dupavisitometer

Showing posts with label aku:kenangan. Show all posts
Showing posts with label aku:kenangan. Show all posts

KEMBALI

Akhir entri blog ini, pada 29julai2015. kemudiannya terhenti sebab aku hiatus dah masuk 3 tahun. Mengembangkan diri. sudah tidak punya cabaran, sebab hampir keseluruhan cabaran hidupku yang terbesar aku hadapi ketika kembara di bumi emiratis tahun 2012. 

pelbagai yang dijalani, dirasai, dan meresap ke fikiran melalui jalan - jalan peristiwa, secara peribadi, dalam ruang lingkup komuniti atau yang lebih besar adalah umbang ambing negeri. 

ya, 2018 sudah tercatat sebagai peristiwa bersejarah negaraku Malaysia. Melalui lunas demokrasi, akhirnya rakyat memilih untuk menumbangkan kerajaan selama 61 tahun dan menggantikan dengan yang baru. sudah banyak yang tercatat dan yang mencatat letak duduk peristiwa ini. begitu banyak harapan, dan begitu banyak pengharapan. 

cinta kasihku pun sudah masuk darjah satu. sudah pun nak masuk ke darjah dua. Syukur aku masih ada untuk menyediakan apa saja untuk dia. tapi tidak sebesar pengorbanan bondanya. perempuan bekerjaya sekaligus seorang ibu. mendidik dan mengasuh anakku ini supaya menjadi seorang anak yang berguna kepada ibu bapanya kelak, insha'allah.

aku merindui setiap gurau senda dan masa - masa yang bermakna buat aku dulu, pada setiap petang cinta kasihku masuk ke dalam kereta Myvi BLU 5011 dan mencipta dunianya sendiri. ada ketikanya dia melawan naga dan beruang, ada ketikanya menjadi sang raja memimpin rakyatnya gula gula coklat. adakala dia berenang di lautan luas meneroka tanah tanah baru untuk taman permainan. menakjubkan pemikiran awal tumbesaran, sambil sambil menghilangkan tekanan kerja aku yang tidak kunjung sudah.

namun itu hanya tinggal kenangan, bila dia habis alam tadika, masuk pula ke alam baju putih seluar biru. masa kami berdua makin terbatas. di awal pagi dan lewat petang. sungguh rugi rasanya.

setiap waktu bersamanya, aku merasakan aku real dan benar dalam dunia ini, punya tujuan dan matlamat, yang seringkali hilang dan tenggelam dalam urusan urusan dunia yang karut dan marut. 

selamat hari lahir ke-2 ahmad adel al-kalbaani

yay...syukur alhamdulillah, umur adel hari ini genap 24 bulan a.k.a 2 tahun.
 
genaplah 2 tahun adel menjadi permata hati babah, penghibur duka lara, peniup semangat di kala babah down gila, penghilang segala duka nestapa, menjadi madu, sumber inspirasi dan motivasi babah dan bonda untuk menjadi ibubapa yang matang dan bertanggungjawab.
 
adellah penghilang penat babah tiap tiap hari bila balik kerja. semangat betul babah nak pergi kerja kalau pagi-pagi adel kejut babah macam yang adel buat tiap tiap hari. walaupun penampar adel tu tak sakit sangat sebab tangan adel kecik, tapi kalau dah sepuloh ke tiga puloh penampar memang sakit sikit jugaklah. hahahaha...tapi babah tak kisah.
 
sejuk hati babah bila babah bentang sejadah nak solat, adel dah mula angkat takbir. walaupun masa sujud adel duduk kat tengkuk babah, naik macam kuda, tapi tak apalah. babah berterima kasih sangat pada bonda, atuk, nenek, pakcik pakcik dan makcik makcik adel yang mengasihi dan mendidik adel masa babah merantau cari rezeki dulu.
 
adel jugak kena banyak banyak terima kasih dan taat pada bonda, yang boleh jadi dan buat semuanya untuk adel. banyak dah bonda berkorban untuk adel tau. tak cukup kalau babah nak list kan kat sini.
 
selamat hari lahir ke 2 wahai permata hati babah bonda, Ahmad Adel Al-Kalbaani. Babah sentiasa berdoa agar adel membesar dengan sihat dan bijak, serta sentiasa sedia untuk berbakti untuk babah dan bonda bila adel besar nanti.
 
sesungguhnya adel adalah amanah dan anugerah Allah kepada babah dan bonda, yang mana babah dan bonda akan pikul dan laksanakan dengan sebaik-baiknya.
 
selalu-selalulah bersyukur anakku, sebab Allah sahajalah sebaik-baik penolong dan sebaik-baik pertolongan. Alhamdulillah.
 
-03/01/2013-

umno dan pemulihan semangat

aku tak tau macamana reaksi dan 'bekal' pakej pemulihan semangat yang dibawa balik oleh perwakilan perhimpunan agung umno (PAU) minggu lepas. mungkin dah ada counter-strike dari segi point point dan hujah hujah mantap untuk kasi KO kaw kaw buat PAS, PKR dan parti rasis DAP.
 
kalau ditengokkan dari segi pekik dan lolongan pimpinannya, memang A++.
 
bukan sahaja point untuk menunddukan dakyah pembangkang, dibekalkan juga point untuk memulihkan semangat dan setiakawan serta tunduk dan taat setia pada parti pilihan Allah ini. kalau tangisan dan dayu bait bait lagu warisan nordin kardi pun masih tak mampu mengebalkan umno dari sabotaj dan kebencian ahli ahlinya sendiri, sukar untuk mengukur dan mencari apa lagi yang mampu.
 
dan, walaupun aku sedikit geli dengan nyanyian bait bait lagu warisan, yang tiba tiba bertukar menjadi mood sedih dan mengharukan di dewan perwakilan, aku terkesan juga dengan lagu itu.
 
bukan apa, lagu itu sebenarnya lebih sesuai untuk dijadikan cermin muhasabah diri umno, dari dijadikan senjata untuk mengingatkan melayu yang lain.
 
apapun, cepatlah cepatlah pru13 bertandang, biar kita sama sama tahu langit yang kat atas itu tinggi ke rendah.

aku dan gempar

ianya bermula dengan khabar biasa ke kampung. bertanyakan keadaan emak, yong, abang dan adik adik. sudahnya aku yang gempar, sebab ada berita kurang jelas. berita yang ditengah-tengah, hujung pangkalnya tak tahu.

abah masuk hospital. rebah hari isnin. hari rabu rebah lagi.

ya, kali ini berita pasal abah. terus aku meletakkan diri di kasutnya. fikirannya. cita citanya. perjalanan hidupnya. akhir akhir ini. aku bungkam. aku tak mampu nak membayangkan apa yang lebih jauh dari yang aku bayangkan kini.

