dupavisitometer

Chino XL: Krisis Ekonomi Dunia Ini Belum Menampakkan Titik Hentinya Lagi.

kalau kita terjatuh dari tempat yang tinggi, pasti kita dapat menjangka, berapa tinggi kita jatuh, dan bagaimana pula sakit yang akan kita tanggung. Kita akan berfikir, apakah kesannya lepas kita jatuh itu. Dapatkah kita bangun? atau adakah kita akan pulih seperti sediakala. Dari titik kita jatuh terjelepok itu, kita mula mengatur langkah perlahan-lahan. Kalau kita masih boleh berjalan, kita mula menyumpah-nyumpah, mempersoalkan mengapa kita jatuh. Kalau kita cedera berat, kita hanya mampu berdoa bersungguh-sungguh agar pertolongan datang seberapa segera kepada kita.
Begitulah halnya dengan ekonomi dunia ini sekarang, cuma besarkan lagi skalanya. Namun, analoginya sama. Cuma apakah bezanya? Bezanya cuma satu. Kejatuhan ini, belum menampakkan titik hentinya lagi. tiada satu orang pun dalam dunia ini dapat mengagak hingga ke paras mana mata saham-saham utama dunia akan menjunam. Adakah pada 1,000 Mata? Adakah 20%? Adakah 5 Point? Ikutlah perkiraan apapun, yang pastinya ia terus jatuh dan jatuh.
Apakah perlunya titik henti kepada kejatuhan nilai-nilai saham ini? Amat perlu. Kerana dengan adanya titik henti, pasaran modal sudah boleh dikira menstabilkan kejatuhannya. Apabila ia sudah stabil, barulah ia berinteraksi dan berkembang, dan sesungguhnya proses ini amat perlahan dan memakan masa yang panjang. Dalam konteks Malaysia, kejatuhan ringgit tahun 1998 dulu, tahun 2000-2001 baru kita merasa sedikit pulih itupun secara perlahan-lahan. Itulah sifat semulajadi kitaran ekonomi sebenarnya. Namakan ia apapun jua, paten, trend, graf, ataupun petunjuk, ia pasti mengulang proses yang sama. Membelon, pecah berderai dan membelon balik.
Apabila Jepun pun sudah mula mengumumkan bahawa petunjuk ekonominya kearah `recession`, maka ada baiknya kerajaan kita memerah otak bagaimanakah cara terbaik untuk mengurus dana negara. Siapa yang kerap makan duit haram rasuah, berhenti-berhentilah, dan sudah-sudahlah. Siapa yang membazir tidak mengapa, yang melarat nanti kamu sendiri. Yang rasuah ini, menyusahkan orang lain.
untuk rakan-rakan yang baik-baik, yang mencari rezeki yang halal, yang menanggung keluarga, maka suka saya berpesan mengubah gaya hidup dan meneliti perbelanjaan kalian sehari-hari, kerana 2009 menjanjikan cabaran untuk kita yang berpoket `kais pagi makan pagi, kais petang tak makan langsung`ini.
Ini bukan masanya berjimat cermat, kerana berjimat cermat itu efektif apabila kita ada dana dan kehidupan kita sedikit selesa. kalau kita sudah sesak dan terhimpit, berjimat-cermat tiada berguna lagi, lagipun bukahkan tujuan kita berjimat-cermat adalah untuk saat-saat seperti ini? Dan teruslah berbelanja secara berhemah, kerana satu-satunya jalan untuk sesebuah negara keluar dari hambatan krisis ekonomi ini adalah apabila rakyatnya mula berbelanja dengan menggila-babi. Bila ini berlaku, itulah petanda negara itu sudah stabil ekonominya.
Sekian dulu untuk kali ini. Chino XL mohon permisi.

Ringkasan

Salam kepada saudara-saudara, mana yang jauh dimata dan dekat dihati. Awal Ramadhan, Akhir syawal dan kini dah nak masuk Raya Haji , baru berkesempatan menulis. Kini, kelapangan itu sesuatu yang lumayan untuk Chino XL. Kini Chino XL lebih banyak memperuntukkan masa untuk tuntutan tugas yang menggila. Tanpa kerja, manakan pula datangnya sepinggan nasi, walaupun harga beras sudah pun turun 20 sen (ajer??), dan minyak konsumsi petrol pula sudah turun 2.15 sen mulai 1 Nov. Satu lagi tindakan kurang cerdik untuk negara yang penuh dengan orang-orang cerdik.
Berikut adalah ringkasan-ringkasan perihal situasi semasa mengikut pandangan Chino XL :-
(tentunya tanpa prejudis kepada mana-mana pihak, kerana buah fikiran Chino XL ini suci dan murni, sesuai dengan hak Chino XL untuk bersuara dengan bebas, selagi dalam batas agama dan kebudayaan Chino XL sebagai seorang Malaysian, sekian, terima kasih.)
Institusi kewangan global kini sudah dilanda 'tsunami' (Alan Greenspan-former IMF chairman). krisis ini secara spesifiknya adalah krisis kredit, ataupun krisis hutang. Bermula dengan 'sub-prime hits', kemudian melarat kepada 'fund managers' yang terlibat dalan belian secara spekulatif dalam pasaran-pasaran komoditi dunia (Baca: Minyak) yang mengalami kerugian demi kerugian (Untuk tempoh Julai - Sept 08) yang mana nilai serapan risikonya melebihi $750 Billion.
Sebagai pemberi dana, pastilah agensi-agensi kredit terbesar dunia (yang berpangkalan di USA) yang terlebih dulu menerima kesannya (Lehmann dan AIG). Oleh kerana kejatuhan sistem kewangan ini begitu signifikan dan mengancam ekonomi (baca: pusingan wang domestik) bandar-bandar niaga dunia (London, New York, dan Tokyo), maka satu kesatuan untuk dipersetujui untuk menyuntik dana (a.k.a Bailout plan) telah diumumkan oleh USA, Britain dan Jepun. Pada ketika ini juga, Tun M telah menyindir secara sinis IMF dan negara besar yang terlibat akan langkah ini, atau dalam kata mudahnya, Tun seakan berkata, "dulu aku kencing berdiri korang kata tak boleh, sekarang korang kencing berlari boleh pulak?".
Kesan kemudiannya melarat, dengan indikasi kejatuhan indeks mata saham-saham dunia, dan secara spesifiknya rantau Asia. Akhirnya, kemudahan kredit telah diketatkan (Credit Crunch). baik sebagai 'Net Exporter' mahupun 'Net Importer' semuanya terlibat. Exporter tidak boleh menjual, dan Importer tidak boleh membeli kerana kekurangan modal dan kekangan kredit. Bagaimana dengan Malaysia? Pasti menerima kesan juga, kerana dua hasil pendapatan utama negara iaitu Petroleum dan Sawit terkena juga secara 'direct hit'. Petrol dunia jatuh dari $ 140 per barrel kepada $ 70 per barrel. Dan sawit jatuh dari RM 4,000 per metrik tan kepada RM 1600 metric tan. Kata Tun M, ada baiknya kerajaan sekarang memulakan langkah proaktif menjana pendapatan dari lain-lain industri seperti pelancongan dan hartanah (Baca: Rumah) untuk menggalakkan kecairan dalam aliran tunai negara.
Ramai penganalisis ekonomi berpendapat belon ekonomi dunia sudah terpecah, dan sekarang dalam fasa untuk stabil dan seterusnya berkembang balik. Layaknya, ini adalah satu pusingan, dan ada baiknya kita kembali menilai kisah Nabi Yunus yang mengingatkan pemerintah pada waktu itu untuk bersedia, kerana akan datang 7 tahun kemarau selepas 7 tahun musim yang subur.
Menarik bukan? tidak mengapalah, sekian dulu untuk sekarang. Nanti kita berjumpa lagi. Chino XL.

