenda Bumiputera memang kita ada. Apabila saya melaksanakan Gagasan 1Malaysia, saya tak menyatakan ketepikan agenda Melayu Bumiputera. Apabila saya turun ke bawah, ke ladang estet ke Kampung Baru Cina, bukan bererti bahawa saya kurang komitmen untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera. Saya melakukan perkara ini sebab kita mesti menentukan bahawa negara Malaysia kita ini mendapat sokongan daripada semua kumpulan etnik kerana masa depan UMNO juga bergantung kepada sokongan orang lain.

Sebab itulah saudara sekalian kita melaksanakan bermacam-macam perkara untuk mencapai status negara maju. Kita ada pelan transformasi ekonomi. Kita mengunjurkan kira-kira RM1.3 trilion pelaburan dalam masa 10 tahun dan kita akan memastikan pertumbuhan ekonomi 5-6 peratus setahun.

Kita sudah tentukan projek-projek, apa jenis projek untuk mencapai taraf negara maju dan Alhamdulillah dengan adanya pelancaran dan pelaksanaan sedemikian apabila ekonomi Eropah merudum, apabila Amerika Syarikat berada dalam keadaan tidak menentu, kita di Malaysia ini, Alhamdulillah ekonomi kita ini mapan dan
stabil dan menunjuk pertumbuhan yang baik.

Di Amerika Syarikat, apabila saya berjumpa dengan Presiden Barack Obama, dalam pemikiran beliau paras pengangguran di negaranya sudah melebihi 9 peratus.
Saya boleh memaklumkan kepada beliau, kita ada full employment di Malaysia Mr President.

Kalau Amerika pertumbuhannya 1-2 peratus, saya boleh cakap, Mr President kita ada pertumbuhan 5.8 percent last quarter.

Saya bangga sebab ini kejayaan siapa? Kejayaan kepimpinan UMNO dalam negara ini. Ini bukan kejayaan saya secara peribadi tetapi UMNO. Sekali lagi ia membuktikan bahawa ke atas UMNO dalam apa juga keadaan rakyat boleh meletakkan harapan mereka. Saya setuju dengan apa yang dikatakan Datuk Shafie, rakyat boleh trust in us to lead this nation sebab kita tidak pernah mengecewakan rakyat, tidak pernah membohongi rakyat.

Apa yang menjadi masalah ialah puak di sana (pembangkang). Mereka ini bukan kuat sangat, tetapi pandai berkokok, dia berkokok kuat macam ayam, tetapi telurnya satu saja, kadang-kadang tak bertelur pun.

Berkokok sana, berkokok sini, bohong sana, bohong sini, tipu sini, tipu sana, fitnah sini, fitnah sana, bohong tak berhenti bohong.

Lepas itu dia kata kamilah juara sedangkan parti mereka sendiri kucar-kacir. Pembohongan yang terbesar dalam sejarah Malaysia iaitu apa dia perwakilan sebut, kuat sikit 16 September, dia nak berarak ke Putrajaya.

Dia boleh kata Yang di-Pertuan Agong menunggu mengangkat sumpah dia sebagai Perdana Menteri. Saya bersama Pak Lah (Tun Abdullah) masa itu, kita pun geleng kepala daripada mana dia bercakap ini.

Saya tanya Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Agong pun geleng kepala, lepas itu dia kata 30 orang kita bersedia menyeberang sebelah sana, kita pun seperti kata orang nak play safe. Kepung dia (wakil rakyat), jaga dia. Tawaran ada tetapi tiada seorang pun Ahli Parlimen kita yang menyeberang belah sana.

Dia janji bermacam-macam jawatan, tetapi dia pandai, dia gunakan orang ketiga, orang kata third party untuk menyampaikan berita, satu proses yang tidak demokratik, lepas itu dia berkata tentera Malaysia berada di belakang dia.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ketika itu), (Jeneral) Tan Sri Aziz Zainal menyokong dia, saya kawan baik dia. Saya tahu dia setia dan taat kepada kerajaan. Ini pembohongan terbesar dalam sejarah. Lagi apa, banyak lagi, dia serang saya, fitnah saya tiga tahun tak habis-habis. Tak cukup saya, isteri saya pun dia serang, isteri saya yang duduk diam-diam itu pun kena serang juga.

