dupavisitometer

Showing posts with label bangun melawan. Show all posts
Showing posts with label bangun melawan. Show all posts

satu penggal lagi

pru 13 telah pun berlalu dengan pelbagai sudut pandangan. ada yang kata betul, ada yang kata salah. ada yang kata betul nak berapa betul, ada jugak yang kata salah tak berapa nak salah.
 
sebagai satu catatan ringkas, suasana pada malam sebelum pru 13 di kuala kangsar sangat sangat memberangsangkan. time mengundi pun sangat memberangsangkan dan tenang. akhirnya yang menang tetap menang, dan yang kalah mengikut sistem demokrasi berpelembagaan malaysiaku ini, tetaplah kalah.
 
yang mahu melawan, terus juga melawan. yang dipilih, tetap juga menjalankan tugas.
 
kemudian, tak berapa lama kemudian, senarai kabinet pun diumumkan oleh perdana menteri. diberi jolokan kabinet berimbang. ada juga yang kata kabinet bimbang. hahaha. apa boleh buat, haters will always be haters.
 
apapun, yang sudah, sudah lah. ini  semua ketentuan-NYA juga. biduk lalu, kiambang bertaut. jangan sampai yang menang jadi abu, yang kalah jadi arang.

ISU KALIMAH ALLAH: CONTRADICTING AND EXPLOITED - BY DR. AIRIL SAMETOK

Issue of kalimah Allah. Its not about hukumnya harus atau haram but more on what the issue manifests considering the timing and the condition of our country. Yes harus (boleh) because those in the middle east have been using it for ages but then why the Vatican is not using it hence the European, US? Why suddenly there is a need to use the kalimah by the Christian in Malaysia which don't even make up 10% of the whole population and why the remote practice of the Borneos must be extended to the greater radius to include Semanjung? Ain't other Christians (those not in Borneo) have been doing well just by using God all these while?.

All these questions then in turn, lead to other issues specially sensitivity. Why is it so difficult to keep thing as it is? If one side starts to make claims, other side will start too. But unjustly, when they raise their concerns, the world will celebrate them as the fighter of justice but when we try to defend what is ours (not even raising an issue), we are damned as racist, extremist.

And there is issue of contradiction. Hadi said, the kalimah can be used as long it is not abused? What does he mean by that? A statement like "Allah appears in three forms, father, son and the holy spirit", is this an abuse or not??? And also the issue of hypocrisy on how PAS has always been quick in meng'kafir'kan UMNO for something more trivial than this or justifiable (boleh diijtihadkan) as this.

So do you guys know why (kenapa DAP mainkan isu Kalimah Allah diwaktu PRU13 nak dekat sangat ni sedangkn isu ini tidak penting pun)? Sebabnya, diorang nak buktikan pada pengundi bukan melayu, terutamanya pengundi Cina, yang tiada apa yang perlu dirisaukan dengan PAS yang dilihat sangat extreme kerana DAP mampu meng'control'ny a (i.e PAS memang boleh dicucuk hidung). Usaha ini perlu kerana imej PAS yang ekstreme telah sekian lama menjadi igauan penyokong2 PR bukan melayu. Tetapi ini juga bermaksud:

1) Calculation DAP menunjukkan undian maksimum dari pengundi bukan-melayulah yg akan menentukan kemenangan PR diwaktu undi melayu telah pun stagnant .

2) DAP dah kenal sangat perangai penyokong PAS. Walaupun ramai dari mereka tidak bersetuju secara peribadi tentang isu kalimah ini tapi ketaksuban dn taklid buta mereka terhadap pemimpin PAS akan menyebabkn sokongan terhadap parti seterusnya PR tidak akan terjejas.

In a nutshell, the issue is more than whether the hukum is haram or harus, its about how the Melayu and the Muslims are so stupid, contradicting and exploited. Period.
 

deepak krishnan dan karpet dari afghanistan: satu lagi keharuan politik malaya

semakin dekat kita dengan pru13, semakin banyak 'ibadah' dedah mendedah dan jsutifikasi moral masharakat diperlukan, baik parti pemerentah mahupun parti lawan.

disini ada kisah celaru dan haru amanat haji hadi, dan disana ada juga haru dan keharuan india jual karpet, deepak krishnan. haru biru yang ditimbulkan oleh deepak kini sudah masuk ke level serbuan Lembaga tabung amananh pesara tentera.

lain yang didedah, lain pulak yang terkena bara.

maulana jual karpet pun ada hati nak jadi player dalam politik malaya.

dan, nampaknya buku kafirkah aku oleh c.n al-afghani memang dapat publisiti meluas secara percuma.

orang pakistan jual karpet. india pun. dan jugak afghanistan.

deepak dan c.n al-afghani ni dua duanya jual karpet ke? rumah siapa yang takde karpet ni?

kisah chai dan chai-walla

chai tu teh. chai-walla tu pulak budak teh. kalau kat malaysia, kita lebih popular dengan 'tea lady'. sesiapa yang tak pasti 'chai-walla' ni keje macamana, yang aku boleh bagitau kerjanya sama macam kerja jamal malik dalam 'slumdog millionaire'.
 
yang aku tak pasti apa fungsi kedua-dua ni selain dari served teh pada officers dan bosses, in this case dekat kompeni yang aku keje ni.

di malaysia, lebih mudah untuk memahami kerja 'tea lady' yang kebanyakkannya diserahkan kepada perempuan separuh berumur, yang bersesuaian dengan gaji dan khidmatnya yang minimal. dalam banyak kes yang aku jumpa, ibu tua metropolitan yang masih berkudrat untuk mencari rezeki halal untuk dirinya, dan keluarganya barangkali. selain menghidangkan teh, sekali - sekala ia mengemas apa yang perlu di pejabat. tiada apa yang pelik kat situ.
 
cuma di sini, aku tak nampak option masa depan jika bekerja sebagai seorang 'chai-walla'. kebanyakkannya masih muda (sekitar hujung belasan tahun) yang di bayar entah berapa dirham sebulan hanya untuk menghidangkan teh, 4 kali sehari. 930 pagi, 1200 tengahari, 330 petang dan 530 petang. dan circulation dan head to serve nya pun terhad pada para-para managing directors yang mana aku agak bernasib baik kerana disebab kedudukan ofis aku yang bersebelahan dengan directors office, aku juga termasuk dalam list meja-meja yang kena served teh 4 kali sehari. rasa macam tuan pulak.
 