RAMADHAN ITU PENUNDUK NAFSU

Seperti yang diduga, mereka masih lagi bodoh piang dengan tindakan mereka sendiri. tidakkah mereka tahu, yang tinggal telanjang itu ialah mereka, sedangkan orang yang mereka cuba telanjangkan itu masih dan bertambah segak.
Ramadhan itu penunduk nafsu, dan doa saya agar tuan-tuan semuanya jadi pemenang dan dapatlah menumpaskan nafsu itu. Ramadhan ini, bagi yang mengerti adalah medan terbaik jihad.
Bersyukurlah kita kerana masih duduk dan tinggal di Malaysia yang aman-damai ini, sedangkan mereka yang di Ossatia itu masih bergempita dengan hujan peluru dan roket berpandu.
Salam Ramadhan. Moga jadi suci.

Melayu, Islam Dan Sensitiviti

Barangkali kalian ada jawapan, mengapa apa sahaja yang berkaitan Islam, bila dibicarakan secara terbuka, ia dikatakan terlalu sensitif untuk diterima oleh masyarakat Malaysia. Sedangkan, tidakkah liwat itu juga isu sensitif?

Aksi Politik Parti Tua

Bila parti paling muda dalam persada politik tanah air ini sedang berdepan tuduhan 'geli' liwat, tiba-tiba kita dikejutkan oleh aksi politik parti politik tua tanahair yang mengaku sudah bermuzakarah atas nama Islam dan perpaduan Melayu. Aku tidak terkejut, malahan dugaanku benar belaka. Cakap-cakap penggabungan ini memang sudah meletop dimerata-rata negeri yang mana BN kalah, cuma bezanya pada waktu itu, ianya hanya tinggal cakap-cakap dan tiada pengesahan. Terutamanya untuk negeri-negeri yang polarisasi kaumnya seimbang dan tidak terlalu dominan, senang ceritanya, Negeri-negerinya adalah Perak dan Selangor. Penang, adalah negeri yang dominan, sama juga Kelantan dan Kedah. Sekarang, cakap-cakap ini sudah jadi heboh dan benar, yang bisa meruntuhkan mana-mana pakatan dan keyakinan, dan bisa juga jadi penyelamat bagi yang terdesak dan kelam kabut. Malangnya, PAS dan UMNO ini parti tua. Yang sudah masak dengan pencak silat dan senda gurau satu sama lain. Jika dulu, UMNO memandang PAS ini sebagai warga second class, apa bezanya PAS sekarang? Sama juga dengan PAS, adakah UMNO itu sudah baik dan sudah bertaubat? Adakah UMNO kini mengakui, selepas PRU 12, PAS semakin kuat dan ia semakin lemah? Atau hanya tinggal Melayu yang berbelah bagi, sedangkan orang lain sudah bersatu berkumpul di padang yang luas? Aksi kedua-dua parti tua ini, seringkali menimbulkan perasaan musykil, selain keliru dan sangsi. Begitulah adanya setakat ini.

Five Facts About Malaysian PM Abdullah - From Reuters

July 10 (Reuters, 20: 49) – Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi announced on Thursday he will step down in June 2010. Abdullah has been under pressure to quit since the ruling coalition suffered its worst electoral setback in 50 years in a March 08 vote. On June 13, he said he had agreed a succession plan with his deputy Najib Razak over leadership change. Two days later he said he will run for party presidency in year-end elections to calm speculation about any imminent handover. Here are five quick facts on Abdullah:- * Malaysia’s fifth prime minister, Abdullah Ahmad Badawi took power on October 31, 2003. He was appointed to the post by his mentor, Mahathir Mohamad, who retired after a historic 22 years as a country’s leader. * He was born on 26 November 1939 into a prominent family in Penang, the northern state that saw some of the first fruits’s of Malaysia’s economic success in the 1990’s. His father was a founding member of UMNO, the country’s main ruling party. * Taking a BA degree in Islamic studies in 1964, he worked in the civil service before entering politics. Elected to parliament in 1978, he rose swiftly through the ranks, becoming minister of education, then defence, and finally foreign minister by 1991. Mahathir disowned his hand-picked political heir after his retirement and has since called for Abdullah to step down. * Praised for fusing Islamic values with a modern outlook. Abdullah, also known as ‘Mr. Clean’, backed anti-corruption drives and promoted the concept of ‘civilisational Islam’. Coming after the acerbic and sometimes confrontational rhetoric of Mahathir, his style of leadership has been more soothing toward fellow politicians and the west. * Abdullah won March 2004 elections by a landslide. He remarried in June 2007, after the death of his first wife with whom he had two children. Calls for his resignation began in earnest after March 2008, when his national front coalition lost its two-thirds majority in parliament and ceded five states to the opposition in its worst election result in 50 years, (Source: Reuters, Prime Minister’s Official Website)

Fikirkan Ini Baik - Baik

September 1998 dulu, bila mereka mainkan isu 'liwat', mereka telah kehilangan Terengganu dan 42 kerusi Parlimen. Sejak itu, halaman politik Tanah Melayu tidak lagi sama, dan kita sentiasa curiga dengan ketelusan dan keikhlasan mereka.
Mac 2008 yang lalu, hasil kerja bijak pandai dalam penggal sebelumnya, mereka menaikkan minyak petrol 30 sen seliter, natijahnya mereka telah kehilangan 4 negeri dan 82 kerusi parlimen. Hingga kini, kita bukan sahaja curiga, malah tidak lagi percaya dengan ketelusan dan keikhlasan mereka.
Dan, yang terkini, mereka telah menaikkan harga minyak petrol 78 sen dan kini 'political distress' negara ini sedang marak dengan isu 'liwat' sekali lagi. Maka dengan itu, biarlah kita biarkan mereka fikirkan bahana akan perkara ini baik-baik, jangan sampai kemusnahan itu akan datang kepada mereka secara perlahan-lahan dengan tidak mereka sedari.
Kita doakan yang terbaik untuk mereka dengan ucapan selamat maju jaya.

Tanah Melayu Bergempita Lagi

Pandangan Rasional kacamata A.KAdir JAsin ; Malam Yang Panjang untuk Khalid Jaafar ;Politik berkemungkinan Penarik Beca ; Tunggangan bermuka dua kata hasbullah ; semuanya berkisar tentang 'political bombing' yang baru sahaja berlaku pada ketika rata-rata rakyat Tanah melayu ini masih lagi dalam tempoh bertenang setelah terkejut dengan kenaikan harga minyak.
Apakah kesudahannya nanti? Ramai-ramai masuk ISA?. Sentimen dan nilai menganjing sudah dipercikkan. Hanya menunggu tangan-tangan yang rela untuk memarakkannya. Dan, sudah pasti ianya akan marak. Langkah terkini konspirator ini pelik, kerana menghidupkan semula konspirasi pada asas ulangan dan sedikit biol, hanya menyerlahkan intelektual para konspiran-konspiran yang sedikit bingung.
Mulanya PKR kata mangsa liwat dipaksa buat laporan. Kemudiannya, didedahkan si mangsa adalah kader UMNO, yang gerak-gerinya dalam PKR sentiasa dicurigai dan diawasi. Kemudiannya, PM suruh siasat, walhal dia sepatutnya ada kerja yang lebih baik, memikirkan bagaimana nak ringankan beban rakyat contohnya. KJ pula keluar satu statement yang sedikit gila, katanya penasihat PKR sendiri yang berkonspirator dengan dirinya sendiri untuk meraih keuntungan. Pikiran apa ini? Belajar sampai ke Oxford, setahap itu sahaja daya pikir politiknya? Sekarang De Facto leader itu sedang bersembunyi di kedutaan Turkey. Tanah tumpah darahnya disini, berlindung di kekuasaan Turkey. Kirim salam pada Semih Senturk dan Hamit Altintop.
Hai saudara-saudara sekalian, perhatikan pentas politik ini baik-baik. SAPP masih dengan usul tidak percayanyanya. Altantuya ada pertuduhan baru oleh RPK. Shahir Samad masih tergagap menjawab minyak. Najib masih berahsia bila mahu tanding Presiden. Mahyuddin kata tunggu Oktober. Khairy buat pengumuman Julai. Isa Samad kata tak nak buat comeback. Orang PAS fly ke London minta fatwa bergabung dengan UMNO. USD makin menyusut, dan dengan ketidaktentuan ini, ditakdirkan Allah, RM juga menyusut. Minyak mentah harga dagangannya kini menghampiri USD 140, walau dijangkakan ianya berlaku pada awal Ogos 08.
Lihatlah permainan kuasa yang berlangsung ini, samada kejelitaannya, atau sumpahannya, kamulah yang pilih.
We'll wait for another bombing to cool down the current one.