Saya sudah bersumpah di atas nama Allah di masjid. Sebanyak empat kali saya bersumpah. Saya nak tanya dia, berapa kali dia bersumpah? Ada dia bersumpah dalam masjid, ada dia bersumpah di luar masjid, ada dia junjung al-Quran, di mahkamah pun dia tak berani bersumpah, masuk dalam kandang orang bersalah tak berani bersumpah, buat kenyataan politik tapi ini bukan soal politik.

Ini bukan kes kita lawan dia, ini kes (Ahmad) Saiful (Bukhari Azlan) lawan dia, itu saja. Tidak ada kena-mengena dengan UMNO. Siapa pilih Saiful? Lain itu dot..., dot..., dot..., banyak lagi cerita sebenarnya, Datuk Pengerusi banyak lagi.

Ini saya kata, macam ini ke orang nak jadi Perdana Menteri, banyak lagi bab lain boleh cerita. Kita tengok parti itu, dahlah parti anak-beranak yang sudah saya sentuh perkara itu.

Lepas itu, parti ini dia mencatat sejarah dunia saya rasa, sebab parti yang ramai sekali keluar daripada parti. Saya sudah buat semakan enam Ahli Parlimen, lima ADUN, timbalan presiden, naib presiden, setiausaha agung, ahli majlis tertinggi, tak cukup dengan itu peguam peribadi pun sudah keluar jadi Bebas.

Pengerusi DAP jadi peguam dia sekarang, segala rahsia dia pada DAP sekarang ini, betul tak? Peguam tentu tahu segala-galanya. Rahsia dia dengan DAP, DAP ada segala-galanya, sebab itu dia yang berkepak, sebab semua dalam tangan dia.

Dia sebut demokrasi. Ada demokrasi ke dalam parti dia? Saya tahu baling kerusi ada, kalau ada demokrasi takkan Datuk Zaid Ibrahim nak bertanding kata tak boleh. Dia tidak tak tahan lagi sebab apabila bilang undi, undi itu lebih daripada perwakilan.

Selepas itu tak tebal muka ini, dia apa nama, pilihan raya kita pun dia kata tak betul. Bila masa mengundi itu, pembangkang ada dalam tempat mengundi. Dia ada kita pun ada. Kalau kita boleh manipulasi peti undi (sudah tentu keputusannya) seperti zaman Hosni Mubarak di Mesir yang boleh mendapat 95 peratus.

Kalau kita boleh manipulasi peti undi ini, tuan-tuan dan puan-puan, adakah kita nak melepaskan Selangor di tangan mereka? Ingat kita nak biarkan negeri-negeri lain lepas ke tangan mereka, ingat kita nak biarkan Kelantan 21 tahun di bawah PAS? Tentu tidak.

Kita bukan penipu, kita buat cara yang jujur tetapi mereka menganjurkan BERSIH 2, berarak. Kita bagi stadium, tak nak stadium sebab apa, sebab skrip dah ada dah. Skrip sudah ada, skrip Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu) sudah ada, skrip dia masuk apa nama hospital sudah ada.

Ada orang kata ini boleh menang Oscar Hollywood, sudah siap skrip itu, siap diatur masuk ke dalam hospital terlentang dengan memakai baju kuning. Kalau masuk hospital gantilah baju tetapi tidak. Ini semua penipuan. Sebenarnya dia tidak kena apa-apa pun.

Saya memberitahu Datuk Seri Hishamuddin Hussein (Menteri Dalam Negeri) jangan usik dia. Polis tak usik dia pun, tapi dia buat macam sudah kena belasah. Tak kena pun, orang tak jentik dia pun, tapi skripnya sudah siap. Dimasukkan dalam Youtube nak tayang kepada seluruh dunia kononnya kita mempunyai polis state (pemerintahan polis) di Malaysia.

Selepas itu Mat Sabu berlakon lagi, terlanggar curb (pembendung jalan), kata polis langgar. Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan perwakilan iaitu lagi banyak Mat Sabu bercakap. lagi untung kita.

