dupavisitometer

Fikirkan Ini Baik - Baik

September 1998 dulu, bila mereka mainkan isu 'liwat', mereka telah kehilangan Terengganu dan 42 kerusi Parlimen. Sejak itu, halaman politik Tanah Melayu tidak lagi sama, dan kita sentiasa curiga dengan ketelusan dan keikhlasan mereka.
Mac 2008 yang lalu, hasil kerja bijak pandai dalam penggal sebelumnya, mereka menaikkan minyak petrol 30 sen seliter, natijahnya mereka telah kehilangan 4 negeri dan 82 kerusi parlimen. Hingga kini, kita bukan sahaja curiga, malah tidak lagi percaya dengan ketelusan dan keikhlasan mereka.
Dan, yang terkini, mereka telah menaikkan harga minyak petrol 78 sen dan kini 'political distress' negara ini sedang marak dengan isu 'liwat' sekali lagi. Maka dengan itu, biarlah kita biarkan mereka fikirkan bahana akan perkara ini baik-baik, jangan sampai kemusnahan itu akan datang kepada mereka secara perlahan-lahan dengan tidak mereka sedari.
Kita doakan yang terbaik untuk mereka dengan ucapan selamat maju jaya.

6 comments:

daki di leher said...

jgn mudah mengatakan "mereka". kerana dunia kini penuh bermuka2. frasa "save the cheerleader, save the world" tak wujud dlm dunia ini kini..selmat maju jaya

Anonymous said...

daki celah kangkang kata...

mmg la frasa orang putih tu tak wujud sbb cerita tu pun sekadar untuk hiburan semata-mata.orang bermuka2 mmg banyak kat dunia ni( tanda2 kiamat)...selamat membersihkan daki ok...

Ras Raka said...

Daki di leher & Daki celah Kangkang....

"Mereka" bukan bermaksud sesiapa, tidak kena mengena dengan yang hidup atau pun yang sudah mati.

tetapi, hanya jauhari jualah mengenal manikam. Kalau 'mereka' yang makan cili, 'mereka' jugalah yang rasa pedasnya.

Kita diseru pada sesuatu yang lebih baik. Adakah mereka itu sahaja yang baik, atau kita masih punya pilihan lain lagi? Ingat, mengatakan yang benar itu kurang mudah berbanding mengatakan yang bohong dan sangsi.

itulah persoalan pokoknya. Persoalan ranting, kita patahkan saja, sia-sia dan kurang faedah.

Mohon mengerti.

Daki di leher said...

Andai saudara mengatakan "mereka" takde kene mengena dgn sesiapa, maka pandangan sy terhadap hujah saudara mungkin meleset. tapi apelaa sgt pandangan saya terhadap saudara. Cuma kadangkala kita tak boleh berfikir secara "stereotype" (maaf dgn kebenaran). Minggu lepas saya ada menontoh filem klasik DO RE MI. Situasi di pejabat buruh. DO dan RE bergaduh. Tiba2 datang watak tambahan menggumpal kertas simbolk kepala bapa mereka. " hah sekarang pijak laa". Siapa watak tambahan itu?? Berwaspada dan selamat maju jaya......p/s tanpa ranting, pokok tak akan dapat hidup. Sila rujuk buku teks alam dan manusia saudara.

Ras Raka said...

Saudara Daki;

Kalau kita relakan diri kita jadi si 'watak tambahan', maka sama-sama bangsatlah kita ini.

Filem akan kekal sebagai filem, Pokok akan kekal sebagai pokok, cuma kitalah sahaja yang tinggal untuk menjaga masa depan negara ini.

Daki di leher said...

Saudara

Mungkin saudara tersalah erti atau saya yang menulis syok sendiri. Kita sudah pasti bukan "watak tambahan". Apa yang saya ingin terangkan agar berwaspada terhadapnya. Memang kitalah saja yg akan menjaga masa depan negara ini. Tp bagaimana caranya. Mesti disokong dgn methodologinya. Dan waspada adalah salah satunya dari sudut pandangan saya. Saudara memberi pandangan saudara dan saya memberi pandangan saya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...