baru tadi aku dapat menelefon abah. bercakap sendiri. suara tuanya kedengaran segar. segar hanya sekejap. selebihnya, perit kesakitan yang ditanggung sangat jelas. segar dia mendengar suara aku barangkali. aku memohon maaf dan ampun untuk segala salah silap. hak memaafkan hanya ada pada dia. hak yang aku tak punya. 

untuk aku cerita kenapa, tersangatlah peribadi.

aku yakin dengan keputusan aku ini. aku tak boleh tangguh. aku mesti balik malaysia.

paling cepat esok malam.

chua soi lek sebagai agen doktrin 'pecah dan perintah'

sehari dua ini, presiden mca terpaksa memancarkan dirinya sebagai agen doktrin 'pecah dan perintah'. ini doktrin politikal purba. sejak zaman penjajah, inilah doktrin politik yang paling subur, teguh dan efektif untuk mengawal minda penduduk multi-etnik macam tanah melayu ini.
 
kita dipisah-pisahkan dengan prejudis agama, bangsa, taraf ekonomi dan status sosial dengan maksud menanam sekali 'ketakutan-ketakutan' untuk menerima nilai sejagat dan kerjasama utuh yang merentas nilai-nilai agama, bangsa, ekonomi dan sosial.  
 
kita dipecah-pecah supaya merasakan sekiranya kita mempunyai fikiran berdaulat dan bebas, kita itu selalunya lemah. kecuali kita bergantung kepada 'tuan' dan agen-agen blok-blok pecahan ini, dengan dogma dan candu tiruan bahawasanya mereka sahajalah yang mampu menangani konflik yang 'tercetus'.
 
tujuannya, supaya kita terus 'percaya' mereka sahajalah juara isu superiorti bangsa, mereka sahajalah yang mahir ekonomi, mereka sahajalah yang alim dalam beragama, dan mereka sahajalah yang ada 'penawar' dalam isu nanah dan lendir masharakat.
 
namun realiti gelapnya, merekalah yang memunggah keuntungan nampak dan keuntungan tak nampak apabila krisis 'prejudice - sensitivity' ini berlarutan. dan, dalam banyak peristiwa, mereka jugalah yang memulakan krisis dan mengakhirinya, dengan harapan di akhir krisis, 'ketakutan' itu kekal dan makin melebar.
 
semakin lebar dan dalam 'ketakutan' itu tertanam, semakin teguh mereka. semakin untung mereka.
 
kita tengoklah nanti, akan ada banyak pihak akan terperangkap, terkeliru, melampaui batas dan ke hulu ke hilir dan mendengus dan menyalak macam babi gila.
 
dan inilah peluang kita.
 
peluang untuk tengok orang-orang bodoh berlumba-lumba masuk suratkhabar cari populariti.

40 juta, tajaan private jet dan tajaan haji

seperti yang dilaporkan oleh sinar harian, sumbangan politik berjumlah 40 juta adalah tidak salah sekiranya dilakukan mengikut prosedur yang betul. dan fakta kepada amalan 'berpolitik' ini tidak pernah tercabar untuk pihak yang menerima 'sumbangan' itu.

cabar mencabar dan kutuk mengutuk hanya terjadi dikalangan penyokong kental dengan cara sondol menyondol antara satu sama lain.

sondol menyondol juga terjadi apabila lawatan ke kawasan terpencil dilakukan dengan private jet, dimana tajaan itu diterima setelah ketuanya yakin bahawa tukang sponsor tidak mempunyai 'kepentingan' di mana-mana negeri yang dibawah kekuasaannya.

dan, sondol menyondol juga berlaku tidak lama dulu, apabila seorang menteri besar dikhabarkan akan menunaikan haji secara 'sponsor'. namun begitu, tajaan itu di batalkan oleh menteri besar itu sendiri, demi menutup pemuka pemuka fitnah walaupun tukang sponsor tidak mempunyai kepentingan terhadap wilayah wilayah pentadbirannya.

kalau mengikut justifikasi yang direkodkan oleh sinar harian, sponsorship 40 juta, tajaan private jet dan tajaan haji itu, tiada salah apa pun. 

kalau tidak salah, kenapa saling sondol menyondol?

dari segi pengurusan persepsi, hanya sang menteri besar sahaja yang dapat kad hijau. lagi dua, dapat kad merah. jelas, mekanisme integriti yang mengawal dari dalam tidak wujud dan sangat lemah perlaksanaanya dikalangan para politikus dan parti yang di dokongnya.

kalau beginilah caranya, tahun ini indeks rasuah kita meningkat lagilah jawabnya.

terjunan felix baumgartner

sebentar tadi, melalui channel MBC 4 dubai, disiarkan secara langsung terjunan pecah rekod felix baumgartner.


sebelom berlepas, ibunya menangis melepaskan felix naik ke pod angkasa dan dengan penuh gementar melihat belon pod angkasa tersebut perlahan-lahan naik ke angkasa. lebih dua jam..akhirnya semuanya sudah siap sedia untuk felix melakukan terjunan.

dengan ucapan 'may angel be with you...' oleh ketua pasukan merangkap coachnya yang tersayang, felix melakukan terjunan bersejarah yang memberi makna pada pencapaian kariernya sebagai skydiver. memang pelik ada jugak orang dalam dunia ni yang mendedikasikan hidupnya untuk terjun pada level tertinggi dunia.

akhirnya felix terjun, setelah para penonton macam aku disajikan dengan view terbaik bumi dari kacamata kamera pod angkasa felix. subhanallah...alangkah cantiknya ciptaan tuhan, begitu luas dan sangat majestic.

dengan gensture thumb up, felix pun terjun secara freefall. gementar sungguh riak wajah ibunya sewaktu felix berguling guling pada minit ke-2 terjunan. felix sedikit struggle untuk menstabilkan kedudukan dirinya. namun, untuk beberapa ketika, felix berjaya menstabilkan dirinya dan parachute kembang pada minit ke 4 terjunan. orang pun bersirak sorai.

akhirnya felix berjaya mendarat dengan selamat, dan sebaik sahaja kakinya mencecah bumi, terciptalah sebuah rekod terjunan tertinggi yang pernah dilakukan oleh manusia.

sebagai ingatan, setiap yang naik dan beratas di atas, tidak selama-lamanya akan di atas, satu detik pasti akan turun jua menjejal ke tanah. samada dengan megah atau tersungkur adalah pilihan masing masing.

dan, benarlah kata orang berkenaan cita cita dan impian, langit pun tidak pernah menjadi penghalang.

