dupavisitometer

17:56 31Dec09 RTRS-Malaysian court rules Catholic paper can use "Allah"

KUALA LUMPUR, Dec 31 (Reuters) - A Malaysian court ruled on Thursday that a Catholic newspaper can use "Allah" to describe God in a surprise judgment that could allay worries about the erosion of minority rights in the majority Muslim country.
The High Court said it was the constitutional right for the Catholic newspaper, the Herald, to use the word "Allah". "Even though Islam is the federal religion, it does not empower the respondents to prohibit the use of the word," said High Court judge Lau Bee Lan.
Last January, Malaysia banned the use of the word "Allah" by Christians, saying the use of the Arabic word might offend the sensitivities of Muslims who make up 60 per cent of Malaysia's 28 million population.
Analysts say cases such as that involving the Herald worry Malaysian Muslim activists and officials who see using the word Allah in Christian publications including bibles as attempts to proselytise.
The Herald circulates in Sabah and Sarawak on Borneo Island where most tribal people converted to Christianity more than a century ago.
In February, the Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur Murphy Pakiam, as publisher of the Herald, filed for a judicial review, naming the Home Ministry and the government as respondents.
He had sought to declare that the decision by the respondents prohibiting him from using the word "Allah" in the Herald was illegal and that the word "Allah" was not exclusive to Islam.
The Home Minister's decision to ban the use of the word was illegal, null and void, said Lau. Lawyers representing the government said they would refer to the Home Ministry on whether to appeal. "It is a day of justice and we can say right now that we are citizens of one nation," said Father Lawrence Andrew, the Herald's editor.
Christians -- including about 800,000 Catholics -- make up about 9.1 percent of Malaysia's population. Malays are by definition Muslims and are not allowed to convert.
Malaysia was rated as having "very high" government restrictions on religion in a recent survey by the Pew Forum, bracketing it with the likes of Iran and Egypt and it was the 9th most restrictive of 198 countries.
Published since 1980, the Herald newspaper is printed in English, Mandarin, Tamil and Malay. The Malay edition is mainly read by tribes in the eastern states of Sabah and Sarawak on Borneo Island.
Ethnic Chinese and Indians, who are mainly Christians, Buddhists and Hindus, have been upset by court rulings on conversions and other religious disputes as well as demolitions of some Hindu temples. (Editing by Nick Macfie)
((royce.cheah@thomsonreuters.com; +603 2333 8040; Reuters Messaging; royce.cheah.reuters.com@reuters.net; bureau email: areuters@gmail.com)) ((If you have a query or comment on this story, send an email to news.feedback.asia@thomsonreuters.com)) Keywords: MALAYSIA RELIGION/

SMS Semalam

Esok tahun baru. 2010. Aku banyak plan untuk tahun 2010. Esok tahun baru. 2010. Perancangan aku bukan baru. kebanyakannya aku dah plan awal. Aku serahkan perancangan akhir dan kelancarannya pada Allah S.W.T
Dengan kudrat dan rahmatnya, aku serahkan segalanya. Kalu diizinkan jadi, aku bersyukur dengan setinggi-tinggi syukur. Kalau tidak di-izinkan, ianya hanyalah dugaan, wajib bagi aku yang mengaku beriman.
Karenanya Allah SWT berfirman :أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آَمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ [العنكبوت/2] Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan mengatakan "kami telah beriman" sementara mereka tidak diuji? (QS. Al-Ankabut : 2)
Semalam aku dapat satu SMS. Kandungannya cukup gelisah dan rusuh. Moga sahabat yang aku kasihi itu tenang dalam memujuk hati dan perasaanya.
Dan pasti, 2010 menjanjikan lebih banyak cabaran dari 2009 untuk diriku. Moga berjaya dalam lindungan-NYA.

Mengesan Avatar UMNO Dalam PAS

Salam.
Sudah tengok Avatar? Hasil kerja terbaru James Cameroon, mantan teraju utama titanic berkisahkan kemunduran nilai-nilai kemanusiaan manusia kepada golongan yang bukan manusia.
Kemudian aku berfikir perihal PAS dan UMNO.
UMNO sudah kehilangan nilai-nilai yang menjadi tunjang perjuangannya. Dan UMNO pasti untuk mengekalkan kemenangan, ia tidak boleh terus-terusan berjuang dalam keadaan bankrap moral dan persepsi.
Moral dan persepsi kini ada dalam PAS. Sungguh lumayan.
Maka 'Jack Sully' UMNO pun mara kedalam PAS dengan Avatar-Avatarnya. Malang, tidak seperti masyarakat Na'vi, PAS sepertinya buta mengesan kesyaitanan dalam tubuh jemaahnya.
Moga-moga PAS ketemu jua avatar UMNO dalam jemaahnya.

1001 Persoalan Tentang Enjin Jet Dan Ariffahmi

Minggu lepas, dilaporkan dimana-mana jua, enjin jet pejuang TUDM dicuri. Penat Menteri Pertahanan nak jawab dalam seminggu dua ini. Kasihan. itulah sudahnya kalau membuka ruang dan peluang untuk rakyat terbanyak mengemukakan persoalan. Sudah pasti ianya akan jadi 1001 persoalan. Persoalan yang amat pedih.
Mungkin Zahid sepatutnya sudah berkira-kira dia barangkali sedar mengapa dia dikurniakan tugas sebagai Min-deaf minister, yang boleh dikira post kanan dalam kabinet Malaysia. Jawatan dan pangkat, untuk seorang politician, selalunya punya harga yang mahal.
Tanyalah Anwar Ibrahim, Zaid Ibrahim, Ku Li, Pak Lah dan Tun M. Mereka pasti tahu.
Dan, tanyalah juga Ariffahmi, CEO PMBK. Ariffahmi juga membuka ruang dan peluang untuk membuka banyak persoalan. Mungkin Dr. Rosli yang baru meletakkan jawatan boleh bagi kursus kilat kepada penyandang-penyandang jawatan dalam PAS. HAssan Ali pun sudah punya bunga-bunga untuk letak jawatan. Mungkin dia 'termalu' dengan tindakan Dr. Rosli.
Dan, Dr. Rosli pun satu kes juga. Sejak bila kepimpinan negeri PAS dapat liputan meluas media arus perdana.
Adakah kita sedang diserang perang saraf dan propaganda prime media?

Pas & UMNO: Masalah Dalaman Yang Tidak Kesudahan

Salam.
Pas & UMNO dalam satu kapal sekarang. Masalah tak sudah-sudah dan tak selesai-selesai. Dan masalah yang dihadapi oleh kedua-duanya punya sebab yang sama, iaitu kepentingan.
Masing-masing ingin pertahan atau merebut kepentingan masing-masing.
UMNO dengan polemik siapa tuan di Pulau Pinang. Tuan kepada BN. Koon sudah hilang siong. siong sekarang pada UMNO. UMNO menang paling banyak kerusi di Pulau Pinang.
begitulah, apabila kedudukan semakin terancam, atau peluang sudah terhidang, kejahatan sejati (Pure Evil) pasti sukar melepaskan. Samada untuk merebut atau mempertahankan.
Dan PAS pula, entah. Apa yang hendak direbut-rebut. Bila ada cerita atau perjuangan mahu dapat royalti baru kerusi PMBK panas. belum lagi dapat, baru angin sahaja pun sudah bisa bikin ribut.
Semua ingin mempertahan dan merebut peluang. untung-untung dapat.

Funny People = Ordinary People = Smart People

Apabila nonton 'funny people', Adam Sandler (George Simmons) terasa benar lainnya. Sukar mencari apa yang lain, tetapi memang lain. kisah biasa dan simple. Cuma garapandan lakonannya yang bersahaja menjadikannya luar biasa.
Funny people adalah kisah sekitar kehidupan stand-up comedian berhadapan dengan masalah-masalah biasa kehidupan. Duit, cinta, kesihatan, nafsu dan keinginan.
Bukan macam cerita orang Melayu yang penuh dengan emosi yang berat, ketakutan rekaan yang melampau dan lakonan yang keras dan pahit.

The Blind Side - Tanpa Warna

Rasis, prejudis, injustice dan tension masyarakat antara kulit hitam dan kulit putih Amerika sentiasa punya tempat di layar perak. Dek kerana itu, tindakan keluarga berada kulit putih membela, memberi makan, tempat tidur dan pelajaran dan memberi peluang kepada seorang budak saiz besar kulit hitam untuk mendapat peluang hidup yang lebih baik, diangkat ke layar perak dengan tajuk 'blind side'. Kisah ini kisah benar. Gambar diatas atas Micheal Oher dan keluarganya, Mr. & Mrs. Touhy.

Doa Laknat Dan Walimahtul-Urus Dec 09

Salam.
Tuan Guru Nik Abdul Azizi (TGNA) sekarang fokus terbaru siri pergeseran PAS-UMNO, setelah siri-siri pergeseran sebelum ini terpadam kerana 'jalan damai' hanyalah sekadar jalan mati di persimpangan politik PAS-UMNO.
TGNA adalah watak utama dalam menemukan jalan mati itu.
Maka dengan itu tidak hairanlah apabila TGNA menjadi pusat serangan. Dalam taktik menyerang, itulah yang sebaiknya dilakukan, iaitu dengan menjatuhkan jendral parti.
Demi hak dan keadilan Rakyat kelantan, Doa laknat pun dilancarkan untuk pemerintah yang zalim. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Hanya pemerintah yang zalim sahaja tahu mereka itu zalim.
Kata Usman Awang, dalam puisi Melayu, Melayu berani kerana salah, takut kerana benar.
P/s: Selamat pengantin Baru kepada Imah & Hamdan, Meor & Linda.