banyak kali jugak aku pesan pagi-pagi tak payah buat pada vinod (si chai-walla), tapi dia bertegas jugak nak buat, nanti kalau 'bos' dia check atas meja aku takde cawan teh, dia kena bamboo dan potong gaji. Subhanallah...keje chai-walla pun ada bos? apa lah keje dan tanggung jawab si chai-walla ni? misteri sungguh.
 
tapi, inilah dia syurga 'cheap labour' yang ada di sekitar india, pakistan & afghanistan. buruh-buruh murah di bawa masuk untuk jadi katalis dan hamba perkapitalisan pemodenan dubai dan kawasan sekitar.
 
bila dikenangkan-kenangkan, hidup mereka tidak pernah mudah, dan bertambah malang jika dunia tidak pernah pula bersikap adil dengan nasib mereka. 

sofi jikan dan bohsia 2012




minit ke 40 hingga 45 durasi filem bohsia 2012 adalah terbaik dan klimaks. dek lakonan, bahasa tubuh dan riak muka yang mantap, sedetik aku percaya si keting bergegar hatinya...terima kasih pada lakonlayar dan arahan teliti dan 'lain macam' syamsol yusof.

memang sepanjang durasi filem ini, lakonan 'si keting' yang dipersembahkan oleh sofi jikan sangat 'hidup' dan di kembang dengan baik. dari kepada lawak, jahat, kurang hajar, kejam dan akhirnya ganas. maknanya, 'misteri' sifat antagonis keting ditimbulkan satu persatu, yang disesuaikan dengan sturktur awal wataknya  sebagai seorang rempit ranking top tang terlalu hot di penang yang kemudiannya terpaksa berhijrah ke KL. dan keting adalah 'ketua' pada racing yang beretika. aduiii...


disebabkan keting terlalu kuat di dalam tangan sofi jikan, watak lain yang boleh di kira 'hidup' juga. namun, watak-watak penting lain seperti nabila huda, zizan, salina saibi, harun salim bachik dan samsol sendiri dirasakan 'setakuk' bawah dan tak sama level dengan watak keting.

di sepanjang cerita samsol kekal mendatar sebagai hero, zizan mendatar juga sebagai side-kick hero. harun cuma supplement pada pasangan hero dan sidekick. pertaruhan watak hitam putih antara salina dan nabila juga tidak seimbang, walaupun untuk kali ini watak salina ada juga sekali dua menonjolkan kekuatan.

namun aku kira samsol telah menggarapkan bohsia 2012 jauh lebih baik dari bohsia edisi lalu dan seimbang dengan penceritaan dan mesej. dan scene pada minit 40-45 tayangan memang terbaik.

wacana perdana kelantan: pru 13 dan masa depan Islam

banyak yang aku fikirkan selepas menonton wacana perdana kelantan bertajuk 'Pru 13: Masa Depan Islam' yang menjemput Dr. Maza, Dr. Fadzli (Exco Kelantan), Dr. Ridhuan Tee dan Fathul Bari selaku wakil UMNO. Aku just nak bagitahu awal-awal, moderator memang out ke laut dalam kali ni. unprepared, time management hancur, leisure tak leisure, serius tak serius, lawak hambar dan 'kayu'. tak macam agus dan maszlee malik. hampeh nyoir...

yang pasti, audiens kelantan nampaknya memang 'nak lepas geram' dengan Fathul Bari. Dan, Fathul Bari memang pun dia datang sebagai 'easy target' dan dia pun dah macam redho yang dia akan 'hit the jackpot, bigtimes'. cuma, tanpa sebarang jemputan dan paksaan, tindak tanduk dan butir bicara Dr. Ridhuan Tee pulak yang emotional dan bercelaru sifatnya sebermula pada saatnya dia membuka bicara, secara misterius telah mengalih mood 'memburu' audiens kepada dirinya, sekaligus tanpa dirancang, acara perburuan audiens telah beralih daripada fathul bari, kepada ridhuan tee.

ini dapat dilihat dengan begitu banyak soalan diajukan kepada fathul bari, namun audiens sangat-sangat responsif dengan tutur bicara ridhuan tee.

samada ridhuan tee melancarkan provokasi terhadap audiens secara sedar atau tidak, tidak dapat dipastikan. tetapi, dengan melontarkan anaologi sinikal 'great minds & small minds', mempertikaikan akhlak sorak sorai audiens yang lebih kurang sama macam umno, mengeraskan intonasi suara dan bicara, menampilkan 'body gesture' yang sangat emotional 'arrogant & rude', membuat serangan 'cheap shot' dan bacul terhadap moderator yang memang dah entah ke mana dengan melabelkan hamba Allah itu sebagai 'bias' dengan tidak semena-mena, memang ridhuan tee nampaknya cukup bersedia dengan 'resepi masterchef' nya bahawa malam itu akan jadi salah satu malam jahanam dalam hayatnya.

sedangkan, kalau tidak pun dia hadir sebagai manusia biasa, salahkah kalau dia berkelakuan matang dan professional, apatah lagi dia sendiri mendakwa dia seorang dai'e dan mempunyai tahap intelektual bertaraf doktor falsafah (aku tak pasti dalam bidang apa), seharusnya skill berbahas dan berdebatnya, serta 'emotional maneuver' nya  tak lari jauh dengan Dr. Maza. ini dah lari jauh sangat. memang sangat-sangat pelik aku tengok gelagat ridhuan tee kali ni. dalam markah penghujahannya pulak, aku rasa dia jatuh nombor corot, dan kalaulah aku pernah tengok atau jumpa orang yang telah sangat-sangat ditakutkan oleh idea kebangsaan melayu Islam akan hilang dengan tumbangnya UMNO, tidak keterlaluan kalau aku kata ridhuan tee lah orangnya, padahal dia berbangsa cina. satu masalah matematik agung kat situ.

