dupavisitometer

TUDUHAN, PERSPESI DAN KEBENARAN

buat masa ini, parti yang bertanding dalam pru13 yang lalu telah menyerahkan petisyen masing - masing, dengan tujuan untuk mencabar keputusan rasmi pru13 bulan sudah. apakah makna semua ini? adakah kita sudah berada dalam zaman sudah tidak ada yang kalah, dan yang ada hanya yang menang sahaja?
 
untuk rekod, alternatif petisyen didahului dengan siri-siri perhimpunan protes.
 
terima semua, tolak semua
 
siapa yang menang dan siapa yang kalah? PR menang 3 negeri dan menambah kerusi parlimen. jika kerusi yang tidak dimenangi itu penuh dengan tipu daya, bagaimana pula dengan kerusi yang dimenangi? untuk berlaku adil, penolakan keputusan perlulah secara besar-besaran dan keseluruhan, bukan sekadar yang menang itu betul adil dan telus, dan yang mana yang kalah itu penuh tipu daya dan helah politik. kalau itu bukan tuduhan terpilih, terma apa lagi yang lebih sesuai?
 
undi popular lawan undi majoriti mudah
 
konsep undi popular dan undi majoriti mudah. adakah sistem demokrasi berpelembagaan kita ditentukan oleh undi popular? atau undi yang ditentukan melalui majoriti mudah? apa rasionalnya mempercayai fakta undi popular itu sebenarnya adalah pihak yang menang? adakah sistem memilih pemerintah kita sudah jatuh ke taraf anugerah bintang popular berita harian?
 
malang nasib pengundi malaysia: undi mana-mana parti pun salah
 
adakah satu tindakan yang bijak untuk menyalahkan pengundi-pengundi yang telah membuat keputusan untuk memilih kerajaan secara sah? tidakkah unsur - unsur overconfident dan syok sendiri itu telah ditelan bulat bulat sehingga ianya didaftarkan sebagai angka rasmi? 
 
tuduhan atau persepsi? persepsi atau kebenaran? kebenaran atau tuduhan?
 
kalau parti B menuduh bangla itu mengundi mengundi parti A, tiada salahnya parti A juga menuduh bangla yang sama mengundi parti B dan memenangkan parti B. adakah hikmah dan keterbukaan politik kita sudah masam dan busuk hingga ke tahap itu?
 
off-record, segala bentuk penipuan sekadar tuduhan. tidak lebih dari itu. kalau kita pun percaya dengan tuduhan, adakah beza lagi diantara tuduhan, persepsi dan kebenaran?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...