UMNO: Sentiasa Ketandusan Tenaga Muda Islami

Salam.
Sejak kemasukan Ust. Firdaus (bekas Calon permatang Pauh, tewas kepada Wan Azizah 2004) ke dalam UMNO, aku sukar untuk menamakan susuk peribadi yang terserlah Keilmuan Islamnya dalam UMNO.
Yang ada sebelum itu hanya liberal dan kelihatannya 'kurang warak. Senang cerita tak sama macam yang PAS ada.
Apa dan dimanakah silapnya? Mungkin kita bertemu jawapannya di sini:
Yusoff Noor, UMNO Dan Tauliah

3 Kerat: Ujian, Korban Dan Keuntungan

Salam.
TGNA sekarang ada di IJN. Hanya 2 km sahaja jaraknya dari tempat aku berada sekarang. Sedang TGNA disitu, PAS kembali menghiasi dada-dada akhabr perdana. Hari ini, pasal Bai'ah. Sejak-sejak MAZA kena tahan, banyaklah cekadak akan kefahaman syari'at dan akidah dibincangkan kepada umum. Eloklah begitu, moga-moga yang dah memang nak sesat bertambah sesat.
Sunnah-Wal-Jamaah dan Mazhab Syafiee pun banyak yang tak khatam lagi, kini diperbesar-besarkan akan wahabi. Diharapkan Syiah jangan muncul kala ini. Apa khabar JAIS? JAIS jangan lepas tangan. JAIS kena bertanggung jawab.
Ahmad Jais boleh terus dengan Selamat Tinggal Bungaku.
Aziz Bari kata Hassan Ali kena jadi korban 'pemutihan PAS'. Itulah sahaja caranya untuk merungkai persoalan. Dan, Aziz Bari dengan berani dan jujur kata TGHH adalah 'Pak Lah' versi PAS.
UMNO kata (Alwi Che Muda: dia ada di final Piala M'sia malam ini?) Hassan Ali kena jadi korban dek kerana dosanya berusaha untuk menyatupadukan umat Melayu. Itulah sebab dia dikenakan tindakan. Sebab PAS memang tidak mahu kepada perpaduan. Islam apa yang PAS perjuangkan? pandai dia. Kalau faham, kita akan tahu UMNO ini memang licik macam belut mengaut keuntungan atas pergolakan orang, dan mengaut keuntungan atas pergolakan sendiri.
Orang kerajaan selepas bajet juga yang tidak untung-untung. Dalam bajet PM membisu seribu bahasa pasal bonus. harap-harap kakitangan kerajaan jangan jatuh produktiviti dan motivasi sebab tiada bonus. sebab, prestasi sekarang pun dibawah paras purata.(below Average). Kalau lagi jatuh, alahai. Fanomena sejadah berdiri pun ada orang pertikai sejadah tu ada wuduk ke tidak?

Meet The Natives

Salam. Discovery Channel ada rancangan 'Meet The Natives'.
Chief Tanna, seorang ketua puak tana di kepulauan Tanna dibawa mengembara bersama 3 orang pengikutnya ke England. Misinya cuma satu, bertemu Putera Philippe dan mengajaknya pulang, kerana mengikut kepercayaan mereka Putera Phillipe adalah 'anak tuhan mereka yang diutus ke England untuk memperbaiki kehidupan masyarakat England. Kepulangan Putera Philip akan membawa kemakmuran kepada puak Tanna.
Satu kepercayaan ekstrem untuk diterima oleh masyarakat England.
Chief Tanna selalu menyampaikan pesan, selalunya selepas mempersembahkan tarian hormat puak Tanna kepada tetamu. Dia selalu berpesan, bahawa masyarakat tanna adalah masyarakat yang paling gembira dalam dunia ini.
Katanya, duit kami mungkin kurang daripada duit kamu wahai penduduk England, namun kami boleh lihat kami menghargai kehidupan kami lebih daripada kamu menghargai kehidupan kamu sendiri.
Salam.

USA: Obama Lawan Orang Cerdik Pandainya Sendiri, Pembangkang, Akademia, Professional Dan Penyokong.

Bloomberg 30 Oct: Obama Bridge to Lasting Economic Expansion Risks Going Nowhere Salam.
28 Oct yang lalu, Obama mengisyhtiharkan yang GDP USA yang untuk suku ke-3 positif 3.5%. Yang terbaik dan positif sejak 2007. Obama yakin bahawa pakej stimulusnya sudah menunjikkan kesan dan dia dan pentadbirannya dalam laluan yang betul untuk pemulihan ekonomi yang kukuh.
Namun, berita diatas adalah pandangan dari professional ekonomi Obama sendiri, akademia, dan juga pembangkang dan penyokongnya. Kata mereka, mungkin Obama menganalisis dari segi ini, tetapi jika dilihat dari segi ini pula, ekonomi USA tidak kemana.
begitulah lumrah seorang pemimpin, setiap tindakan dan keputusannya pasti punya pertikaian.
Namun, kita perlu melihat ianya adalah satu proses yang sihat. Sekurang-kurangnya, semua orang yang berkepentingan (Baca:Rakyat), punya hak untuk mengeluarkan pendapat masing-masing. Dalam hal ini, dalam bloomberg.
Tetapi kita? Entah. Kalau komen, kena pandang serong pulak. Persoalan ekonomi menjangkau jauh dari hal-hal pembinaan jalan, bangunan, dan padang golf dan kadang-kadang jambatan.
Ekonomi adalah seni dan kepandaian mengagihkan sumber yang terhad kepada keperluan dan kehendak yang tidak terhad.
Agak-agaknya, sumber kekayaan dan hasil mahsyul negara kita ini diagih dengan seadil-adilnya ke tidak?
Yang pasti, sudah 9 tahun belanjawan kita defisit, negatif, kurangan. Rakyatlah yang berbelanja defisit, negatif dan kurang. pembesar macam itu juga.

Apa Sudah Jadi Dengan PKR?

Salam.
The Sun, 29/10: Selangor MB recommends to PKR Supreme Council that Port Klang Assemblyman, Badrul Hisham resign for non-performance. Via SMS.
Apa sudah jadi dengan PKR? semalam Sabah. Hari ini Selangor. Bahana Jamaluddin Radzi dan Osman Jailu masih mengakibatkan pentadbiran negeri Perak huru-hara dan dah hampir kepada karut.
Apa sudah jadi? Sambil menepuk dahi.

[1st Entry]

Khamis, Oktober 29, 2009 Kita Mungkin Berhadapan Dengan Krisis Bekalan Dan Kenaikan Harga Beras. Salam. Harga beras mungkin naik. Kita ada teori supply & Demand paling tua. High demand + Short Supply = High price.
Oct. 28 (Bloomberg) -- Rice prices may return to record levels as bad weather curbs output in major growers and forces some nations to accelerate imports, a Philippine minister and the U.S. Rice Producers Association said.
“We are not very far from another rerun of 2008 prices,” Arthur Yap, the Philippines’ Agriculture Secretary, said at a conference in Cebu, central Philippines today. Higher oil prices may push up fertilizer costs, boosting prices further, he said.
Baca penuh disini

PAS Sekali Lagi Masuk Dalam Perangkap 1Parti UMNO.

Salam.
PAS sekali lagi masuk dalam perangkap UG (Unity Government) UMNO. Desakan EGM oleh TGNA benar-benar menguji perpaduan dan kesepakatan PAS. Manalah tahu, lepas-lepas UMNO 'kuat' dengan perubahan akhir-akhir ini, membangkitkan kembali kehangatan dan peluang segelintir pimpinan PAS yang merasakan mereka punya 'leverage' bila UG menjadi kenyataan.
EGM bukan sesuatu yang luarbiasa. Dan, tuntutan TGNA itu juga bukan sesuatu yang luar biasa. Dan, tidak salah 'membuang' pemimpin yang punya potensi untuk menjadi masalah dimasa hadapan.
Anwar dibuang. Ku Li. Mahathir. Semuanya pernah dibuang daripada dokongan parti.
Untuk UMNO, ini peluang baik. Inilah dia pucuk yang dicita-cita. Inilah juga ulam yang datang. Dan, sedikit pelik, terasa juga ini semuanya permainan halus UMNO. Dan PAS, seperti biasa diminta untuk berhati-hati.
PAS jangan lembap berpolitik dan membaca helah siasah-politik. Jangan sampai orang punya persepsi yang PAS adalah OKU dalam permainan politik 'mainstream' Malaysia.
Dan, ingat, dulu orang tidak pernah ingin untuk bersama-sama PAS, dan mengapa baru sekarang?
Salam.

