dupavisitometer

(317) Anwar Ibrahim Dan Alibinya

Hari ini, En. Azlan, bapa kepada Saiful bukhari, mangsa kes liwat Anwar Ibrahim menghantar sepucuk surat semacam surat rayuan kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk mempercepatkan kes liwat anaknya yang tertangguh-tangguh.
Secara peribadi, kes yang memalukan itu seharusnya dipercepatkan, dan dengan proses pengadilan yang adil, maknanya dengan hak pendakwaan dengan hak pendakwaan, dan hak pembela dengan hak pembela.
cuma, mengikut fakta pertuduhan, saiful bukhari mendakwa di liwat di unit 11-5-1, kondominium desa damansara, jalan setiakasih, bukit damansara diantara jam 301 petang hingga 430 petang pada 26 jun 2008.
Apakah alibi anwar pada masa itu? kalau ikut cerita CSI-lah, asalkan pihak pembela dapat membuktikan anwar tiada pada tarikh dan masa dalam fakta pertuduhan, bukankah senang nak menang kes?
Kenapa sampai sekarang pihak pembelaan anwar ibrahim gagal membuktikan bahwasanya Anwar tiada dan tidak pernah hadir di kondo tersebut pada tarikh dan masa fakta pertuduhan? itu lebih daripada sibuk meminta itu - ini dari tim pendakwaan yang sememangnya takkan membantu mereka.
tidakkah ini pelik?

(309) Sekarang Baru Mahu Percaya Media Asing?

Zaman Tun mahathir dulu, segala bentuk media selain dari Utusan & Berita Harian (U-BH), adalah dikategorikan sebagai media asing. dalam period 97-2004, media asing memang dipandang serong. dek kerana, media asing pada ketika itu memang tak da keje lain, selain dari berkerja nak memburuk-burkkan kerajaan Tun M pada masa itu dan memeri ruang yang terlalu luas pada pembangkang (Anwar) yang memohon simpati masyarakat antarabangsa.
Jadi, sudah terpaku dan terpahat dalam kepala otak sekelian Melayu di tanah melayu ini, bahawasanya media asing ini kerjanya tidak lain tidak bukan hanya nak memburukkan-burukkan prestasi kerajaan semasa.
Media Asing ini banyak putar belit, mengambil sumber yang tidak tepat lagi meragukan. tambah satu lagi, suka sangat dengar tohmahan pembangkang. kalau sesiapa lupa, ingatkan kembali wawancara stesen TV Al-Jazeera dengan Zainuddin Maidin (Zam) iaitu menteri penerangan pada ketika itu yang menghentam Al-Jazeera kerana bertanyakan soalan dan rumusan yang kurang 'tepat' mengenai perhimpunan raksaksa bersih 4 tahun yang lalu .
Jadi, apa kena dengan Utusan petik sumber maklumat wikileaks yang bukan sahaja meragukan maklumatnya (Macam wikipedia) malahan ia boleh dikategorikan media asing pula. adakah sudah sampai masanya kita mempercayai MEDIA ASING?
Atau hanya fail-fail terpilih sahaja yang boleh dipercayai?
Utusan nampaknya sudah melanggar pantang datuk nenek UMNO! Utusan sepatutnya dikenakan tindakan, kerana menghasut dan menyebarkan kepercayaan kepada rakyat awam supaya mempercayai MEDIA ASING, dan siapa tahu, mungkin suatu hari nanti mempercayai BLOG!..Oh Tidak...

Wayang Melayu: Ngangkung

apa benda cerita ngangkung ni? satu lagi cerita lawak+hantu+melayu+mengarut+tak seram langsung ke? okey..mari kita cuba tengok. sokonglah filem melayu dan pelakon-pelakon melayu nak cari makan, walaupun 'towkey' nya david teoh (metrowealth). dari pandangan biasa, bajet cerita ni kurang RM 2 juta kot. jalan ceritanya simple, propnya simple, dubbing suaranya biasa-biasa aja, jadi, kurang lebih mungkin kurang daripada RM 2 juta. Kalau salah pedulilah, aku bukan produser filem.
Mungkin bayar promosi, tukang bagi 'up' cerita yang belanja lebih, manalah aku tahu.
Lepas tengok, dapatlah aku katakan:-
1. cerita ngankung ni, dekat sangat dengan hidup seharian orang melayu yang cetek ilmu agama Islam. atau lebih tepatnya, cerita macam tajuk muka depan metro. orang melayu yang kesempitan hidup (paling 'real' sebab maklumlah petrol dengan gula kan dah naik) yang cuba ambil jalan mudah sampai jadi taik nombor ekor, sebab nak cepat kaya. Kisah orang melayu nak cepat kaya ni, realitinya lagi lawak dari filem ngankung ni pun ada. Pak man telolah, batu delima tarik duitlah, ibu duitlah. Usaha tak nak.
2. keluarga melayunya (Sam, angah, dan Azad) memang menghadapi kalau tak 80% masalah masyarakat melayu semasa, sekurang-kurangnya 50% lah. tak cukup duit, isteri yang demanding, dan paling penting, kurang usaha tapi cepat kaya. paling cepat nak kaya dengan situasi semasa, dengan projeklah, dan inilah kekurangan cerita ngankung ini, takda watak YB. jadi, masyarakat menyelesaikan masalah sendiri-sendiri, tanpa bantuan YB. tidakkah mereka sedar, kita ada saham bumiputera, scaling harga tanah dan rumah murah untuk bumiputera dan juga biasiswa untuk orang melayu. oh, itu dah lama tak da, yang ada hanya PTPTN 3% faedah.
3. Hantu, hanya sekadar nak sebut, orang melayu ni memang suka benda-benda tahyul dan bongok, sampai tak cukup ke buku seram, majalah mustika, drama tv, sampailah hantu ni nak dibawa ke filem. tak sangka, meniaga hantu pun boleh kaya zaman sekarang. nampaknya, tema filem macam nak kebelakang, bukan nak ke-depan. padahal, tiap-tiap PFFM ke apa jadahnya riuh nak bawa fiolem melayu ke persada antarabangsa. nak bawa apanya dengan cerita hantu tu bang oii!? korang nak compete dengan thailand ke nak compete dengan Iran? semua mengaku filem iran bagus, memang layak di persada dunia, tapi taknak pulak bawa tema iran, balik-balik bawa tema Thailand. dah la berbelas tahun bawa tema hong kong?
4. pelakon? sam macam biasa tak pernah mengecewakan. cuma kontrol macho dalam cerita ni aku tak faham sangat. mungkin nak buktikan watak sam ni seorang yang berpendirian teguh. entahlah. pelakon lain, yang aku kenal angah RL dengan azad jer. tu pun sebab azad masuk melodi baru-baru ni, kalau tak haram aku nak kenal. yang lain, aku tak kenal, atau kenal ta[pi lupa. kalau aku kenal p[un, tak dak guna. serupa macam tak yah kenal. hahahaha..
kesimpulannya, kalau nak tengok cerita tak payah fikir dalam sangat (itu pun satu statement pada orang melayu melalui filem jugak tu, malas berfikir) dan santai, bolehlah layan ngankung. ada part-part yang apda aku lawaknya menjadi.
Setakat paper khamis, ngankung dah kutip RM 6.9 juta. tayangan musim cuti sekolah selalunya tak mengecewakan. lawan dengan hantu kak limah mamat khalid. biarlah, teruskan meyokong filem melayu, dan berfikirlah sejenak tentang apa nak jadi dengan masyarakat melayu yang digambarkan dalam filem tu, atau setidak-tidaknya berfikirlah kenapa mereka (produser-produser filem melayu) sanggup nak buat filem macam tu.
harapnya, tahun 2011 nanti, tak da dah orang cari makan dengan jual hantu. seeloknya juallah nilai kemanusiaan dan realiti hidup malaysia sekarang, setidak-tidaknya alam politiknya. bukan setakat musikal kat Ib sahaja.
Jangan terpengaruh dengan review aku ni, sebab duit korang, korang sendirilah belanja.