Kerajaan : Habis Duit Boleh Cari, Habis Idea Nak Cari Mana?

Tahun lepas, masa aku kena pergi kursus audit, entah mengapa, aku sentiasa ingat satu ayat agung daripada seorang penceramah tatkala dia sedang bicara soal kreativiti dalam mengaudit. Katanya, kalau dalam hidup kita habis duit, boleh cari. Tetapi, kalau habis idea (kreativiti untuk hidup), nak buat apa? Paling kuat, kita tiru idea orang. Tetapi, puaskah kita dengan idea orang?
Sekularnya, kata idea. Islamnya, kata ilham. Ada beza? ada. Apa dia? Idea tercampur bisikan syaitan. Ilham selalunya kena minta petunjuk, dan mohon pada Allah Maha bijaksana tunjukkan jalan. Itu bezanya.
Sekarang, siapa yang kering idea? Yang nampaknya, kerajaan. Habis idea, habis ikhtiar, habis fikir untuk menangani kenaikan harga minyak dunia. Dalam suasana urusniaga minyak dunia yang kabur mengenal urusniaga jati dan mana yang spekulatif, kerajaan masih bergantung dengan pasaran cemar itu. Sudah habiskah jalan untuk berniaga dan mengaut untung?
Kemudian, praktikkan satu idea yang kita namakan idea rebet. Idea rebet ini satu sahaja yang sedap. Bila dapat duit. Selebihnya, idea ini hanyalah idea suruh orang buat kerja yang memang dah dua kali, jadi berkali-kali. Mungkin Kerajaan kena mohon petunjuk dan ilham dari Ilahi Rabbul- Izzati

Dia

Sesungguhnya, aku ingin nyatakan, untuk pertama kalinya, dan biarlah dia tahu, untuk pertama kalinya, bahawasanya aku suka, rindu dan sayang kepadanya setiap hari.
Selebihnya, terpulanglah kepada dia.

Jangan Sombong, Cukuplah Sekadar Bodoh

Semalam, Mahfuz lawan Aziz. Macam biasa, pasal minyak dan orang-orang kampung yang dah naik minyak. Moderator, macam biasa, si Agus yang makin hari makin popular. Aku sebagai seorang rakyat yang tidak pernah setuju dengan kenaikan ini, hanya memandang sinis, kerana perdebatan ini saling tak tumpah seperti anjing menyalak bukit.
Prestasi Mahfuz agak baik berbanding Sallehuddin, walaupun Mahfuz hanya sekadar membawa isu-isu biasa rakyat pasca 78 sen. Isu tol dan kenaikan berantai. Itu pun, kelihatannya Mahfuz yang menang. Bukan sebab hujah Mahfuz baik dan teguh, tetapi kerana lawannya seorang yang bingung dan berhujah dengan hujah suratkhabar. Agaknya mahu konsisten dengan pelan propaganda . Aku sedikit terkejut bilamana Aziz membuka kedaifan dirinya terhadap isu-isu semasa, apatah lagi pasal minyak ini dengan secara terus-menerus mempertahan keputusan secara membuta tuli. Agaknya, Aziz lupa diri yang dipertahankan itu adalah satu kumpulan Eksekutif yang ternyata sudah over-expense, misjudge, misused dan incompetent dalam hal-hal menyusun dan membelanja harta negara, bukan sebulan dua ini, tetapi sudah makan hampir 50 tahun lamanya.
Kelompok-kelompok yang sudah terpisah kewarasannya untuk membezakan yang mana harta negara untuk generasi depan dan yang mana harta parti yang boleh dibelanjakan sesuka hati. Kalau harta negara dan harta parti itu dikatakan satu, maka tunggulah rakyat-rakyat dan penguasa-penguasa sekalian, bahawasanya masa depan yang amat gelap pasti datang. Ketika itu memang dunia belum lagi kiamat, tetapi yang kiamat dulu adalah tanah bertuah ini.
Alahai Aziz, apa yang engkau pertahankan semalam? kenapa kelihatannya engkau bodoh? dan kenapa kelihatannya engkau masih sombong?

Hal Perut

Pandangan sekular jati, baik komunisme ataupun kapitalis, bersetuju, hal-hal perut perlu diutamakan dan diberatkan. Perut merupakan petunjuk agung kepada ekonomi yang teguh, dan sebab itu si Maslow itu perutnya besar menggelebeh.
Sesiapa yang mengabaikan perihal perut dan tuntutan-tuntutan perut, dirinya pasti terseksa. dengan seksa yang amat pedih. Kesan domino kenaikan harga minyak sudah mula dirasakan oleh perut tadi. Gula-gula rebetnya, nampak gayanya tidak bertahan lama. Sabar perut sabar, lagi kuat engkau berbunyi, lagi cepat kurus datang bertamu.

Salehuddin Lwn Shahrir 10 June 08

"Jangan dipandirkan rakyat dengan perbandingan harga runcit minyak diantara negara-negara Asean, yang rata-ratanya bukan pengeluar minyak"- Salehuddin.
" Negara kita tidak pun berada dalam 'Top 20' pengeluar minyak terbesar dunia" - Shahrir
" Boleh kita bincangkan perkara ini 'beyond politics'? Kita harus melihat kenaikan ini sebagai survival negara" - Syed Munawar
" Saya ingin bertanya, dan saya yakin rakyat juga ingin tahu, mengapa baru sekarang kenaikan ini, dan mengapa 78 Sen?"- Hanifah
Itu antara-antara petikan debat yang aku tonton semalam (susunkatanya mungkin tak sama, tapi itulah isinya), yang aku ingat. Kenapa aku ingat? kerana aku menjangkakan kenyataan serupa ini pasti keluar dari mulut panel. Dan akhirnya terpacul juga.
Banyak isu yang tertinggal (tidak disoal / tidak diperjelas) dalam debat semalam, baik pihak Shahrir mahupun Salehuddin. Antaranya:-
Satu, kegentaran masyarakat kepada impak, atau 'chain reaction' pada kenaikan harga barangan-barangan industri, barangan pengguna dan barangan khidmat dimana kesannya kini sudah jelas, contohnya, peniaga ayam sudah menjual 30 sen lebih dari harga syiling, pengusaha lori sudah menaikkan tambang, dan kerajaan sendiri sudah menilai semula projek-projek pembangunan yang diumumkan sebelum ini.
Keduanya, mengapa tiada kesungguhan untuk menilai semula kadar tol? Selain harga minyak, tol juga merupakan satu kosumsi besar dalam bajet perjalanan rata-rata seorang rakyat di Malaysia ini. Menurunkan cukai jalan ada gemanya dari pihak kerajaan, sedangkan tol di sambut sepi. Mengapa? Konsesi lebuhraya semakin hari semakin untung. Bilangan kereta yang lalu lalang mencanak-canak. Ini memerlukan penjelasan.
Sebagai kerajaan, seharusnya ada idea yang lebih kreatif dan selesaian lebih baik daripada beria-ia menyuruh rakyat mengubah gaya hidup. Sedangkan yang berlebih-lebih nampak gayanya you-know-who. Banyak lagi, aku yang terkesan secara tepat dengan kenaikan ini pun boleh memikir, inikan pula para cerdik pandai you-know-who, lainlah kalau semuanya berfikiran mandul akan kesejahteraan rakyat.