Malaysia PM Vows Big Budget Cut, Fails To Detail - 19:12 23Oct09 RTRS-WRAPUP 2

* Budget deficit target 5.6 pct/GDP in 2010 vs 7.4 pct in 09 * Subsidies to be cut by 14.7 pct in 2010, but tax cuts too * GDP to rise 2-3 pct in 2010 after falling 3 pct in 2009 * Bigger-than-expected deficit cuts positive for bonds/FX * Moody's "strong confidence" in budget, Fitch more sceptical
By Razak Ahmad
KUALA LUMPUR, Oct 23 (Reuters) - Malaysia's prime minister unveiled his maiden budget on Friday, promising to slash the 2010 deficit from its highest level in more than 20 years, although he provided few clues as to how the cuts would be realised.
Najib Razak, who is also finance minister, told parliament the budget deficit would fall to 5.6 percent of gross domestic product in 2010 from a forecast 7.4 percent this year in a move that is seen boosting domestic bonds as issuance slows.
The ringgit and bonds rose modestly on the government's intention to rein in a budget deficit that has more than doubled since 2007 as a proportion of GDP. But with few details on spending cuts or new revenue streams, some economists were sceptical the target could be met.
"It is good that we see now the government seems serious to address the budget deficit issue," said Azrul Anwar Ahmad Tajudin, senior economist at Bank Islam. "But the problem is whether we can achieve it or not. It's too huge a reduction." The main spending cuts would come from reduced "operating expenditure", lower food and fuel subsidies, a sensitive political issue for an unpopular government, and less money for development spending.
At the same time there were promises of lower taxes with 1 percentage point to be lopped off the top 27 percent income tax rate and a vague commitment to study a goods and services tax, which economists say is need to expand the tax net.
"In approach I would not see any major departure in his (Najib's) approach to previous prime ministers," said Khoo Kay Peng, an independent political analyst. "We see the usual tiny populist giveaways alongside catching-up measures." Najib became premier in April to try to rescue the fortunes of the National Front government that in 2008 stumbled to its worst ever losses in over 50 years of rule in national and state elections and alongside promises to privatise state companies, his budget also showed political pressures.
FEW REFORMS
The budget allocated 11 percent more money for state workers' salaries in 2010, nearly one million people accounting for almost 10 percent of voters and a mainstay of government support. While Najib has liberalised some sectors of the economy and chipped away at rules giving ethnic Malays preferential economic treatment, there were few reforms on Friday."The most controversial issue is likely to be the government's method of achieving the target without significant cuts in government headcount or salaries," said David Kiu, an analyst with Eurasia Group, a political risk consultancy.
Economists warned that while the targets appeared ambitious, Malaysia's recent history of budget overshoots since 2007, during the global economic boom in which the country benefitted from high oil and commodities prices, meant delivery on the promised cuts would be watched closely.
The main spending cuts come from: 1. reduced operating expenditure, seen down by 13.7 percent in 2010 at 138.3 billion ringgit ($40.72 billion); 2. lower development spending, seen down 4.5 percent to 50.6 billion ringgit; 3. Further reductions in food and fuel subsidies which are seen falling 14.7 percent in 2010 to 20.9 billion ringgit. CONFIDENCE, DETERIORATION
The budget plans, obtained by Reuters on Thursday, drew a mixed reaction from credit ratings agencies, although they boosted both the ringgit currency and Malaysian bonds. The ringgit gained 0.6 percent to 3.38 per dollar while the yield on the 3-yr debt fell 1 basis point (bps) to 2.90 percent and the 5-yr yield dropped 3 bps to 3.83 percent.
While Moody's Investors Service said it had a "strong degree of confidence" in the government's ability to deliver on its budget promises, rival Fitch said that the planned deficit would merely "stem the deterioration" seen in recent years. "We would be looking at how the fiscal adjustments will be taking place and whether the measures are one-off or not," said Fitch credit analyst Ai Ling Ngiam.
While Malaysia's banks have remained strong during the economic crisis that brought many of the world's giants to their knees, its export dependent economy has been hit hard.
The government forecasts that exports in Asia's third most trade-dependent economy will fall 20 percent this year and grow by just 5.3 percent in 2010. That means the economy will grow by just 2-3 percent in 2010 after an expected contraction of 3 percent this year, a far cry from the 6 percent growth that Najib wants to achieve.
The government has tried to boost domestic demand with extra spending and loan guarantees worth 67 billion ringgit spread over 2009 and 2010. Najib said recently that additional government spending was running at a billion ringgit a month. ($1=3.396 Malaysian Ringgit)
(Additional reporting by Liau Y-Sing, Soo Ai Peng, Julie Goh, Niluksi Koswanage, Loh Li Lian, Umesh Desai and Jun Ebias in HONG KONG and Kevin Yao in SINGAPORE; Writing by David Chance; Editing by Neil Fullick)

Kerja Kita, Kerja Dia

Salam.
Hari jangan bicara pasal politik. Mari kita cerita pasal kerja kita. Pasal periuk nasi kita. Malamat kita dua, satu halal, kedua berkat. Bukan berapa banyak gaji kita dapat, bukan berapa banyak musuh atau pesaing kita dapat.
Kita selalu 'demoralize' & 'demotivate' bila nak pergi kerja. Tambah-tambah hari Isnin. Selalu kita rasa kerja kita itu 'boring' gila nak mampus. Kita lebih suka duduk bersuka-ria dan bergelak ketawa. Bekerja sambil bergelak ketawa tanpa 'stress' adalah cita-cita kita. Kita cemburu dengan orang yang kerja 'gomen', dan cikgu, padahal perit jerihnya hanya mereka sahaja yang tahu.
Dalam perjalanan ke tempat kerja selalunya, disepanjang susur Kota Damansara ke NKVE, ada sekumpulan pekerja membersih dan menyapu jalan. Bila aku memikirkan kerja mereka, dan membandingkan kerja aku sekarang, aku selalu terfikir.
Yang aku sepatutnya bersyukur, dan tidak merungut.
Dan, semoga bajet 2010 yang dibentangkan hari ini benar-benar bermanfaat untuk golongan seperti aku dan mereka.

Siaran Parlimen

Salam.
Aku ada masalah dengan visual siaran langsung parlimen Malaysia. kenapa nampak 'old-school' dan tersangat rendah teknologi-nya.
Channel @15 Astro lagi baik, dan lagi 'real-time'. Parlimen tempat kita menilai dan memberi markah kepada KPI wakil-wakil rakyat kita. Kalau wakil yang dipilih, duduk diam, tidur, menerawang, selalu lepak kantin, maka makan elaun butakah dia?
Dengar dulu bangunan Parlimen sudah di-upgrade RM 1 billion lebih. Kenapa tak 'up-grade' sistem siaran langsung itu sekali? Tak percaya? Sila tengok siaran langsung belanjawan 2010 esok petang.
Salam.

SPRM

Salam.

SPRM hari ini dikejutkan apabila pakar forensik Thailand, Dr. Porntip (Porn?) Rojanasunan mengatakan kematian TBH 80% disebabkan oleh "pre-fall injuries or homicide, rather than suicide".

Dan mengikut laporan The Edge, keluarga TBH melalui peguam belanya Govind Deo menimbangkan kemungkinan untuk menggali semula kubur TBH untuk post-moterm kali kedua. Kasihan SPRM. Baru nampak nak selesai, tiba-tiba ada u-turn.

Dan keluarga TBH pula, sungguh-sungguh benar mencari keadilan untuk TBH. Mungkin benar kata orang, setiap 'keadilan' itu adaharganya.

Moga-moga jadi pengajaran kepada SPRM. Setakat siasat salah-guna kuasa, salah-guna peruntukan, rasuah, janganlah sampai fizikal. Dan jangan pula buat pendakwaan terpilih.

Dalam kes TBH Lwn SPRM ini, apa yang dibicarakan? Punca kematian TBH ke atau Pendakwaan terpilih SPRM?

Salam.

'Dosa' Yang Berat Adalah 'Dosa' Melompat

BH 20/10/2009: Hasrat Ibrahim Ali sertai Umno akan dikaji: TPM Salam.
Siapa yang tak kenal Ibrahim Ali? Orang yang galak benar 'lompat-lompat' parti. Ibrahim Ali di zaman UITM-nya adalah pemimpin gerakan pelajar yang lantang. Namun, dia masuk UMNO dan dek kerana krisis Mahathir-Ku Li dia masuk S46, PRU13 dia bertanding sebagai calon bebas atas tiket PAS setelah digugurkan dari UMNO baru. Dan, berita diatas adalah berita basi.
UMNO pusat nampaknya menyambut keinginan Ibrahim Ali, sekali lagi. terpengaruh benar Ibrahim Ali dengan desas-desus perubahan yang dilaung-laungkan UMNO. Apa boleh buat, bagimana seseorang itu menjalani hidupnya tidaklah dapat kita campurtangan, hanya sekadar melayan sakit hati dan rasa menyampah. Selain itu, apa yang boleh dibuat lagi.
Yang berbeza, perspektif kita masing-masing. Jika secara harfiahnya, Pak Lah juga punya 'dosa' 'lompat-lompat' parti UMNO. begitu juga dengan Shahrir Samad dan Shabeery Chik. Namun, macam Isa Samad juga, dosa 'melompat' mereka sudah dibersihkan oleh UMNO.
Yang berpatah arang, berkerat rotan dengan UMNO setakat hari ini hanya Anwar Ibrahim. Mungkinkah Anwar, pada satu masa yang dizinkan, akan kembali ke pangkuan UMNO?
Salam.

Hari-Hari Tanpa Pergolakan Politik

Salam.
Sabtu & Ahad yang lepas amat menyenangkan. Nyaman. Sebab apa? sebab tiada berita politik. Ini di TV. Suratkhabar Utusan Melayu, sudah bertukar menjadi risalah parti, hanya layak untuk edaran dalaman. Apa punya tauke suratkhabar, terhutang budi apa yang sampai begitu sekali beritanya. Naik hijau mata. Namun tiada apa-apa untuk pembangunan agama, bangsa dan negara secara umum. Umum dengan maksud bukan hanya tersekat di kalangan orang UMNO, tetapi juga masyarakat Malaysia terbanyak.
Ada saudara-saudara dengar berita-berita yang bermanfaat untuk saudara minggu lepas?
Yang kencang, angin perubahan kononnya. Ini idea dalam tempurung. Katak semua dah keluar, tapi idea masih dalam tempurung. Sejak perpecahan Mahathir - Ku Li, UMNO secara dasarnya sentiasa dirundung badai perpecahan. Itu tandanya konsep perjuangan dan pegangan nilai dalam perjuangan sudah bercampur kepentingan peribadi. Dan, sedih untuk mengakuinya, dalam UMNO sekarang, kepentingan peribadi itulah matlamat. Rata-rata ahlinya tahu dan sedar, namun, mereka memilih untuk menjadi lalang.
Apa yang berlaku diluar sana, tidak diambil peduli langsung. Pada hari mereka bersidang, kadar pengangguran US menurun, dan ekonomi US masih merangkak naik. Jepun umum belum keluar dari kemelesatan. IMF kata, pembaikan ekonomi Eropa stabil, mungkin tempoh pulihnya lebih lama dari yang dijangkakan, iaitu pada lewat 2011. Palestine membentang pendakwaan jenayah perang di PBB, namun Israel laknatullah menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan Israel terkena serang juga.Pada hari mereka bersidang juga, matawang US jatuh merudum, dan emas juga jatuh takuk demi takuk.
Bilamana ekonomi menjadi fokus majoriti kerajaan dalam dunia ini, namun kerajaan Malaysia lebih seronok bercakap-cakap perihal lawak jenaka dan mengembalikan maruah dan berubah. Kita dipandang tinggi di dunia ini bila kita punya harta banyak. Dalam agama bila kita bertaqwa.
Kita sekarang, tidak juara dalam kedua-duanya, dan lebih teruk tidak berusaha kearah itu. Salam.