MAZA : MUHARRAM BUKAN BULAN NABI BERHIJRAH

Dalam dan luas ilmu serta rujukan Dr. Maza ni;

NKRA Dan Petunjuk Ekonomi Nasional

2010 bakal melabuhkan tirai. sepanjang tahun bertuah ini, banyak yang berlaku kepada ekonomi domestik kita, jika kita menelitinya atau merasa-rasanya sekali lalu. ya, banyak perancangan ekonomi makro, atau dasar polisi yang digubal, demi kompetitif dan daya saing ekonomi negara di persada dunia, atau lebih tepatnya global.
kita telah merancang untuk dasar ekonomi berimpak dan berpendapatan tinggi, liberalisasi pasaran modal, penjenamaan semula DEB, dan juga, yang paling menyentap jiwa, penstrukturan semula subsidi. selain dari penstrukturan semula subsidi, dasar atau polisi lain belum lagi memberikan kesan.
Dan kita bolehlah mula bertanya kenapa ianya tidak memberikan kesan?
Sebab, pertamanya, kesemua pelan ekonomi global itu, dananya tidak dipegang atau disimpan oleh isi rumah. maknanya, isi rumah kena keluar untuk mendapatkan keuntungan dari dasar -dasar tersebut. itu sebabnya, justifikasi keberkesanan dasar-dasar ini adalah berdasarkan angka-angka yang tiada kena mengena dengan kita, seperti jujuran ekport-import, indeks inflasi, defisit bulanan, jumlah FDI bulanan, pengukuhan ringgit dan sebagainya.
Yang kita sendiri tidak faham dan tahu benar samada dasar-dasar yang dilakukan dan angka-angka yang ditunjukkan benar-benar mencerminkan keberkesanan dasar tersebut. kalau syok sendiri pun, manalah kita tahu.
Dan, penstrukturan semula subsidi itu, tak perlulah kita bincang panjang lebar. betulkah rakyat didahulukan? didahulukan untuk menanggung bebankah kita ini?

PKR Dan Barisan Nasional

ada juga orang yang terfikir, perbezaan huru-hara dalam PKR dan huru-hara dalam BN hanya kerana rasuah atau lebih tepatnya sebab duit. PKR tidak cukup duit sumbat mulut orang atau ahli atau anggotanya yang buat bising, manakala lain pula halnya dengan BN.
Jika kita semua, terutamanya orang-orang melayu, masih percaya bahawasanya persada politik tanahair kini benar-benar mempunyai seorang atau sekumpulan pemimpin yang benar-benar berjuang dan sanggup mati demi prinsip perjuangannya, dan tidak kerana memperjuangkan lapar perutnya, maka percayalah, kita, orang-orang melayu akan terus ditipu, dan untuk kesekian kalinya akan ditakut-takutkan dengan survival kita sendiri.
pahit, tapi benar...

Risalah Karachi, Pakistan

Karachi adalah pusat commercial Pakistan. pusat pentadbirannya, Islamabad. Macam K.L dan putrajaya, mcam New York dan Washington D.C. Pakistan, adalah sebuah negara republik islam, sama macam Iran. tiada raja, hanya presiden.
Pakistan, atau Karachi khususnya, punya masalah menejmen berat. orang-orang yang berkelulusan BBA nampaknya kurang. untuk kata klise, Karachi masih sebuah kota yang menarik. briyaninya nomor satu. cakap nak briyani apa? semuanya ada. orang-orang Pakistan siang malam makan briyani. tak macam kita yang pagi makan nasi lemak, malam makan buah.
di sini, masjid syiah dan sunnah selang seli. syiah selalu aku nampak pegi masjid sunni, tapi sunni jarang-jarang aku nampak pegi masjid syiah. tak kisahlah, yang penting syiah dan sunnah okey sahaja nampaknya duduk bersama. cuma, ketegangan selalu muncul tatkala hari asyura. selalu ada perarakan. bila berarak, tak kiralah syiah sunni, mesti kena provoke.
masjid, kalau muat 40 orang, terus je semanyang juma'at. kalau penuh, nanti group satu lagi tunggu. habis salam, group satu lagi mula balik semayang juma'at. ini sesuatu yang baru. masjid takde pulak aku nampak jawatankuasanya. sesiapa sahaja buleh jadi Imam, BIlal dan Siak. selalunya yang jadi imam tu aku tengok memang layaklah.
oklah, sudah mau boarding. nanti update lagi.
Karachi International Airport - 15 oct @ 1055 malam waktu tempatan.

PMR, UPSR Dan Perkasa

Akhirnya, selepas berbulan-bulan melakukan kaji selidik terhadap orang ramai, kerajaan, melalui TPM Muhyiddin Yassin (Juga bekas cikgu) mengumumkan UPSR dikekalkan dan PMR dimansuhkan, atau ditambahbaikkan, sesuai dengan kehendak semasa sukatan pelajaran Malaysia.
Kasihan.
Itu satu perkara, satu perkara lagi, boleh juga kita fikirkan siapakah dia pihak yang diambil pandangan ini dan apakah jawapan mereka terhadap soalan perlu atau tidak PMR dimansuhkan? barangkali jawapan kaji selidik itu berbunyi begini:-
Pelajar: tak perlu PMR, tertekan untuk buat persediaan.
Cikgu: tak perlu PMR, kurang beban kerja.
Ibu bapa: tak perlu, kami dan anak kurang stress dan jimat belanja tuisyen.
pusat tuisyen: perlu terus, sesuai dan baik untuk bisnes.
pembuat soalan ujian: elok benar tiada ujian, boleh hasilkan soalan berkualiti untuk SPM.
buat keputusan popular memang senang, tapi implikasi masa panjang apa jadahnya pula?
Macamana nak kenal si cerdik dan bodoh di masa hadapan? suruh budak-budak ni bersaing untuk dan dengan apa? nak jadi angkasawan? lepas SPM nak hantar mana? Amerika ke Iran?
Perkasa ini lagi satu. dengar pangkat wira ada, hulubalang ada. geli tekak dengar. sibuk nak perjuang melayu. yang jual tanah rizab melayu kuala lumpur melayu. yang batal biasiswa, ubah jadi pinjaman melayu. yang gadai saham-saham orang-orang melayu yang kononya ada untuk orang melayu itu yakin sangat melayu. siapa yang ada akses untuk bolot harta orang melayu kalau tidak orang melayu sendiri.
kejatuhan pulau pinang dan perak zaman british dulu, bukan sebab orang putih beria-ia sangat nak tawan orang melayu, pembesar melayu sendiri yang terhegeh-hegeh nak minta bantuan orang putih, cagar tanahair untuk menang perang saudara dan jadi penguasa. sedarlah sikit perkasa, sibuk nak perjuang hak orang melayu.
kalau nak berjuang sangat, berjuanglah untuk menjamin semua orang melayu dikampung dan di bandar ni boleh beli rumah murah dan berpatutan harga, baru terjamin hak bumiputera. kalau tidak, tak payahlah nak menyalak bukit.
Nak pertahan budaya konon, makan pun pakai sudu. tengok jugak TV, kalau iya sangat nak pertahan hak kedaulatan orang melayu, tengoklah wayang kulit, dengar tok selampit malam-malam. jangan buat kerja bodoh pengaruh orang jadi sama ekstrem.
Gula naik, minyak masak naik, perkasa duk kat mana? nak berjuang konon. geli tekak la...

Luar Kawalan

Hitler, dalam perang dunia ke-2, tersalah baca akan faktor cuaca sejuk melampau, yang akhirnya menjadi satu faktor penting yang menentukan menang-kalah tenteranya untuk menguasai eropa. adakah hitler, benar-benar tersalah baca, atau mengambil mudah akan faktor cuaca sejuk melampau itu?
barangkali dia tahu, dan barangkali dia terus berdegil. jika ia berdegil, maka sifat degilnya itu telah dibayarkannya dengan hambatan kekalahan perang dunia ke-2 dan jerman itu sendiri akhirnya dipecah-pecahkan dalam sejarah moden dunia. dan, hitler kekal sebagai bangsat.
dan, pengajaran kekuatan faktor luar kawal ini seharusnya menjadi peringatan.
jangan tenggelam dengan sokongan, jangan tenggelam dengan kekuatan, dan jangan tenggelam dengan egoisme.
terutamanya dalam sistem sokongan demokrasi, yang jelas dimuka lain, ditangan lain. jangan sampai yang diseronokkan itu adalah sokongan yang berbentuk bermuka-muka.
dalam mood pilihanraya kecil dan besar yang akan datang, masih lagi punya waktu untuk memberikan yang terbaik. bukan menyerang dengan tidak ketentuan hala, bingitkan benda yang entah apa-apa.
jangan sampai tersalah baca kemeluatan orang terbanyak sebagai sokongan. merempat jawabnya nanti.