ustaz nasha lagi

semua orang tidak dapat menerima dan meneka apa yang ada dalam kepala ustaz nasha. ada yang kata dia lebih umno dari umno. ada yang label dia sengaja mencari pasal sebab mintak kena pecat. bila kena pecat, terlepas dengan sumpah bai'ah. tuan ibrahim tuan man kata nasha jangan acu muncung senapang pada dia walau senapang takde peluru.
 
paling akhir, tazkirah TGHH pasal berkomplot dengan syaitan ni kerja dua kali bodoh. melantun dua kali. satu lantun berjauhan dengan jema'ah. lantun dua, berkompromi dengan 'syaitan yang dikenali'.
 
dan ada jugak blogger nakal kata ustaz nasha semakin malas menjenguk bachok. kesian bachok. mari sini bachok...masi sini bachok. teringat pulak aku cerita toyol.
 
yang pasti, apa motivasi ustaz nasha untuk terus terusan menentang jemaah, dan meminggirkan diri? ustaz nasha bukannya berdagang dan melukut tepi gantang dalam pas, sebab dia masih lagi ahli syura pas. dan, sebagai seorang ahli syura yang percaya doa kristian akan dimakbulkan Allah, adalah satu benda pelik dan menjadi bahan ketawa orang sampai bila-bila.
 
dan bukan kerja orang soleh dan pemimpin untuk membuat tuduhan tanpa bukti. itu jahil. itu semua kerja umno dan pencacainya. janganlah ustaz nasha merendahkan dirinya setaraf papa gomo dan parpukari.
 
sekadar perbandingan cerdik.

persoalan tentang 29 februari

aku baru menonton 29 februari. bagi yang belom menonton, 29 feb berkisar kehidupan insan pelik yang dianugerahkan untuk tua hanya 4 tahun sekali yang bernama budi bin halim. ala-ala benjamin button, tapi terbalik. tapi, aku nak cerita bukan pasal watak budi ini per se, sebab kalau setakat masalah dia nak sambut harijadi 4 tahun sekali, pada aku budi ni boleh je ikut kalendar islam, sebab kalendar islam ni terang-terang genap 30 hari.
 
yang aku nak cerita pasal dalam cerita 29 feb ini, digambarkan perjalanan sebuah negara (malaysia) dari sudut perspektif kehidupan budi, bermula dengan perang dunia kedua dan pengunduran british, penjajahan jepun, merdeka, dan kisah-kisah pahit manis pengisian kemerdekaan seperti keluarnya singapura, rusuhan kaum 13 mei, kebangkitan ekonomi dekad 70-90an, kereta proton saga sehinggalah 2012, walaupun menara berkembar petronas tak masuk list sebab lepas pindah ke penang, budi nampaknya terputus jauh dengan KL.
 
cuma yang jadi persoalan, kenapa watak melayu yang signifikan pada budi, kedua-duanya cacat? si razak tu buta dan khatijah ke apa namanya tu pulak bisu. dan budi pulak hidup lama. jadi, kita ada secara keseluruhannya melayu yang hidup lama, tapi buta dan bisu.
 
dan, tema yang paling diangkat adalah percintaan terhalang budi dan lily (bangsa cina yang akhirnya anak saudaranya islam). bila aku cerita 29 feb ni bab cinta terhalang ni, fikiran aku entah macamana asyik terfikirkan struggle budi untuk hidup bersama dan mengahwini 'lily' hanya satu metafora struggle orang melayu untuk menerima orang cina, dan orang cina struggle untuk menerima orang melayu.
 
fikirkan ini baik-baik
 
melayu yang hidup lama, buta dan bisu bersungguh-sungguh menyayangi tanahnya yang secara alamiahnya cina.
 
i do not know what others are thinking, but for me this is one of the most radical idea and concept of malay cinema.

satu tangan, satu kaki dan sebilah pedang patah



karya gelap dan tsui hark (1995) bikinan semula 'the one-armed swordsman (1967) dengan olahan jalan cerita yang lebih huru-hara, hitam, serabut dan lebih kejam.

kudung bangsat, yang berusaha untuk menjadi swordmaster, untuk jadi sedikit baik dari kudung bangsat adalah benar-benar satu idea tentang nasib insan yang sangat malang.

dan idea itulah yang membuatkan cerita ini sedap.

aku yang bajet neutrallah sangat.

ya, bajet 2013 memang panas. mantap tidaknya bajet 2013 adalah ditafsir mengikut persepsi kecenderungan politik masing-masing. cendiakawan yang menganalisis di tv, radio dan internet pun memberi komentar ikut 'kecenderungan' kepartian masing-masing.

satu realiti pahit di malaysia sekarang ialah 'kamu' sukar untuk jadi neutral. 

mengutuk sikit sudah masuk pakatan. sokong sikit sudah masuk barisan. akhirnya point-point terbaik yang bermanfaat untuk faedah bersama turut kabur dan terhumban sekali dalam dogma permainan politik sempit yang politikus-politikusnya busung dengan kebencian dan persengketaan. wahai tuhan, sudahkan kami rakyat malaysia ini hena dan tersumpah dengan lomba kuasa ini?

percaya atau tidak, ditengah-tengah 'kemelut & krisis undi pilihanraya' ini, ada ditengah-tengah kita ini masharakat marhaen, golongan ibu tunggal, para buruh kais pagi makan pagi, yang saban waktu nurani dan hati kecilnya bergegar runsing dengan kesempitan hidup dan berbelanja. paling tidak, 'bajet' nak bayar sewa rumah lepas ke tidak? kalau anak tak sakit, motor tak buat hal, mungkin cukup.

aku tak reti nak ulas pasal bajet kali ini. aku tak reti nak neutralkan apa yang aku rasa. kalau aku rasa tak betul, dan aku tulis paling tidak aku di 'mahkota'kan sebagai golongan tak kenang budi. kalau aku rasa betul, dan aku tulis, paling tidak aku jadi barua kerajaan. 

yang pasti aku tahu ini.

hutang berbillion bukan masalah salah bajet setahun dua. ini salah bajet berpuloh tahun lamanya!

dan membenarkan kerajaan salah buat bajet berpuloh tahun lamanya bukan salah kerajaan. salah kitalah sebab asyik angkat orang yang sama.

dan paling bangsat, kalau kita 'ubah' sangat pun...end up kita masih lagi pilih pihak yang akan buat bajet salah.

sehingga kini nama calon TPM pakatan rakyat masih tersembunyi dalam gua.

melayu nak kongsi kuasa dengan cina. tapi ingat, cina belom tentu nak kongsi RM dengan melayu. Entahlah, tapi orang BR1M melayu punyalah payah, sampai berpilih-pilih dan sampai dengar ceramah. orang cina collect BR1M dengarnya takde pulak banyak masalah. takde pulak cina kena dengar ceramah. DAP pun kurang komplen. Melayulah ada sikit problem. bertolo-tolo sampai jadi buruk siku dan mengungkit-ungkit. dah dasar melayu macam itulah. suruh kenang budi tu mengungkitlah namanya tu.