Ini parti PAS ini. Saya nak berkata parti PAS ini apa perkataannya, tahun sudah saya kata bangang. Saya nak kata perkataan kedolai. Kedolai ini bahasa orang Pekan dia tahulah, sebab dia tahu dia diperkudakan oleh DAP. Betul tak? Diperalatkan oleh DAP.

Kalau perjuangannya atas nama Islam, tinggalkan daripada menjadi rakan kepada parti DAP. Tetapi kerana nak kerusi (dia sanggup) berpakat. Ini sebabnya saudara sekalian, 12 juta lebih pengundi yakinlah kalau ada pakatan yang rapuh seperti ini yang tidak ikhlas sebenarnya, yang ada pendirian bertentangan antara satu sama lain, kita tidak boleh menyerahkan negara yang tercinta kepada mereka.

Saya nak menyentuh mengenai parti yang kita kasih ini. Transformasi yang paling besar adalah transformasi pada diri kita. Peristiwa Hijrah sudah berakhir, tetapi perubahan besar yang perlu kita lakukan sekarang adalah pada diri kita sendiri.

Ujian terbesarnya adalah sejauh mana apa yang kita perkatakan (pada perhimpunan ini), kita bawa ke kawasan. Kita sudah berikrar. Kita balik ke kawasan, janganlah pula kita bersengketa. Kita lihat muka ketua bahagian itu, janganlah ada rasa menyampah terhadapnya. Kalau kita tengok ketua, tengok pada timbalan, jangan pula kata dia ini nak jawatan saya.

Berilah kerjasama, berilah kasih sayang yang sejati kepada parti. Kita mesti mempunyai semangat seperti Timbalan Presiden sebutkan tadi. Semangat sepasukan! Sebab apabila kita buat seperti yang dulu, kita kalah kerana ada orang UMNO yang mengkhianati perjuangan parti.

Kalau semuanya taat dan setia insya-Allah kita boleh menang pada bila-bila masa.
Jadi selepas ini, apabila kita pulang, kita pastikan barisan kita ini kukuh kerana tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kita berdepan dengan ujian yang paling getir.

Beringatlah bahawa pilihan akan datang raya ini adalah paling getir dalam sejarah tanah air.

Pilihan yang dihadapkan pada rakyat adalah pilihan titik penentuan sama ada kita mahu melihat masa depan yang cerah, benderang. Menyaksikan sebuah Malaysia yang maju dengan memilih UMNO dan Barisan Nasional ataupun menempa jalan tragik, penuh kehancuran dengan memilih pakatan pembangkang.

Beringatlah juga, pilihan bakal dibuat kali ini bukan saja tentang UMNO dan Barisan Nasional tetapi kemuncak pada semua itu adalah untung nasib umat Melayu serta rakyat Malaysia keseluruhannya.

Sama ada kita melukut di tepi gantang atau kita terus mencipta kejayaan lagi. Kesimpulannya UMNO kini telah kembali berada landasan yang betul.

Buktinya, kebangkitan kita telah bermula dengan kemenangan di Bagan Pinang, diikuti Hulu Selangor, Batu Sapi, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Inilah petanda bahawa transformasi parti secara besar-besaran telah pun bermula.

Lalu, pada detik, saat dan ketika yang bersejarah ini, di dalam Dewan Merdeka penuh berkeramat ini, kita mengambil seruan dan pengajaran dari firman Allah SWT bahawa hendaklah kita bersiap dan bersedia dengan segala kekuatan yang ada.

Perlengkapkanlah diri masing-masing. Kita akan turun dan berangkat ke medan juang sebagai satu saf yang padu. Sebagai satu pasukan kukuh. Sebagai satu barisan kuat dan semangat yang ampuh.

Sejak berdekad-dekad lamanya, berpuluh-puluh tahun tempohnya, kitalah parti yang membina nasib dan maruah umat Melayu, mendorong denai kebangkitannya, menjadi tiang seri kekuatan bangsa sebagai juragan intai penyelamat dunia.

Setelah mendaki, setelah baiah dipertautkan, setelah ikrar dilafazkan, marilah bersama saya, marilah bersama saya.