Bayangan Persis Macam Yang Itu

salam.
Hari minggu lepas cabang buat pemilihan. keputusannya, kecoh tak tentu hala. cuma tiada baling kerusi. cabar keputusan masih ada. kejutan kalah ada. kesangsian ada.
banyak calon heavyweight sudah masuk gelanggang.
untuk sebuah parti yang terbuka dan kononnya menjunjung perjuangan demokrasi taraf tinggi, adalah diyakini politikingnya tidaklah sekecoh ini, walaupun mengambilkira usia penubuhan PKR.
Status, perjalanan, jatuh, bangun dan cabaran yang telah dihadapi dan diuji ke atas PKR seharusnya mematangkan mereka awal, dan seharusnya menampakkan mereka bijak ber-demokrasi, bukan hanya berdemonstrasi dan ber-reformasi.
namun, keadaan terkini, saling tak tumpah dari parti serpihan, malahan makin kecoh. mungkin ada permainan media kiri dan kanan, namun petikan-petikan siaran akhbar calon pucuk pimpinan yang bertanding agak mengecewakan.
debu-debu 50 tahun nampaknya masih terlekat dan semakin pekat.

Peguam Dan Jenayah

aku punya perancangan lain untukmu micheal, ujar vito. mungkin seorang senator, senator micheal corleone. paling tidak pun, sebagai seorang peguam. jika rompakan itu dilakukan oleh 4 orang yang bersenjatakan pistol, dan seorang peguam bersenjatakan briefcasenya, nescaya, si peguam itu akan lebih banyak hasil rompakannya.
itu pendapat vito corleone, seorang godfather, ketua keluarga mafia dalam filem godfather tentang peguam dan jenayah. karya mario puzo ini, selaku penulis asal filem ini, memberikan gambaran tepat akan sangkut-paut peguam dan jenayah.
seorang peguam lazimnya arif akan permainan undang-undang. seorang peguam bukan seperti seorang judge dred, yang mendakwa sekaligus menghukum. kadang-kadang seorang peguam dipihak defendan, kadang-kadang dipihak plainitif.
banyak orang jahat dalam dunia ini, tetapi yang paling jahat adalah orang yang menggunakan akses kuasa dan kepandaian untuk melangkah melepasi batas yang sepatutnya, atas sebab terlalu mementingkan kehendak isi perut sendiri.
biarlah ini menjadi siri akhir peguam dan jenayah, dan terakhir sekali dalam rentetan jenayah kejam negara. kita wajib merasa selamat di atas tanah tumpah darah sendiri.

Iklan Tak Bertamadun TV3

Salam.
dalam keghairahan semangat '1 malaysia' (yang kita rakyat Malaysia pun masih beku dan jumud akan idea ini) yang ingin ditonjoolkan, nampaknya TV3 telah mendahului stesen-stesen TV lain untuk menjadi bengong dan secara sengaja telah menyalahgunakan konsep 1Malaysia ini.
1 Malaysia tiada kena-mengena dengan idea nak jadikan malaysia ini 1 agama.
Islam adalah yang tertinggi. Ianya akan kekal begitu, sampai kiamat.
1malaysia hanya slogan cita-cita yang ingin menyuburkan perkumpulan akan semangat kekitaan rakyat malaysia yang bermsyarakat majmuk, supaya keharmonian kaum Melayu, Cina dan India itu satu atas dasar nasionalisma dan budaya yang boleh dikongsi bersama, yang kurang prasangka, dan saling bekerjasama.
idea 1malaysia ini idea berat, sehinggakan ada politkkus nasional sendiri yang masih keliru dengan idea 1malaysia ini. kalau mereka faham akan gagasan 1 malaysia ini, tidakkan ada komen-komen sensitif berkaitan keharmonian ini akan dilontarkan dengan secara membuta-tuli.
Alih-alih, dalam suasana menyambut Syawal 2010, datang pula iklan aidilfitri TV3 (kononnya) dalam bentuk interpretasi perayaan krismas, dan deepavali. sungguh kurang ajar. bagi yang tiada asas bagaimana kami menyambut Aidilfitri, sila ambil nota ini.
kami menyambut aidilfitri dengan takbir dan tahmid, tanda syukur kepada Allah atas segala kurniaan-Nya.
miskin kaya menyambutnya dengan berpada-pada, sesuai dengan anjuran Islam. tanpa panjut, bunga api, lemang, dodol, baju raya, Aidilfitri disambut juga. kami menyambut syukur, bukan berlagak syukur. yang lain hanya pelengkap kemeriahan.
Hari besar kami ini adalah antara hari-hari besar Islam.
jangan cuba meletakkan Islam itu setaraf dengan apapun. ianya adalah idea kolot dan kotor, jika tujuan iklan ini untuk mengelirukan generasi islam tua dan muda malaysia.

Tycoon Dan F.F Coppola

The Sun melaporkan halangan MCA Ipoh Timur terhadap permintaan seorang jutawan untuk menduduki kerusi jawatankuasa Unitar (Unitar Council) dan menamakan sebuah 'asrama' unitar dengan nama beliau sempena sumbangan ikhlasnya yang berjumlah RM 30 juta untuk pembinaan 'asrama' di kampus utama Unitar di Kampar.
kata MCA Ipoh Timur "requests were not acceptable as they had “exceeded" the university’s jurisdiction and deemed an interference in the management of the university”.
macam-macam hal. miskin pun macam-macam hal, bila dah kaya pun macam-macam hal. ini cerita ada udang di sebalik mee rebus. senanglah kalau begini, bagi duit terus dapat jawatan. hasrat untuk menyumbang murni, tapi kelingking berkait macam ada benda yang tak kena. mengharapkan balasan untuk tambah prestige mungkin?
F.F Coppola, sah dicalonkan sebagai penerima darjah kehormat kesultanan perfileman hollywood amerika, iaitu Oscar, di atas sumbangan dan kecemerlangannya menempa nama sebagai pengarah baka ulung hollywood.
sekali lagi, badan pemantau standard industri perfileman multi-billion itu mengiktiraf F.F Coppola setelah beliau menerima darjah pertamanya untuk filem-filem klasik yang hebat, antara lain Godfather Trilogy, dan Apocalypse Now .
Berapa taksir kekayaan F.F Coppola ini?

Penghujung Ramadhan

salam.
suka atau tidak, Ramadhan sudah hampir benar sampai ke penghujung. Juma'at depan, insha'allah, kita akan menyambut Aidilfitri. Selagi ada masa, Ramadhan tidak pernah tidak tiba. yang mungkin tidak tiba adalah kita. Ramadhan akan datang dan pergi dengan segala pakej-pakej kebaikannya dan ganjarannya yang dijanjikan. Ini pasti.
Beruntunglah orang-orang yang mengambil peluang akan kebaikan-kebaikan ini.
apapun, manusia itu lemah, lupa dan lalai. mengharapkan semata-mata kasih sayang Allah, tuhan sekalian alam dan Maha Mengasihani.
untuk yang menjalani kehidupan baru, Ramadhan kali ini berbeza benar. yang terlihat hanyalah kesempurnaan dalam menjalani hidup, walaupun manis dan pahit itu berselang-seli.
datang pahit bersabarlah kita. datang manis bersyukurlah kita. datang dosa, mengelaklah kita. datang pahala, bersungguh-sungguhlah kita merebutnya.
Semoga aku menjadi hamba-Nya yang bersyukur.

Kampung Puchuk Kelompang

dalam satu sessi laporan harian istana negeri beringin rendang, sultan shahrul nizam telah bertanyakan keadaan kampung-kampung dalam jajahan beliau. yang mula-mula membuat laporan adalah kampung puchuk kelompang.
penghulu kampung puchuk kelompang telah melaporkan bahawa kampungnya tidak mempunyai apa-apa masalah, dan berterima kasih atas kebijaksanaan baginda dalam menguruskan hal-ehwal begeri beringin rendang.
ini, sistem laporan beraja ortodoks telah berjalan sekian lama. datang arus masa berlalu, corak laporan ini pun berubah, sesuai dengan kehendak zaman.
pada masa ini, tanah melayu ini masih lagi dalam peliharaan sultan masing-masing. turun kepada Pm atau MB, turun ke ADUN atau ahli parlimen, dan turun kepada ketua-ketua masyarakat. ia semakin kompleks dan bersimpang siur, sesuai dengan pertambahan populasi kependudukan negara ini.
cuma, laporan yang disampaikan itu tetap sama. semuanya berkaitan dengan masalah-masalah umum kampung dan kawasan. dan, pasti, sultan mendengar dan mahu memberikan selesaian yang terbaik.
masalahnya, rakyat mengadu dengan ketua atau wakil kawasan. (ADUN atau Parlimen). adakah rayuan dan laporan-laporan rakyat itu benar-benar sampai ke telingan sultan atau penguasa?
atau yang sampai itu hanya bodek-bodek baik punya dan cerita-cerita bisnes dan projek.
alahai semala mak nenenk wakil, jalankanlah tugas dengan jujur dan amanah. Contohilah penghulu kampung puchuk kelompang dibawah jajahan sultan shahrul nizam.