Ini Namanya Tadbir Urus Tanpa Belas

05 Mei telah mencatatkan sesuatu yang baru dan pedih. Kini kita boleh mempersoalkan tadbir urus Tanah Melayu ini. Dan, paling menyedihkan, kini bermulalah tadbir urus harta negara yang kejam dan tanpa belas.
Kenapa kita tidak cukup wang? sebab kita terlebih belanja, ataupun berbelanja pada barang yang tidak perlu. Dalam konteks tadbir urus harta negara pun macam ini juga. Maknanya, Tanah Melayu ini sudah terlebih belanja. Dan menanggung bebannya, kitalah, siapa lagi?
Kita disuruh berjimat, mengubah gaya hidup. Mereka? Hidup seperti biasa malahan berlebih-lebih pula, dan mereka perlahan-lahan menjadi bodoh dan sentiasa kembang hidung dan perasan pandai dalam hal-hal tadbir urus negara ini.
Kambing!!!
P/s: Aku akan menghuraikan kenaikan ini dengan lebih panjang, tetapi aku ingin kumpul respons-respons bodoh mereka dulu.

Ezam: Kelazatan UMNO

TV3 Semalam, ada menyiarkan secara langsung segmen khas wawancara tentang kemasukan semula Ezam ke UMNO. Kata Ezam, dia rujuk semula dengan UMNO kerana UMNO akhir-akhir ini dasarnya sudah pro-reform iaitu perubahan untuk masyarakat yang lebih adil dan bebas rasuah. Katanya lagi, dasar-dasar pembebasan BPR dan susunan semula integiriti institusi mahkamah semacam kena dengan istiqamah perjuangannya selama ini.
Ezam memang pucuk padi Anwar Ibrahim, sama juga dengan Azmin Ali dan Saifuddin Nasution. Gerak geri dan gerak ucap setiap mereka saling tak tumpah seperti Anwar Ibrahim. Intonasi, harkat, dan balaghah ucapan-ucapan mereka memang sama. Ditiru baik. Semasa Ezam membuat pengisytiharan itu, umum sedia maklum (kecuali UMNO) dia bukan PKR. Dia NGO GERAK. Sepatutnya, tiada yang berbeza cara menyambut kemasukan Ezam itu dengan seorang pemuda dari Kampung Cherok masuk UMNO. Sama sahaja. Tiada yang berbeza. Itu sepatutnya. Tetapi layanan Ezam ini istimewa. PM sendiri mengumumkannya.
Mereka ini, Mahathir, Anwar dan Ezam, pernah bercerai dengan UMNO. Mahathir rujuk, kemudian cerai balik. Anwar setakat ini masih berkerat rotan. Ezam sudah rujuk kembali. Apa istimewanya UMNO ini? Apa jenis kelazatan yang ada pada UMNO? Keramat sangatkah UMNO?
Umno satu wadah perjuangan orang Melayu yang tahan uji. Tempoh perjuanganya panjang, selama 50 tahun. Tetapi, setakat ini, ujian getir UMNO hanya berpunca daripada konflik dalaman. Ketua sama ketua bergesel, bina puak dan lawan. Yang menang bertahan, yang kalah bercerai. Kemudian, yakinkan kembali mana yang telah robek semangatnya dalam pertarungan itu, yang menang akan menjaga mereka dan kepentingan mereka. Ujian yang datang hanya dalam bentuk konflik dan krisis kepimpinan. Namun, mereka kata mereka tetap bersatu. Dari segi kata. Rohnya? Boleh dipertikaikan lagi.
Ada satu lagi parti yang menjadi wadah perjuangan orang Melayu sama lama dengan UMNO dan juga tahan uji, iaitu PAS. PAS ujiannya dari luar. Dari persekitaran. Bila ujian ini berbentuk persekitaran, ianya pasti pelbagai. Perancangan musuh satu hal. Perancangan penyokong musuh satu hal. Perancangan rakan bersekutu musuh satu hal. Berkat istiqamah dalam berjuang, mereka dapat durian runtuh dalam PRU 12. Agak pelik, roh perpaduan dan kesatuan perjuangan lebih bersinar dan hidup dalam PAS berbanding UMNO.
Mahathir, Anwar dan Ezam sudah merasa kelazatan UMNO yang rahsia itu. Mungkin dalam banyak-banyak yang lazat itu ada yang pahit piang, maka mereka meninggalkan UMNO dulu.

Apa Yang kita Harapkan?

Dalam sekuel "Harry Potter and The Order of Pheonix", dalam satu adegan, bilamana Harry Potter, Ron dan Hermoine turun dari keretapi untuk memulakan penggal persekolahan baru di Sekolah sihir Hogwarts, datanglah Malfoy kepada mereka bertiga. Seperti biasa, Malfoy akan mengeluarkan kata-kata cukup nista dengan niat 'membakar' hati 3 sahabat tersebut.
Oleh kerana Harry sedikit 'weng', dia telah termakan 'bakaran' Malfoy hingga hampir-hampir bertumbuk. Ron, yang terkejut dengan tindakan Harry yang selama tenang dan ini tidak pernah mempedulikan 'bakaran' Malfoy, bangun menghalang dan berkata, "Tenang Harry! Dia itu Malfoy, apa yang kamu harapkan daripadanya?". Mendengarkan itu, barulah Harry tenang dan membiarkan Malfoy berlalu pergi.
Ya, apa yang boleh Harry harapkan daripada Malfoy? Jauh sekali kata-kata pujian, gurau senda dan huluran bantuan. Makanya, tepatlah nasihat si Ron supaya tidak mengendahkan si Malfoy, kerana Malfoy wujudnya memang begitu, hanya untuk menyakitkan hati-hati mereka, dan padanlah mereka tidak mengharapkan apa-apa kebaikan daripadanya.
Jika kita mahu berfikir, adegan ini sedang dipentaskan oleh pentas politik Tanah Melayu ketika ini. Bezanya, bila kita berfikir, pasti kita bertemukan jawapannya, sedangkan pementasan itu masih berlangsung tanpa penamat, tanpa jawapan. Kenapa? Kerana pementasan ini, jika diperhati betul-betul, sudah menyimpang dari skrip.