Pada saat dan detik ini, insaflah saudara saudari. Kalau kita leka, kalau kita alpa, kalau kita lalai, kalau kita masih bersengketa, kehinaan bakal tiba di muka pintu, tunggulah kehancuran. Maka terpampanglah Melayu merempat di tanah sendiri.

Sejarah menyebut bahawa fitnah dan nista telah berupaya melumpuhkan bangsa-bangsa.

Sekiranya perjalanan kita menempuh rintangan, kita akan pasti mencari jalan. Sekiranya perjuangan ini digempur sejuta halangan, kita pasti merempuh dengan penuh kecekalan.

Wahai orang UMNO, dengan Allah kita berlindung, kepada Allah kita memohon, semoga bala dan musibah ini tidak menimpa, semoga kita terus terpelihara, selagi UMNO terus di persada, selagi semangat terus marak dan menyala.

Wahai orang UMNO, benteng parti ini tetap perkukuh perjuangan ini, walau apa aral yang melintang, sekali-kali kamu tinggalkan Bukit Uhud-Uhud ini, panji-panji mari kita kibarkan.

Alah undur berpantang ajal, pertahankanlah ia, kendonglah ia, hingga kudrat yang terakhir.

Ayuh! ayuh! ayuh!.. semua ke medan tarung. Insya-Allah kemenangan pasti milik kita. Demi Islam! Demi Melayu! Demi Malaysia! Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!

debat khairy-rafizi: sisi pandangan peribadi


umno supremo & pkr strategist


latar belakang

pertama sekali, ini bukan debat yang membuka lembaran baru dalam iklim politik malaysia. sangat sedih kalau ada sesiapa yang sangat teruja dengan 'political statement' tersebut. khairy-rafizi pernah bertemu di london, dalam suasana debat yang lebih relaks dan santai, dengan menggunakan medium bahasa inggeris. dan, personally aku rasa khairy ia a better debator in english. dan rafizi, sesuai dengan figura accountant dan one of the pkr strategic grandmaster, pasti penghujahannya lengkap dan padat dengan fact & figure, yang merupakan senjata ampuh untuk mana-mana politician untuk turun ke medan debat. 

penting untuk kita sedar, debat politik tiada menang kalah. ini bukan debat piala presiden atau piala ketua kampung. hakimnya jauh terletak di dalam hati dan akal waras orang yang terlibat, mendengar dan berfikir pasal isi kandungan debat. capish?

tuan moderator

ust. maszlee malik berjaya menjadi tuan moderator yang mengawal perjalanan debat dengan baik, disamping dia juga membekalkan dirinya dengan soalan-soalan yang boleh di kira knock-out question juga. jika dr. maszlee malik yang mempunyai style cool dan tenang pun tidak berupaya menahan flow debat jadi hot & spicy, aku tak dapat bayangkan kalau prof. agus pulak yang jadi tuan moderator.

jika ada yang mempertikaikan kewajaran tindakan dr. maszlee yang membuat cabaran terbuka dengan tag 'kita tengok siapa anak jantan' berkenaan debat anwar-najib menjelang pru 13, maka aku berpendapat cabaran itu adalah wajar. 

sebabnya, kenapa tidak? dan cabaran itu datangnya dari seorang ilmuan dan tenaga akademik UIA, yang dari segenap sudut mengesahkan dan mewajarkan dia melontarkan cabaran. bagi yang tidak bersetuju, sungguh kasihan sebab masih terkepung jiwanya dengan politik bawah tempurung. 


Khairy

ada yang kata khairy defensif. cuba korang pulak yang jadi khairy kat atas tu? tengok sikit jadi defensif ke tidak. secara generalnya, khairy berjaya mempertahankan idea kenapa ptptn itu relevan. dan kenapa free higher education tu tak relevan. apa yang tak cukup? fact & figures semua khairy bawa bentang. walau rafizi pertikai fact & figures tersebut, tapi yang khairy bentangkan itu actual expenses, sedangkan figure yang rafizi tunjuk hanya bersandarkan semata-mata 'kalau'. masalah actual expenses ini secara tak langsung di akui oleh rafizi dalam hal unisel dan kuis, sebab ada perjanjian berat sebelah. walaupun ada unsur-unsur rasuah di situ, tapi kewujudan perbezaan budget expenses vs. actual expenses itu kita kena akui memang ada. itulah sebab mengapa data khairy dan rafizi berbeza antara satu sama lain.