Kata - Kata Munafik

Salam.
Seperti biasa, bila kita berkumpul ramai-ramai, kita akan rasa seronok, megah dan cenderung untuk berlagak. tocang sama-sama naik. Tambah-tambah pula bila kita dalam 'mood' kemenangan, menang main bola contohnya. Ambil contoh Maradona, jurulatih skuad kebangsaan Argentina. Sejurus sahaja menang, dia tidak menuggu lama untuk memulangkan buah keras kepada media.
Disini juga, kita berkumpul ramai-ramai, pakai baju Melayu ramai-ramai, dan meraikan kemenangan ramai-ramai. Berjemaah. Bila berkumpul kita sering diperangkap sikap 'naik tocang. Tambah-tambah bila kita sudah 'menang'.
Kita akan suka bercakap, hu ha sana, hu ha sini. Dan kita cenderung untuk berkata-kata sebagai orang munafik. Dan lebih berat, ada pula munafik yang lain pegi sokong si munafik yang cakap tadi.
Orang yang mengkhianati janji adalah salah-satu ciri-ciri orang munafik. ini menurut Imam Ali R.A. berapa banyak janji kita, orang Melayu yang telah dikhianati oleh 'Parti Keramat' ini?
Tepuk dada tanya selera. Anwar yang dituduh banyak rasuah, Isa Samad, Ali Rustam pula yang kena gantung rasuah politik.

The Life

The Life / Present and Future / Now and forever
April. N. Counting

Malaysia PM failing to win back voters - Reuters

* Malaysia PM to set voting reforms in main ruling party * Concerns over corruption in UMNO remain * Political risk to remain elevated beyond next election * Malaysia struggles to win investment despite PM's reforms By David Chance KUALA LUMPUR, Oct 8 (Reuters) - Malaysian Prime Minister Najib Razak heads into his party's annual meeting next week promising reforms to stem corruption in a bid to reignite the waning appeal of a government that has ruled for 52 years.
Najib is also hoping for victory on Sunday in a safe state seat to stem a series of by-election losses his governing coalition has suffered since last year's poll debacle, in which it stumbled to record losses in national and state polls. The United Malays National Organisation (UMNO) will applaud Najib if a former Cabinet minister, sacked in 2004 for buying votes, wins the seat -- before they turn their attention to party reforms aimed at eliminating the kind of "money politics" and corruption that has long tainted UMNO's image.
Corruption has seen a generation of young Malays desert UMNO, the party of their parents, in favour of the Pan Malaysian Islamic Party (PAS), which promotes both an Islamic state and a strong anti-graft stance in this ethnically mixed Southeast Asian nation of 27 million people. Although Najib, who has enacted economic reforms to boost foreign investment, initially saw a spike in his approval ratings to 65 percent in July from 42 percent before he took office in April, those numbers haven't held up.
A poll by the independent Merdeka Center published on Friday showed Najib's rating had fallen to 56 percent in September and there are few signs younger voters are now embracing UMNO. "Now that another Malay party (PAS) is in power, they (UMNO) seem to be sabotaging them, creating all sort of problems," said Yusuff Ismail, a 35-year old sales clerk in northwestern Kedah state, one of the four states to fall to the opposition in 2008. "This divides the Malays more," Yusuff said. "More people will vote for PAS because at least we know they are cleaner." While Najib's economic reforms have chipped away at a three-decade old affirmative action programme that gives Malays, 55 percent of the population, preferences in company ownership, government contracts, education and housing, tough areas have not yet been touched. The government has recently been hit by a multi-billion dollar corruption scandal over the construction of a free trade zone in the country's biggest port. Critics have charged it has been covered up. "What worries me is that Najib worries there could be more (corruption) incidents in UMNO. Then it will be a problem he can't control," said a senior UMNO official who leads one of the party's 191 divisions, the frontline units of Malaysia's biggest mass political party. WEAKENED COALITION PARTNERS Najib also faces huge problems rebuilding UMNO's coalition allies who also lost heavily in the 2008 elections. The Malaysian Chinese Association, the second biggest government party, is mired in a leadership battle that will climax at a special party meeting this weekend. The Malaysian Indian Congress has just been through a leadership fight and shows few signs it is reconnecting with its voters after being annihilated in the 2008 elections. Ethnic Chinese account for around 25 percent of the population and ethnic Indians around 8 percent. Najib has sought to defuse racial tensions by launching a racially inclusive campaign called "1Malaysia", dismissed by critics as little more than a branding exercise. "The strategy is to pledge a yet unsubstantiated programme of '1Malaysia' while on the ground running campaigns based on the outdated model of race and money," Welsh said. The UMNO division leader does not see much chance the National Front will fare any better at the 2013 general election than it did in 2008, raising the prospect of a prolonged period of political uncertainty that will further unnerve investors. "I foresee there will not be a change of government, but it will not be a strong vote for both sides and that is bad for the country," he said. (Additional reporting by Razak Ahmad and Niluksi Koswanage; Editing by Bill Tarrant) ((david.chance@thomsonreuters.com; +603 2333 8033; Reuters messaging david.chance.reuters.com@reuters.net; bureau email areuters@gmail.com)) Keywords: MALAYSIA POLITICS/

Isa Samad: 'Hero' N9

Salam.
Akhirnya, Isa Samad, disebalik riuh-rendah, dan segala pro-cons yang dia bukan calon ADUN Bagan Pinang, dinamakan juga sebagai calon PRK Bagan Pinan. Tun M sepatutnya, menutup mulut. TPM & PM akhirnya tidak mampu untuk mengambil risiko diboikot dari dalam. Ali Rustam pun nampak bersemangat. Mungkin, lepas ini giliran dia pula.
Isa, berpeluang buat 'comebacks' macam Chua Soi Lek. Namun, Isa adalah calon yang punya isu. Isu yang sudah dibersihkan oleh UMNO. Ahmad Maslan yang kata Isa sudah dibersihkan. Oleh UMNO barangkali ya. Orang awam, Ahmad maslan kena banyak fikir dan cari maklumat lagi. Tetapi, memang perangai Ahmad Maslan cakap ikut suka kepala bana.
PAS, laluannya nampak sukar. Isa calon popular. Isa lama jadi MB. Isa mesra rakyat. Isa calon yang dalam bikinan buat 'comebacks'. Bagan Pinang bagi Isa, segala-galanya. Bagi UMNO pun segala-galanya, dan PAS juga segala-galanya. Mereka punya rancangan, dan kita tahu rancangan siapa yang akan terhasil.
PKR sekarang suka jadi kacau daun. Bagan Pinang nak kacau, Pulau Pinang nak kacau. Walau Isa Samad punya isu-isu nasional, percayalah, Hassan Ali juga yang kena bantai. UMNO kena banyak terima kasih pada Hassan Ali. Dan juga Yusmadi.
Aku rasa Isa menang.

Kenalkah Hassan Ali, Isa Samad & Ali Rustam Siapa Lawan Mereka Yang Sebenarnya?

Isu PAS Selangor (UG, Jualan 'beer' di 711, dan terbaru Selcat) kembali meletakkan Hassan Ali sebagai teraju utama. Hassan Ali perlu mengenal musuh hakiki. Jangan dilayan jerangkap samar dan telaga air itu sama. Walaupun nampaknya sudah selesai, Hassan Ali perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kesan dan kerosakkan dari kenyataan-kenyataan akhbar yang dikeluarkannya.
Dalam politik persepsi hari ini, sumber ketiga yang dipakai orang, samada blog, akhbar on-line dan teori sendiri-sendiri.
Untuk PRK Bagan Pinang pula, Isa Samad macam kena 'set-backs'.
untuk memahami semua ini, ada baiknya kita mengingati semula kejadian-kejadian turun-naik Naib-Naib presiden UMNO yang terkena sepak-terajang UMNO, 10 tahun kebelakang ini, terutamanya Isa Samad dan Ali Rustam.
Mula-mula Isa Samad kena tuduhan rasuah, datang satu lagi penggal, Ali Rustam pula yang kena. Isa kena di garisan penamat. Ali Rustam kena dekat garisan mula. Dua-dua hilang peluang panjat tangga takhta parti. Orang pun berkata ianya lumrah politik.
Mungkin Isa dan Ali pandang rendah kemampuan musuh. Mereka ingat mereka macam Elliot Ness, 'The Untouchables" yang mendakwa Al Capone. Entah-entah "Al-Capone" Isa dan Ali sudah tinggi dalam parti sekarang. Mungkin itu sebabnya Isa susah untuk 'Come-backs' dan Ali kena 'lay-low' untuk sebarang usaha-usaha diperingkat pusat dan berusaha untuk jadi orang yang bertaqwa selepas mendakwa TG Nik Aziz sebagai orang yang tidak bertaqwa di PRK Permatang Pasir yang lalu.
Soalnya, siapa 'Al-Capone' Isa dan Ali Rustam dalam UMNO?