Penyeludup Apolitikal

Dulu, minyak masak hilang, kerja penyeludup. Tidak lama dulu, gula hilang, pun kerja penyeludup juga. Dulu-dulu, kalau kita ingat kembali, diesel hilang pun kerja penyeludup. Sekarang, petrol hilang pun lagu penyeludup juga dimainkan. Lebih parah, penyeludup ini sanggup pula menyeludup dakwat untuk PRu 12 yang lalu. Wah, nampaknya penyeludup ini handal-handal belaka.
Tetapi, paling menarik, penyeludup ini seakannya mengikuti perkembangan semasa. Dengan capaian maklumat era teknologi ini, mungkin ada benarnya. Setiap pergerakakn dan 'musim' menyeludup ini, seakan 'kena' dengan isu-isu politik di Tanah Melayu ini.
Apabila Indonesia menaikkan harga minyak 30% 2 hari lalu, penyeludup ini mula bergerak aktif menyeludup minyak dari Tanah Melayu ini.
Ya, kita kena akui penyeludup-penyeludup ini penyeludup apolitikal, dan mempunyai kekuatan untuk melumpuhkan kuasa beli domestik. Jaringan pembeli gelapnya banyak dan tidak bersempadan. Mereka-mereka ini amat dengki dengan kawalan harga barangan perlu. Mungkin mereka kapitalis sejati. Mungkin mereka fasih akan hal-hal berkaitan ekonomi kerana ada antara mereka menuntut ilmu meyeludup ini ke tingkat Doktor falsafah.
Laba keuntungan mereka tidak kita nafikan, berkoyan-koyan.

Batu Puteh Yang Dikatakan Menang-Menang

Umum telah maklum, ICJ telah memberikan hak mutlak Batu Puteh kepada Temasek, dan meninggalkan Tanah Melayu dalam kerugian. Cuma, bukankah sepatutnya ia begini;-

Tanah Melayu ini tanah berdaulat. Kemudiannya dijajah. Semasa dijajah, Inggeris dan Belanda membahagi-bahagikan wilayah kekuasaan masing-masing bertukar sesama sendiri dimana akhirnya Melaka jatuh dibawah kekuasaan Inggeris. Seterusnya, pada tahun 1957 Tanah Melayu merdeka bersama denganTemasek dan menyusul kemudiannya Sabah dan Sarawak pada 1963. Bukankah semasa Merdeka itu, apa yang diiktiraf oleh kemerdekaan adalah Tanah Melayu dan tiada terpisah sedikit habuk antara hak-hak Tanah Melayu dan Temasek. Bukankah sepatutnya sebarang surat-surat persetujuan pembahagian wilayah yang antara Tanah Melayu-Temasek terbatal dengan sendirinya sejurus apabila Temasek bersetuju untuk merdeka bersama-sama Tanah Melayu dan sebarang tuntutan berasaskan perjanjian bermula daripada tarikh 31 Ogos 1957 dan ke depan?

Tanah Melayu tidak meminta untuk dijajah dan tidak pernah rela dengan penjajahan. Apabila ia mencapai kemerdekaannya tanpa syarat (melainkan ianya bersyarat) seharusnya dikembalikan apa yang dulu menjadi haknya pada seperti asal atau menyamai asal kedudukannya sebelum ia dijajah. Berbeza dengan Temasek, ia memilih untuk keluar dari Tanah Melayu, maka ia hanya layak pada apa yang ia patut terima dengan budibicara Tanah Melayu. Jika prinsip ini digunapakai, maka sepatutnya apa sahaja perjanjian yang ada pada tarikh ia keluar dari Tanah Melayu sudah di kira terbatal dengan sendirinya.

Dan, tiadalah kekecewaan yang paling besar apabila ada seorang pembesar negeri mengatakan keputusan ini keputusan 'Menang-Menang'. Dari segi apa yang kita menang? Tidak kedengaran walau sekali pun kita beria-ia mahukan 'Middle Rocks'. Yang kita mahu Pulau Batu Puteh. Sebagai seorang pembesar, ada baiknya mengawal patah bicara, jangan sampai terkeluar komen persis komen seorang pengurus bolasepak kebangsaan.

Yang terlepas, terlepas sudah. Nasi yang ditanak, sudah menjadi bubur. Hakikatnya sekarang, wilayah Temasek semakin membesar dan wilayah kita semakin mengecil. Moga jadi peringatan generasi kini akan kesilapan yang telah dilakukan generasi tua masa terdahulu dan generasi tua 50 tahun kebelakang ini. Jangan kalian ulangi lagi.

Relakanlah orang memperkecilkan tanah kamu sekali ini, namun jangan sekali-kali kamu rela orang memperkecilkan Agama, Maruah dan Kebebasan kamu. Walaupun sekali.

'Perang' Yang Menguntungkan

Dalam banyak-banyak perang dalam dunia yang rata-ratanya merugikan sekarang, barangkali ada satu 'perang' di Tanah Melayu ini yang menguntungkan. Perang apa?. Ia digelar 'Perang Tambang Murah' antara gerombolan tentera MAS dan gerombolan tentera Air Asia, yang diketuai oleh CEO masing-masing, Idris Jalla (MAS-Biru) dan Tony Fernandez (Air Asia-Merah). Tarikh isytiharnya pada 1 Mei 2008 yang lalu melalui siaran langsung seluruh negara.
Kemudiannya, kedengaran persoalan tiru-meniru dan persaingan yang tidak adil oleh pasukan Merah, kerana pasukan Biru dikatakan bersaing dengan bantuan subsidi kerajaan. Dan juga, pasukan Merah menuntut diberikan hak menggunakan lapangan terbang Subang, yang mana telah lama diketahui umum memang diidamkan oleh pasukan Merah, kerana lokasinya yang dikatakan cukup strategik. Juga, ia telah mencapai puncaknya apabila Tony mencabar Idris untuk berdebat, untuk menerangkan bagaimana-apa caranya MAS melakukan khidmat tambang murah ini, dan agaknya untuk membuktikan siapa sebenar-benarnya menawarkan tambang murah yang benar-benar murah.
MAS mengambil pendekatan, 'If you can't kill them, join them' dan Air Asia pula segera bangkit dari zon yang selama ini dikira selamat untuk mereka berniaga. Dengan kekuatan masing-masing yang terpancar sudah, kini mereka hanya perlu menyerah pada hukum masa dan selera pengguna untuk membuktikan siapa yang lebih berhak dan akhirnya keluar sebagai pemenang.
Berikutan itu, dapatlah kita lihat 'perang saraf' dimedia perdana negara bermula, MAS dikaca TV rumah tuan, dan Air-Asia di akhbar yang tuan baca setiap hari. Peristiwa ini menunjukkan kita cara yang betul untuk bersaing dalam berniaga, dan cara yang betul untuk kekal ditingkat tertinggi dalam persaingan.
Akhirnya, mungkin MAS akan menang, mungkin juga Air Asia yang akan menang, tetapi yang pasti menang adalah penumpang. Kita kini ada pilihan penerbangan yang lebih baik, dengan tawaran harga yang kompetetif. Dulu, hanya ada Air Asia, segala bentuk layanannya kita terima juga, sebab ia penerbangan tambang murah. Kini, dengan kekuatan hospitaliti yang sinonim dengannya, MAS barangkali menawarkan kita satu bentuk layanan baru. Mungkin lebih baik. Mungkin lebih buruk. Sama-samalah kita tunggu dan guna, kemudiannya kritik.
Kini, slogan 'Now, Everybody Can Fly' sudah mencapai maksudnya yang sejati.