dan, khairy juga terpaksa jawab benda yang dia tak patut jawab dan terbelenggu dengan isu-isu buruk BN di media pembangkang, antaranya berkenaan nfc dan isu hutan tajuddin ramli. sebab, pada pendapat aku isu melupuskan hutang tajuddin ramli dengan isu mansuh ptptn ini memang jauh larinya. tajuddin ramli tu hutang komersil, kalau dah namanya komersil, memanglah bertujuan strategic untuk protect national interest pada masa itu, tambahan pulak hutang tu masa krisis ekonomi 97-98. 

isu hutang ptptn ni hutang komitmen. pelajar berhutang, dengan sifat hutang sebagai pendesak dan tanda ingat pelajar supaya fokus dengan peluang pendidikan tinggi yang diberikan kepadanya. 

rafizi

sepanjang tempoh debat berlangsung, rafizi memang fokus dan dapat explain macammana PR boleh offer free higher education bila memang pru 13 nanti. walaupun dalam usaha penerangan itu selalu di hijack oleh khairy dengan soalan-soalan dan pertikaian yang bertemakan 'korang boleh buat ke apa korang janji ni?' dan ' cuba tunjukkan macammana PR tak muflis kalau buat macam ni.' sedikit sebanyak menggangu juga usaha dan fokus rafizi untuk lebih detail dan extend idea free higher education ini. 

dan, salah satu key point yang 'wow!' dalam huraian rafizi ialah kenapa ptptn ini diberikan kepada kolej-kolej dan universiti swasta. sedangkan mengambil kira-kira rafizi penjimatan untuk menubuhkan sebuah IPTA bersaiz USM dengan 10,000 pelajar adalah lebih 'workable dan berfaedah' untuk kerajaan dari terus menanggung kolej-kolej dan universiti swasta tersebut melalui dana ptptn yang diragui standard dan infranya.

dan, the 275 billion question duit petronas juga memang leave the mark dalam kepala setiap orang yang mengikuti sessi debat tersebut, walaupun aku kira itu soalan yang merupakan 'a punch below the belt' untuk khairy. dan aku mula ada idea yang si rafizi ni 'cold-blooded politician' juga rupanya. walaupun dia quotes itu figure Tun Abdullah dulu, tapi aku macam ada sense ini semua dia tahu masa dia jadi senior accountant kat petronas dulu kot. mungkin. manalah aku tau. 

isu-isu lain

antara lain yang diutarakan oleh kedua-kedua debator adalah kapasiti perbelanjaan world class yang macam finland amalkan. ikut rafizi, malaysia contribute 0.6% dari GDP. turkey 1.3%. dan finlad 1.6%. secara peribadi aku berpendapat apa yang kerajaan malaysia belanja dan peruntukkan untuk pendidikan malaysia ini dah cukup baik, walaupun portionnya hanya 0.6% sahaja. kalau pr nak tambah nanti, syukurlah juga. tapi yang penting, bukan pembangunan infra. yang penting pengisian dalam sistem itu sendiri. mewujudkan bangsa dan pelajar-pelajar yang independent dan berkualiti itu lebih penting. bukan yang rasa terseksa masuk kuliah hari-hari dan terperangkap dengan sindrom 'aku nak jadi film maker, tapi diorang bagi aku course ekonomi'. 

