dupavisitometer

persoalan tentang 29 februari

aku baru menonton 29 februari. bagi yang belom menonton, 29 feb berkisar kehidupan insan pelik yang dianugerahkan untuk tua hanya 4 tahun sekali yang bernama budi bin halim. ala-ala benjamin button, tapi terbalik. tapi, aku nak cerita bukan pasal watak budi ini per se, sebab kalau setakat masalah dia nak sambut harijadi 4 tahun sekali, pada aku budi ni boleh je ikut kalendar islam, sebab kalendar islam ni terang-terang genap 30 hari.
 
yang aku nak cerita pasal dalam cerita 29 feb ini, digambarkan perjalanan sebuah negara (malaysia) dari sudut perspektif kehidupan budi, bermula dengan perang dunia kedua dan pengunduran british, penjajahan jepun, merdeka, dan kisah-kisah pahit manis pengisian kemerdekaan seperti keluarnya singapura, rusuhan kaum 13 mei, kebangkitan ekonomi dekad 70-90an, kereta proton saga sehinggalah 2012, walaupun menara berkembar petronas tak masuk list sebab lepas pindah ke penang, budi nampaknya terputus jauh dengan KL.
 
cuma yang jadi persoalan, kenapa watak melayu yang signifikan pada budi, kedua-duanya cacat? si razak tu buta dan khatijah ke apa namanya tu pulak bisu. dan budi pulak hidup lama. jadi, kita ada secara keseluruhannya melayu yang hidup lama, tapi buta dan bisu.
 
dan, tema yang paling diangkat adalah percintaan terhalang budi dan lily (bangsa cina yang akhirnya anak saudaranya islam). bila aku cerita 29 feb ni bab cinta terhalang ni, fikiran aku entah macamana asyik terfikirkan struggle budi untuk hidup bersama dan mengahwini 'lily' hanya satu metafora struggle orang melayu untuk menerima orang cina, dan orang cina struggle untuk menerima orang melayu.
 
fikirkan ini baik-baik
 
melayu yang hidup lama, buta dan bisu bersungguh-sungguh menyayangi tanahnya yang secara alamiahnya cina.
 
i do not know what others are thinking, but for me this is one of the most radical idea and concept of malay cinema.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...