dupavisitometer

17:56 31Dec09 RTRS-Malaysian court rules Catholic paper can use "Allah"

KUALA LUMPUR, Dec 31 (Reuters) - A Malaysian court ruled on Thursday that a Catholic newspaper can use "Allah" to describe God in a surprise judgment that could allay worries about the erosion of minority rights in the majority Muslim country.
The High Court said it was the constitutional right for the Catholic newspaper, the Herald, to use the word "Allah". "Even though Islam is the federal religion, it does not empower the respondents to prohibit the use of the word," said High Court judge Lau Bee Lan.
Last January, Malaysia banned the use of the word "Allah" by Christians, saying the use of the Arabic word might offend the sensitivities of Muslims who make up 60 per cent of Malaysia's 28 million population.
Analysts say cases such as that involving the Herald worry Malaysian Muslim activists and officials who see using the word Allah in Christian publications including bibles as attempts to proselytise.
The Herald circulates in Sabah and Sarawak on Borneo Island where most tribal people converted to Christianity more than a century ago.
In February, the Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur Murphy Pakiam, as publisher of the Herald, filed for a judicial review, naming the Home Ministry and the government as respondents.
He had sought to declare that the decision by the respondents prohibiting him from using the word "Allah" in the Herald was illegal and that the word "Allah" was not exclusive to Islam.
The Home Minister's decision to ban the use of the word was illegal, null and void, said Lau. Lawyers representing the government said they would refer to the Home Ministry on whether to appeal. "It is a day of justice and we can say right now that we are citizens of one nation," said Father Lawrence Andrew, the Herald's editor.
Christians -- including about 800,000 Catholics -- make up about 9.1 percent of Malaysia's population. Malays are by definition Muslims and are not allowed to convert.
Malaysia was rated as having "very high" government restrictions on religion in a recent survey by the Pew Forum, bracketing it with the likes of Iran and Egypt and it was the 9th most restrictive of 198 countries.
Published since 1980, the Herald newspaper is printed in English, Mandarin, Tamil and Malay. The Malay edition is mainly read by tribes in the eastern states of Sabah and Sarawak on Borneo Island.
Ethnic Chinese and Indians, who are mainly Christians, Buddhists and Hindus, have been upset by court rulings on conversions and other religious disputes as well as demolitions of some Hindu temples. (Editing by Nick Macfie)
((royce.cheah@thomsonreuters.com; +603 2333 8040; Reuters Messaging; royce.cheah.reuters.com@reuters.net; bureau email: areuters@gmail.com)) ((If you have a query or comment on this story, send an email to news.feedback.asia@thomsonreuters.com)) Keywords: MALAYSIA RELIGION/

SMS Semalam

Esok tahun baru. 2010. Aku banyak plan untuk tahun 2010. Esok tahun baru. 2010. Perancangan aku bukan baru. kebanyakannya aku dah plan awal. Aku serahkan perancangan akhir dan kelancarannya pada Allah S.W.T
Dengan kudrat dan rahmatnya, aku serahkan segalanya. Kalu diizinkan jadi, aku bersyukur dengan setinggi-tinggi syukur. Kalau tidak di-izinkan, ianya hanyalah dugaan, wajib bagi aku yang mengaku beriman.
Karenanya Allah SWT berfirman :أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آَمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ [العنكبوت/2] Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan mengatakan "kami telah beriman" sementara mereka tidak diuji? (QS. Al-Ankabut : 2)
Semalam aku dapat satu SMS. Kandungannya cukup gelisah dan rusuh. Moga sahabat yang aku kasihi itu tenang dalam memujuk hati dan perasaanya.
Dan pasti, 2010 menjanjikan lebih banyak cabaran dari 2009 untuk diriku. Moga berjaya dalam lindungan-NYA.

Mengesan Avatar UMNO Dalam PAS

Salam.
Sudah tengok Avatar? Hasil kerja terbaru James Cameroon, mantan teraju utama titanic berkisahkan kemunduran nilai-nilai kemanusiaan manusia kepada golongan yang bukan manusia.
Kemudian aku berfikir perihal PAS dan UMNO.
UMNO sudah kehilangan nilai-nilai yang menjadi tunjang perjuangannya. Dan UMNO pasti untuk mengekalkan kemenangan, ia tidak boleh terus-terusan berjuang dalam keadaan bankrap moral dan persepsi.
Moral dan persepsi kini ada dalam PAS. Sungguh lumayan.
Maka 'Jack Sully' UMNO pun mara kedalam PAS dengan Avatar-Avatarnya. Malang, tidak seperti masyarakat Na'vi, PAS sepertinya buta mengesan kesyaitanan dalam tubuh jemaahnya.
Moga-moga PAS ketemu jua avatar UMNO dalam jemaahnya.