juga, isu senarai hitam sebab tak bayar hutang ptptn. aku dulu pun kena, tapi memang ptptn dah mudahkan cara untuk bayaran balik dan kena saman ni. kalau korang teruk sangat, pegilah lawat ptptn dekat jalan dungun tu. aku rasa staff ptptn ni memang sedia nak membantu. cuma, masalah besar bagi student-student ini ialah nak bayar balik sebab tertekan dengan pasaran kerja yang ada sekarang ni. kalau ada kerja, gaji pulak sikit. dah tu, sara hidup tinggi. lepas tu ada pulak yang persoal, kereta / motor boleh beli, ansuran ptptn tak nak bayar? memang jahanamla kalau ada sapa yang tuduh-tuduh budak-budak ni macam ni. sebab, kalau takde kereta, macammana pulak nak excel dalam kerja. kereta kat kl tu dah macam keperluan dan. dah macam beras dan gula. dengan ada kereta (kenderaan sendiri) besar jugaklah chance nak mobilise yang selari dengan tuntutan kerja. tapi kalau ada kereta, pastu sibuk nak buat bikin letak turbo bagai, itu memang masalah koranglah. ada pulak lepas kerja nak kawin, memanglah kawin dulu baru bayar ptptn.

apappun, masalah dan gaya perbelanjaan peminjam-peminjam ni, aku harap diorang bayarlah ptptn tu. aku dulu pun mengelak jugak, siap cadang nak upah lawyer lawan ptptn lagi. tapi bila dah makin tua ni, tengok pula adik aku kena ketat benor syarat nak meminjam ptptn nak buat dana sambung belajar, sedikit sebanyak aku terkesan jugaklah dalam hati ni.

kalau korang tak nak bayar hutang ptptn ni, korang maintain la score cemerlang min 3.8 CGPA ke atas, hutang tak payah bayar, mata gred korang pun ok nak dapat better jobs bila keluar nanti, insha'allah.

apa sepatutnya yang dipersetujui dalam debat tersebut oleh kedua-kedua debator

  1.  PTPTN ni kena suci dari unsur-unsur riba. haram tu, masuk neraka. 
  2. disebabkan ptptn funding guna duit dia pinjam dengan kwsp yang interest 3.5% itu ditanggung kerajaan, maka student wajib dibenarkan bayar BERAPA diorang pinjam sahaja. tak perlu ada ujarah/ijarah 1% ke, atau yuran pemprossessan ke, sebab PTPTN pun pinjam KWSP free interest, macam tak adil pulak ptptn bagi student pinjam dengan interest.
  3. dana ptptn ini seharusnya diwajibkan untuk student-student IPTA sahaja.
  4. Untuk student-student IPTS, student kena ambil loan dengan bank komersil, dengan IPTS sebagai penjamin. kira cantiklah tu, swasta pinjam dengan swasta. macam tak fair pulak swasta pinjam kat government. kalau bank komersil ketat syaratnya dalam meluluskan pinjaman, harapannya kolej-univ swasta pun ketat jugak dalam piawaian operasi, infra dan student qualification selection.
  5. pinjaman ptptn dalam bentuk loan di tukar kepada biasiswa bukan hanya untuk pelajar cemerlang, seharusnya dipanjangkan jugak pada student-student yang terbukti datang dari keluarga miskin, termasuk juga asnaf zakat.

the market is toasted!

komen dari alessio rastani (BBC). lihat, baca dan fikir. ini 8 bulan yang lalu.



full transcript:


Alessio Rastani: 

...it's gonna crash and it's gonna fall pretty hard. Because markets are ruled right now by fear. Investors and the big money, the smart money ...I'm talking about the big funds, the hedge funds, the institutions, they don't buy this rescue plan. They basically know that the market is toast. They know that the stock market is finished, the Euro as far as they're concerned they don't really care, they're moving their money away to safer assets like Treasury bonds, 30 year bonds, and the US dollar. So it's not gonna work.

Maxine Croxall: 

We keep hearing that whatever the politicians are suggesting -- it's all been rather wooly -- isn't right. Can you pin down exactly what would keep investors happy, make them feel more confident?

Alessio Rastani: 

Ah, that's a tough one. Personally, it doesn't matter. I'm a trader, I don't really care about that kind of stuff. If I see an opportunity to make money, I go with that. So for most traders we don't really care that much how they're going to fix the economy, how they're going to fix the whole situation. Our job is to make money from it and personally I've been dreaming of this moment for three years. Personally, I have a confession to make, I go to bed every night and I dream of another recession. I dream of another moment like this. Why? Because people don't seem to maybe remember, but the '30's depression, the Depression of the '30's wasn't just about a market crash. There were some people who were prepared to make money from that crash and I think anybody can do that. It isn't just for some people in the elite, anybody can actually make money, it's an opportunity. When the market crashes, when the Euro and the big stock markets crash, if you know what to do, if you have the right plan to set up you can make a lot of money from this. For example, hedging strategies is one, then investing in bonds, Treasury bonds that sort of stuff.

