dupavisitometer

Bayangan Persis Macam Yang Itu

salam.
Hari minggu lepas cabang buat pemilihan. keputusannya, kecoh tak tentu hala. cuma tiada baling kerusi. cabar keputusan masih ada. kejutan kalah ada. kesangsian ada.
banyak calon heavyweight sudah masuk gelanggang.
untuk sebuah parti yang terbuka dan kononnya menjunjung perjuangan demokrasi taraf tinggi, adalah diyakini politikingnya tidaklah sekecoh ini, walaupun mengambilkira usia penubuhan PKR.
Status, perjalanan, jatuh, bangun dan cabaran yang telah dihadapi dan diuji ke atas PKR seharusnya mematangkan mereka awal, dan seharusnya menampakkan mereka bijak ber-demokrasi, bukan hanya berdemonstrasi dan ber-reformasi.
namun, keadaan terkini, saling tak tumpah dari parti serpihan, malahan makin kecoh. mungkin ada permainan media kiri dan kanan, namun petikan-petikan siaran akhbar calon pucuk pimpinan yang bertanding agak mengecewakan.
debu-debu 50 tahun nampaknya masih terlekat dan semakin pekat.

Peguam Dan Jenayah

aku punya perancangan lain untukmu micheal, ujar vito. mungkin seorang senator, senator micheal corleone. paling tidak pun, sebagai seorang peguam. jika rompakan itu dilakukan oleh 4 orang yang bersenjatakan pistol, dan seorang peguam bersenjatakan briefcasenya, nescaya, si peguam itu akan lebih banyak hasil rompakannya.
itu pendapat vito corleone, seorang godfather, ketua keluarga mafia dalam filem godfather tentang peguam dan jenayah. karya mario puzo ini, selaku penulis asal filem ini, memberikan gambaran tepat akan sangkut-paut peguam dan jenayah.
seorang peguam lazimnya arif akan permainan undang-undang. seorang peguam bukan seperti seorang judge dred, yang mendakwa sekaligus menghukum. kadang-kadang seorang peguam dipihak defendan, kadang-kadang dipihak plainitif.
banyak orang jahat dalam dunia ini, tetapi yang paling jahat adalah orang yang menggunakan akses kuasa dan kepandaian untuk melangkah melepasi batas yang sepatutnya, atas sebab terlalu mementingkan kehendak isi perut sendiri.
biarlah ini menjadi siri akhir peguam dan jenayah, dan terakhir sekali dalam rentetan jenayah kejam negara. kita wajib merasa selamat di atas tanah tumpah darah sendiri.

Iklan Tak Bertamadun TV3

Salam.
dalam keghairahan semangat '1 malaysia' (yang kita rakyat Malaysia pun masih beku dan jumud akan idea ini) yang ingin ditonjoolkan, nampaknya TV3 telah mendahului stesen-stesen TV lain untuk menjadi bengong dan secara sengaja telah menyalahgunakan konsep 1Malaysia ini.
1 Malaysia tiada kena-mengena dengan idea nak jadikan malaysia ini 1 agama.
Islam adalah yang tertinggi. Ianya akan kekal begitu, sampai kiamat.
1malaysia hanya slogan cita-cita yang ingin menyuburkan perkumpulan akan semangat kekitaan rakyat malaysia yang bermsyarakat majmuk, supaya keharmonian kaum Melayu, Cina dan India itu satu atas dasar nasionalisma dan budaya yang boleh dikongsi bersama, yang kurang prasangka, dan saling bekerjasama.
idea 1malaysia ini idea berat, sehinggakan ada politkkus nasional sendiri yang masih keliru dengan idea 1malaysia ini. kalau mereka faham akan gagasan 1 malaysia ini, tidakkan ada komen-komen sensitif berkaitan keharmonian ini akan dilontarkan dengan secara membuta-tuli.
Alih-alih, dalam suasana menyambut Syawal 2010, datang pula iklan aidilfitri TV3 (kononnya) dalam bentuk interpretasi perayaan krismas, dan deepavali. sungguh kurang ajar. bagi yang tiada asas bagaimana kami menyambut Aidilfitri, sila ambil nota ini.
kami menyambut aidilfitri dengan takbir dan tahmid, tanda syukur kepada Allah atas segala kurniaan-Nya.
miskin kaya menyambutnya dengan berpada-pada, sesuai dengan anjuran Islam. tanpa panjut, bunga api, lemang, dodol, baju raya, Aidilfitri disambut juga. kami menyambut syukur, bukan berlagak syukur. yang lain hanya pelengkap kemeriahan.
Hari besar kami ini adalah antara hari-hari besar Islam.
jangan cuba meletakkan Islam itu setaraf dengan apapun. ianya adalah idea kolot dan kotor, jika tujuan iklan ini untuk mengelirukan generasi islam tua dan muda malaysia.

Tycoon Dan F.F Coppola

The Sun melaporkan halangan MCA Ipoh Timur terhadap permintaan seorang jutawan untuk menduduki kerusi jawatankuasa Unitar (Unitar Council) dan menamakan sebuah 'asrama' unitar dengan nama beliau sempena sumbangan ikhlasnya yang berjumlah RM 30 juta untuk pembinaan 'asrama' di kampus utama Unitar di Kampar.
kata MCA Ipoh Timur "requests were not acceptable as they had “exceeded" the university’s jurisdiction and deemed an interference in the management of the university”.
macam-macam hal. miskin pun macam-macam hal, bila dah kaya pun macam-macam hal. ini cerita ada udang di sebalik mee rebus. senanglah kalau begini, bagi duit terus dapat jawatan. hasrat untuk menyumbang murni, tapi kelingking berkait macam ada benda yang tak kena. mengharapkan balasan untuk tambah prestige mungkin?
F.F Coppola, sah dicalonkan sebagai penerima darjah kehormat kesultanan perfileman hollywood amerika, iaitu Oscar, di atas sumbangan dan kecemerlangannya menempa nama sebagai pengarah baka ulung hollywood.
sekali lagi, badan pemantau standard industri perfileman multi-billion itu mengiktiraf F.F Coppola setelah beliau menerima darjah pertamanya untuk filem-filem klasik yang hebat, antara lain Godfather Trilogy, dan Apocalypse Now .
Berapa taksir kekayaan F.F Coppola ini?

Penghujung Ramadhan

salam.
suka atau tidak, Ramadhan sudah hampir benar sampai ke penghujung. Juma'at depan, insha'allah, kita akan menyambut Aidilfitri. Selagi ada masa, Ramadhan tidak pernah tidak tiba. yang mungkin tidak tiba adalah kita. Ramadhan akan datang dan pergi dengan segala pakej-pakej kebaikannya dan ganjarannya yang dijanjikan. Ini pasti.
Beruntunglah orang-orang yang mengambil peluang akan kebaikan-kebaikan ini.
apapun, manusia itu lemah, lupa dan lalai. mengharapkan semata-mata kasih sayang Allah, tuhan sekalian alam dan Maha Mengasihani.
untuk yang menjalani kehidupan baru, Ramadhan kali ini berbeza benar. yang terlihat hanyalah kesempurnaan dalam menjalani hidup, walaupun manis dan pahit itu berselang-seli.
datang pahit bersabarlah kita. datang manis bersyukurlah kita. datang dosa, mengelaklah kita. datang pahala, bersungguh-sungguhlah kita merebutnya.
Semoga aku menjadi hamba-Nya yang bersyukur.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...