Perpaduan Melayu Lagi

entah apa sebabnya, tanpa ribut dan bersebab, orang-orang Melayu diingatkan kembali supaya bersatu. mungkin sebab kita dalam mood merdeka, perjuangan suci pembebasan fizikal penjajahan British (mentalitinya masih terjajah Kah?), atau sebab kita dalam bulan Ramadhan kareem ini, atau sekarang banyak musim berbuka dan bersahur, dari personaliti TV sampai ke pak menteri sukarlah untuk dipastikan.
Dan, untuk menambah perasa dan MSG (macam yang dalam maggi) MCA, Gerakan dan Perkasa menghangatkan lagi malam hening bersahur yang sedia hangat dengan 'remarks' dan kata-kata bodoh senditif dan sensitif yang terjurai di dada akhbar dan lidah media arus perdana, RTM, TV3 dan awani.
Dimanakah semangat perbincangan dan tolak ansur mereka sebagai satu Barisan dalam BN? barisan yang macammankah yang ada sekarang? Barisan batas ubi?
Entah lah. kita punya masalah yang lebih berat dari pergelutan kuasa yang kita hadap sekarang. kita punya masalah serius di tong sampah kita, bukannya masalah homeless yang bergentayangan, tetapi mayat bayi.
Pembuangan bayi adalah tanda jelas kita berhadapan dengan generasi muda yang berani, bodoh, dan jahil. dan kita, masih berpegang pada kuasa, dan bergantung kepada generasi muda yang berani, bodoh dan jahil ini. Apa bentuk sokongannya nanti?
Baik Barisan, baik Pakatan. kematian bayi itu tanggungjawab bersama. kita sendiri punya share macam share dalam Harakah, Utusan dan Star.

Ramadhan Yang Misterius

Ramadhan, adalah bulan yang misterius. di dalamnya ada perintah menahan makan minum, yang sebenarnya makan minum itu hanyalah alat, sedangkan yang benar-benar ditundukkan adalah nafsu dan keinginan buruk. keinginan membazir, dan berlebihan-lebihan dalam keperluan, contohnya.
Dan Ramadhan juga adalah bulan turunnya Al-Quran Kitabullah, yang penuh rahsia dan pedoman, sebagai cahaya penunjuk jalan umat sepanjang zaman.
Dan, di dalam Ramadhan juga terselit malam yang sebaik-baik malam, iaitu Lailatul-Qadar, malam yang dirahsiakan, kerana ganjaran amal ibadah dan kebaikan di dalam Lailatul-Qadar itu tidak terhitung.
Dan, Ramadhan juga mempunyai erti tersendiri bagi warganya yang berpeluang dan mencari peluang untuk meningkatkan diri. dan itu kekal menjadi rahsia agung, hanya boleh dirasai oleh orang-orang yang merasa.
dan, Ramadhan kali ini, kurasakan berbeza. dalam pahit ianya manis, dan dalam manisnya ada pahit. semoga dengan manisnya aku menjadi hamba-Nya yang bersyukur, dan dengan pahitnya aku menjadi hamba-Nya yang bersabar.
Sesungguhnya, segala urusan ukhrawi dan duniawi ku, sebelum dan sesudahnya, hanya kerana-Mu Rabbul-Karim. Malikkul Haq. Malikkul Qiyamah.

Belas Kasihan.

melihatkan perkembangan terkini, angka ekonomi suku tahun kedua 2010, inkues plaza masalam, buang budak, bunuh, eksiden, timbul rasa belas kasihan.
belas kasihan kepada mangsa yang teraniaya, tetapi semakin belas kepada pemangsa. mereka lupa mencari jalan pulang dan kembali ke fitrah. sesat dihujung jalan dan diawal, ditengah dan diakhir usia. hidup selalunya bertemu dengan dua pilihan. kiri dan kanan, baik dan buruk, tambah masalah dan penyelesaian masalah.
Mengapa mereka memilih untuk pilihan yang salah?
buang budak memilih untuk tidak berperikemanusiaan...
angka ekonomi memilih untuk tidak jujur dan manipulatif...
inkues memilih untuk memutar belit...
pemandu memilih untuk cuai....
alangkah baiknya mereka memilih satu pilihan yang tebal belas kasihannya.
alangkah!

The Promise

The Promise -

I didn't marry you because you were perfect.
I didn't even marry you because I loved you.
I married you because you gave me a promise.
That promise made up for your faults.
And the promise I gave you made up for mine.
Two imperfect people got married and it was the promise that made the marriage.
And when our children were growing up, it wasn't a house that protected them; and it wasn't our love that protected them - it was that promise." ~Thornton Wilder

Ramadhan Dalam Kenangan

sepanjang menjalani bulan Ramadhan (aku memanggilnya bulan puasa), yang selalu timbul dalam fikiran adalah kenangan-kenangan manis. contohnya, semasa kecil dan bersekolah rendah di tanah tumpah darah-ku, kg. rambai tujuh, kuala kangsar.
pada ketika itu, dalam darjah 3, jarang-jarang sekali tinggal puasa, sebab takutkan terlepas juadah yang amat 'mari' yang dibelikan oleh pakcik-pakcik. selalunya, dapur rumah akan sibuk menjelang pukul 5, bergantung kepada menu hari itu. selalunya, berat-berat dan jarang-jarang ada pada hari-hari biasa.
menu wajib selalunya murtabak, air tebu, dan kanji asli Kg. rambai tujuh. paling menyelerakan adalah murtabak. kalau hari itu tidak berpuasa, tiba masa berbuka kena duduk jauh-jauh, hanya sekadar melihat. sedihnya hati pada masa itu tidak terkenangkan. tetapi, itulah cara datuk dan opah mengajar cucunya akan nikmat sabar.
memang tertekan tengok orang berbuka, sedangkan kita diasingkan.
sehingga ke hari ini, di kuala lumpur ini, murtabak tidak dilupakan, dan juga bubur lambuk. seakannya, menu wajibul-ngunnah. tidak lengkap berbuka puasa tanpa bubur lambuk dan murtabak.
setiap kali menjamah murtabak ketika sayup-sayup azan maghrib berkumandang, selalunya perasaan sentimental timbul mendadak, terkenang kenangan lalu, dan juga rasa syahdu teringatkan emak dikampung.
apalah rezeki emak berbuka puasa hari ini?
Salam Ramadhan Kareem.

RAMADHAN KAREEM

Ramadhan Kareem. semoga kerberkatan Ramadhan yang mulia menjadikan kita manusia unggul, zahir dan batin.
Wassalam.

Kurang Minat

keinginan untuk menulis kurang. perlu menumpukan pada sesuatu yang lebih penting. mungkin yang terbaik dan terberat setakat ini. mohon dipermudahkan jalan. salam.

Kemelesetan Ekonomi Berganda

Malaysia mungkin akan berdepan dengan kemelesetan ekonomi berganda. itu komen Tun M yang baru pulang dari Uk baru-baru ini. katanya lagi, kerajaan malaysia pada ketika ini telah melakukan langkah-langkah perlu untuk menangani krisis ini, namun ianya (kemelesetan ekonomi berganda) adalah sesuatu yang diluar kawalan dan sukar diramalkan.
Tun M juga, sedikit masa dulu memberikan komentar masalah ekonomi USA pada adalah terlalu besar untuk Obama dan juga untuk PM Najib pada masa kedua-duanya dilantik ke puncak kuasa.
dan, realitinya, kemelesetan ekonomi dunia ini bukanlah dibawah kawalan sesiapa di dunia ini. yang ada hanya ketidakseimbangan. terlalu sedikit negara memiliki terlalu banyak kekayaan, dan negara yang terlalu miskin memiliki terlalu banyak hutang. ekonomi global tidak boleh dikawal, namun, ianya boleh dimanipulasi. manipulasi ini mengakibatkan orang menanggung hutang nyata dengan pendapatan yang tidak nyata. dan itulah yang dilakukan pak man telo internasional, sepeti skim madoff yang menawarkan tidak lain tidak bukan hutang yang nyata, namun pulangan hangus.
jika kita seorang peniaga, dan kita berniaga dalam pasaran yang berisiko, mungkin kita melakukan apa yang terdaya dalam kawalan kita untuk menarik pelanggan untuk membeli barangan jualan kita, termasuklah menganalisis pesaing, upgrade mutu barang jualan, tawarkan diskaun dan insentif belian, kurangkan kos (tarik subsidi) dan apa yang terdaya untuk memastikan setiap jualan ada untung.
Namun, jika pelanggan tidak datang membeli barang jualan kita walaupun ditawarkan dengan pakej terbaik, kerana mereka terlalu miskin dan terlalu berkira-kira, apakah yang dapat kita lakukan? bolehkah kita mengawal dan menyuruh orang membeli barangan kita?
mungkin boleh, tetapi pada harga pembeli, bukan harga kita. kadang-kadang, mungkin harga beliannya dibawah harga kos kita, dan akhirnya kita berniaga dalam rugi. dan selama manakah kita boleh menggung kerugian?
itulah hubungkait rakan dagang dan kuasa pasaran. dan, bayangkan peniaga itu adalah malaysia.
15416