akhirnya, secara ringkas, ianya adalah majlis wacana yang  cukup celaru dengan perangai ridhuan tee di tambah dengan huraian panjang lebar fathul bari yang aku rasa berat kulit dari isi, moderator yang dah mengembara entah ke mana walaupun fizikalnya masih di atas  pentas, wakil pas yang menganga dan audiens yang penuh semangat nak memburu. nasib baiklah ada Dr. Maza yang sekali sekala mencelah dengan hujah dan ulasan yang bukan sahaja mendakap realiti, tetapi juga merangsang dan mencerahkan minda.

aku datang nak tengok dalam keadaan keliru, tengok pulak perjalanan majlis yang keliru, plus point dengan senarai penghujahan yang keliru. apabila habis sudah segala mala sorak dan sorai, akhirnya aku balik juga pada keadaan yang penuh kekeliruan, cuma kekeliruan itu, kini makin bertambah.

macam yang Dr. Maza tanya dalam wacana tersebut, kalau benarlah selepas pru 13 nanti masa depan Islam terancam, tolonglah nyatakan siapa dan dalam bentuk apakah ancaman itu. aku tau itu soalan Dr. Maza 'pancing' ridhuan tee dan fathul untuk jawab, tapi apa boleh buat, memikirkan soalan itu sahaja sudah cukup mengelirukan. 

youtube keywords search: pru 13: mmasa depan islam?
youtube channel : sunnahrasul

DS Najib: Ucapan Persidangan Akhir UMNO Sebelum Pru 13 (Teks Penuh)

ALHAMDULILLAH, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang memberi taufik dan inayah-Nya kepada kita semua sehingga perhimpunan agung kali ke-62 ini sudah sampai ke penghujung. Bukan saja kita akan berdepan dengan detik-detik terakhir perhimpunan ini, tetapi yang paling penting persidangan pada kali ini telah dapat disempurnakan dengan begitu baik dan jaya sekali.

Bagi saya elok saya mengucapkan terima kasih terlebih dulu sebelum saya melanjutkan ucapan saya kepada semua yang telah menyumbang kepada kejayaan perhimpunan kita ini. Tentu sekali ucapan terima kasih kepada Datuk Pengerusi Tetap yang telah mempengerusikan persidangan ini dengan baik, berselang lawak yang sungguh lucu hingga perwakilan tidak kering gusi dibuatnya.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada Timbalan Pengerusi Tetap yang membantu dengan cekap. Saya juga ingin melahirkan penghargaan kepada ibu pejabat, kepada Setiausaha Agung kita, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kakitangan ibu pejabat, pihak media, pihak keselamatan dan semua yang telah membantu agar persidangan UMNO kita berjalan dengan licin.

Saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana ucapan dasar saya sebagai Presiden UMNO telah mendapat sambutan yang begitu positif. Saya amat menghargai Yang Amat Berhormat, Timbalan Presiden yang memberi sokongan padu kepada ucapan saya.

Saya juga berasa amat terharu bahawa setelah saya mengikuti ucapan-ucapan dalam sepanjang persidangan UMNO kali ini, semua perwakilan memberi sokongan kepada ucapan dasar saya.

Malah dua mantan Presiden UMNO kita, Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong dan memberi pandangan bahawa kronologi yang saya bentangkan dalam ucapan itu berjaya membetulkan persepsi kononnya UMNO adalah parti rasis.

Saya juga hendak merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Bahagia, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menyeru orang UMNO supaya terus memberi sokongan kepada saya dan terharu beliau sanggup hadir sebagai Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas.
Kelmarin saya telah menyenarai beberapa tokoh tersohor yang banyak berjasa kepada parti. Sudah tentu saya tidak mungkin dapat menyebut semua nama yang telah memberi sumbangan besar kepada parti. Saya telah menghentikan sebutan nama kepada jawatan Timbalan Presiden parti.

Namun saya telah menerima beberapa SMS yang meminta saya memberi pengiktirafan kepada Tun (Datu) Mustafa (Datu Harun) kerana beliau telah membubarkan USNO dan menjadi pengasas kepada UMNO di Sabah.

Saya telah berfikir apakah agaknya harapan saya kepada persidangan agung UMNO kali ke-62 ini. Tentu kalau kita buat sesuatu kerja, sama ada kerja amal, kerja ilmu, kerja politik, kita mesti meletakkan beberapa sasaran sama ada sasaran itu tersurat atau tersirat.

Saya hendak berkongsi pada sidang perwakilan bahawa saya telah menetapkan empat sasaran yang kalau tercapai maka persidangan ini boleh dianggap sebagai amat berjaya.

Sasaran pertama saya agar persidangan ini menggambarkan UMNO adalah parti bersatu dan ampuh barisannya, supaya bukan saja orang di dalam dewan ini mempunyai gambaran itu tetapi juga berjuta-juta di luar yang melihat melalui peti televisyen dan yang ada di dalam ruang luar PWTC.

Pemerhati-pemerhati mestilah melihat bahawa UMNO sebagai satu keluarga. UMNO sebagai satu organisasi politik, sebagai teras kepada politik tanah air kita ini berada dalam keadaan kukuh dan padu.

Yang kedua, saya hendak melalui persidangan ini sebab ramai menyebut kemungkinan persidangan ini terakhir sebelum pilihan raya. Orang yang menyebutnya - menggambarkan bahawa kita berada dalam keadaan kesiapsiagaan yang amat baik, bersedia untuk turun ke medan bakti berjuang habis-habisan agar UMNO kembali sebagai parti bermaruah dan bermartabat.

Yang ketiga saya ingin supaya melalui persidangan ini kerajaan mendapat sokongan untuk membawa perubahan yang besar kepada negara yang kita telah menggagaskan sebagai pelan transformasi nasional, mendapat mandat yang sepenuhnya daripada sidang perwakilan pada kali ini.

Dan yang keempat saya inginkan segala-gala yang menjadi perisian pada persidangan ini memberi isyarat dan mesej yang amat jelas bahawa rakyat Malaysia seramai 12.4 juta pengundi dan 28 juta rakyat keseluruhannya meletakkan keyakinan bahawa UMNO akan membawa negara kita dan rakyat Malaysia ke arah masa depan yang lebih cemerlang. Mereka tidak akan kecewa kalau diletakkan pengharapan di atas bahu dan jemala UMNO.