satu pun tidak selamat di tangan internet

inilah bahananya sang internet. kredibiliti dan integriti seseorang tidak lagi selamat di tangan internet. sekali pandang, ianya umpama pedang bermata dua yang menghiris mentah - mentah untuk di makan oleh rakyat.
 
internet ini, melibas ke kanan mereka kena. melibas ke kiri pun mereka kena juga. contohnya
 
Najib dan pembesar-pembesar UMNO tidak lagi selamat dengan salahguna kuasanya. kalaupun tidak benar, mereka pasti tenggelam dengan fitnah siber. kak jat sudah merasa. muka mereka sudah tebal. tapi kulit yang tebal itu dilumurkan dengan masker yang diberi nama 'asam garam politik.
 
anwar and the gang juga tidak selamat. dengan pelbagai tuduhan. lebih kurang sama dengan apa yang ditimpakan oleh najib dan pembesar-pembesar UMNO. tapi, itulah lumrahnya menjadi ahli politik, sentiasa ada masker asam garam politik.
 
lama tak lama kemudian, internet menghiris pula ahli ahli korporat. orang-orang besar di proton kena. orang-orang-orang besar MAS dan AIR ASIA kena. Rozali SYABAS kena. LYNAS Corp. kena. Khazanah kena.
 
tiada yang selamat.
 
kini, internet mula masuk ke dalam istana. boleh cari sampai jumpa. mula-mula internet masuk ke istana johor, sekarang dah mula masuk istana kualan kangsar dan istana kuantan.
 
damn you internet!

[isi satu]: doubt & trust crisis response team


aku masih ragu-ragu apa peranan aku dalam response team ini kelak. ya, di department aku, akulah tukang monitor market data dan market intelligent info konon-kononnya. tapi, report aku itu pun untuk circulation dalaman, bukan untuk para pesaing. aku pasti, tiap-tiap designated officer boleh hadam dan kunyah report aku tu macam kunyah biskut meri. 

tapi, aku akhirnya menurut perintah. siapkan apa yang patut. report itu, report ini. 5 tahun kebelakang ada, 10 tahun kebelakang ada. walaupun aku dah berkali-kali inform dan tegaskan, setakat nak lawan americana ini cukup dengan apa yang kita ada 5 tahun kebelakang. tapi, untuk cara hujah selamat, bos cakap bawaklah 10 tahun punya sekali. aku diam, dan aku ikut. 

jadi, secara rasminya 'response team' ini terdir dari 5 orang semuanya. 

diketuai oleh bos aku, Mr. hendry. Hendry ni frenchman iras-iras thierry henry, asal morocco. berkahwin dengan tunisian-french. ada anak perempuan seorang. aku tau itu 2nd wife dia, dan dia banyak 'rahsia' pasal perkahwinannya yang gagal dulu. cuma sekali aku ingat dia pesan, rosli....lu kalu nak kejar career, sampai hujung dunia pun takpa, tapi make-sure u take care your wife. hendry kalau bab sales, memang tip-top. bercakap tak henti-henti. cara berfikirnya pantas. matanya yang cememe dengan sedikit kuyu menghasilkan satu pandangan yang sepi tapi keliru. kalau dia tanya pasal kerja, yang dah siap pun rasa tak siap. kata-kata bisanya dilemparkan sekali dengan senyuman manis yang sinis dan dalam. 

kemudiannya, team aku ada humid dayodi. iranian, tapi dari kecik membesar kat scotland. ikut cerita kawan-kawan, bapaknya salah seorang orang kepercayaan shah iran. bila shah iran tumbang dalam revolusi, bapanya masih setia dan diberikan keistimewaan oleh sponsor shah iran sampai ke hari ini. dengar khabar, hingga ke hari ini humid dan bapanya masih berhubung dengan putera-putera shah iran. humid dulu kerja dengan goldman-sachs london. bila krisis kewangan antarabangsa 2008 dulu, 6 bulan sebelum krisis tersebut dia resign, dan mintak kerja dengan kompeni aku sekarang. nasib humid sangat baik, sebab time dia apply tu, kompeni ni memang perlukan iranian native untuk handle business baru kat iran office. maka humid diterima masuk, plus point dengan 'tehran connection' yang dia ada. tapi, disebabkan iran banyak cari pasal dan kena trade sanction yang ketat, humid kurang dapat business dan buku sales bajet dia selalu negatif. namun dia tak putus asa, dan dengan sedikit keberanian, dia try make profit dengan buat 'bulk' business. dia kawin perempuan cina dari china, tapi migrate jadi Scottish citizen. humid sangat organise, dan petah berhujah dan stand-out dalam mana-mana discussion, sebab dia sangat-sangat berhati-hati dengan tuturkatanya. lagipun agaknya orang suka dengar scottish accent-nya tu. 

ketiga, deparment aku punya global office co-ordinator. Ms Suzanne Dassar namanya. widower anak 2. dah tua dah. warga bahrain. suaminya orang saudi kalu tak silap. anak perempuannya, Markesh duduk dengan dia dan bekerja satu kompeni, cuma lain department. anak lelaki dia duduk dengan bapaknya. tipikal arab, suka nak jaga anak lelaki je. hahaha. suzanne ni jugak adalah PA pada hendry. selain jaga semua disiplin, travel, marketing visit dan meeting overseas office untuk di pantau oleh hendry, suzanne juga bertugas sebagai 'info centre' untuk new buyer keep in touch dengan department aku. kiranya, semua orang 'takut' dengan suzanne. dia bukan garang ke apa, tapi kerja me'report' apa saja pasal staff dan office ke hendry. kalau kerani brasil office tak datang keje pun hendry tau. adoii..itu pasal diorang sekali-sekala kata hendry tak datang ofis, kita belum lagi selamat. kalau hendry dan suzanne tak datang ofis baru kita benar-benar selamat. selamat tu maknanya nak mengulor le tu. 

keempat, ada sinha vajayee. ini budak finance. ada dua masters sebelum berhijrah ke uae ni. senang cerita, kalau dia bagi e-mail, selalunya budak-budak sales ni merungut, sebab mesti takde pasal lain, suruh diorang kutip hutang. dan untuk budak-budak sales ni pulak, memang tak best la kalau lepak dengan customer tiba-tiba cerita bukak pasal hutang. sudahlah nak dapat sales punya payah, janji bukan main manis, tapi bila due date, si sinha ni hantar email suruh kutip hutang pulak, tak ke naya. tapi apa boleh buat, memang kutip hutang ni salah satu dari ukuran prestasi utama sales team aku. ye lah, asyik menjual je, duitnya tak dapat payoh jugak nak meniaga...ye tak?

itulah latar belakang lebih kurang response team yang nak berhadapan dengan zulfikar jewahi nanti. sekarang semua dah cukup. dengan berkenderaan volkswagen tiguan humid dan porsche putih hendry (tak tau model apa), response team ini pun bergeraklah menuju destinasi 'pertarungan'...