Jambatan Bengkok Lagi

tidak semena-mena, jambatan bengkok kembali panas. idea asal oleh Tun M ini, yang dibatalkan pada pemerintahan Pak Lah dan kini ditimbangkan semula oleh pentadbiran Najib kembali bergema dengan kenyataan terbaru nazri aziz yang mana keputusan kerajaan kekal dalam pembatalan jambatan bengkok yang menghubungkan Malaysia-Singapura.
realitinya, Singapura yang memerlukan Malaysia, dan seharusnya Singapuralah yang beria-ia untuk berkehendakkan jambatan baru, dan bukan sebaliknya.
namun, mungkin kita tidak berfikir sejauh Tun M. mungkin ada galang ganti dan keuntungan yang bakal disemarakkan, khasnya untuk pelabuhan tanjung pelepas. perlu diingatkan, perdagangan melalui Singapura dilindungi oleh US dan UK, dimana para pengeksport akan menikmati kadar potongan cukai antarabangsa sekiranya barangan eksport daripada pelabuhan singapura.
Inilah kekuatan singapura sebagai negara dagang (trading country), yang banyak beza dengan malaysia selaku negara pengeluar (producing country). sekiranya Malaysia menikmati perlindungan cukai antarabangsa, pastilah kita berupaya untuk mengeksport barangan hasilan dalam negeri dengan lebih murah, kerana pegangan kos masih dalam kawalan malaysia.
berbeza dengan singapura yang mengeksport barangan siap. mudah kira, kita menjual harga kilang, sedangkan singapura menjual harga runcit.
namun, pembinaan jambatan bengkok ini juga akan menyemarakkan dagangan terus singapura-thailand untuk barangan-barangan harian perlu seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan. kelebihan nilai matawang singapura secara mudahnya akan menyerap kos penghantaran thailand - singapura.
Begitulah delima jambatan bengkok ini. satu perkara yang membebankan dari mula usaha pembinaannya hinggalah siap, jika diteruskan.
15384

invictus


francois (sebut: frensua) pienaar, kapten springboks, dalam filem semi-dokumentari 'invictus' memikirkan bagaimana seseorang yang dipenjarakan selama 30 tahun mampu memaafkan ketidakadilan yang dilakukan terhadapnya.
seseorang itu adalah pejuang penentangan dasar apartheid, nelson mandela.
filem ini dikembangkan dengan penuh berhati-hati. penuturan dialog-dialog 'sensitif' perkauman secara ajaibnya tidak melambangkan sifat rasis, sebaliknya menjelma perasaan simpati kepada pimpinan dan rakyat negara baru iaitu Afrika selatan yang menginginkan perpaduan.
Nelson mandela melihat springboks lebih penting dari sekadar sukan ragbi. ianya adalah peluang untuk seluruh rakyat afrika selatan bersatu dibawah paksi perjuangan dan bendera kebangsaan yang satu.
one game, one nation.
filem ini baik. filem ini toleran, dan filem ini memberi definisi tepat apa yang dikatakan pemimpin dan kepimpinan. (leader and leadership).
filem ini sekitar piala dunia ragbi 1995, dimana afrika selatan selaku tuan rumah yang underdog telah menjuarai kejuaraan ini dengan mengalahkan all blacks.
Filem ini telah diangkat daripada buku tulisan John Carlin yang bertajuk "Playing The Enemy: Nelson Mandela And The Game That Made The Nation"
Mandela berpendapat, seorang pemimpin itu, dalam apa keadaan pun perlu sentiasa mempunyai inspirasi dan sumber kekuatan. Baginya, caranya dengan mengambil kekuatan melalui pembacaan puisi. dan antara puisi-puisi yang diulang baca adalah karya William Ernest Henley (1849- 1903) yang bertajuk invictus :-
Out of the night that covers me,

Black as the pit from pole to pole,
I thank whatever gods may be
For my unconquerable soul.

In the fell clutch of circumstance

I have not winced nor cried aloud.
Under the bludgeonings of chance
My head is bloody, but unbowed.

Beyond this place of wrath and tears

Looms but the Horror of the shade,
And yet the menace of the years
Finds and shall find me unafraid.

It matters not how strait the gate,

How charged with punishments the scroll,
I am the master of my fate:
I am the captain of my soul
15364

Antara Politik PKR, Assunta Dan LCCT

Perkumpulan tagan-tagan PKR selangor minggu lepas, memberi gambaran ada sesuatu yang sedang berlaku diantara MB, khalid ibrahim dan mungkin Azmin Ali. akhirnya, ketua PKR selangor milik Azmin, dan pemerintahan autonomi selangor berpecah kepada 3 bahagian, iaitu tadbir urus ekonomi negeri (Anwar), tadbir urus awam (khalid), dan tadbir urus politik (Azmin), mengikut kata khir toyo.

Dan, setakat ini, pimpinan PKR yang berselisih dengan Azmin ali selalunya akan tewas dan tersungkur hina diluar parti PKR.

zaman UMNO dulu, ketua penerangan adalah juga MB yang selalunya menjaga hal-ehwal kewangan dan tanah negeri.

Sekarang, zaman PKR semuanya diasingkan. Ada cross-checking, kata khalid ibrahim. mana yang lebih baik? ideanya sama macam pemerintahan kapitalis lawan pemerintahan komunis, mungkin.

Tidak kisahlah pecah berapa pun, tetapi inilah bentuk politik yang mengecewakan rata-rata orang melayu. dulu berkumpul-kumpul orang melayu dalam UMNO, berpecah belah sebab ada kepentingan politik. Kemudiannya, apabila mood orang melayu sudah yakin PKR dan komponen-komponen lain PR umumnya boleh menjadi alternatif kepada UMNO, pimpinannya berpecah lagi dengan isu unity government dan terbaru, tadbir urus negeri selangor.

Pokok pangkalnya, orang melayu ini, pemimpinnya selalu benar berpecah-pecah. apabila dalam poitik sahaja kita sudah nampak pecah, jangan harap kita, orang-orang melayu akan bersatu padu dan saling sokong-menyokong dalam ekonomi dan hal-hal lain.

ada masa, sila-silalah buka mata apa yang berlaku di Hospital assunta, P.J, LCCT sepang. cuba lihat siapa yang menyokong siapa.

Maradona : Perjalanan Mencipta Keajaiban

maradona.
hingga ke hari ini, orang masih mendebatkan antara pele dan maradona, siapakah pemain tebaik dunia. kedua-duanya agung di persada bolasepak kelab dan piala dunia. keajaiban kedua-duanya sebagai seorang pemain, memukau dan mengagumkan.
namun, edisi piala dunia 2010, maradona datang sebagai seorang peneraju. dan ujian peringkat kumpulan berjaya dilalui dengan jaya, walaupun tidak terlepas dengan kritikan. dalam situasi bolasepak hari ini, asalkan menang sudah baik. corak permainan kira perkara yang kedua. pertamanya menang.
Mungkin sebab maradona, atau mungkin juga sebab messi, argentina umpama hidangan lazat untuk edisi kali ini. dan, argentina juga sebelumnya muncul sebagai salah sebuah pasukan pilihan edisi kali ini dan sehingga setakat ini telah membuktikan statusnya itu.
Cuma, jika ditakdirkan argentina muncul juara piala dunia edisi kali ini, dimanakah letak duduk maradona dalam masyarakat argentina selepas itu. maradona sudah mencapai taraf lagenda hidup bolasepak argentina. apakah yang boleh seorang manusia didewa-dewakan lagi, selepas dia didewa-dewakan sebagai seorang lagenda?
adakah kejayaan maradona itu nanti membenarkan teori-teori bolasepak masa kini yang mana percaturan pengurus itu lebih menyerlah dari keupayaan pemain di tengah padang?
sama-samalah kita tunggu.

