dupavisitometer

Glamorous City Will Have No Cash By May the 5th 2010

Hollywood, Disneyland, Universal Studios adalah tanggam-tanggam utuh Los Angeles, USA. Namun, hari ini ia dikejutkan dengan berita LA dijangka akan kehabisan aliran tunai pada 05 Mei 2010, untuk membayar 'maintainance' dan bil-bil selenggaraan bulanannya.
Kos pembiayaan kota penuh kilau ini dalam radian USD 90 million. Itu baru LA, belum cerita New York atau Washington.
Berapa kos pembiayaan Hulu Selangor? berapa 'reserved' simpanannya? kemanakah ia dibelanjakan? adakah perbelanjaan itu sampai ke kumpulan sasaran? Itu baru Hulu Selangor. belum cerita kerajaan negerinya punya reserved.
belum cerita pahang, perak dan kelantan yang banyak balak.
Ini bukan cerita politik. Ini cerita amanah. ini cerita kebajikan rakyat. Ini cerita maklumat umum yang disimpan. LA ada hollywood. Income Hollywood beratus juta. Walaupun return ke PBT LA seharusnya tinggi, masih LA leka dengan sikap boros dalam berbelanja.
Antara punca LA kehabisan tunai adalah 'overspend'. kalau 'overspend' tidak mengapalah. kalau hilang ke kaki yang makan dan telan rasuah? sudah rugi 2 kali.
LA dan Hulu punya satu persamaan. kedua-duanya 'on fire'. Satu 'on-fire' sebab salah belanja. Satu lagi 'on fire' sebab duit dah beratur amik angka giliran nak masuk Hulu Selangor.
Sekadar teori. persepsi masing-masinglah.

AF8 Dan Hulu Selangor

nasib baik AF8 tiada wakil dari hulu selangor. Kalau ada, entah macamana rupa populariti yang bakal diterimanya. AF8 hangat, tetapi, pilihanraya kecil hulu selangor lagi hangat. lebih hangat dari biasa.
Dan, mana-mana pilihanraya kecil pun sentiasa hangat membara.
kerana, di p'raya kecillah boleh buat 'come back'. boleh 'test' populariti. boleh buat 'study' macam merdeka centre buat. boleh 'create' isu. boleh tunjuk jaguh. boleh tunjuk siapa anak jantan. boleh perbetul persepsi.
tengok, skripnya sama. studio pengambaran sahaja yang lain. jalan cerita ubah sedikit. maklumlah, sekarang banyak musang berbulu ayam. dan banyak juga ayam berbulukan pelanduk. tembak ayam, bila sembelih, merasalah kita makan daging pelanduk. ini namanya, ayam jadi-jadian.
Sebagaimana jalan cerita filem-filem, mesti ada elemen dramatik. apakah dia dramatik itu? dramatik adalah apabila kita akan mula bertanya "kenapa jadi macam tu?". itulah dramatik. sentiasa meninggalkan kesan di hati penonton. Macam avatar dan godfather. banyak sangat persoalan.
Dan, akhirnya apabila dramatik-klimaks pecah pada tahap tertinggi, keghairahan menurun dan kita kena terima keputusan. beg samsonite sudah ada di tengah pentas. suka atau tidak, Anum kena keluar, walau top 3 yang disebut bukan Anum.
begitu juga dengan Hulu Selangor, suka atau tidak, keputusan mesti diterima dengan hati terbuka. lain kali jangan lupa SMS.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...