Sempena Laporan Indeks Rasuah Oleh Transparency-International Malaysia (TI-M)

Salam.
Malaysia ini, secara asasnya adalah bermasyarakat majmuk. Walaupun Bangsa Melayu(BM) adalah penduduk peribuminya, namun kesan dek dijajah dan permuafakatan untuk kemerdekaan, Bangsa Cina (BC) dan Bangsa India (BI) diterima sebagai warganegara, disamping hak-hak keistimewaan BM terjamin, di tanah tumpah darahnya, walaupun majoriti BM ini tidak tahu-menahu langsung apakah dia hak-hak istimewa ini. Sama tidak tahunya BM ini kepada saham-saham bumiputera yang kononnya diperuntukkan kepada mereka.
Hak-hak keistimewaan ini dilindungi oleh sebuah jemaah manusia yang menggelarkan diri mereka UMNO. Dan, lihatlah cara mereka berpolitik untuk 15 tahun yang lalu. Mereka bukan sahaja tidak bertambah menjadi terhormat, namun terus-terusan menjadi jembalang hitam menakut-nakut, merompak, dan menzalimi hak-hak BM-BM yang lain, yang menindas, yang berat sebelah, yang menjual segala-mala hak-hak keistimewaan, tanah-tanah, projek-projek, kedai-kedai, syarikat-syarikat, dan saham-saham untuk mengeyangkan bukan sahaja perut mereka, namun termasuk juga perut saudara-mara, anak beranak, dan juak-juak mereka.
Inilah punca kenapa orang melayu punya krisis kepimpinan, identiti, akhlak, moral, agama dan ekonomi yang serius. Apabila jiwa kenegaraan ditumpaskan oleh jiwa keperibadian yang bersifat kesyaitanan, inilah yang terjadi. UMNO memomokkan majoriti BM yang lain bahawasanya BC dan BI sentiasa sahaja prejudis dan senantiasa bersikap opportunis atas apa sahaja 'kedaulatan' dan 'keistimewaan' BM, seperti kek ekonomi, pemilikan tanah, rumah-rumah, dan peluang-peluang perniagaan. Kalaulah benar sekalipun momokkan ini, percayalah, kita punya peluang yang lebih baik untuk menguruskan nasib kita sendiri daripada kita serahkan kepada UMNO.Kita telah berikan tanggungjawab ini 50 tahun yang lalu, UMNO hanya berjaya 25 tahun pertama sahaja. 25 tahun yang terbelakang ini, hanya dikumpulkan oleh UMNO untuk meneguhkan penguasaan poltical-governance-nya sahaja. Syukur masih tidak terlambat untuk kita mengubahnya.
P/s: Jangan ada sesiapa nak pertahankan yang UMNO itu tidak rasuah. Jangan rendahkan tahap intelektual saudara ke tahap itu.

Pemimpin Yang Banyak Mempengaruhi Cara Hidup & Cara Kita Berfikir; Tun. M

Salam.
Macam biasa, Hari Raya Aidilfitri (HRA) adalah masa untuk jumpa kawan-kawan sekolah. Yang bujang rasa muda. Yang dah kawin rasa bujang. Nikmat melepak sungguh tidak terkatalah sedapnya. Bila melepak, bertanya khabar ada dalam 10 ke 15 minit, dan 2 jam seterusnya adalah cerita politik tempatan, nasional, dan sedikit keagamaan, untuk basahan jiwa.
Yang banyak politik. Nombor 3 banyak, Nizar. Nombor 2 banyak, DSAI. Yang paling banyak, Tun M. Sumber perbincangan antaranya analisis sendiri, teori sendiri-sendiri, blog, suratkhabar kerajaan, suratkhabar online, Panca Indera masuk sikit-sikit, teori konspirasi sendiri-sendiri, persepsi sendiri-sendiri.
Entah mengapa banyak bincang pasal Tun M.
Satu pendapat dia baik. Ada kata Malaysia maju kerana keberkesanan merekabentuk kemajuan. Tun M satu dalam sejuta. otaknya genius. Perancangannya tersusun. Dia konseptual. Dia dinamik. Dia kuat membaca. Dia mahir meng-analisis. Dia cekap. Dia efisien. Dia efektif.
Dalam politik, dia diktator-style. dia pancung semua. tinggalkan pemimpin yang second class. yang 1st class semua dikuburkan. dia ada file x. sebab itu UMNO sekarang ada krisis kepimpinan. Ada lubang yang ditinggalkan. UMNO tiada succession plan yang betul. Political game-nya sekular. Dia membodohkan semua.
Dia sekular, ada isu sup tangan, sup kaki dan gillette.
Dia juga keliling satu tanah Arab dan separuh negara OIC untuk kata Malaysia negara Islam.
Dia tak pernah pergi singapore.
Dia tak mahu Isa Samad jadi calon UMNO Bagan Pinang.
Tapi dia pegi rumah terbuka M.Hassan, MB N9.
Kukunya masih intact dalam salur darah politik Malaysia. Itu Pakatan Rakyat (PR) kena terima. itu kawan-kawan, kita kena terima. Tun. M satu institusi. DSAI cuba meruntuhkannya, namun kandas. Tun Abdullah cuba mengesampingkannya, namun dia yang terkesamping.
Dengan Tun M, membujur lalu, melintang patah. Ada sebab kenapa umurnya panjang. sebabnya itu, biarlah kita sendiri-sendiri fikir.

Selamat Hari Raya Aidil-Fitri 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kepada semua pengunjung 'Risalah'. Mohon Maaf. Zahir Batin.

Sebagai Ahli Politik, Mengenal Diri Itu Penting

Bagi sesiapa yang bercita-cita berkecimpung dalam gelumang politik, ini ada satu nasihat yang sebaik-baiknya disemat dalam hati, dipasak dalam sanubari. kerana, menjadi seorang ahli politik itu, berat tanggungan amanahnya, besar godaannya, dan lembah kehinaan sentiasa menanti.
Jika ingin menjadi ahli politik, ada baiknya mengenal diri dengan sebaik-baik kenal. dengan mengenal diri kita akan mula sedar, samada kita, sebagai seorang ahli politik masih lafi relevan atau tidak dalam kancahnya.
politician yang tidak tahu samada dia masih relevan atau tidak dalam kancah mainstrean politics, cenderung kearah kehancuran.
Presiden MIC dan YB Isa harus mengenal diri dan berfikir tentang samada mereka masih relevan atau tidak.
Majoriti dengan power abuse, money politics,dan reward politics, bukan majority mutlak. Ianya corrupted majority.
Corrupted majority sampai bila-bila pun takkan dapat topple silent majority.
UMNO, MIC dan MCA harus berfikir perkara ini dalam keadaan telanjang. bertelanjang fikiran, bukan berfikir dalam keadaan bertelanjang. Ianya adalah dua perkara yang berbeza.
Sila faham baik-baik.

Dalil Akliah Kalau Kita bercakap Hal-Hal Sabar Di Bulan Ramadhan

Kenapa kita masih perlu berlembut? Entah. Inilah kelebihan bangsa Melayu. Sabarnya tiada batasan. Melayu, sabar. Saling kena mengena. Macam Brasil dengan bolasepak. Namun, perlu diingat, sabar juga bukan ukuran kualiti seorang Melayu. Sabar, dalam satu ketika satu kecacatan. Kecacatan genetik.

Hang Tuah memilikinya. Jebat juga memilikinya. Cuba timbang baik-baik sabar Tuah dan Jebat. Tuah sabar menerima musibah, walau musibah datang dari penguasa jahannam. Jebat juga bersabar, sudah lamanya dia bersabar, hingga ia bangun menetang penindasan, ketidakadilan dan kezaliman. Yang adil, disembah, yang zalim disanggah. itu laungan Jebat dulu. Dan, orang melayu bangga dengan laungan ini.

Orang UMNO suka sangat kalau hal-hal Tuah dan Jebat. Dalam UMNO banyak sangat perderhaka, pengkhianat, dan Hang Setia. Kasihan.

Dalam PAS banyak orang alim. Ulama.

Nampak tak perbezaan akliahnya?

Lagi-Lagi Perpaduan

  1. Mungkin kerana insiden kepala lembu, mungkin kerana pilihanraya kecil Bagan Pinang, mungkin kerana semangat Ramadhan, mungkin kerana ada 'survey' baru, mungkin kerana semangat satu Malaysia yang sudah mula berakar-umbi, UMNO, melalui DS Najib, menadah tangan menjemput PAS untuk perpaduan umat Melayu.
  2. UMNO secara 'sukarela'nya menawarkan perdamaian dan penyatuan utuh umat Melayu, demi untuk kebaikan orang Melayu itu sendiri. Namun, ada syarat. Syaratnya, janganlah dihina lagi UMNO. Tunjukkanlah UMNO ini sebahagian daripada kamu, wahai PAS, dan PAS itu sebahagian juga dari kami, UMNO.
  3. Dulu, UMNO kata pengkhianat Melayu ialah Anwar Ibrahim. Dialah orangnya yang memecah-belahkan umat Melayu. UMNO secara tak langsung mengakui sokongan kepada DSAI kuat. UMNO seharusnya 'memujuk-mujuk' untuk bergabung dengan DSAI dulu, baru memikirkan untuk bergabung dengan PAS.
  4. Mungkin, DSAI tahu tipu-muslihat UMNO dan perpaduan cara UMNO. Cara projek, cara rasuah, cara tindas-menindas, cara berpolitik dengan duit. Mungkin sebab itu UMNO tidak mahu menghulur salam perpaduan kepada DSAI. Sebaliknya, salam perpaduan dihulur kepada PAS. Sudah masuk kali kedua.
  5. PAS jangan cepat ghairah dengan salam tersebut. PAS masih hijau dalam 'game' gabung-bergabung ini. UMNO sudah punya game ini selama 50 tahun lebih. PAS punya istiqamah dalam perjuangan. UMNO punya sikap opportunis dalam berjuang. PAS-UMNO taakan boleh jadi orang-orang ansar dan muhajirin.
  6. Kalau PAS bergabung dengan UMNO, kemudian bergabung dengan PKR, orang melayu akhirnya mengamalkan semangat Asabiyyah yang tulen. Dan Allah (S.W.T) boleh sahaja menjadikan kita semua penyokong UMNO, tetapi yakinlah, kita akan tetap berselisih pedapat dan saling pecat-memecat.

Mempalit Lumpur, Jangan Terpalit ke Muka Mak-Ayah Sendiri

Dalam hal lembu, kuil, maki-makian dan bulan Ramadhan ini, orang yang jernih fikiran dan seimbang pertimbangan akal-nya, pasti dapat melihat kebenaran. Disamping kebenaran, ia juga barangkali boleh melihat permainan yang sedang dimainkan.
Sedarlah wahai satu Malaysia, yang dihangat-hangatkan kini didada akhbar, massa dan ruang maya kini, adalah permainan yang berlumpur, kotor, Busuk dan hanyir. Murahan. Bangsat!
Sebagai bangsa yang matang, kita sudah boleh bertoleransi. Dengan toleransi, kita boleh menegakkan agama dan bangsa kita ke mercu yang lain.