Warna Kegemaran Hamba

Alhamdulliah syukur nikmat.
Aku baru balik dari Kuching, Sarawak semalam. Maaflah sesiapa yang mesej-mesej tanya aku di mana. Memang 'trip' yang ini aku sendiri pun lupa. Malam esok nak jalan baru sedar. Kalau dah asyik kerja, itulah dia. Apa benda pun tak berapa nak ingat.
Bila di Kuching, selain dari warisan-warisan peninggalan Dinasti Brooke, amatlah banyak barang-barang cenderamata yang boleh dibuat kenang-kenangan. Memang unik dan asli.
Aku pun macam manusia lain juga, merayau dan menjamu mata, sambil berkira-kira apa yang nak dibeli. aku masuk satu kedai. Tengah tengok-tengok barang apa nak beli, aku terdengar perbualan ini;
Pembeli: Warna hitam, putih takde ke? Penjual : Tiada encik, yang ada warna ini jaa..warna ini pun cantik dan sesuai dengan encik. Pembeli: Warna lain tu dugaan dunia, hitam itu neraka, dan putih itu syurga. Saya mahu hitam, kerana hitam mengingatkan saya pada neraka. Perbualan ini begitu mengesankan, hingga aku mengingatinya hingga saat ini.

Selamat Hari Guru Dan Hargailah Ilmu

Tadi ada seorang sahabat lama,hantar SMS,katanya, "Weii..selamat hari guru", 'trick' nak suruh 'wish' la tu. Jadi, pada kesempatan ini, aku ucapkan Selamat Hari Guru, moga ada barkah dalam tugas guru-guru sekalian. Guru adalah satu-satunya pekerjaan dalam dunia ini yang pasti mempunyai waris. Ilmu yang diturunkannya, diwarisi dari satu generasi ke generasi. Syaratnya, kena ikhlas.
Juga buat guru-guru yang secara lantikan rasminya guru, dan juga yang bukan. Yang sekadar menjadi guru dengan pengiktirafan murid-murid. Guru-guru agama, guru-guru silat, guru-guru akaun, guru-guru perubatan tradisional, guru-guru buat rumah, guru-guru meruntuh rumah, guru-guru rumahtangga, guru-guru mahkamah, dan segala macam guru lagi, selamat hari guru.
Buat semua yang bergelar murid, hargailah ilmu sebaik-baik penghargaan. Ilmu itu budi. Ilmu itu penyuluh hidup. Ilmu itu kebebasan, dan ilmu itu jugalah penyelamat.
Khususnya, Cikgu Cipai, Cikgu Lan, Cikgu Kaze , Cikgu Stopa, Cikgu Anun (it Wasn't Me), Cikgu Suriani,Cikgu Fizi, dan Cikgu Duan (Guru Silat).

Kandungan

Mengikut ceramah yang aku dengar tadi, Kitab Al-Quran itu mengandungi 5 perkara pokok:- 1. Perihal Syurga dan ahli-ahlinya. 2. Perihal Neraka dan ahli-ahlinya. 3. Hukum-hakam Agama Islam. 4. Cerita-cerita pengajaran. 5. Doa Semuanya untuk kita.

Perihal Jodoh, Pertemuan Dan Cinta

Agaknya, jodoh, pertemuan dan cinta ini perkara yang paling misterius di dalam dunia fana ini. Sebelum datangnya cinta, perlulah jodoh menjenguk dulu, dan pertemuan boleh jadi perlu, boleh juga jadi tak perlu.
Apabila Adam diturunkan ke bumi, merantau jauhlah ia sebagai pentadbir bumi Allah ini, dan juga mencari padanan jiwanya (Soulmate) iaitu Hawa. Pencarian ini, sesetengah riwayat mengatakan mengambil masa 40 tahun. Apabila sampai di tanah Arafah, ia pun bermunajat memohon keampunan kerana ingkar larangan Khuldi, dan di Arafah jugalah ia bertemu Hawa.
Sejak itu, berlaku berbagai kisah mengenai cinta dan pengorbanan cinta, yang bukan semata-mata untuk menjulang cinta itu sendiri, tetapi untuk membuktikan ungkapan pepatah melayu, bahawasanya kalau sudah jodoh tidakkan kemana.
Oleh kerana urusan-urusan perjodohan itu misterius, maka perhubungan anak cucu Adam-Hawa hingga ke hari ini yang diberi nama cinta, masih lagi misterius dan sukar dalam penafsiran. Jodoh dan cinta ini, adalah modal karya-karya agung dunia, dan idea-idea hebat dunia.
Oleh itu berhati-hatilah dengannya kerana kuasanya melampau.

Dia Ibuku

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Penyayang. Untuk ibu-ibu seluruh dunia dan segenap bangsa, Selamat hari ibu.
Aku mengasihi ibuku ini sebetulnya bukan hari ini sahaja, malahan setiap detik nafasku ini aku hidup kerananya. Kerana belas kasihannya kepadaku sewaktu aku masih kecillah maka aku makan, minum, berfikir dan membesar dengan penuh kasih sayang dan rahmah, yang mana aku serahkan pada ALLAH saja untuk membalasnya dan merahmati ibuku ini dengan sebaik-baik rahmat.
Jika aku ingin membalas, dengan apa? apakah ada nilai yang setimpal? Kasih sayang yang ditumpahkannya sepanjang hidupku ini, apa taranya? apa penimbalnya? Dinar emas? Kereta? gelang-gelang emas berlian? Kalau benarlahlah itu semua, aku sendiri tidakkan sanggup untuk menimbangtara semua itu dengan kasih sayang dan pengorbanannya (Ya, ibuku sudah terlalu banyak berkorban, terlalu!).
Semua ibu-ibu itu dimata anaknya sama, yang paling jelita, yang paling baik hati, yang paling memahami, yang paling kaya, yang paling betul, dan yang paling pandai memasak dan berbagai-bagai paling lagi, kalau hendak disenangkan cerita.
Untuk Pn. Halila Bt. Md Desa, kami 5 beradik, kami mohon agar berbahagialah mak, Dengan Izin Allah Yang Maha Mengasihi, kerana di dunia ini, hanya pada mak sahajalah untuk kami menumpang kasih, hanya pada mak sahajalah kami adukan kesedihan kami, hanya pada mak sahajalah kami raikan kegembiraan kami.
Ya Allah Ya Rabbi, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Malikul-Mulk Ampunilah dosaku, dan dosa kedua ibu dan bapaku Dan Rahmatilah dan Kasihanilah mereka sebagaimana mereka merahmati dan mengasihani aku ketika aku kecil dahulu. Amin Ya Rabbil-Alamin

Yang Menyala-Nyala

Tuan-tuan;
Adakah kini, yang menyala-nyala dalam pikiran masyarakat Melayu yang 'kononnya' terpecah dua ini hanya kebencian? Sedarkah mereka-mereka yang terlibat dan yang berniat jahat menyala-nyalakan sentimen kebencian ini, bahawa sesungguhnya kita yang Melayu yang mana yang lelakinya semua berkhatan ini hanya terpecah dan saling membenci hanya kerana kita berada di bawah bendera yang berbeza?
Yang lainnya kita sama. Bahasa kita sama. Yang beza loghat. Budaya kita sama. Hormatkan orang tua, dan berjiwa lembut. Kita menjaga sesama kita. Kita menghulurkan bantuan pada yang memerlukan. Kita berlapang dada. Jangan hanya kerana bendera dan lambang, kita tinggalkan semua nilai-nilai budaya yang tinggi ini.
Dalam urusan-urusan agama, perbezaan begini disebut mazhab. Manakala dalam urusan keduniaan dan kemasyarakatan, ianya siasah kepartian. Oleh kerana kita ini Melayu dan simbiosis dengan Islam, maka kedua-duanya bertaut rapat takkan putus lagi, melainkan kita sengaja memutuskannya.
Pertamanya kepentingan Islam, dan keduanya kepentingan bangsa. Fikirkan dengan mendalam, fikirkan dengan cermat. Beratkan perihal-perihal yang berkaitan kehidupan selepas mati, iaitu kehidupan kekal terlebih dahulu. Dan kemudiannya, kita fikirkanlah perihal dayahidup dan dayalangsung bangsa kita ini semacam kita mahu hidup selama-lamanya.
Tuan-tuan;
Mana yang terlepas, terlepas sudah, mana yang menggengam, menggengam juga. Janganlah bermusuh dan saling membenci antara yang terlepas dan yang menggengam. Kedua-duanya sama, saudara kita yang tiada bezanya langsung. Percayalah, api yang bernyala-nyala sekarang ini hanya dicetuskan oleh kebencian, dan hanya dengki semata-mata. Dan untuk pencetus, kami tahu, yang kamu, manusia jelik, keutamaan kamu bukan batu, tapi kawanan udang yang ada dibalik batu.
Ini hanya masalah keanak-anakan yang digula-gulakan oleh kemanisan kuasa.