(setakat itu dulu, nanti aku upload lain)

[buka bicara] : doubt & trust crisis reaponse team

seminggu yang lalu, aku dipanggil untuk join 'outside' meeting dengan biggest customer kompeni yang aku kerja ni. kuwaiti foods company. kuwaiti foods company ni besar tak besar, adalah penama dan frachisor utama untuk rangkaian jenama americana, ayam kentaki, pondok pizza (hut) dan thank god it is friday (tgi le tu) untuk seluruh negara-negra GCC (gulf co-operation council). jenama americana itu sahaja dah ada 1,800 brand name yang strongly survive dalam GCC market. mungkin banyak lagi business line kompeni ni, tapi yang aku terlibat secara langsung, itu sahajalah.

ini direct marketing meeting ketiga untuk aku, selepas meeting dengan pepsi co. dan cargill brasil LLC tempohari. meeting pepsi dulu aku ketar lutut jugaklah sikit, tapi anak jantan apa ada takut, apa yang kena kadap, kadap le, ye tak? lepas tu, dengan ilmu dan kekuatan yang Allah izinkan, Alhamdulillah...next meeting dengan cargill brasil tu lancar je aku menggoreng apa yang patut, heh..so, sebelom meeting yang ketiga ni aku juga berharap akan dapat aku tangani dengan tenang gitu...

ok, serba ringkas, masalah utama yang menyebabkan kena ada meeting ini adalah disebabkan wujudnya doubt & trust crisis diantara supplier dengan buyer. dalam hal spesifiknya, sales team aku sekaranglah yang jadi punca dan jadi bahan. namun ianya bukanlah disengajakan.

semuanya bermula dengan disebabkan officer yang bertanggungjawab bernama Assad  yang sudah berkhidmat selama 5 tahun lebih, telah menghantar surat notis resign 30 hari tanpa alasan kukuh. aku syak dia dapat better offer. yang pelik, assad yang berasal dari pakistan (kashmeer) ini baru sahaja berkahwin, dan dia hantar surat resign ketika dia masih lagi dalam cuti honeymoon. pelik jugak kalau baru kawin ni terus berhenti kerja. sebab itu aku syak dia dapat better offer. tapi entahlah, assad pun kawan biasa-biasa jer dengan aku, sebab kebanyakkan masa dia bekerja sibuk je memanjang.

jadi, untuk mengisi job Assad ini, diamanahkan pulak pada seorang officer yang tidak kurang cekap, Majad Saed (India). Majad ni pendiam, tangkas dan reliable. Majad juga mempunyai people skill yang mantap dan sangat organize, dan salah seorang sahabat baik aku kat sini. selalu tanya khabar aku dan family dan tiap-tiap pagi berkelapangan minum teh dan breakfast dengan aku. tapi, tanpa disangka-sangka Majad bagitau aku dia pun nak blah. dan sebabnya dia tak bagitau dan bagi aku kekal misteri sampai hari ini. ada rumers kata dia taknak beban kerja lebih, sebab walaupun dia ambil tugas assad, dia kena maintain kerja dia sekarang jaga market africa. dan untuk seorang indian yang bukan gujerat untuk handle trade & market africa memanglah sedikit sukar. dan, aku pun kadang-kadang nampak majad struggle dengan marketing task dia yang kalau aku nak hurai, makan minggu jugak ni...

ringkas cerita sebelum aku upload entri baru, human capital shortage yang tiba-tiba melanda department aku ini menyebabkan urusan trade biasa dengan kuwaiti foods dah tak jalan lurus, sebaliknya jalan lurus dah jadi berbonggol-bonggol. di saat dan ketika inilah wujudnya doubt & crisis yang sangat-sangat merisaukan kuwaiti foods. kuwaiti foods rasa dah takde credible officer secekap Assad di department aku untuk response dan take care business diorang. dan untuk saiz busness ratus-ratus juta sebulan yang maintain macam ni, memang patut pun diorang rasa macam tu. 

dan department aku pun tak ada cara lain, selain organise satu meeting dan bersetuju menghantar satu assemble team macam 'the avengers' yang bertindak sebagai 'response team' untuk menangani doubt & trust crisis yang telah wujud. 

dan aku tiba-tiba diserap terus untuk join assemble team ni, walaupun aku pada mulanya ragu-ragu adakah aku ini seorang calon yang tepat? dan bagaimanakah aku & the team nak handle Mr. Zulfikar Jewahi, bos kuwaiti foods yang terkenal dikalangan peniaga-peniaga di sini sebagai egyptian yang suka disanjung-sanjung macam firaun dan seorang  egois kental?

(setakat itu dulu, nanti aku upload lain.)

p/s: nama watak aku tukar atas sebab-sebab tertentu, tapi maksud dan actual event memang berlaku.

uncommon sense, common nonsense

rilisan feb 2012
alkisahnya acapkali aku masuk meeting / discussion dalam bilik bos, sentiasa atas meja dia ada buku bertajuk 'Islam' karangan karen Armstrong. jadi, itu macam signal untuk aku 'it is ok to bring your book to office'. so, aku pun memasang niat untuk beli buku baru, tambahan pulak aku dah khatam 'the 33 strategies of war' karangan robert green.
 
jadi, sabtu lepas aku pun jalan-jalan dekat sahara mall (kat sini jer ada toko buku ala MPH namanya Jashamal) sambil berkira-kira topik apa yang nak aku beli. topik-topik ini berpusing-pusing dalam fikiran aku di setiap langkah menuju Jashamal. setelah berkira-kira, aku pun ambil keputusan nak fokus untuk cari buku-buku yang menarik pasal 'self-motivation' ataupun pasal pengurusan kewangan mikro yang santai.
 
sampai je kat Jashamal, aku mula membelek buku-buku yang aku yakin nak beli.
 