Maxine Croxall:

 If you could see the people around me, jaws have collectively dropped at what you've just said. I mean we appreciate your candor, but it doesn't help the rest of us does it, or the rest of the Eurozone.

Alessio Rastani:

 I will say this, listen. I would say this to everybody who's watching this, this economic crisis is like a cancer. If you just wait and wait thinking this is going to go away, just like a cancer it's gonna grow and it will be too late. What I would say to everybody is get prepared. This is not a time right now to wishful think that the Government is going to sort things out. The Governments don't rule the world, rules the world. Goldman Sachs does not care about this rescue package neither does the big funds. So actually, I would actually tell people, I want to help people. People can make money from this, it isn't just traders. What they need to do is learn about how to make money from a downward market. The first thing people should do is protect their assets, protect what they have because in less than 12 months, my prediction is that savings of millions of people is gonna vanish and this is just the beginning. So I would say, be prepared and act now. The biggest risk people can take right now is not acting.

Maxine Croxall: Alessio Rastani thank you very much for talking with us.

freeloader

aku memang sakit hati nengok seorang / seekor freeloader in action. sungguh-sungguh sakit hati.

macam kat ofis aku neh, aku perasan seekor freeloader keling dari benua keling. kerja secara kontrak selama dua tahun. aku selalu nengok dia 'me-nge-le-wo' dekat HR. jalan dari satu meja ke satu meja keling yang lain sambil bersembang.

tiap-tiap hari. apa kerja hakiki dia pun aku tak tau.

lepas tu, selalu pulak aku tengok dia round-round sampai ke dept aku. kadang-kadang aku jumpa dia kat kantin, time keje. inilah ciri-ciri seorang freeloader, iaitu kerja tak nak buat, tapi gaji hujung bulan sibuk pulak dia ambik.

banyak sungguh freeloader dalam dunia neh. tapi kat sini, nampaknya semua nak jadi freeloader, ambik gaji hujung bulan, kerja lantaklah cincai-cincai. dasar jahanam...

Warna Kegemaran Hamba

Alhamdulliah syukur nikmat.
Aku baru balik dari Kuching, Sarawak semalam. Maaflah sesiapa yang mesej-mesej tanya aku di mana. Memang 'trip' yang ini aku sendiri pun lupa. Malam esok nak jalan baru sedar. Kalau dah asyik kerja, itulah dia. Apa benda pun tak berapa nak ingat.
Bila di Kuching, selain dari warisan-warisan peninggalan Dinasti Brooke, amatlah banyak barang-barang cenderamata yang boleh dibuat kenang-kenangan. Memang unik dan asli.
Aku pun macam manusia lain juga, merayau dan menjamu mata, sambil berkira-kira apa yang nak dibeli. aku masuk satu kedai. Tengah tengok-tengok barang apa nak beli, aku terdengar perbualan ini;
Pembeli: Warna hitam, putih takde ke? Penjual : Tiada encik, yang ada warna ini jaa..warna ini pun cantik dan sesuai dengan encik. Pembeli: Warna lain tu dugaan dunia, hitam itu neraka, dan putih itu syurga. Saya mahu hitam, kerana hitam mengingatkan saya pada neraka. Perbualan ini begitu mengesankan, hingga aku mengingatinya hingga saat ini.

HATINYA LUKA LAGI

Rumah terbakar, nampak asapnya
Hati terbakar, siapa tahu
Luka ditangan, mengalir darah
luka dihati, mengalir kemana?
Hati mereka sudah tidak bersatu lagi
kerana jambatan yang menghubung
sudah punah dan ranap sama sekali
Terkena bedilan 8 mareth
Kali ini, yang mereka kejar, hanya sisa.
Hidup mereka, antara sedar atau tidak, sudah terlaknat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...