PRINSIP MORAL

Petikan blog http://republikkata.blogspot.com/
Berulang-ulang kali Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mengatakan bahawa beliau atau Pakatan Rakyat (Pakatan) sudah memperolehi sekurang-kurangnya 30 kerusi parlimen yang diperlukan untuk mendapat majoriti mudah bagi menubuhkan kerajaan. Pada 14 April tempoh hari, beliau mengatakan bahawa Pakatan sudah pun bersedia untuk menjadi kerajaan.
Pada semalam (26 April 08), Azmin Ali selaku Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula mengatakan bahawa DSAI tidak berbohong mengenai isu ini. Menurut Azmin, beliau (DSAI) punya cukup bukti dan angka. Kenyataan tersebut berikutan analisis dari akhbar web Malaysiakini berjudul Is Anwar bluffing? Analisis dua bahagian itu ditulis oleh Ong Kian Ming dan Oon Yeoh yang antara lain menyebut DSAI mungkin hanya membuat satu gimik politik untuk menggertak Barisan Nasional (BN). Semalam juga berita Malaysiakini dipetik sebagai berkata bahawa Ku Li yang ingin mencabar Pak Lah bagi jawatan presiden pada pemilihan UMNO akhir tahun nanti turut mengingat orang ramai khususnya para pemimpin UMNO bahawa dakwaan DSAI itu berkemungkinan benar.
Dan sementara itu pula Datuk Seri Najib Tun Razak, pada dua tiga hari yang lepas, berkata bahawa dakwaan DSAI tidak boleh dipandang enteng. Dalam pada sibuk pihak awam dan pemimpin-pemimpin politik memperkatakan tentang kemungkin benar atau tidaknya dakwaan DSAI itu, negara sedikit gempar dengan tindakan keluar parti Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon. Tindakan tersebut dibuat oleh Datuk Lee kerana penerimaannya dalam mengisi kekosongan suatu jawatan kerajaan negeri tidak direstui oleh pimpinan parti Gerakan dan BN. (Dan seterusnya...)
Pendapat Ras Raka berkenaan Lompat dan menyeberang berdasarkan prinsip moral. Tindakan DSAI itu dengan apa jua caranya, dan apa jua sebabnya, adakah selari dengan prinsip-prinsip moral yang perlu kita junjung? Tindakan memenjarakan, dan menghina DSAI sewaktu dalam penjara, meleluasakan amalan rasuah, merompak harta rakyat, dan kezaliman juga, adakah selari dengan prinsip-prinsip moral yang kita junjung? Nampaknya, dalam mengejar dan mengekalkan kuasa, moral pemimpin kita ini serupa sahaja, entah kemana-mana.

Siap Siaga

Bersiap sedialah kita. Bersiap-siagalah kita. Bersiap-bekallah kita. Nampak gayanya, akhir-akhir ini, semua persekitaran kebergantungan hidup kita kelihatannya gelap dan gerhana. Khabarnya bekalan makanan ruji dunia (beras dan gandum) semakin berkurangan stok, memungkinkan kita menyaksikan lambungan harga yang menggila dan urusan jual-beli yang membolehkan kita diperah dan di'sembelih' tanpa dakwa, tanpa belas, tanpa kasihan.
Ini hanyalah perkhabaran yang menambah duka, yang mana kita sudah cukup menderita dengan perkembangan harga minyak dunia, yang melipat-gandakan kos pengangkutan (domestik dan antarabangsa) dunia keseluruhannya, dan kini ditambah pula dengan kenaikan harga barangan makanan dunia.
Bagaimanakah kita bersedia? Dengan pendapatan masih ditakuk lama, saya pun masih kabur bagaimana caranya. Melainkan saya berhenti makan nasi, makan buah-buahan dan menyedut udara sampai kenyang sahaja. Tapi, cuba pula kita selidik harga buah-buahan, harganya lebih kurang sama dengan beras.
Mungkin saya kena mula berlatih makan tanah.

Mengimbau Sejarah

Krisis Gerakan Pelajar Islam 1980an di Univ. Malaya Petikan : "Gerakan Mahasiswa Univ. Malaya(1980-1985) Oleh : Mohamad Ridhwan Bin Alias Sila rayau di http://mahasiswamenggugat.blogspot.com (Kolum 'bacaan wajib para mahasiswa' untuk Teks penuh)
Anwar Ibrahim banyak mempengaruhi pemikiran dan gaya hidup kepimpinan pelajar sehingga beliau menjadi idola di kalangan pelajar termasuklah penampilan berpakaian beliau. Kemasukan tokoh ABIM ini ke dalam UMNO pada tahun 1982 telah mengoncang institusi gerakan pelajar Islam kerana menongkah arus perjuangan Islamis yang lebih menghampiri perjuangan PAS. Ketokohan Anwar Ibrahim dilihat sebagai pelapis bagi mengantikan tugas Dato Asri sebagai presiden.
Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO menelurkan kecelaruan pemikiran di kalangan penggerak gerakan pelajar Islam. Di Universiti Malaya, muktamar PMIUM sesi 1983/84 terpaksa ditangguh. Perebutan kuasa tertinggi dalam PMIUM dimenangi oleh Mohamad Hussein dari proksi PAS setelah mengalahkan proksi ABIM-PKPIM yang pro Anwar.
Pemangku Presiden PMIUM, Azami Zaharim mencadangkan Takiyuddin Hasan sebagai presiden dan Mohamad Hussein sebagai timbalan tetapi ahli exco PMIUM bersetuju melantik Mohamad Hussein sebagai presiden dan Takiyuddin sebagai timbalan. Kekecohan berlaku apabila Takiyuddin menarik diri dalam muktamar dengan memberi laluan kepada Mohd Taib Ahmad.
Kumpulan pro Pas yang menjatuhkan juak ABIM terdiri daripada Mohamad Hussein, Takiyuddin Hasan [exco Kerajaan Kelantan], Syed Putra Syed Ahmad, Azmi Ali dan Fuad Zarkhashi (bekas Presiden PBMUM, sekarang Dr., orang kuat UMNO Johor) dan Mohd Taib Ahmad berbincang di kg. Kerinchi bagi menaikkan kumpulan pro PAS. Mereka dikenali Kerinchi 6. Azami Zaharim yang pro ABIM-PKPIM membantah tetapi gagal apabila proksi ABIM hanya mendapat 35 undi. Kekalahan proksi pro Anwar Ibrahim menandakan kelunturan pengaruh ABIM-PKPIM di kampus Universiti Malaya dan kemunculan PAS sebagai wadah perjuangan pelajar Islam yang baru.
PKPIM-ABIM mula melakukan pewarnaan semula bagi mengarahkan matlamat perjuangan di kampus. Proksi ini mula kembali semula mengakari PBMUM yang semakin kelesuan. Pengaruh PKPIM-ABIM terkelihatan dalam PBMUM dengan kehadiran Saifudin Abdullah sebagai Presiden PBMUM.
Mantan EXCO PMIUM sesi 1981/82 yang pro ABIM-PKPIM, kini ketua Akademi Belia Malaysia] Pertembungan golongan Islamis pro PAS dengan golongan Islamis pro ABIM-PKPIM yang telah bergabung dengan golongan Nasionalis(pro kerajaan dan universiti) telah merancak kembali suasana politik kampus. Golongan PKPIM-ABIM dan IRC bergabung tenaga membentuk BMB mula bertempur dengan NADI-Kelab PENA-PMIUM. Disinilah muncul pemimpin seperti Shamsuddin Moner yang licik bermain politik.Kehangatan politik kampus boleh dilihat selepas tahun 1986 iaitu 1989 dan 1990 tetapi di luar lingkaran kajian penulis(era kajian penulis adalah dari tahun 1970 hingga 1985).
Ras Raka: Apa pendapat tuan-tuan semua?