Buku biografi sultanate-sultanate UAE memang mencengkam jiwa dan menarik perhatian. manakan tidak, dengan persembahan kulit keras dan muka depan bertatahkan dakwat emas, di tambah pulak dengan 'subjeknya' berkenaan jatuh-bangun dan kesungguhan sultanate-sultanate UAE ini 'transform' dubai dan Abu dhabi dari warisan tanah tandus kolonial inggeris sehingga menjadi moden dan sangat kompetetif macam hari ini. tapi apa boleh buat, buku-buku tersebut belom cukup kuat untuk mengorbankan duit aku.
 
akhirnya, di segmen 'Management & Finance' aku berjumpa dengan 'Uncommon Sense, Common Nonsense' yang ditulis atau di susun oleh jules goddard & tony eccles.

seperti tajuknya (disamping warnanya yang black & yellow - ala ala Clifford official colour tu), buku ini memberikan highlight perkara-perkara yang logik dan common sense yang 'make sense' serta mudah dan berguna serta berkualiti untuk dijadikan amalan untuk sesebuah authority organisasi atau agensi, bahkan seorang ketua untuk maju ke hadapan, tetapi selalu di pandang mudah dan enteng.

Sebaliknya, authority organisasi dan agensi bahkan seorang ketua ini  bersungguh-sungguh dan tersangat fokus pulak pada perkara-perkara yang kurang logic dan tak bermanfaat serta merugikan mereka sendiri. dan menurut buku ini, kes-kes  'salah fokus' dan terlepas pandang seperti inilah yang menjadi menghalang ataupun kubu batu yang kritikal untuk maju mundurnya sesebuah organisasi itu untuk 'survive' di dalam arus persaingan yang deras.
 
benda-benda uncommon sense, common nonsense yang 'make sense' ini di surahkan dalam 4 juzuk penulisan dalam bentuk karangan ringkas yang di-ekstrak dari jurnal-jurnal dan kajian pengurusan 25 tahun kebelakang iaitu :-
 
1. winner & losers
2. strategies & tactics
3. organisation & management
4. biased & remedies
 
jangan bimbang, buku ini bukan buku 'teks managemant' dan sangat-sangat disarankan sebab ada banyak manfaat dan sangat berguna untuk kita mengesan apa yang lebih 'make sense' untuk organisasi yang kita tengah served sekarang. dan untuk aku secara peribadinya buku ini macam mesin scnanner untuk aku muhasabah balik apa yang 'make sense' untuk keluarga kecil aku, di samping apa yang 'make sense' untuk aku sebagai seorang insan dan manusia. secara umumnya, mudah nak faham apa yang penulis ini nak sampaikan, sebab idea-idea dan mesej-mesej yang kritikal dalam buku ini didatangkan dengan lakaran graf dan visual yang sangat minimal, tapi sangat memberi faham dan mengesankan. ianya sangat berkesan, sampaikan idea-idea yang dipersembahkan sangat 'revealing' untuk aku dan melekat dalam fikiran aku dalam seminggu dua ini.
 
aku beli buku ni dengan harga 78 dirham, dan seperti biasa aku akan tulis dengan 2nd page mana-mana buku yang aku dan beli dengan nota memori ringkas seperti berikut:-

belong's to muhamad rosli
09/09/2012
sahara mall, sharjah, UAE
 
dan lebih kurang seminggu aku ulang-alik bawak ke office dan baca diwaktu senggang, ternyata buku ini menarik perhatian rakan sekerja dan juga bos aku. hari ini, bos aku datang slow-slow kat aku tanya aku buku ni pasal apa dan aku beli kat mana. jadi aku ceritalah lebih kurang pendapat dan apa manfaat yang aku dapat dari buku ni. kemudian dia pesan, suruh belikan untuk dia satu kalau aku ke sahara mall lagi.
 
alih-alih, lepas lunch tadi, dia datang dan kata dia dah tak sabar sangat nak baca buku sebab agaknya sama macam aku, sangat 'curious dan suspense' dengan apa yang buku tu nak sampaikan. dia sanggup beli dengan harga 100 dirham dan aku tanpa soal banyak, bersetuju. tapi aku cakap kat dia, aku dah tulis notes kat 2nd page. dia kata tak kisah, dan mintak pulak aku coret nota ringkas untuk kenang-kenangan dia.
 
jadi, kat bawah note aku tu aku tulis pulak:-

a 100 dirham gift to mr. georges
13/09/2012 @ 1:49 PM

setiap buku pasti ada cerita, dan inilah cerita salah satu buku yang aku baca. esok cuti, jadi aku kena repeat beli buku ni balik. dan itupun cerita pasal buku juga.

kisah chai dan chai-walla

chai tu teh. chai-walla tu pulak budak teh. kalau kat malaysia, kita lebih popular dengan 'tea lady'. sesiapa yang tak pasti 'chai-walla' ni keje macamana, yang aku boleh bagitau kerjanya sama macam kerja jamal malik dalam 'slumdog millionaire'.
 
yang aku tak pasti apa fungsi kedua-dua ni selain dari served teh pada officers dan bosses, in this case dekat kompeni yang aku keje ni.

di malaysia, lebih mudah untuk memahami kerja 'tea lady' yang kebanyakkannya diserahkan kepada perempuan separuh berumur, yang bersesuaian dengan gaji dan khidmatnya yang minimal. dalam banyak kes yang aku jumpa, ibu tua metropolitan yang masih berkudrat untuk mencari rezeki halal untuk dirinya, dan keluarganya barangkali. selain menghidangkan teh, sekali - sekala ia mengemas apa yang perlu di pejabat. tiada apa yang pelik kat situ.
 
cuma di sini, aku tak nampak option masa depan jika bekerja sebagai seorang 'chai-walla'. kebanyakkannya masih muda (sekitar hujung belasan tahun) yang di bayar entah berapa dirham sebulan hanya untuk menghidangkan teh, 4 kali sehari. 930 pagi, 1200 tengahari, 330 petang dan 530 petang. dan circulation dan head to serve nya pun terhad pada para-para managing directors yang mana aku agak bernasib baik kerana disebab kedudukan ofis aku yang bersebelahan dengan directors office, aku juga termasuk dalam list meja-meja yang kena served teh 4 kali sehari. rasa macam tuan pulak.
 
banyak kali jugak aku pesan pagi-pagi tak payah buat pada vinod (si chai-walla), tapi dia bertegas jugak nak buat, nanti kalau 'bos' dia check atas meja aku takde cawan teh, dia kena bamboo dan potong gaji. Subhanallah...keje chai-walla pun ada bos? apa lah keje dan tanggung jawab si chai-walla ni? misteri sungguh.
 
tapi, inilah dia syurga 'cheap labour' yang ada di sekitar india, pakistan & afghanistan. buruh-buruh murah di bawa masuk untuk jadi katalis dan hamba perkapitalisan pemodenan dubai dan kawasan sekitar.
 
bila dikenangkan-kenangkan, hidup mereka tidak pernah mudah, dan bertambah malang jika dunia tidak pernah pula bersikap adil dengan nasib mereka. 

kisah pengorbanan abil fikri ahmad yang mengharukan

di mana nak mula?
 