Bila rakan-rakan saya telah berucap tadi saya cuba membuat penilaian, zaman sekarang ini zaman KPI (Indeks Prestasi Utama). Wakil Sabah telah memberi KPI kepada saya tetapi saya nak sebut KPI dalam konteks keempat-empat ini. Mungkin orang kata saya bias, saya presiden kepada parti, tentulah saya akan memberi markah yang tinggi. Tetapi saya percaya sidang perwakilan akan bersetuju dengan saya bahawa keempat-empat objektif itu telah dicapai melalui persidangan kita pada kali ini.

Persidangan ini juga adalah persidangan yang amat-amat bersejarah kerana kita tak terfikir lebih awal lagi supaya di saat akhir persidangan ini ada satu ikrar atau pun baiah (sesuatu yang) lebih kuat daripada ikrar dari perwakilan.

Timbalan Presiden telah mengetuai ikrar dan baiah tadi. Terima kasih saya ucapkan kepada Timbalan Presiden dan pada saudara sekalian, ikrar itu mencatat satu sejarah baru dalam perjuangan parti kita.

Mari kita tinggalkan soal politik sebentar. Saya bertanya kepada diri saya sebagai ketua kerajaan bersama-sama dengan rakan-rakan saya, apakah agaknya objektif utama kalau orang bertanya ke arah mana kita nak membawa negara kita.

Kalau orang bertanya dalam tahun-tahun mendatang apakah di bawah kepemimpinan yang sedia ada ini apakah yang boleh mereka harapkan. Sebab jangan lupa yang di luar itu sentiasa menilai kita. Secara senyap mahupun secara terbuka tetap kita akan dinilai.

Saya tetapkan bahawa kita ini ada dua objektif dan ini ada sangkut paut dengan UMNO, dengan keinginan UMNO dengan perjuangan roh yang kita bawa ini. Yang pertama ialah kita mesti membuat perancangan yang cukup rapi, cukup teliti cukup kemas supaya dalam masa 10 tahun lagi, insya-Allah, Malaysia akan muncul sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi di bawah kepemimpinan UMNO dan Barisan Nasional.

Itu pertama. Yang kedua dalam konteks negara maju itu kita mesti pastikan agenda Melayu terlaksana dan orang Melayu juga berjaya dan dianggap sebagai bangsa yang mencecah taraf bangsa yang maju.

Jadi siapa kata kita tak ada agenda Melayu? Atau pun agenda Bumiputera memang kita ada. Apabila saya melaksanakan Gagasan 1Malaysia, saya tak menyatakan ketepikan agenda Melayu Bumiputera. Apabila saya turun ke bawah, ke ladang estet ke Kampung Baru Cina, bukan bererti bahawa saya kurang komitmen untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera. Saya melakukan perkara ini sebab kita mesti menentukan bahawa negara Malaysia kita ini mendapat sokongan daripada semua kumpulan etnik kerana masa depan UMNO juga bergantung kepada sokongan orang lain.

Sebab itulah saudara sekalian kita melaksanakan bermacam-macam perkara untuk mencapai status negara maju. Kita ada pelan transformasi ekonomi. Kita mengunjurkan kira-kira RM1.3 trilion pelaburan dalam masa 10 tahun dan kita akan memastikan pertumbuhan ekonomi 5-6 peratus setahun.

Kita sudah tentukan projek-projek, apa jenis projek untuk mencapai taraf negara maju dan Alhamdulillah dengan adanya pelancaran dan pelaksanaan sedemikian apabila ekonomi Eropah merudum, apabila Amerika Syarikat berada dalam keadaan tidak menentu, kita di Malaysia ini, Alhamdulillah ekonomi kita ini mapan dan
stabil dan menunjuk pertumbuhan yang baik.

Di Amerika Syarikat, apabila saya berjumpa dengan Presiden Barack Obama, dalam pemikiran beliau paras pengangguran di negaranya sudah melebihi 9 peratus.
Saya boleh memaklumkan kepada beliau, kita ada full employment di Malaysia Mr President.

Kalau Amerika pertumbuhannya 1-2 peratus, saya boleh cakap, Mr President kita ada pertumbuhan 5.8 percent last quarter.

Saya bangga sebab ini kejayaan siapa? Kejayaan kepimpinan UMNO dalam negara ini. Ini bukan kejayaan saya secara peribadi tetapi UMNO. Sekali lagi ia membuktikan bahawa ke atas UMNO dalam apa juga keadaan rakyat boleh meletakkan harapan mereka. Saya setuju dengan apa yang dikatakan Datuk Shafie, rakyat boleh trust in us to lead this nation sebab kita tidak pernah mengecewakan rakyat, tidak pernah membohongi rakyat.

Apa yang menjadi masalah ialah puak di sana (pembangkang). Mereka ini bukan kuat sangat, tetapi pandai berkokok, dia berkokok kuat macam ayam, tetapi telurnya satu saja, kadang-kadang tak bertelur pun.

Berkokok sana, berkokok sini, bohong sana, bohong sini, tipu sini, tipu sana, fitnah sini, fitnah sana, bohong tak berhenti bohong.

Lepas itu dia kata kamilah juara sedangkan parti mereka sendiri kucar-kacir. Pembohongan yang terbesar dalam sejarah Malaysia iaitu apa dia perwakilan sebut, kuat sikit 16 September, dia nak berarak ke Putrajaya.

Dia boleh kata Yang di-Pertuan Agong menunggu mengangkat sumpah dia sebagai Perdana Menteri. Saya bersama Pak Lah (Tun Abdullah) masa itu, kita pun geleng kepala daripada mana dia bercakap ini.

Saya tanya Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Agong pun geleng kepala, lepas itu dia kata 30 orang kita bersedia menyeberang sebelah sana, kita pun seperti kata orang nak play safe. Kepung dia (wakil rakyat), jaga dia. Tawaran ada tetapi tiada seorang pun Ahli Parlimen kita yang menyeberang belah sana.

Dia janji bermacam-macam jawatan, tetapi dia pandai, dia gunakan orang ketiga, orang kata third party untuk menyampaikan berita, satu proses yang tidak demokratik, lepas itu dia berkata tentera Malaysia berada di belakang dia.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ketika itu), (Jeneral) Tan Sri Aziz Zainal menyokong dia, saya kawan baik dia. Saya tahu dia setia dan taat kepada kerajaan. Ini pembohongan terbesar dalam sejarah. Lagi apa, banyak lagi, dia serang saya, fitnah saya tiga tahun tak habis-habis. Tak cukup saya, isteri saya pun dia serang, isteri saya yang duduk diam-diam itu pun kena serang juga.