1001 Persoalan Tentang Enjin Jet Dan Ariffahmi

Minggu lepas, dilaporkan dimana-mana jua, enjin jet pejuang TUDM dicuri. Penat Menteri Pertahanan nak jawab dalam seminggu dua ini. Kasihan. itulah sudahnya kalau membuka ruang dan peluang untuk rakyat terbanyak mengemukakan persoalan. Sudah pasti ianya akan jadi 1001 persoalan. Persoalan yang amat pedih.
Mungkin Zahid sepatutnya sudah berkira-kira dia barangkali sedar mengapa dia dikurniakan tugas sebagai Min-deaf minister, yang boleh dikira post kanan dalam kabinet Malaysia. Jawatan dan pangkat, untuk seorang politician, selalunya punya harga yang mahal.
Tanyalah Anwar Ibrahim, Zaid Ibrahim, Ku Li, Pak Lah dan Tun M. Mereka pasti tahu.
Dan, tanyalah juga Ariffahmi, CEO PMBK. Ariffahmi juga membuka ruang dan peluang untuk membuka banyak persoalan. Mungkin Dr. Rosli yang baru meletakkan jawatan boleh bagi kursus kilat kepada penyandang-penyandang jawatan dalam PAS. HAssan Ali pun sudah punya bunga-bunga untuk letak jawatan. Mungkin dia 'termalu' dengan tindakan Dr. Rosli.
Dan, Dr. Rosli pun satu kes juga. Sejak bila kepimpinan negeri PAS dapat liputan meluas media arus perdana.
Adakah kita sedang diserang perang saraf dan propaganda prime media?

Pas & UMNO: Masalah Dalaman Yang Tidak Kesudahan

Salam.
Pas & UMNO dalam satu kapal sekarang. Masalah tak sudah-sudah dan tak selesai-selesai. Dan masalah yang dihadapi oleh kedua-duanya punya sebab yang sama, iaitu kepentingan.
Masing-masing ingin pertahan atau merebut kepentingan masing-masing.
UMNO dengan polemik siapa tuan di Pulau Pinang. Tuan kepada BN. Koon sudah hilang siong. siong sekarang pada UMNO. UMNO menang paling banyak kerusi di Pulau Pinang.
begitulah, apabila kedudukan semakin terancam, atau peluang sudah terhidang, kejahatan sejati (Pure Evil) pasti sukar melepaskan. Samada untuk merebut atau mempertahankan.
Dan PAS pula, entah. Apa yang hendak direbut-rebut. Bila ada cerita atau perjuangan mahu dapat royalti baru kerusi PMBK panas. belum lagi dapat, baru angin sahaja pun sudah bisa bikin ribut.
Semua ingin mempertahan dan merebut peluang. untung-untung dapat.

Funny People = Ordinary People = Smart People

Apabila nonton 'funny people', Adam Sandler (George Simmons) terasa benar lainnya. Sukar mencari apa yang lain, tetapi memang lain. kisah biasa dan simple. Cuma garapandan lakonannya yang bersahaja menjadikannya luar biasa.
Funny people adalah kisah sekitar kehidupan stand-up comedian berhadapan dengan masalah-masalah biasa kehidupan. Duit, cinta, kesihatan, nafsu dan keinginan.
Bukan macam cerita orang Melayu yang penuh dengan emosi yang berat, ketakutan rekaan yang melampau dan lakonan yang keras dan pahit.

The Blind Side - Tanpa Warna

Rasis, prejudis, injustice dan tension masyarakat antara kulit hitam dan kulit putih Amerika sentiasa punya tempat di layar perak. Dek kerana itu, tindakan keluarga berada kulit putih membela, memberi makan, tempat tidur dan pelajaran dan memberi peluang kepada seorang budak saiz besar kulit hitam untuk mendapat peluang hidup yang lebih baik, diangkat ke layar perak dengan tajuk 'blind side'. Kisah ini kisah benar. Gambar diatas atas Micheal Oher dan keluarganya, Mr. & Mrs. Touhy.

Doa Laknat Dan Walimahtul-Urus Dec 09

Salam.
Tuan Guru Nik Abdul Azizi (TGNA) sekarang fokus terbaru siri pergeseran PAS-UMNO, setelah siri-siri pergeseran sebelum ini terpadam kerana 'jalan damai' hanyalah sekadar jalan mati di persimpangan politik PAS-UMNO.
TGNA adalah watak utama dalam menemukan jalan mati itu.
Maka dengan itu tidak hairanlah apabila TGNA menjadi pusat serangan. Dalam taktik menyerang, itulah yang sebaiknya dilakukan, iaitu dengan menjatuhkan jendral parti.
Demi hak dan keadilan Rakyat kelantan, Doa laknat pun dilancarkan untuk pemerintah yang zalim. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Hanya pemerintah yang zalim sahaja tahu mereka itu zalim.
Kata Usman Awang, dalam puisi Melayu, Melayu berani kerana salah, takut kerana benar.
P/s: Selamat pengantin Baru kepada Imah & Hamdan, Meor & Linda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...