ok..mula sekarang...hari ini aku bangun awal, dalam pukul 4 pagi...lepas tu tak boleh tido sampai pukul 630 pagi. alang-alang dah berjaga, bukak laptop, terus surf internet dan FB. dalam banyak-banyak status update, aku klik link blog 'warkah buat isteri'. aku baca entri terbaru (6 sept 2012) dan aku baca 2 entri awal, aku termenung jauh...sangat jauh ke dalam hati, dengan satu pertanyaan yang tak kunjung padam...'kalau aku kena uji macam si abil fikri ahmad ni,,,mampukah aku?'
 
sepintas lalu, blog ini diusahakan oleh Abil Fikri Ahmad (Abil) yang bertujuan sebagai catatan kenangan dan 'real life blogging effort', bersesuaian dengan tajuknya 'warkah buat isteri' yang ditujukan khas buat isterinya tercinta, Pn. Fauziah (Gee)  yang kini terlantar kerana di sah kan 'brain damage' berikutan serangan asma yang dihadapinya sekitar 2011 yang lalu.
 
melalui catatan Abil di blognya (setakat ini), nescaya secara sedar atau tidak kita akan tersentuh dengan pengorbanan, beban serta harapan  Abil untuk melihat isteri tercinta sembuh dan bangun seperti sediakala. disebabkan ianya sesuatu yang personal dan rela-life experienced, segala catatan dan gaya persembahannya mudah di hadam...walaupun abil menggunakan kaedah penceritaan yang santai dengan sulaman lawak-lawak ringkas. namun begitu, kesedihan dan refleksi kerinduan dan mendalam dapat juga di kesan disebalik tiap kata ringkas tersebut.
 
walaupun kaum ibu berulangkali menyatakan betapa bertuahnya Gee bersuamikan Abil, namun berulangkali juga Abil menegaskan bahwa dia yang bertuah beristerikan Gee.
 
membaca dan singgah di blog 'warkah buat isteri' ini sesungguhnya memberikan 1001 pengajaran buat para pembacanya, terutamanya aku.
 
namun begitu, berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.
 
Buat saudara Abil Fikri Ahmad, saya mendoakan agar Allah SWT Yang Maha Pemurah, Penyayang dan Maha Berkuasa , memberikan kekuatan kepada saudara dan ister tercita, serta melimpahkan rahmat dan keberkatan buat saudara sekeluarga.
 
untuk cerita lanjut sila layari blog 'warkah buat isteri'.

cerita dari kawan (kota damansara)

bila bercuti, macam menggeletar ketagih tak jumpa kawan-kawan lama. aku tak banyak circle of frens, hanya ada circle oldboys (budak izzuddin & clifford kuala) dan circle alumni (aseania 2003). tapi, circle of frens inilah yang sebenarnya jadi gelanggang debat dan enlightment aku. banyak topik yang dibahas dan dibahasakan kan kalau berjumpa, dari topik awan nano sampailah macamana nak urus kerajaan. bukan calang-calang topik derr..
jadi, untuk mengelakkan catatan menarik sepanjang pertemuan itu tertebar dan hangus begitu sahaja, aku decide nak tulis dalam tajuk 'cerita dari kawan' dan kita bermula dengan cerita yang datang dari kota damansara. dan siapa yang terlibat biarlah menjadi misteri nusantara sampai bila-bila.
cerita 1 :
unsur ghaib yang menekan hidup aku (kepala keluarga muda berumur lingkungan 30-an)
benar. aku hidup tertekan. rata-rata 'aku' memang hidup tertekan. mana tak tertekan, separuh duit pendapatan terbuang dengan installment kereta, sewa rumah dan ptptn (heh!). dan kebanyakkan dari kami yang makan gaji memang punya 'komitmen bank' yang tinggi. jadi, semuanya serba tak kena, tinggi installment kereta, installment rumah nanti belom tentu lulus. itu belom cerita installment personal loan. sana lubang, sini lubang, dah rekod tak cantik pulak. masuk CTOS / CCRIS setahun kena rekod clear - nasihat salesmen myvi aku.
ada yang kata itu tak apalah, dah adat nak mula hidup, tang mana yang kerajaan nak tolong hang ni oi!!...yang kerajaan dok bagi ni pun dah syukur alhamdulillah.
iya, kami akur dan akui. tapi dicelah celah itu diselitkan juga dengan belanja tol dan petrol yang kami sentiasa berdebar saban tahun menjelang disember, dengan khabar berita samada ianya akan naik atau tidak. begitu jugak dengan pelbagai berita rasionalisasi gula, minyak masak dan tepung yang mengakibatkan peniaga-peniag terus histeria sampai cas parking pun naik RM 1 untuk satu Jam.
ehh! apa susah..kedai 1 malaysia kan ada? ha'ah..kenapa tak beli kat kedai 1 malaysia, murah tu. adoii..aku biarkan orang lain jawab, dan jawapannya lebih kurang macam ni...
kalau terserempak dengan mentua, beli barang rumah dekat kedai 1 malaysia apa cerita? kalau di giant tu lainlah sikit...kan giant ada joint kredit kad dengan citibank? Oh..tak boleh apply kredit card, sebab komitment kereta ngn rumah dah lebih ooo...kena konsultasi dengan AAPK BNM.
tapi, menengokkan kawan-kawan anak somebody dan politcally connected boleh pakai harrier dan civic, settle di subang jaya dan prime area membuatkan kami tertanya-tanya apa pekerjaannya dan berapakah range gaji bulannya, sebab dia dulu 'grad' pointernya tidaklah se gah mana..hahahaha...
dan cerita ini terhenti di sini.
Cerita 2: Anak Lahir Tak Cukup Bulan (semoga tabah untuk teman yang menghadapinya)
bagi yang mengalami, sukar untuk dibayangkan dugaan dan ujian yang diberikan oleh Allah. betapa lemah dan tidak berupayanya seorang insan bergelar bapa melihat anak dan zuriatnya sedemikian rupa.
satu testamen bahawa hospital kerajaan sekarang dah ok..cuma kenalah tahan dengan misi-misinya sikit...kau pedulikanlah semua tu.
Alhamdulillah, semuanya nampak tenang dan sihat kini. moga anak-anak mereka membesar bagai para solihin dan solehah yang berbakti kepada kedua orang tuanya dari dunia sampai akhirat.
dan cerita ini tertangguh sampai di sini...


menyambut ramadhan di rantau orang (sharjah, uae)

Alhamdulillah, Ramadhan Al- Mubarak datang lagi, dan bersyukurlah orang-orang yang diberikan nikmat oleh Allah SWT untuk mengerjakan ibadah di dalam bulan puasa. ikut ceramah ustaz haslin, para sahabat nabi dulu 6 bulan menjelang ramadhan sudah pun bersedia gear lima untuk merebut peluang bulan ramadhan. begitulah serius dan fokusnya golongan terpilih. moga-moga, kesempatan ramadhan kali ini berjaya direbut oleh kita semua. Insha'Allah.