Saya sudah bersumpah di atas nama Allah di masjid. Sebanyak empat kali saya bersumpah. Saya nak tanya dia, berapa kali dia bersumpah? Ada dia bersumpah dalam masjid, ada dia bersumpah di luar masjid, ada dia junjung al-Quran, di mahkamah pun dia tak berani bersumpah, masuk dalam kandang orang bersalah tak berani bersumpah, buat kenyataan politik tapi ini bukan soal politik.

Ini bukan kes kita lawan dia, ini kes (Ahmad) Saiful (Bukhari Azlan) lawan dia, itu saja. Tidak ada kena-mengena dengan UMNO. Siapa pilih Saiful? Lain itu dot..., dot..., dot..., banyak lagi cerita sebenarnya, Datuk Pengerusi banyak lagi.

Ini saya kata, macam ini ke orang nak jadi Perdana Menteri, banyak lagi bab lain boleh cerita. Kita tengok parti itu, dahlah parti anak-beranak yang sudah saya sentuh perkara itu.

Lepas itu, parti ini dia mencatat sejarah dunia saya rasa, sebab parti yang ramai sekali keluar daripada parti. Saya sudah buat semakan enam Ahli Parlimen, lima ADUN, timbalan presiden, naib presiden, setiausaha agung, ahli majlis tertinggi, tak cukup dengan itu peguam peribadi pun sudah keluar jadi Bebas.

Pengerusi DAP jadi peguam dia sekarang, segala rahsia dia pada DAP sekarang ini, betul tak? Peguam tentu tahu segala-galanya. Rahsia dia dengan DAP, DAP ada segala-galanya, sebab itu dia yang berkepak, sebab semua dalam tangan dia.

Dia sebut demokrasi. Ada demokrasi ke dalam parti dia? Saya tahu baling kerusi ada, kalau ada demokrasi takkan Datuk Zaid Ibrahim nak bertanding kata tak boleh. Dia tidak tak tahan lagi sebab apabila bilang undi, undi itu lebih daripada perwakilan.

Selepas itu tak tebal muka ini, dia apa nama, pilihan raya kita pun dia kata tak betul. Bila masa mengundi itu, pembangkang ada dalam tempat mengundi. Dia ada kita pun ada. Kalau kita boleh manipulasi peti undi (sudah tentu keputusannya) seperti zaman Hosni Mubarak di Mesir yang boleh mendapat 95 peratus.

Kalau kita boleh manipulasi peti undi ini, tuan-tuan dan puan-puan, adakah kita nak melepaskan Selangor di tangan mereka? Ingat kita nak biarkan negeri-negeri lain lepas ke tangan mereka, ingat kita nak biarkan Kelantan 21 tahun di bawah PAS? Tentu tidak.

Kita bukan penipu, kita buat cara yang jujur tetapi mereka menganjurkan BERSIH 2, berarak. Kita bagi stadium, tak nak stadium sebab apa, sebab skrip dah ada dah. Skrip sudah ada, skrip Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu) sudah ada, skrip dia masuk apa nama hospital sudah ada.

Ada orang kata ini boleh menang Oscar Hollywood, sudah siap skrip itu, siap diatur masuk ke dalam hospital terlentang dengan memakai baju kuning. Kalau masuk hospital gantilah baju tetapi tidak. Ini semua penipuan. Sebenarnya dia tidak kena apa-apa pun.

Saya memberitahu Datuk Seri Hishamuddin Hussein (Menteri Dalam Negeri) jangan usik dia. Polis tak usik dia pun, tapi dia buat macam sudah kena belasah. Tak kena pun, orang tak jentik dia pun, tapi skripnya sudah siap. Dimasukkan dalam Youtube nak tayang kepada seluruh dunia kononnya kita mempunyai polis state (pemerintahan polis) di Malaysia.

Selepas itu Mat Sabu berlakon lagi, terlanggar curb (pembendung jalan), kata polis langgar. Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan perwakilan iaitu lagi banyak Mat Sabu bercakap. lagi untung kita.

Ini parti PAS ini. Saya nak berkata parti PAS ini apa perkataannya, tahun sudah saya kata bangang. Saya nak kata perkataan kedolai. Kedolai ini bahasa orang Pekan dia tahulah, sebab dia tahu dia diperkudakan oleh DAP. Betul tak? Diperalatkan oleh DAP.

Kalau perjuangannya atas nama Islam, tinggalkan daripada menjadi rakan kepada parti DAP. Tetapi kerana nak kerusi (dia sanggup) berpakat. Ini sebabnya saudara sekalian, 12 juta lebih pengundi yakinlah kalau ada pakatan yang rapuh seperti ini yang tidak ikhlas sebenarnya, yang ada pendirian bertentangan antara satu sama lain, kita tidak boleh menyerahkan negara yang tercinta kepada mereka.

Saya nak menyentuh mengenai parti yang kita kasih ini. Transformasi yang paling besar adalah transformasi pada diri kita. Peristiwa Hijrah sudah berakhir, tetapi perubahan besar yang perlu kita lakukan sekarang adalah pada diri kita sendiri.

Ujian terbesarnya adalah sejauh mana apa yang kita perkatakan (pada perhimpunan ini), kita bawa ke kawasan. Kita sudah berikrar. Kita balik ke kawasan, janganlah pula kita bersengketa. Kita lihat muka ketua bahagian itu, janganlah ada rasa menyampah terhadapnya. Kalau kita tengok ketua, tengok pada timbalan, jangan pula kata dia ini nak jawatan saya.

Berilah kerjasama, berilah kasih sayang yang sejati kepada parti. Kita mesti mempunyai semangat seperti Timbalan Presiden sebutkan tadi. Semangat sepasukan! Sebab apabila kita buat seperti yang dulu, kita kalah kerana ada orang UMNO yang mengkhianati perjuangan parti.