Prioriti

Inilah masalah politik tanah melayu ini. mereka cenderung membetulkan kesan dari merawat punca. sibuk membetulkan sisi yang kurang penting dari menjuruskan penyelesaian kepada masalah asasi yang dihadapi.
sekiranya sudah berfikir-fikir hilang sokongan, yang dibetulkan adalah bagaimana caranya nak mendapatkan kembali sokongan, bukannya membetulkan punca sokongan itu boleh hilang. bagai membaiki rumah condong, yang beria-ia dibetulkan dinding dan tingkap, sedangkan yang betul-betul perlu diubah dan dibetulkan adalah pasak dan tiang rumah.
Contohnya; keinginan kuat berjudi itu yang patut diselesaikan, bukannya judi 'underground' dilesenkan.
Contohnya; keinginan kuat berkhalwat itu yang diselesaikan, bukannya menambah kakitangan jais buat serbuan.
Contohnya, keinginan kuat menyuap dan makan rasuah itu yang diselesaikan, bukannya menambah kakitangan SPRM.
contohnya, subsidi penuhkan segmen pendidikan melalui biasiswa, bukannya pinjaman dan membelanjakan duit pada tempat-tempat seperti istana, horse endurance tournament, lumba moonsoon, dan parlimen baru. barulah modal insan jurutera pembina istana, pelumba kuda professional dan skipper kapal layar yang agung, dan ahli parlimen yang berpelajaran dan sensitif dapat dilahirkan.

Ulama Masuk Parti

diberitakan akan ada ulama umum masuk parti. satu berita yang menarik. kerana dua sebab; pertamanya disebabkan oleh ulama itu sendiri, dan keduanya parti yang akan dikatakan akan disertainya. memang menarik. parti sudah umum. ulama tersebut, sehingga entry ini ditulis, belum ada kata muktamad. macam kerajaan sekarang, semuanya tidak muktamad.
parti tersebut sudah bermain politik psikologi. umum dulu. kalau jadi masuk bonus. kalau tak jadi masuk, entah apa bentuk press statement yang akan keluar nanti, kita sama-sama tunggu. kalau jadi masuk, satu political gain kepada parti. untung besar. imej akan naik, sokongan boleh diraih, banyak isu boleh pertahan. presiden pun sudah isytihar, ini masanya kita sama-sama berusaha menolak dakyah palsu membuta tuli.
Ulama itu pun bukan calang-calang orangnya. dia seorang strategis. sudah mula turun naik mahkamah. lawan institusi. muncul di sini, tetapi angin pula bertiup ke sana. semua orang berteka-teka. sebagai seorang ulama, yang memilih wadah perjuangan kepartian, apatah lagi dengan memilih parti yang itu, sekali lagi, adalah satu perkembangan lanskap politik tanahair yang memang menarik.
masing-masing punya strategi.sama-sama kita tunggu juma'at ini. doa siapa yang makbul.

Pencarum, Modal Dan Dividen.

semenjak kes sime darby, ramai yang bercakap macam auditor. kenapa yang ini, kenapa yang itu. semua nak bertanya.
tetapi, berapa ramaikah yang sedar, apa itu sime darby? sime darby adalah penjana ekonomi korporat kerajaan, melalui sayap pelaburan kerajaan, terutamanya PNB dan EPF. bungkusnya Sime darby bererti pelaburan kebanyakkan pencarum ASB dan EPF juga turut terjejas dari segi pulangan.
untuk kita prihatin ya. tetapi untuk terus menuding jari menyalah-nyalahkan sime darby akan keputusan pelaburannya, mungkin kita kena berfikir lagi.
Jujurnya, siapa yang boleh menjamin pulangan setiap pelaburan? dilaburkan perbelanjaan pendidikan kepada anak-anak, jika terus juga dengan keputusan peperiksaan yang kurang memberangsangkan, siapakah yang salah?
samalah juga halnya dengan sime darby. sime darby perlu terus melabur dalam projek-projek berimpak tinggi, demi mengaut untung pelaburan modal oleh pemodal (PNB & PF) demi pulangan yang baik kepada pencarum-pencarumnya dengan kaedah dividen.
Yang perlu kita prihatin, bukan projek pelaburan ratusan juta ringgit itu, tetapi cara ianya dilakukan, dan unsur-unsur kelabu pelaburan, sehingga yang tinggal hanya yang hitam-putihnya sahaja. ini kita boleh prihatin.
harus diingat, pencarum PNB & EPF rata-ratanya melayu, bukan satu malaysia. golongan peniaga tidak mencarum di EPF.

Polarisasi Kaum 1 Malaysia

Sikit masa nanti kita akan dibanci. kita akan masuk statistik umum negara. antara tujuan banci ini adalah untuk memudahkan kerajaan untuk memetakan polarisasi kaum-kaum di malaysia ini. tambahan pula kita sudah satu malaysia.
Selain dari polarisasi kaum, kerajaan juga akan mempunyai data akan pendapatan isi rumah. maknanya, dengan polarisasi kaum dan pendapatan isi rumah secara umumnya, kerajaan dapat juga memetakan kadar nisbah kekayaan mengikut bangsa dan polarisasi kaum. sifirnya mudah, polarisasi kaum mencetak kadar pendapatan isi rumah, secara umumnyalah.
tetapi, polarisasi kaum juga boleh kita saksikan di pusat-pusat membeli belah, sebagai contohnya di Kuala Lumpur ini, sekitar KLCC, Pavillion, SOGO, 1 Utama, The Curve, Uptown dan Ikea. itu samplenyalah.
jika kita setuju kadar polarisasi kaum adalah berkadaran dengan pendapatan isi rumah; apakah jawapan kita kepada soalan-soalan ini:-
i) siapa punya paling banyak kedai (taukeynya siapa?)
ii) pekerjanya pula rata-ratanya siapa?
iii) yang beli pula rata-ratanya siapa?
iv) yang window shopping pula siapa?
v) yang beli new arrival rata-ratanya siapa?
vi) yang beli sales 70% siapa?
vii) yang jual guna van rata-ratanya siapa?
ternyata, dalam bab ekonomi, dalam bab pemilikan kek ekonomi, dan dalam bab persaingan perniagaan semacam tidak wujud semangat satu malaysia.
dalam hal kuasa beria-ia benar hendak jadi satu.

Penguasa Lawan Saudagar

drama bersiri "aku-nak-kawal-barang-subsidi-engkau-tak-bagi-kenapa" akhirnya sudah hampir ke kemuncak drama. macam siri-siri drama spa q, adamaya dan nurkasih. cuma, siapa yang bakal menitiskan airmata masih menjadi persoalan.
kisah sebermula apabila terdapat rungutan 'kehilangan' bekalan gula di sekitar bandar-bandar di terengganu, lembah kelang dan johor. dan, sedikit pelik penyeludup gula tanpa semena-mena telah di berkas di tawau. yang kena tangkap di tawau, yang heboh kurang bekalan pula di semenanjung. interconnection para penyeludup nampaknya sudah bertambah baik, sudah first class.
walhal, kekurangan supply gula adalah berkaitan dengan pembentangan pelan pengurangan subsidi yang diumumkan oleh kerajaan. Samada kerana terpengaruh atau tidak cukup maklumat, ada usaha-uasaha menyorok barang kawalan tersebut andai pemotongan subsidi itu diumumkan perlaksanaanya secara serta-merta.
pelan itu masih belum muktamad dan masih dalam fasa pungutan suara umum. (Ini style baru kerajaan buat dasar - people involvement is very crucial!)
berikutan itu, timbul idea yang sangat bagus dari penguasa (ahli politik) untuk memusatkan informasi pengedar-pengedar dan peruncit-peruncit barang kawalan tersebut dengan memperkenalkan kaedah perlesenan wajib. ini bagi memudahkan tracking ketirisan bekalan dan melakukan pemantaun intensif, terutamanya menjelang musim-musim perayaan, hari raya akan datang contohnya.
Namun, dengan sepantas kilat juga, para saudagar-saudagar (towkey) membuat bising hingga sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa bersedia dan sanggup memboikot jualan barangan kawalan ini. kedai-kedai mamak satu malaysia sudah hampir panik. antara keluhan-keluhan yang didengari ialah kaedah perlesenan ini membebankan dan tidak relevan. sudahlah menjual barangan kawalan yang harganya dikawal, untung tidak seberapa, terbeban dan dipantau pula.
tarik tali ini berlanjutan, dan akhir-akhir ini nada penguasa mengendur sedikit demi sedikit.
gula, tepung, dan minyak memang barangan kawalan. namun, ia juga adalah barang keperluan. Apabila bercakap kurangkan makan gula, menambah kesihatan memang sedap diucapkan. tetapi, jika berkunjung ke kenduri-kendara, majlis-majlis keraian samada rasmi atau tidak rasmi, kalau minum sirap, makan karipap, jamah lauk pauk tawar semacam tidak berasa masam-manis, penganjur atau tuan rumah juga yang dikutuk orang.
jadi, harusnya ambillah pendekatan yang lebih realistik. tolong jangan buat tindakan atau cadangan yang terburu-buru. nanti susah nak tutup malu dan bodoh. sekali termalu dan terbodoh sendiri, sampai bila-bila orang ingat.
kalau dibuat lesen untuk setiap kilo gula pun, kalau sudah namanya penyangak, memang penyangak jugalah dia.
yang penting selalu-selalulah buat ambush pada bila-bila masa yang dirasakan akan ada potensi untuk berlakunya kurangan bekalan. ini seharusnya mudah, sebab kilang gula di malaysia ini bukannya banyak sampai berjuta. ada 6 buah sahaja. lebihan permintaan kita import dari brasil. bukalah satu liaison office di setiap pelabuhan masuk, laksanakan pemeriksaan pergerakan kargo secara intensif. apa salah?
fikir bagi ligat sikitlah pihak penguasa. jangan pakai intel celeron lagi. di penghujung hari, yang paling penting, bukan harga, tetapi kelangsungan bekalan.

