dupavisitometer

gangster kuala lumpur

 gangster kuala lumpur memecahkan tradisi kutipan filem melayu 2011 / RM 11 juta
syamsul yusoff menang pengarah terbaik di FFM 24 yang lalu melalui filem kl gangster (klg). kalau 2010 lepas dia menang orang banyak bikin bunyi, 2011 dia menang banyak orang angguk kepala. well deserved. jadi aku teringin sangat nak buat rebiu pasal filem klg ni, namun baru sekarang berkesempatan.

bak kata samuel butler, 'the oldest books (movie) are still only just out to those who have not read (watch) them'. 

jadi samalah konsepnya dengan menonton filem. jadi, macamana klg boleh kutip 1 juta sehari, 11 juta in total dalam tempoh tayangan? mungkin aku boleh share sikit pendapat, berdasarkan pengalaman aku sendiri menonton klg;



siapa yang tak suka dan mysterious dengan cerita-cerita dunia organise crime? the godfather trilogy, the good fellas (hollywood), young & dangerous (hong kong), city of men (brasilian), the company (bollywood), adalah antara filem-filem berkisahkan pergolakan dunia organise crime yang mempunyai pengikut dan peminat yang ramai. dan malaysia juga mempunyai kisah-kisah organise crime organisationnya sendiri yang tenggelam bersama denyut nadi dan setiap lapisan umur masyarakatnya.

plot penceritaan klg boleh dikategorikan kemas, selari dengan pengembangan jalan cerita yang bertemakan balas dendam. adegan 'flashback' yang minimal meletakkan penonton 'tetap' pada jalan cerita dan di dalam 20 minit tempoh tayangan, semua watak-watak utama telah diperkenalkan kepada khalayak. walaupun karekter shaq itu sendiri menerima kritikan, namun jalan cerita dihidupakn dengan baik oleh karekter malek dan ajib, dibantu oleh karekter fadil, dragon, jai dan king.

yang paling penting bagi aku, pengucapan dioalog yang boleh tahan kena dengan subjek cerita. slanga-slanga percakapan apek cina, dan bahasa-bahasa yang mudah dikenal sebagai bahasa crime di dalam cerita bertemakan organise crime. walaupun ada masa-masanya pengucapan dialog ini sedikit kaku, namun secara keseluruhannya dialog yang tak kaku lagi banyak dari dialog yang kaku.

berdasarkan ada komen yang tengok sampai berpuluh kali, lebih 3 kali, lebih dari sekali, membuktikan bahawa klg ini sememangnya mempunyai kekuatan tersendiri. dan, mengikut pengalaman aku sendiri, khalayak bukan melayu a.k.a cina, india juga masuk wayang menonton filem ini.

walau apapun, terserahlah kepada penilaian masing-masing, sebab bagi aku mengukur sesebuah filem sama konsep mengukur kualiti sebuah buku, meminjam kata-kata james bryce, 'the worth of a book (movie) is to be measured by what you can carry away from it'. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...