Kalau semuanya taat dan setia insya-Allah kita boleh menang pada bila-bila masa.
Jadi selepas ini, apabila kita pulang, kita pastikan barisan kita ini kukuh kerana tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kita berdepan dengan ujian yang paling getir.

Beringatlah bahawa pilihan akan datang raya ini adalah paling getir dalam sejarah tanah air.

Pilihan yang dihadapkan pada rakyat adalah pilihan titik penentuan sama ada kita mahu melihat masa depan yang cerah, benderang. Menyaksikan sebuah Malaysia yang maju dengan memilih UMNO dan Barisan Nasional ataupun menempa jalan tragik, penuh kehancuran dengan memilih pakatan pembangkang.

Beringatlah juga, pilihan bakal dibuat kali ini bukan saja tentang UMNO dan Barisan Nasional tetapi kemuncak pada semua itu adalah untung nasib umat Melayu serta rakyat Malaysia keseluruhannya.

Sama ada kita melukut di tepi gantang atau kita terus mencipta kejayaan lagi. Kesimpulannya UMNO kini telah kembali berada landasan yang betul.

Buktinya, kebangkitan kita telah bermula dengan kemenangan di Bagan Pinang, diikuti Hulu Selangor, Batu Sapi, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Inilah petanda bahawa transformasi parti secara besar-besaran telah pun bermula.

Lalu, pada detik, saat dan ketika yang bersejarah ini, di dalam Dewan Merdeka penuh berkeramat ini, kita mengambil seruan dan pengajaran dari firman Allah SWT bahawa hendaklah kita bersiap dan bersedia dengan segala kekuatan yang ada.

Perlengkapkanlah diri masing-masing. Kita akan turun dan berangkat ke medan juang sebagai satu saf yang padu. Sebagai satu pasukan kukuh. Sebagai satu barisan kuat dan semangat yang ampuh.

Sejak berdekad-dekad lamanya, berpuluh-puluh tahun tempohnya, kitalah parti yang membina nasib dan maruah umat Melayu, mendorong denai kebangkitannya, menjadi tiang seri kekuatan bangsa sebagai juragan intai penyelamat dunia.

Setelah mendaki, setelah baiah dipertautkan, setelah ikrar dilafazkan, marilah bersama saya, marilah bersama saya.

Pada saat dan detik ini, insaflah saudara saudari. Kalau kita leka, kalau kita alpa, kalau kita lalai, kalau kita masih bersengketa, kehinaan bakal tiba di muka pintu, tunggulah kehancuran. Maka terpampanglah Melayu merempat di tanah sendiri.

Sejarah menyebut bahawa fitnah dan nista telah berupaya melumpuhkan bangsa-bangsa.

Sekiranya perjalanan kita menempuh rintangan, kita akan pasti mencari jalan. Sekiranya perjuangan ini digempur sejuta halangan, kita pasti merempuh dengan penuh kecekalan.

Wahai orang UMNO, dengan Allah kita berlindung, kepada Allah kita memohon, semoga bala dan musibah ini tidak menimpa, semoga kita terus terpelihara, selagi UMNO terus di persada, selagi semangat terus marak dan menyala.

Wahai orang UMNO, benteng parti ini tetap perkukuh perjuangan ini, walau apa aral yang melintang, sekali-kali kamu tinggalkan Bukit Uhud-Uhud ini, panji-panji mari kita kibarkan.

Alah undur berpantang ajal, pertahankanlah ia, kendonglah ia, hingga kudrat yang terakhir.

Ayuh! ayuh! ayuh!.. semua ke medan tarung. Insya-Allah kemenangan pasti milik kita. Demi Islam! Demi Melayu! Demi Malaysia! Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!

classy act

belum lagi aku jumpa helah atau mehnah berpolitik yang buat aku cakap 'wow, that was a classy act, so gentlemen'. yang selalu jumpa, hate, hate and hate. tambah berat, jumpa pulak porno. kesian aku kat budak-buak belum akil baligh kat malaysia. tambah parah, aku takut nak fikir bentuk sosial dan politik zaman anak-anak aku nanti.

politician kita sudah takde sifat gentlemen macam politician zaman tun razak. hidu masalah rakyat sampai masuk hutan lumpur, pada aku itu gentlemen. memang la zaman dah berubah. jangan pertikai yang tu, sebab cara hatred dan personal vengeance ni zaman dulu jugak dah ada, kenapa tak ubah-ubah? 

zaman berubah, bentuk khidmat masharakat pun kena la ubah. setiap zaman ada orang miskin. setiap zaman ada orang perlu pada pembelaan. kalau dulu miskin melarat kat kampung. sekarang miskin melarat banyak kat pekan. kita pun tak tahu lepas tahun 2000 hidup kita penuh dengan deep shit, baik domestik, ekonomi mahupun global.

membela orang tertindas dan memerlukan pembelaan pada aku itulah dia world class act. tak kira parti mana. tak kira bangsa apa.

biadap

...but his son (guan eng) is a different kettle of fish.

itu komen tunku aziz pasal LGE. LGE biadap. kit siang tahu anaknya sudah jolok sarang tebuan, dan ambil tindakan serah diri dan kunci mulut.

apa implikasi? kesediaan dap nak kongsi kuasa dan toleran dengan pimpinan melayu sekali lagi jadi bahan persoalan. sekarang hadi & anwar kuat, dap nampak malu-malu naik tocang. tapi, lepas menang episod tunku aziz ada replay ka? 

ini baru bab kuasa dan perbezaan pendapat. belum bab ekonomi lagi.

aku nampak sekarang bukan melayu sibuk benar terhegeh-hegeh nak kongsi kuasa dengan melayu, tapi bukan melayu nampaknya tak pulak terhegeh-hegeh pun nak kongsi kekuatan ekonomi diorang dengan orang melayu.

jadi, tak salah kalau aku nak pertikai 'keikhlasan' bukan melayu dalam hal ni. 

realitinya, ekonomi melayu sakit barah rasuah dan salahguna kuasa dalam sistem ekonomi terlindung (DEB) dan juga kena diskriminate dengan bukan melayu dalam ekonomi bebas. pergi round 1 utama, usahawan / peniaga melayu dapat bahagian yang adil ke rasanya?

ingat, mca kalu boleh join pas sekarang pun dia join, apa boleh buat sebab tahun 1956 dulu dia dah sign perjanjian tak boleh cerai dengan umno.