Qamar Bani Hasyim

  1. Sepanjang bulan puasa (kenapa kena bulan puasa?) Astro Oasis menyiarkan drama bersiri 'Qamar Bani Hasyim' untuk tontonan seisi keluarga. Running show pukul 2 & 6 petang, re-runs pukul 1130 malam. Kalau sesiapa yang rajin layan terawih dari Makkatul Mukarramah dan Madinatul Munawwarah (Kalau tak pi semayang terawih tak guna jugak), boleh sambung dengan re-runs Akademi al-Quran kat TV9.
  2. Drama berkisarkan sejarah perjuangan Rasul Junjungan (S.A.W) menegakkan syiar Islam dari kitab sejarah Bani Hasyim.
  3. Perangai kuffar kafir quraisy tu nampaknya ada sikit-sikit macam kat kadiaq pasemboq, Muh Sembap, Ali At-Taqwa dan Mah Bijan Malaysia.
  4. Wallahu'alam. Allah sahaja yang maha mengetahui.
  5. Ada kesempatan tengoklah drama Qamar Bani Hasyim ini. Jangan asyik terkinja-kinja 'Jangan Lupa Lirik Ja.

Ramadhan, Merdeka Dan Pilihanraya Kecil

Sepanjang bulan ke-9 Islam, Ramadhan, kamu mungkin boleh melakukan ini:-
  1. Kalau kamu habis terawih awal, boleh sambung mengikuti siaran langsung sunat terawih dari Masjid Jalan Duta oleh Radio IKIM.
  2. Alangkah bagus jika ada stesen TV yang siarkan secara langsung sunat terawih tersebut.
  3. Atau mengikuti siaran langsung sunat terawih dari Masjidil-haram, Mekah. Jika bernasib baik, kamu dapat mengikuti solat yang diimamkan oleh Sheikh Sudais, di TV1 dan TV9.
  4. Atau mengikuti siaran langsung sunat terawih dari Masjid-Nabawi, Madinah di Astro Oasis.

Dalam musim Merdeka, ada baiknya kita memikirkan:-

  1. Segala bentuk mak-nenek penindasan dan ketidakadilan yang dikenakan kepada kamu.
  2. apabila kamu berfikir, maka kamu akan sedar, siapa sebenarnya musuh kamu. mereka berwarna merah putih.

Pilihanraya Kecil N11:-

  1. perhatikan segala kacau bilau yang terjadi.
  2. Calon ada imej yang tercalar, isu isteri ke-2 pun belum selesai lagi.
  3. Rumahtangga dan politik memang senjata ampuh. Cuma tak sangka ianya akan didedahkan oleh PAS. Yang berbinikan kemboja apa cerita. Ustaz Rambut panjang apa cerita. Hal rumahtangga, UMNO-PAS macam ada persamaan.
  4. Mungkin boleh jadi kerajaan ahli suka kawin dua.
  5. Hai, dunia, dunia.

Tetamu Dari Iraq

  1. hari ini, telefonis menyampaikan pesan, "En. Lie, ada 'buyer' dari Iraq, mahu bertanyakan perihal belian baru, ke Iraq. Dia menunggu di bilik tetamu". "Ok, saya datang sekarang'. Orang Iraq, Bagaimanakah rupanya?
  2. Sampai di bilik tetamu, daun pintu diselak. berdiri dihadapanku, Abdoul Khalil Khaira'. Separuh Abad, wajahnya, entah mengapa, deritanya terpancar.
  3. "Assalamua'laikum, my brother", dia menyapa. "Wa'laikummussalam". "Ahlan-Wa-Sahlan". Ini Sapaan 'standard' kalau aku jumpa orang Arab. 'How is my ikhwan in Iraq?".
  4. Aku salah tanya, yang tiba-tiba membuatkan dadaku panas. Terharu. tiba-tiba ruang bilik tetamu itu jadi sepi. Derita sudah mengambil tempat.
  5. "Malaysia, is a grateful country". "We will never see this kind of peace again in Iraq." Apa yang boleh aku buat, melainkan tenggelam dalam kesedihan dan ratapan perasaan Khalil. Kasihan. Moga-moga rahmat Allah bersama-sama saudara-saudaraku nun jauh di Iraq.
  6. perlahan-lahan aku jadi sentimental.

Control & Power

We always want to be in control. But, what is control?
In control means we are equipped with power. Power, basically ia a degree of dependency. If 'a' is more depending to 'b' at any time, then it is agreed 'b' have more power and control towards 'a'. Under some circumstances, power and control which is intensily driven, creates and emerge as a power freak or control freak.
All aspects of life, either it is social, politics or economy prespective, the power and control is ultimate and absolute. If the power is corrupted, the it will be corrupt absolutely. If the control is abuse, then the control will be abuse ultimately.
So, if you're feeling very powerful and very in-controlled, please have some mercy.

Jalan Raya

  1. Jalan raya sama juga dengan lagu 'batu' oleh Sweet Charity. Merakam peristiwa dan keadaan. Jalan dan batu jalan sebagai saksi zaman. Cuma ia tak bercakap. Bila ia tak bercakap, ia tak boleh dijadikan saksi di mahkamah. Tapi jangan salah anggap, saksi tak boleh cakap tapi sifat sama macam batu ada juga yang pernah turun-naik mahkamah. tilam, contohnya.
  2. Antara yang disaksikan oleh jalan-jalan dan batu-batu jalan itu adalah perarakan. Dan juga demonstrasi. Demonstrasi emosi. Ada yang kata demonstrasi itu tempat melepas demon yang stress. Masalah dalaman. Masalah kejiwaan.
  3. Dan, sebagai layaknya rakyat yang prihatin dan bermaruah, demonstator-demonstator akan turun ke jalan-jalan tanpa jemu, demi perjuangan untuk kemerdekaan fikiran, jiwa dan emosi, dan juga demi kesucian keadilan. Ya, dunia kini semakin tidak adil. Bukannya dunia dulunya adil, cuma sekarang semakin nampak ketidakadilannya.
  4. Tuhan itu adil, khalifah yang diamanahkan tuhan untuk menjaga bumi dengan keadilan itulah yang membuang sifat adil dalam diri mereka sendiri. Lalu mereka menjadi penindas dan penakut, penakut yang takut dengan ketakutan yang mereka sendiri cipta yang bersifat entah apa-apa. Takut kena siasat SPRM, contohnya.
  5. Dan, kerajaan juga boleh membuat duit dengan siri-siri aktif demonstrasi kebelakangan ini. Kerajaan boleh membenarkan siri-siri demonstrasi, dengan syarat, penganjur perlu meletakkan deposit. Berapa? ikut kadar kerajaanlah. 80 kali guna tol boleh 20 persent diskaun, inikan pula demonstrasi. Sebaik-baiknya, jangan ada diskaun. Baru payah sikit 'organizer' nak 'rally' demonstrasi.
  6. Kemudian buat ikut lokasi dan waktu puncak. Kalau ada masa-masa inkues, tuduhan-tuduhan yang separuh gila, kerajaan boleh menaikkan rate demonstrasi.
  7. Kalau tengah K.L, aku congak RM 10 juta pun pembangkang bayar. Pantai Morib aku rasa murah sikitlah, walaupun lepas demonstrasi, demonstrator-demonstrator boleh lepak barbeque, mandi laut. FRU pun tak payah nak buat air pemedih mata, boleh guna air laut. Jimat! Jimat!
  8. Kita satu Malaysia, nak lawan-lawan buat apa. Kita ada hak dalam demokrasi, gunakanlah sebaik-baiknya.

Beras: Ramai Yang Terkejut Bila Cina Hong Kong Punya Saham Terbesar Dalam Bernas

  1. Ini lagi satu perkara paling mangkuk dilaporkan oleh akhbar hari ini. Semua orang, semuanya 'konon-konon'nya terkejut dengan penguasaan 37% syarikat Wang dalam Bernas yang menjaga bekalan Beras nasional.
  2. Itu yang dah terjual ke orang asing. Yang sama-sama sendiri songlap, tutup ramai-ramai, entah ke mana. Rakyat boleh buat inkues sendiri. Macam inkues TBH.
  3. Inkues dalam kepala sendiri lebih baik. Dalam aasyik buat inkues sendiri-sendiri, timbang-timbangkan pengaruh Chan Ho Nam dalam syarikat Hong Kong itu.
  4. Jangan timbangkan Don Corleone, Don Corleone tak main beras, dia main 'entertainment' dan 'Poltician & Judges'.
  5. Like a dime and nickel in your pocket.

To Money Borrower From Money Lender

Dear Money borrower;

I've prepared. I have never been too sure until now. I'm afraid. Really afraid. Terrified actually. But i manage to put myself together. Sorry, it's get personal this time. Really personal.

I'm looking for answers. I do not like to be left in guessing. When i start guessing here and there, i will end up wondering. When i start to wonder, most likely i will wasting my time, my thought and my emotions.

So, my dearest money borrower, I do appreciate if you listen. Above all, to understand. Avoiding is not a solution. We need to discuss.

I you agree to pay, please let me know.

I you do not want to pay, just ask for a waiver.

Regards;

Money lender

Would You Be The Other Guy

  1. Many of our girlfriends, special one, wife-to-be, love-of-my-life-kind-a-girl, sometimes, could be quite demanding. We have been asked to be like this, to do like that, to speak only this, to wear a kind of this, to make us felt better of ourselves. Do they?
  2. and, we as a responsible gentleman, follow without question. As time passes by, we feel a bit discomfort in ourselves. Girls do hope her love ones to change. Unfortunately, they never change, they just tolerate.
  3. And, when the component of tolerate is breaking-down, the toleration itself follow. Guys always follow its habit.
  4. Then guys, by the time your love one say, i would be lucky if you'll be like this guy, that guy, statistically there'll be dead end with you and her.
  5. Do not tolerate, and do not change. you'll never be the other guy.