Ramadhan kali ini untuk aku agak istimewa. sebab aku duduk di sharjah. negeri pak arab. khabarnya, sepanjang bulan ramadhan ini, semua perniagaan berkaitan makan dan minum ditutup di waktu siang. tak kira muslim ke tidak, semuanya tertakluk dengan undang-undang yang sama. macam malaysia jugak, kebanyakkan perniagaan dan kompeni tutup awal. government tutup setengah hari. entah betul entah tidak, ahad nanti tau lah samada betoi atau tidak government tutup setengah hari ke tidak.

yang paling aku tunggu-tunggu macam biasa, sembahyang terawihlah apa lagi. dapatlah terawih sekali dengan pak arab nih. dulu aku selalu tunggu sembahyang terawih live dari makkah dan madinah, insha'allah tahun ni, sekarang boleh tengok full, sebab beza sharjah dengan time sembahyang makkah satu jam jer. 

dan, ramadhan kali ini pastinya agak mencabar. cuacanya panas membahang. subuhnya awal, seawal 430 pagi, dan maghrib lebih kurang malaysia, 715 malam. pukul 3 dah kena bangun sahur dah nampaknya. 

mengenangkan sambutan ramadhan di malaysia, terkenangkan wajah isteri dan anakku si adel. ramadhan kali ini, si adel dah boleh berbuka sama. di harapkan bondanya bersabarlah dengan kerenah si adel nanti.

aduh, sungguh rindunya aku pada malaysia. tapi bersabarlah dulu, sedikit masa lagi, fajar akan menyinsing dan cahayanya pasti menghangatkan hati kita semua. 

Marhaban Ya Ramadhan Al- Mubarak. Ya Allah, terima dan redholah dengan apa yang kami usahakan. 

Salam Ramadhan.



wacana perdana kelantan: pru 13 dan masa depan Islam

banyak yang aku fikirkan selepas menonton wacana perdana kelantan bertajuk 'Pru 13: Masa Depan Islam' yang menjemput Dr. Maza, Dr. Fadzli (Exco Kelantan), Dr. Ridhuan Tee dan Fathul Bari selaku wakil UMNO. Aku just nak bagitahu awal-awal, moderator memang out ke laut dalam kali ni. unprepared, time management hancur, leisure tak leisure, serius tak serius, lawak hambar dan 'kayu'. tak macam agus dan maszlee malik. hampeh nyoir...

yang pasti, audiens kelantan nampaknya memang 'nak lepas geram' dengan Fathul Bari. Dan, Fathul Bari memang pun dia datang sebagai 'easy target' dan dia pun dah macam redho yang dia akan 'hit the jackpot, bigtimes'. cuma, tanpa sebarang jemputan dan paksaan, tindak tanduk dan butir bicara Dr. Ridhuan Tee pulak yang emotional dan bercelaru sifatnya sebermula pada saatnya dia membuka bicara, secara misterius telah mengalih mood 'memburu' audiens kepada dirinya, sekaligus tanpa dirancang, acara perburuan audiens telah beralih daripada fathul bari, kepada ridhuan tee.

ini dapat dilihat dengan begitu banyak soalan diajukan kepada fathul bari, namun audiens sangat-sangat responsif dengan tutur bicara ridhuan tee.

samada ridhuan tee melancarkan provokasi terhadap audiens secara sedar atau tidak, tidak dapat dipastikan. tetapi, dengan melontarkan anaologi sinikal 'great minds & small minds', mempertikaikan akhlak sorak sorai audiens yang lebih kurang sama macam umno, mengeraskan intonasi suara dan bicara, menampilkan 'body gesture' yang sangat emotional 'arrogant & rude', membuat serangan 'cheap shot' dan bacul terhadap moderator yang memang dah entah ke mana dengan melabelkan hamba Allah itu sebagai 'bias' dengan tidak semena-mena, memang ridhuan tee nampaknya cukup bersedia dengan 'resepi masterchef' nya bahawa malam itu akan jadi salah satu malam jahanam dalam hayatnya.

sedangkan, kalau tidak pun dia hadir sebagai manusia biasa, salahkah kalau dia berkelakuan matang dan professional, apatah lagi dia sendiri mendakwa dia seorang dai'e dan mempunyai tahap intelektual bertaraf doktor falsafah (aku tak pasti dalam bidang apa), seharusnya skill berbahas dan berdebatnya, serta 'emotional maneuver' nya  tak lari jauh dengan Dr. Maza. ini dah lari jauh sangat. memang sangat-sangat pelik aku tengok gelagat ridhuan tee kali ni. dalam markah penghujahannya pulak, aku rasa dia jatuh nombor corot, dan kalaulah aku pernah tengok atau jumpa orang yang telah sangat-sangat ditakutkan oleh idea kebangsaan melayu Islam akan hilang dengan tumbangnya UMNO, tidak keterlaluan kalau aku kata ridhuan tee lah orangnya, padahal dia berbangsa cina. satu masalah matematik agung kat situ.

akhirnya, secara ringkas, ianya adalah majlis wacana yang  cukup celaru dengan perangai ridhuan tee di tambah dengan huraian panjang lebar fathul bari yang aku rasa berat kulit dari isi, moderator yang dah mengembara entah ke mana walaupun fizikalnya masih di atas  pentas, wakil pas yang menganga dan audiens yang penuh semangat nak memburu. nasib baiklah ada Dr. Maza yang sekali sekala mencelah dengan hujah dan ulasan yang bukan sahaja mendakap realiti, tetapi juga merangsang dan mencerahkan minda.

aku datang nak tengok dalam keadaan keliru, tengok pulak perjalanan majlis yang keliru, plus point dengan senarai penghujahan yang keliru. apabila habis sudah segala mala sorak dan sorai, akhirnya aku balik juga pada keadaan yang penuh kekeliruan, cuma kekeliruan itu, kini makin bertambah.

macam yang Dr. Maza tanya dalam wacana tersebut, kalau benarlah selepas pru 13 nanti masa depan Islam terancam, tolonglah nyatakan siapa dan dalam bentuk apakah ancaman itu. aku tau itu soalan Dr. Maza 'pancing' ridhuan tee dan fathul untuk jawab, tapi apa boleh buat, memikirkan soalan itu sahaja sudah cukup mengelirukan. 

youtube keywords search: pru 13: mmasa depan islam?
youtube channel : sunnahrasul

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...