who sold your soul to the devil?

tarikh pru 13: Tun-Tun Pun Dah Tak Sabar

ada yang kata june, tapi saya tak tahu diorang berani ke tidak? banyak unsolved crisis - TLLS
kalau tengok kan komen 2 politikus veteran tanah malaya ini pasal teka teki tarikh pilihanraya, semacam nak bagi mesej kat PM kalu hang buat pru june ni, hang pakat kalah la.

hahaha...

sebab ling liong sik skeptikal pru 13 akan dibuat pada june, sebab bn itu sendiri masih terbelenggu dengan unsolved crisis dan sentiasa dibayangi dengan imej 'baik' tokoh pemimpin pakatan.

dan tun M pula, menyarankan PM untuk menangguhkan tarikh pru 13 sehingga lepas raya (aug 2012) dan menggunakan masa yang ada untuk meraih kembali keyakinan dan sokongan rakyat kepada bn.

yang pasti, rakyat terus menunggu. Allah tak gerakkan hati PM lagi, kita nak kalut apa?

tapi, sebagai bangsa yang bertamadun, bab-bab tarikh pilihanraya ni patutnya dah tetaplah. hari mengundi bukannya setaraf malam lailatuqadar atau hari kiamat. jangan jadi bangang!

sumber:
Tun M: Call Polls after Raya - MI
Tun L: BN Unsure of Win if Polls in June - MI

kembara emirates: hari-hari yang hangat

middle east weather today : source
yup, sekitar middle east, terutamanya sharjah (uae) suhunya sudah semakin panas dan hangat. sekitar 35-40 C. angin kadang-kadang bertiup mengeringkan tekak, bersekali dengan debu-debu pasir halus. malam pun terasa bahangnya. air paip mandi pagi pukul 730 pagi pun dah boleh dikategorikan suam-suam.

suam tak suam, aku rasa kalu nak masak meggi dah boleh sangat dah.

mandi tengahari tak payah cerita. sejuk sikit dari mandi air panas.  bill aircond pun mencanak naik semacam, maklumlah, air-cond kena kerja lebih nak sejukkan suhu bangunan dan rumah. tambah pulak air-cond aku jenis centralised 12 tingkat. tempat parking pun kena sejukkan. hai, parah pak arab nehh...

tapi, bila balik malaysia pertengahan - hujung april lepas, aku rasa malaysia pun panas jugak. aku berpeluh pun boleh tahan banyak, tapi kira dengan saiz aku yang gemuk ni, aku insaflah aku berpeluh tu sebab gemuk, bukan sebab panas.

hrmm...hidup dekat sharjah macam biasa. kerja pun macam biasa. fasa fitting-in sudah berlalu, kini fasa 'time to get serious' for the job. bukan sebelum ini tak serious, tapi serious maknanya tiada lagi kesilapan mudah dan tunjuk ajar ulangan untuk perkara-perkata dan method-method basic. kalau 6 bulan dulu, immediate boss aku mungkin boleh consider aku ala-ala budak baru belajar ambil galah tolong jolokkan, tapi untuk 6 bulan akan datang ini, matlamatnya jelas, bahawa this is the real test. doakan aja aku berjaya harung dengan tenang.

lepas review balik malaysia tempoh hari, kat sini diorang ada buat sessi review jugak. sebabkan ada feeedback yang baik, akhirnya sekali lagi, aku mungkin berpeluang untuk attend satu lagi business visit ke salah sebuah negara-negara middle east  atau afrika utara, di mana di situlah terletakknya kebanyakkan cawangan-cawangan konglomerat UAE ini.

Dan, sekiranya aku nanti diberikan pilihan untuk memilih destinasinya, sudah pasti the 1st choice will be the kingdom of saudi Arabia. bukan apa, sambil kerja, insha'allah dapat jugak tunaikan umrah dan menjejakan kaki di tanah haram, malah kalau sempat dapat juga menziarahi makam Rasullullah di Masjid Nabi, Madinah, Insha'allah.

2nd choice, aku nak pilih Casa Blanca, Morocco, 3rd  bandar abbas, Iran. dan last choice, bandar Tunis, Tunisia. Itu pun kalau ada rezeki dan Allah izinkan. Kalau tak dapat pilih, ke mana diorang hantar pun aku layankan aja, sebab dah rezeki.

anak melayu di perantauan mesti berani menyahut cabaran.

majlis fatwa: meniti arus

biarlah menongkah arus...
majlis fatwa sudah bersidang untuk 99 kali. kali terakhir, fatwanya masih sama, meniti arus perdana, sama macam utusan malaysia, berita harian dan kosmo.

majlis fatwa masih lagi segan-segan untuk menongkah arus. perbincangan masih antara mereka-mereka sahaja, walau sheikh qadhrawi terlebih kehadapan fatwanya dalam isu yang sama. masih dengan fatwa tulang babi dalam pinggan seramik, yang isunya sangat terpencil untuk mendapat perhatian rakyat terbanyak.

sebab, makan campur tulang babi, makan rasuah dan menang pilihanraya dengan cara tipu undi pos / rasuah politik dan pengundi hantu pun termasuk dalam bab yang sama, iaitu hukum hakam memakan makanan dari sumber haram. jangan makan tulang babi sahaja yang beria-ia pecah kepala, beratus kitab bersusun dikaji, tapi buat 'buta' pasal makan hasil dari sumber haram.

bukankah 'mengutamakan perkara yang patut diutamakan' seharusnya menjadi prinsip dan kaedah permaslahatan hukum hakam?

apa-pun, secara peribadinya, semakin debar menunggu komen Dr.Maza pasal fatwa majlis fatwa kali ini.

freeloader

aku memang sakit hati nengok seorang / seekor freeloader in action. sungguh-sungguh sakit hati.

macam kat ofis aku neh, aku perasan seekor freeloader keling dari benua keling. kerja secara kontrak selama dua tahun. aku selalu nengok dia 'me-nge-le-wo' dekat HR. jalan dari satu meja ke satu meja keling yang lain sambil bersembang.

tiap-tiap hari. apa kerja hakiki dia pun aku tak tau.