Love: The Meanest And The Deepest

  1. Once upon a time, there is one guy living alone in a city. it has been 5 years since the girl of his life left him for another man. He really thinks his girl has make a terrible mistakes by choosing that man,instead of him.
  2. He is prepared to give it all, yet he gain nothing at all in the end. Poor guy. Until now, whoever outthere find a chance to talk to this guy, they will sense his undying love, which is he always quote, 'forever n ever'. What a stupid guy he is.
  3. Love can be very strange. painful. mean. wasting everything.
  4. But, we still can feel the love to the deepest.
  5. Strange, No?

Panglima Melayu (PM) Dan 85,000 Pengguna Tol-Nya

  1. Panglima Melayu (PM) Dan Timbalan Panglima Melayu (TPM) kini punya sebab untuk bersorak dan bersorai. Satu, kerana lulus ujian pertapaan 111 hari dengan tamat sempurna hikmat ber-sebelas. Hikmat yang terbesar adalah hikmat guna-tol-pulang-balik-20-persen-nya. Sungguh baik cadangan dan ilham ini.
  2. Manakala, TPM pula sibuk bertapa dan berlatih secara praktikal untuk memecah-belahkan pokok ciku yang utuh. Walaupun TPM itu gagal untuk meruntuhkan pokok ciku itu, TPM hendak dikira menang juga, walaupun hanya tinggal 65 ranting kayu bermanek dan berurai-uraian yang gagal dicabut oleh TPM.
  3. Berbalik kepada cadangan pemberian faedah kepada 85,000 orang tadi, barangkali PM terlupa, yang mengguna tol sepanjang musim keraian adalah 1.7 juta orang. 85,000 itu dari 1.7 juta pengguna berapa kerat sangat? itupun hanya diberi 20 persence. sebahagian besar 1.7 Juta orang itu pasti menggunakan tol itu kurang dari 80 kali.
  4. Apajadah nak lalu tol sampai 80 kali sebulan. Melainkan terpaksa. Entah, makin tinggi duduk, makin mengecut tahap pena'akulannya, agaknyalah. Hanya Tuhan Maha Mengetahui.
  5. TPM, terima kasih kerana banyak berkorban sepanjang musim PRK dan yang penting, Kalah!!! Apa boleh buat, kalau tak sedar-sedar diri lagi entahlah.

Media Massa Ekstremis: Mencari kesederhanaan

  1. Media Massa (Mass Media) itu termasuklah apa sahaja bentuk komunikasi yang mampu menghantar mesej dari satu titik ke satu titik. Titik itu boleh jadi orang, tiang lampu, 'kuali Astro'. Medianya boleh jadi bahasa isyarat, bahasa tubuh, bahasa pertuturan, audio, visual, internet dan sebagainya.
  2. Dan, media setelah diuji sejak berabad lamanya merupakan satu alat propaganda yang paling utuh dan senjata yang paling ampuh. Untuk memusnahkan dunia, atau membaikpulih dunia, kuasailah media. Contohnya, penguasaan media oleh orang-orang Yahudi.
  3. Selepas ber-evolusi dan ber-inovasi, media semakin berkembang, maklumat dan mesej membanjir ke dalam masyarakat. Ia tidak dapat disekat-sekat dan dibendung-bendung. Jika ada pihak yang cuba membendung, maka ia sedang membuat kerja-kerja bodoh.
  4. Ini juga sampai ke Malaysia ini, dan sebagai bukti, masyarakatnya sudah dibanjiri maklumat. Semuanya sudah global. Politik juga begitu. Dek dengan kebanjiran maklumat ini, politik kita tidak lagi jadi politik teladan, tetapi lebih terarah kepada politik persepsi. dan malang, persepsi yang ditimbulkan sama pula dengan teladan yang ditunjukkan.
  5. Artis apatah lagi, bertambah hanyut dengan telnologi. Barangkali ini harganya sebuah kemajuan. Manusia jadi bingung dengan teknologi itu sendiri. Dulu, katanya orang sibuk mengata itu dan ini, sekarang bukan orang yang mengata, tetapi orang menengok sendiri ke 'you tube'.
  6. Namun, untuk mencari sebuah media yang benar-benar bebas, yang tidak berat sebelah selarang amatlah sukar. tengok akhbar dan web-portal pro pembangkang, himpit rapat kerajaan. Kalau tengok pula yang pro-kerajaan himpit pembangkang bagai nak gila. Web-rasmi kerajaan pula nampaknya 'semak' dan terlebih 'tidur' untuk membetulkan persepsi. Orang suka kepada bukti, data dan angka. Bukan yang dimanupulatif, tetapi yang benar dan rasional. Disitulah ruang untuk aktiviti media yang benar-benar bebas.
  7. Media terbesar yang ada di Malaysia ini rata-ratanya dimiliki oleh parti-parti politik, didanai oleh parti politik dan si simpati kepada parti politik. Oleh sebab itulah media kita ini nampak sangat diunggun apikan oleh berita-berita politik.
  8. Mereka ekstremis, bukan moderat dan dan bersederhana dalam melaporkan berita, maklumat ataupun pengetahuan yang kita mahu.

Transformers: Revenge Of The Fallen

  1. Akhirnya, dengan segala 'vibe' dan strategi pemasaran yang kompleks dan licin, Transformers: Revenge Of The Fallen dibuka tayangannya hari ini. Hujung minggu ini bakal menyaksikan pawagam-pawagam seluruh tanahair (Pawagam majoritinya ada di K.L ) akan penuh sesak.
  2. Revenge Of The Fallen ini adalah bayangan untuk sengketa lama makhluk robotik organik sejak berkurun-kurun lamanya. Kisah persengketaan ini macam biasa dengar.
  3. Cuma dalam Transformer tiada plot untuk membentuk kerajaan Perpaduan. Yang ada hanya persengketaan abadi, kasih yang takkan mungkin terjalin lagi. Mungkin lama-lama kita akan tahu, apakah sebenarnya dosa Optimus Prime kepada 'The Fallen'.
  4. Tidak diberikan gambaran berapa kos peperangan robotik-organik ini sepanjang kempen 'aku-kusnahkan-kau, kau-musnahkan-aku' berlangsung.

Kerajaan Perpaduan: Paksi Perjuangan Jangan Sekali-kali Di Kompromi

  1. Akhirnya, mana yang terang lagi bersuluh, mana yang jatuh, lagi ditimpa tangga. Begitulah keadaannya pasca idea Kerajaan Perpaduan (KP) yang begitu banyak mensensasikan iklim politik tanahair. Klik sini
  2. Yang pasti, bagaikan biduk yang lalu, kiambang bertaut jua. Yang terserlah adalah paksi perjuangan. UMNO dengan Melayu. PAS dengan Islam. Semuanya ciri-ciri penting survival Melayu di persada dunia. Perpaduan atas nama Islam itu lebih baik daripada perpaduan atas nama Melayu.
  3. Dan, yang mengkhianat dan menghancurkan melayu ke tahap hari ini adalah sekumpulan orang yang berjuang atas paksi Melayu, kerana mereka ditunggang gelojoh kuasa dan nafsu.
  4. Dan hingga ke hari ini, yang berpaksi Islam terus Istiqamah dengan seruan Al-Quran dan As-sunnahnya.
  5. Barangkali kita dapat menilai dengan sebaik-baik penilaian. Wallahua'lam.

Canggung Medonan: Peralihan Isi Hiburan Perdana Yang Perlu

  1. Setujukah kita dengan pandangan yang begini: Program-program hiburan kita kini amatlah canggung pengisiannya?. jawapannya, banyak bergantung kepada kesukaan bentuk hiburan kita, samada kita amat meminati musik, lakonan, komedi, romantisme, soap-opera dan sebagainya. Adakah itu sahaja? jika begitu, jelas apa yang dihidangkan oleh TV-TV kita adalah amat terhad.
  2. Agaknya, itulah sebabnya KERAjaan berminat untuk menyediakan satu saluran TV berunsurkan Islam, ala-ala Radio IKIM untuk memenuhi tuntutan keagamaan diri kita dan juga mempotretkan imej yang reaktif-sensitif KERAjaan. Hasrat itu boleh dibaca sini.
  3. Ini juga akan menimbulkan persoalan, adakah apa yang ditawarkan oleh TV kita kini kurang pengisian Islami-nya, dan jika ada pun ianya mirip kepada canggung medonan? Adakah banyak yang mengarut? Banyakkah yang sampah? Banyakkah propaganda yang dipacu oleh berapa banyak dana? dan semata-mata memenuhi tuntuan komersil?
  4. Tuntutan komersil secara lumrahnya hanya boleh jadi komersil bila ianya bercirikan hedonisme. Dan setakat hari ini, hedonisme adalah lawan kepada unsur-unsur ISlami dalam kerangka hiburan kita. Sekurang-kurangnya dalam tulisan ini.
  5. Contohnya, rancangan hiburan Jangan Lupa Lirik (JLL). JLL menawarkan pemilihan peserta secara rawak dan perserta dikehendaki mengingati lirik-lirik lagu yang dikosongkan. begitu juga dengan rancangan Tom-Tom Bak (TTB). TTb kononya mencungkil bakat anak-anak kecil dalam nyanyian dan satu rancangan yang baik untuk mengukuhkan keyakinan diri, keupayaan bersosial dan bergembira dalam suasana yang cukup gembira.
  6. Mengapa tidak, kita adakah satu rancangan yang mirip JJL, tetapi diubah daripada lagu kepada mengingati surah-surah Lazim, dari juzuk yang ke 30 itu, yang ada 38 surah itu. Tawarkan hadiah wang tunai, tetapi pemenang hendaklah menginfakkan hadiah kemenangan itu kepada badan-badan amal taua apa jua bentuk amal dan sedekah jariah. Itu pasti lebih baik.
  7. Juga TTB, mengapa tidak diajarkan anak-anak itu bacaan-bacaana mudah dalam sembahyang, dan juz amma. Yang pasti, konsep hiburannya sama, pengisiannya sahaja yang lain. Mengapa tidak?
  8. Kita mungkin orang yang kurang baik dan kurang ilmu agama, tetapi sebagaimana fitrah manusia, kita pasti boleh mengakui mana yang baik dan mana yang buruk. Itulah fitrahnya. Yang mengelak fitrah hanya orang-orang yang termakan bisikan syaitan. Wallahu'alam.