Lagi - Lagi Lompat

Hari ini, ada lagi berita lompat. DAP. di negeri perak. menjadikan berita ini basi. tidak segempak dan segempita lompat yang dulu.
sedikit pelik, dalam desas desus ADUN BN yang akan melompat, ADUN PR pula yang lompat sana lompat sini. sebagai satu kalkulus mudah, walaupun 3 orang ADUN BN sebagaimana dilaporkan akan melompat, jika ianya terjadi, BN tetap punya majoriti mudah untuk terus memerintah negeri perak.
susah jadi YB-YB di negeri perak. dalam sibuk menjaga kepentingan rakyat, sibuk pula memikirkan kehendak melompat-lompat. bukan sikit anak pertaruhannya. masa depan karier politik yang menjadi pertaruhan. itu tidak mengapalah. namun soal integriti dan etika yang lebih menjadi pertaruhan.
Kepercayaan siapa yang dijunjung? majoriti terbanyak kawasan atau majoriti pemerintahan? Jika benar BN melompat sebagaimana dilaporkan, dan PR yang telah pun melompat, tetap salah dan menolak justifikasi dan suara umum dalam PRU 12 yang lalu.
melompat dalam proses demokrasi majoriti adalah halal. dan apa alasan pun boleh dijadikan sebab untuk melompat. kambing tak cukup rumput pun boleh jadi hal, kalau ingin melompat. namun, dari segi kemuliaan sistem demokrasi berpelembagaan yang diamalkan dan disuruh rakyat amalkan, ianya adalah halal yang haram.
sebaik-baiknya, turun, letak jawatan dan serahkan kembali mandat kepada rakyat. macam yang biasa diamalkan apabila seseorang YB itu meninggal dunia. melompat adalah sama taraf dengan meninggal dunia. dia sebenarnya telah 'mati' dalam politik parti yang diwakilinya. itu garis pemisah mutlak.
apa yang hendak kita jadikan pada sistem demokrasi kita ini? apakah yang ingin kita contoh dan tinggalkan untuk lipatan sejarah akan datang? bahawasanya sistem PRU kita itu hanyalah side-line, sedangkan yang sebenar-benarnya adalah majoriti yang melompat?
moga dihentikan permainan dirty politics yang sebegini. buktikan dan teladankanlah peribadi seorang wakil rakyat yang benar-benar khidmat hidup matinya menjunjung amanah rakyat.
ADUN Malim Nawar Keluar DAP : Utusan 15/06/2010

Biasiswa JPA dan Sensitiviti

isu biasiswa adalah isu sensitif. dan, apabila berita yang mengatakan biasiswa luar negara akan dihentikan, dipandang sepi oleh NGO-NGO melayu, termasuklah NGO paling hebat sekarang, Perkasa.
tiada semburan kata yang berapi-api dan penuh asid dihamburkan kepada langkah pemberhentian biasiswa ini. sebagaimana sepinya masyarakat dalam edisi penghapusan biasiswa peringkat sekolah menengah dan rendah dan juga hingga ke peringkat universiti tempatan.
semuanya dihapuskan, dan di komersilkan dan diperbadankan, sehingga secara tidak langsung memberi pendedahan awal kepada mahasiswa dan siswi untuk menjadi penghutang tegar, dan menjadi si muflis. dan, keluh-kesah ibu bapa dan sekolah akan perihal school fees, terutamanya yang duduk berasrama, tinggal sepi dan diam dibawah karpet.
setakat ini, hanya MIC sahaja yang bangun untuk mendapatkan penjelasan, bahawasanya apakah tindakan memansuhkan biasiswa luar negeri ini betul-betul akan dilaksanakan atau hanya sekadar cadangan? sedangkan yang lain, sibuk dengan hal remeh temeh yang secara mata kasarnya pun dapat dilihat adalah isu-isu personal dan sedikit politik kedendaman.
gagal meletakkan sesitiviti separa dengan isu-isu survival mereka sendiri.
walaupun telah dijelaskan bahawa ianya khusus untuk ijazah lanjutan, namun langkahnya masih kelihatan janggal. seharusnya, diperingkat mana pun, keinginan pembelajaran, seharusnya dipermudah dan disokong, bukannya disekat-sekat. diiikut ukuran mana ilmu ini seharusnya ada ilanjutkan atau tidak.
apakah pendirian kita akan pendidikan tahap tinggi dan lanjutan dalam bidang kosmologi dan robotik contohnya. duit sudah habis berjuta hantar angkasawan ke angkasa yang akhirnya menjadi penceramah ulung. pergi ke angkasa balik jadi penceramah ulung. titiknya tidak bertemu.
setiap keputusan seharusnya muktamad. jika tergantung, orang susah mahu bergerak.

Malang

Malang. england sekadar seri 1-1 melawan USA. Robert green terlucut. adat permainan, ada seri, ada menang, ada kalah. baru 1st game.

World Cup 2010

dalam setiap 4 tahun, pesta bola piala dunia singgah dan mencorakkan hidup peminat dan kaki bola. bolasepak adalah permainan mudah dan simple. cuma keazaman dan semangat juang sahaja yang merumitkannya.
jika brasil menjadi juara, maka brasillah satu-satunya negara yang pernah menang world cup di seluruh benua utama. dan jika mana-mana negara eropah yang muncul sebagai pemenang, ia bukan sahaja akan dinobatkan sebagai juara dunia, malah ia akan menjadi satu-satunya negara eropah yang pernah menang edisi piala dunia diluar benua eropah.
dan, jika mana-mana african continent yang menang piala dunia kali ini, ia adalah lakaran sejarah ulung kerana menjadi satu-satu dan pertama-pertamanya negara african continent yang menang piala dunia.
edisi piala dunia kali ini adalah era rooney, christiano ronaldo, torres dan messi.
dan, kita juga menunggu bintang muda yang hanya menunggu masa untuk menyerlah dan memukau jutaan peminat bolasepak dalam piala dunia kali ini.
selamat menikmati piala dunia 2010. sekadar makluman, astro sports sepanjang bulan jun july sudah jadi hotline. tidak percaya silalah telefon sendiri.

bankrupt nation?