lepas tu, selalu pulak aku tengok dia round-round sampai ke dept aku. kadang-kadang aku jumpa dia kat kantin, time keje. inilah ciri-ciri seorang freeloader, iaitu kerja tak nak buat, tapi gaji hujung bulan sibuk pulak dia ambik.

banyak sungguh freeloader dalam dunia neh. tapi kat sini, nampaknya semua nak jadi freeloader, ambik gaji hujung bulan, kerja lantaklah cincai-cincai. dasar jahanam...

police brutality 3.0


cuba tengok gambar. dan banyak lagi gambar-gambar sewaktu dengannya. seriously, aku tak salahkan polis. polis hanya buat kerja. ikut arahan.

dan, aku honestly aku tak salahkan peserta yang datang dan sanggup kena pulak belasah. memang hak dia nak berhimpun. dan dengan dia join satu perhimpunan yang menuntut apa yang kerajaan sekarang tak boleh bagi, dia kena faham dan agak awal-awal yang dia mungkin 'kena' se-das dua dari pihak polis, sebab polis memang dengar arahan kerajaan. from koperal ke sarjan, sarjan ke inspektor, inspektor ke acp dan bermacam lagi.

janganlah kita menyalahkan polis dan peserta bersih ini.

salahkanlah penguasa-penguasa yang memegang title kerajaan yang bacul, yang takut dengan skandal-skandal dan bayang-bayang hitam mereka sendiri, bersikap terlalu angkuh dan bongkak dengan cuba mengiktirafkan dataran merdeka itu sebagai hak eksklusif dan tanda niaga kuasa mereka yang korup.

dengan sekelip mata, boleh sahaja mereka bertindak matang dan civilised dengan mengizinkan  perhimpunan di dataran itu dilakukan, agar ianya jadi himpunan 'halal' dan aman dan dapat pula polis mengawal dengan tenteram.

know your enemy, only them who hold the brutality dearly.

yang busuk lagi membusukkan

tajuk, tujuan dan isi kandungan utusan pasca reformasi 1998 memang busuk. aku faham ianya sebuah instrumen media kerajaan. tapi, kenapa akhir-akhir ini, utusan boleh pulak nak compete besar-besaran dengan metro untuk segmen berita lucah dan berita geli-geli?

se-ingat aku, tajuk-tajuk peperiksaan karangan spm dan stpm masih lagi ikut isu semasa. nak tahu isu semasa kena baca paper dan tengok tv, kena peka dengan laporan massa. kalau tak putus-putus berita lucah disetiap muka depan, apa nasib budak yang nak amik spm ngn stpm tuh? editorial utusan sedar ke tidak kerosakan-kerosakan yang diorang strategically design ni?

ini semua berita-berita stipulate-stipulate benda tak senonoh. editorial utusan ni tak risau nasib pemikiran anak-anak dia ke? tak ambil berat ke pasal hasil haram dan syubahat yang nak suap anak bini makan?

dah tu, bila orang kecoh nak banned, tau pulak dia terasa hati.

ish..kalu aku sanggup resign la.

bersih 3.0 aftermath: tolong buka pusat mengundi

28hb aku fly balik UAE. debar sungguh menunggu ke petang dalam perjalanan ke KLIA, sebab takut ibu dan adik beradik aku tersangkut dalam jem yang disebabkan bersih 3.0. namun, alhamdulillah, semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT dan aku selamat sampai ke UAE.

keesokan harinya, surf internet nak ambil tahu pasal bersih. aku tak tahu samada orang awam benar-benar tahu apa tuntutan bersih. dan berapa ramai pula yang berfikiran positif dan negatif pasal bersih. bagi yang menyokong, ianya adalah perjuangan. bagi yang tak menyokong, ianya satu perkara tak berfaedah dan sia-sia, termakan hasutan anwar ibrahim dan ambiga kafirun. apapun persepsinya, terserah. yang sokong kata yang tak sokong bodoh. yang tak sokong akan kata pulak yang sokong bodoh. pi mai, pi mai, tang tu jugaklah.

dalam perarakan bersih, pemimpin pakatan jadi champion. lepas bersih, pemimpin umno pulak yang jadi champion. satu kuat kat media perdana. satu kuat kat media alternatif. manusia akan menentang atau melawan apa yang dia tak tahu, itu normal. tapi, bagi bangsa melayu, samada dia tahu ke, atau dia tidak tahu, dia akan tetap lawan. sebab orang melayu, emosinya terkehadapan dari rasional.

orang melayu susah nak bawak berbincang kalau dia tengah emosi. presiden umno pernah emosi di pwtc. anwar ibrahim pernah emosi di pondok ceramah. kalau pemimpinnya sahaja sudah emosi, pengikutnya pulak usah cakap. tak payah cerita panjanglah bab ini.

apabila kita bersedia untuk mobilise orang ramai dalam satu perhimpunan yang besar dan tidak mendapat restu kerajaan yang memerentah, kita harus menjangkakan satu unsur klasik yang dinamakan 'provokasi'. provokasi adalah trigger point untuk resistance dan damage control. provokasi akan memulakan persoalan 'siapa start dulu...'

dan, perhimpunan hari itu telah dimakan provokasi dan akhirnya sehingga ke saat ini, kita masih membazirkan masa untuk menyelesaikan masalah 'siapa start dulu...'. baik dari pemimpin yang terlibat, sampailah pemimpin yang tiada kena mengena.

dan, masalah yang paling besar ialah persoalan apa selepas bersih? adakah kerajaan akan melayan kembali tuntutan yang 8 itu dengan membawanya ke parlimen? sanggupkah kerajaan buat kerja dua kali? atau tuan presiden sudah bersedia mengumumkan tarikh pilihanraya? orang semakin tertanya-tanya, dan orang semakin surprise.

tolong buka pusat mengundi, agar keresahan-keresahan yang ada kini akan tenang di peti-peti undi.

minority report


aiseyy..tiba-tiba kecoh pasal minoriti report. apa jadahnya minoriti report ni? report apa? minority apa? siapa yang minoriti? apasal tak lulus diperingkat parlimen malaysia? jamaica, switzerland pun ada minoriti report? 

apa ni? binatang apa yang dah masuk dalam parlimen?

cis, kena tengok balik  minority report ni.

bacaan lanjut: the minority report

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...