Breaking The Magician's Code.

  1. Sekarang, Astro AXN 701, ada siri mingguan khas 'Breaking The Magician's Code', yang mededahkan trick n Tales para-para magician's untuk tatapan umum dan membelah mulut kita dengan perkataan 'o, macam tu rupanya' apabila sang magician bertopeng mendedahkan trick n talesnya.
  2. Buat Ahli-ahli PAS yang sedang gundah gulana dengan idea Kerajaan Perpaduan sekarang, dicadangkan agar menonton siri tersebut untuk memahami dan membaca helah-helah politik dan jampi-jampi politik yang sedang dikenakan kepada mereka ketika ini.
  3. Diharapkan, Ahli-ahli PAS menjadi lebih bijak untuk meneka dan menjangka strategi lawan politik mereka, yang nampaknya terlalu advance untuk mereka, sedangkan mereka masih lagi lembap untuk menongkah dan bertindakbalas kepada strategi yang dikenakan kepada mereka. Ya, mereka sering diperangkap, dan amatlah malang jika mengizinkan diri mereka terperangkap sama.
  4. Dalam sibuk-sibuk isu Kerajaan Perpaduan, keluar pula cadangan untuk mengharamkan SIS. Bukankah seperti ada yang tak kena dengan cadangan ini, pada ketika lawan cuba memecahkan mereka dengan isu kerajaan perpaduan.
  5. Punyalah advance strategi politik lawan, sampaikan boleh membuatkan PAS pula yang 'under-pressure' untuk menjadikan kerajaan Perpaduan ini satu kenyataan dalam mahar yang amat mahal, iaitu menuju pecah dan belah.
  6. Lawan politik mereka kemudiannya menunggu dengan strategi pecah dan perintah, macam dulu-dulu.

Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS

Adalah sesuatu yang 'panas' dalam iklim politik Malaysia ketika ini adalah isu Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS. Dek kerana PAS baru sahaja selesai bermuktamar minggu lepas, maka perkembangannya PAS selaku parti tua dan lawan paling sengit kepada UMNO dan tempat berpayung orang-orang Melayu-Islam amat menarik banyak pihak. Amat menarik juga jika kita memikirkan perkara yang berikut:-
  1. Siapa yang lebih jujur dan beria-ia untuk kerajaan perpaduan? PAS atau UMNO. UMNO tidak memulakan gerak. Kalau pun benar ada pinangan UMNO ketika majoriti lemah di Perak dan Selangor pasca PRU 12, pinangan UMNO itu lebih kepada usaha untuk mengekalkan kuasa yang terlucut dengan bertopengkan penyatuan umat Melayu. Sedangkan Melayu tidak menolak UMNO, minoriti yang menolak BN.
  2. Siapa yang akan lebih untung dengan idea 'Kerajaan Perpaduan' ini? di satu sisi adanya UMNO, yang remuk dengan masalah dalaman, masalah rasuah politik, masalah akhlak dan sahsiah kepimpinan. Dan di satu sisi lain adanya PAS, yang dasar perjuangannya telah menembos tembok perkauman dan taboo keagamaan. UMNO sebuah parti yang flip-flop, hilang kuasa hilang semua. Sedangkan PAS yang istiqamah dengan tarbiyyah Islamiah, berpaksikan taqwa.
  3. Budak jahat campur budak baik, belum tentu jadi baik, tetapi budak baik campur budak jahat ada peluang jadi budak jahat, sebab 'peer pressure'.

Sekarang bukan masanya untuk PAS untuk berbaik-baik dengan UMNO. Ini masanya PAS bangun dan mendapatkan kuasa yang muktamad. Bila sudah dapat nanti barulah tawarkan kerajaan perpaduan kepada UMNO.

Kemudian, kerajaan perpaduan itu belalah dengan bersungguh-sungguh bangsa Melayu yang UMNO telah lupakan 25 tahun yang lalu.

Penyelewengan Dan Ketirisan Kontrak-Kontrak Lumayan Kerajaan

  1. Akhbar proksi MCA, 'The Star' hari melaporkan kos MRR 2 dalam 12 pakej pembinaanya dan pemulihannya berjumlah RM 880 juta.
  2. Juga, skandal penyelewengan PKFZ yang berjumlah lebih RM 10 Billion, yang sedang dalam siasatan suruhanjaya khas.
  3. PKFZ dan MRR2 adalah antara projek-projek lumayan Kerajaan yang sering dipertikai dan kontroversi kebelakangan ini. Mungkin dek kerana dasar ketelusan dan konsep pengurusan 'Rakyat di Utamakan', projek-projek ini menjadi sedikit 'panas'. Agaknyalah.
  4. Kita juga perlu yakin, ada lagi projek-projek lumayan kerajaan yang masih banyak sedang duduk diam di 'lubuknya' menuggu dengan sabar untuk dibaham 'buaya'.
  5. Juga, kita perlu yakin ada banyak lagi projek-projek lumayan kerajaan yang kandas ditengah jalan yang tak siap tetapi di 'full claim' oleh pemenang tender dan kontraktor-kontraktornya. Ini persepsi, jadi mungkin betul dan mungkin juga tidak. Mungkin ada juga projek lumayan kerajaan yang sebenarnya tidak berapa lumayan, tetapi di 'naiktarafkan' jadi lumayan.
  6. Jadi, bila kita yakin dengan sepenuhnya akan perkara-perkara ini, adakah kita sepatutnya sedar yang tanahair kita ini sedang diuruskan oleh orang-orang yang buruk amanahnya?
  7. Mana-mana kontrak yang tidak amanah dan telus, adalah haram, ditambah pula dengan unsur rasuah. Ada lebih kurang RM 11 billion duit haram sedang berpusing-pusing dalam tanahair kita ini. Itu yang kita ketahui, yang tidak kita ketahui kita serahkanlah kepada Tuhan kita yang Maha Adil dan Maha menghukum.

13:41 28May09 RTRS-Q+A-Why is Malaysia Port Klang scandal important?

  1. KUALA LUMPUR, May 28 (Reuters) - Malaysia's government is to unveil later on Thursday an independent auditors report into the construction of a free trade zone in Port Klang, a project aimed at boosting capacity in the port.
  2. What started off as a 1.8 billion Malaysian ringgit ($516.2 million) project has ballooned into one which could cost more than 10 billion ringgit following an acrimonious pullout by the project's Dubai-based international partner. The issue raises the question of risk foreign investors face when doing business in Malaysia. It has been used to attack the integrity of the government by the opposition at a time when Malaysia's new prime minister is still reeling from losses in the 2008 general election.
  3. The port authority is due to release the auditor's report at 3.30pm (0730GMT). Some members of the ruling coalition have been pressing for disclosure to prevent the project from tarnishing the government's image. Transparency in the way Malaysia does business will be a major factor in whether it can attract much-needed foreign direct investment.
  4. WHAT IS PKFZ? - The Port Klang Free Trade Zone (PKFZ) started as a joint venture between the Port Klang Authority and the promoters of the Jebel Ali Free Trade Zone in 1999 to attract foreign investment and promote Malaysia's main ports situated near Kuala Lumpur.
  5. HOW DID THE SCANDAL UNFOLD? Land for the project was acquired by a company, Kuala Dimensi, whose shareholders include senior politicians from the ruling United Malays National Organisation (UMNO), the lead party in the National Front coalition that has ruled Malaysia for 51 years, as well as politicians from other Front component parties.
  6. The port authority reportedly ignored advice from the government chief legal adviser and bought the land from the company in 2002 for 1 billion ringgit, or about 25 ringgit per square foot, compared with the 3 ringgit per square foot which the company acquired the land for.
  7. The company was later awarded sole rights to develop the zone without competitive bidding. Kuala Dimensi later raised funds through the issuance of bonds backed by the Transport Ministry.
  8. PricewaterhouseCoopers was later called in by the Port Klang Autrhority (PKA) to prepare a report amid mounting public anger. PKFZ came under public scrutiny due to its escalating cost. Previously, the government had said the project would not cost more than 4.6 billion ringgit. On 5 May, MPs briefed by the authority told reporters that the cost of the project could exceed 10 billion ringgit.
  9. WHY DID THE FOREIGN PARTNER PULL OUT? Jebel Ali Free Zone Internation (Jafza), the Dubai-based company appointed to managed PKFZ terminated its 15 year-contract, withdrew from the project in July 2007, citing "strategic purposes". A newspaper report on Jafza's pullout, which cited documents relating to the project, said the separation was acrimonious and due among others to interference by politicians and others with vested interests.
  10. BOND LIABILITIES The Port Klang Authority (PKA) paid RM1.09 billion for the land to be settled over 15 years in a deal that was backed by a government guarantee and Kuala Dimensi sold bonds worth 1.3 billion ringgit. Kuala Dimensi sold 1.4 billion ringgit of bonds, again backed by a government guarantee to develop the site. Two more tranches of bonds with a total face value of more than one billion ringgit were then sold.
  11. POLITICAL DIMENSION - The heads of the PKA have all been senior leaders from the Malaysian Chinese Association, the second largest party in the National Front coalition. Among its board members, Kuala Dimensi has Azim Zabidi, who was a one-time treasurer of UMNO. Tiong King Sing is director of Kuala Dimensi and treasurer of the Sarawak Progressive Democratic Party, another member of the coalition.
  12. Also involved in the project are a former UMNO youth leader from Selangor state, Faizal Abdullah, whose father-in-law, Onn Ismail, is another influential figure in Selangor UMNO, was a former chairman of the cooperative that sold the land to Kuala Dimensi. (Reporting by Razak Ahmad; Editing by Valerie Lee)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...