hari ini bercangggah lagi. terbaru, kita tidak menuju ke'bankrupt'an sebab kita punya vast economic of scale dan sokongan ekonomi domestik yang stabil. begitulah lebih kurangnya. dan ianya belum muktamad.
ianya belum muktamad sebab subsidi proposal oleh pak menteri dulu masih lagi dalam fasa mengumpul maklum-balas rakyat. samada kita, rakyat bersetuju dengan proposal pak menteri atau tidak.
Pak menteri juga yang informed, tanah melayu ini boleh jadi the next greece, jika sesuatu tidak dilakukan pada perbelanjaan subsidi oleh kerajaan. tiada lain kerajaan dalam dunia ini yang tertanggung menanggung beban subsidi macam tanah melayu ini. nak membela dan memberi makan orang- orang melayu ini rupa-rupanya memang satu beban yang berat.
sekarang, cuma ada satu soalan. bankrupt ke tidak kita ni?
Subsidi isu sensitif. potong satu, runtuh semua. naik harga petrol, barang semua naik. kadang-kadang parking pun naik. naik harga gula, barang semua naik. caj jamban pun boleh naik kalau gula naik. Naik minyak masak, semua barang naik. agak-agak berapa kfc dengan mcdonald nak caj pelanggan. jangan main-main, kfc dengan mcdonald guna minyak masak sekali goreng sahaja, bukan macam kita dirumah guna dua tiga kali.
semua sekali nak bagi naik? nak kata hilang akal macam kasar sangat.
ini tanah melayu yang diberkati dan penuh dengan rahmat. hasil mahsyulnya SUBHANALLAH! cukup. dengan izin-Nya dan usaha kita Insha'Allah tiada sebab untuk tanah melayu ini bankrupt.
kecuali jika para pimpinannya bankrupt dengan nilai-nilai Islam dan moral. Bankrupt dengan RASUAH!

cuepacs dan rasuah 2010

pada siaran akhbar 02 june, presiden Cuepacs Hj. Omar Osman telah membuat satu press release yang kontroversi apabila mengesahkan 41% (418,200 orang) penjawat awam dikesan terlibat dengan rasuah. maknanya, hampir separuh penjawat awam yang majoritinya melayu makan rasuah.
Namun, kenyataan itu telah dibetulkan kerana terdapat ralat dalam laporan dan disahkan peratusan penjawat awam yang ditangkap dan kantoi dengan SPRM menurun dari tahun 2007 hingga 2009 dari 51%(2007) kepada 47% (2008) dan kepada 39% (2009). tangkapan perasuah oleh SPRM untuk tempoh 2007-2009 adalah lebih kurang puratanya 500 orang setahun.
Selain pembetulan di Berita Harian, Hj. Omar Osman juga muncul dalam slot 'kerusi panas' siaran bernama radio 24 (93.90 FM) hari ini, 3 june 2010. menurut Tn. Hj, penurunan ini menunjukkan penjawat awam semakin berintegriti dalam menjalankan tugas.
Oleh kerana slotnya adalah 'kerusi panas', maka perlulah juga kepada penaggilan-panggilan yang panas juga. antara komen-komen 'live' para pemanggil (yang hairan, kesemua pemanggil dari lembah klang!) adalah (yang sempat dicatit):
i) yang direkod tangkap memang sikit. yang terlepas, hanya Allah sahaja yang tahu.
ii) kadar tangkapan meurun bukan indikasi tepat. sepatutnya, lagi banyak tangkap lagi tepat.
iii) Kena terima hakikat, lagi canggih proses intipan, lagi canggih proses beri-ambil rasuah.
iv) data SPRM tak betul. sepatutnya kena check dengan businessman yang masuk tender /
projek kerajaan. ambil data berapa ramai yang kena bayar rasuah.
v) singkir elemen-elemen rasuah. semua urusniaga kerajaan buat tender terbuka.
vi) gaji penjawat awam kena tinggi sikit. supaya takde sebab nak ambil rasuah.
vii) penjawat awam sebenarnya kurang ambil rasuah. kena bagi insentif untuk penjawat yang
'clean record' atau yang mencegah rasuah.
viii) Staff SPRM pun tak cukup nak tangkap semua perasuah.
Itulah diantara yang sempat dicatit untuk renungan bersama weh!

Bantuan Gaza: Ini Bukan Kali Pertama

syukur alhamdulillah, kesemua 12 rakyat Malaysia yang menyertai misi bantuan Gaza selamat. halangan bantuan humanitarian ke Gaza ini yang dihalang bukan yang pertama. dan ini juga bukan yang terakhir.
bezanya kali ini, media kita ada ikut bersama. kita lebih merasa atas halangan kali ini.
dan, mesir tunjuk baik buka sempada rafah. sebelum ini kenapa ditutup dan di buka pada hujung minggu? hipokrit.

menongkah arus

benar. pantang dalam politik menongkah arus. kena ikut flow. work with the flow. kalau ke hilir, kehilirlah kita. kalau bercabang, bercabanglah kita. namun, hanya pemberani dan dilahirkan dengan besi berani sahaja yang mampu menongkah arus.
dalam politik kepartian dan bersumberkan kewangan, tukang riuh rendah memang ramai. tapi hanya yang berani sahaja yang akan tinggal berdiri menyatakan yang benar tetap benar, yang salah tetap salah.
yang benar tetap benar walau tiada orang yang praktik itu kebenaran. dan, yang salah tetap salah walau semua orang buat itu kesalahan. majoriti bukan ukuran benar atau salah.
sekarang, zaman generasi x sudah hampir matang. generasi xy tunggu masa untuk isi tempat generasi x apabila mereka sudah matang nanti. jika, mereka ini sama-sama menongkah arus, maka berhati-hatilah, kerana mereka ini sudah berani. berani untuk apa?
berani untuk bertanyakan kenapa? the why question?

Subsidi Dan Zabidi (Bukan Nama Sebenar)

Semalam, Zabidi (bukan nama sebenar) tengok berita TV, ada cerita pasal subsidi. lepas tengok, zabidi ambil masa untuk berfikir. habis 2 batang rokok berfikir, zabidi fikirannya menerawang jauh. Zabidi, rasa sebagai seorang rakyat biasa atau bahasa politiknya marhaen, rasa bersalah. rasa bersalah sebab banyak benar subsidi kerajaan yang zabidi telan.
Zabidi berfikir, layakkah dia mendapat subsidi? atau dia termasuk dalam golongan yang sepatutnya tak dapat subsidi tapi telan subsidi atau dia dalam golongan yang patut dapat subsidi tetapi sepatutnya boleh menolak subsidi kerajaan itu? Zabidi pening. Zabidi mana fasih pasal ekonomi domestik. dan juga ekonomi dunia.
Yang zabidi dengar, Malaysia ada risiko jadi greece. greece itu negaranya dimana pun Zabidi kurang pasti. Yang pasti, Greece pernah menang Euro sebab guna taktik bertahan. Dan, Zabidi tahu, orang-orang greece overpaid dan hidup dengan gaya hidup lavish. binatang apa lavish itu pun Zabidi tak tahu. belanja dengan berlebihan agaknya.
greece juga menolak pelan suntikan modal oleh german, sebab dirasakan terlalu sikit. apa punya tak bersyukur greece ini, orang dah nak tolong pun banyak songeh lagi. Aku ni ha, kerajaan nak potong subsidi ke tidak, aku yang kena fikir, gumam zabidi. esok zabidi nak pergi masuk internet, nak luah pendapat kat blog atau facebook PM atau mana-mana ahli politik dalam Malaysia. Tapi zabidi akaun facebook pun tak ada. tinggal komen kat blog pun ok kot, fikirnya lagi.
20 tahun dulu, cerita subsidi ini tak pernah timbul. 20 tahun dulu, zabidi rasa Malaysia ini makmur. short supply sikit-sikit time raya atau raya cina itu biasalah. orang meniaga mesti mau untung. meniaga nak rugi jadi NGO sahajalah. NGO Aids pun bising-bising dulu bila dana dah nak kurang 2 juta.
tetapi kenapa sekarang baru timbul cerita subsidi? itu zabidi tak faham. Barang-barang dunia dah mahal ke? kalau dah mahal, kenapa? Selain dari pelan kecemasan subsidi ini, kerajaan tak da pelan lain ke? Minyak nak naik, gula nak naik, minyak masak nak naik.
Gaji, apa cerita? bila nak naik?
Zabidi rakyat marhaen. dia masuk dalam golongan mana? yang patut dapat subsidi tapi patut tolak, atau golongan yang guna subsidi tapi sebenarnya tak patut dapat?
zabidi hidup biasa-biasa sahaja. dia bukan ahli politik. dia bukan kroni yang dalam list dapat projek. ahli politik paling layak dapat subsidi. Pada zabidi, ada driver tu kira subsidilah tu. kalau tak subsidi, kereta bawak sendirilah.
tapi tak mengapalah, zabidi patut sokong kerajaan. Esok, Zabidi nak cakap dia setuju pengurangan subsidi. sebab zabidi percaya dalam semangat 1 malaysia ini, semua tulisannya diambil kira.
sama macam dulu-dulu. semua keputusan kerajaan memang zabidi yang tentukan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...