Sudah Berapa Lama 'Training'

Bayangkan begini, seorang pengembara ditanah gersang, dengan seekor kuda sebagai kenderaan, dan barangan keperluan untuk satu perjalanan yang panjang dan sukar, yang mana destinasi tujunya masih jauh. Dengan panahan terik mentari serta debu-debu pasir kasar yang berterbangan, pengembara membuat keputusan berhenti dan berehat dibawah pohon kurma. Ditakdirkan dia terlelap. Bila terbangun, gusarlah hatinya kerana kuda telah hilang bersama barangan keperluannya, kerana tidak ditambat. Bayangkan kegusaran hatinya, bayangkan ketidakupayaannya.
Dengan tidak semena-mena, kudanya pulang kepadanya dalam keadaan elok. Pengembara memanjatkan syukur. Kemudian, kisah ini disimpulkan dalam dua kiriman SMS yang berbunyi begini:
Kiriman Hantar:
" Ude, aku segan nak advance ngan lu de, tp aku emergncy la. Tayar depan & blkang aku pecah, rim patah. Motor ada kat shell O.U. Nk advance, berapa tu, ikut ikhlas hati lu la ude. Leh?"
Kiriman Terima:
" Ude, dah bank in RM xxx. ko dgn aku tak yah la segan2 ude. Kalo ko sesak, kalu aku leh tlg, aku tlg ko nye. Kita sdh bape lama training sarkas sama2".
Si pengembara dan si penghantar SMS pada ketika ini berkongsi perasaan yang sama, syukur..

'Hakikat' Dan 'Amanah'

Tuan-tuan, dalam negara kita sekarang ada dua kumpulan. Walaupun sebelum ini telah terdiri dari dua kumpulan, namun mereka hanya dominan dan menyerlah dalam gelanggang mereka sendiri. Secara tradisinya, iklim politik kumpulan-kumpulan ini cukup selamat dalam lingkungan mereka sendiri, hingga tuan-tuan boleh menafsir sendiri bahawasanya mereka cukup arif dan cukup 'masak' dengan aturan gelombang dan gelora permainan yang mereka sama-sama pilih sejak 50 tahun dulu.
Oleh kerana mereka tidak pernah cuba untuk meletakkan diri mereka dalam sepatu lawannya, maka mereka tidak pernah ada perancangan teguh jika ditakdirkan mereka bertukar sepatu. Mereka tidak pernah bermimpi, membayang, hatta bergurau mengenainya. Tetapi, jika sudah ditakdirkan, ditakdirkan jualah ia, walau bagaimana kuat tuan-tuan cuba menahannya. Akhirnya, pada 9 Mac lalu, yang ditakdirkan, terjadi.
Apabila ini terjadi, suka saya mengulas perihal kumpulan yang 50 tahun sebelumnya telah mendapat mandat tuan-tuan. Sekarang dapatlah tuan-tuan lihat, kumpulan yang ini berubah sikap, terlompat-lompat kekejangan dan pada satu-satu masa dapat tuan-tuan lihat mereka ini sepertinya hilang punca perjuangan. Ada seribu sebab-musababnya, namun amat malang mereka sekalipun tidak pernah meneliti sebab -musabab ini satu demi satu.
Yang terpacul dari fikiran mereka ialah, ini sabotaj, ini protes, ini marah, ini bosan, ini benci, mereka telah termakan dakyah palsu, mereka telah termakan persepsi songsang, mereka telah termakan fitnah politik, dan entah apa-apa lagi, tetapi tidak pernah sekali pun mereka mengeluarkan kenyataan yang berunsur muhasabah diri yang sebenar-benar jujur dan boleh kita insafi. Namun ini tidak terjadi. Lalu, tidak keterlaluan fikiranku senang memanggil kumpulan ini kumpulan yang buta hakikat, yang dulu, sepanjang mereka diletakkan amanah, sering mencemar amanah.
Kiranya mereka sedar yang terbeban dibahu-bahu mereka itu amanah yang merupakan hakikat sokongan yang menetukan hidup mati perjuangan mereka, dan mereka mungkir, maka perlulah mereka menerima hakikat yang baru ini dengan berlapang dada, dan janganlah mereka menyalahkan sesiapa lagi. Hakikat bahawasanya sokongan yang kini terhakis, hasil usaha bertahun-tahun mereka meringan-ringankan amanah yang difardukan ke atas mereka.
Patriotisma dan nasionalisma itu selamanya kekal satu, iaitu melawan segala bentuk penindasan yang ada di Tanah Melayu, tanah bertuah ini.

HATINYA LUKA LAGI

Rumah terbakar, nampak asapnya
Hati terbakar, siapa tahu
Luka ditangan, mengalir darah
luka dihati, mengalir kemana?
Hati mereka sudah tidak bersatu lagi
kerana jambatan yang menghubung
sudah punah dan ranap sama sekali
Terkena bedilan 8 mareth
Kali ini, yang mereka kejar, hanya sisa.
Hidup mereka, antara sedar atau tidak, sudah terlaknat.

TUAN PENGUASA! JANGAN MARAH-MARAH DAN MENGUNGKIT-UNGKIT

Pertamanya, bila kamu dalam keadaan marah, dan kamu sedang berdiri, makanya kamu duduk. Jika marah itu tidak hilang, maka kamu baring. Jika belum juga reda dan lega, bangunlah! dan sucikan dirimu. Pesan ini, waktu aku belajar pondok dulu, selalu diulang-ulang. Dulu aku jarang-jarang praktik, maklumlah, aku pun bukannya selalu marah-marah sangat. Sebab, dalam konteks peribadi insan, kekuatan bukan diukur dengan berapa banyak dia boleh marah dalam sesaat, tetapi betapa banyak dia boleh menahan sabar dan menahan marahnya sekerap mungkin.
Maaf, ini bukan aku cakap, tapi Umar Al-Khattab yang cakap. Maka, ada baiknya kita renung-renungkan.
Keduanya, Siapa yang mengungkit-ungkit itu, buruk siku, dan bagi yang terlupa, sikap mengungkit-ungkit ini adalah seburuk-buruk perangai. Kalau tak mahu diungkit-ungkit, yang pergi rela buat dulu kenapa? Mengikut telunjuk membabi buta, bila ada yang tak kena, tak puas hati? Kenapa?
Ketiganya, semalam tuan penguasa Sang Saka Merah dalam keadaan berdiri, marah-marah dan mengungkit-ungkit dosa-dosa lama musuh-musuhnya. Tahun sebelumnya, musuh-musuh sang penguasa telah lama marah-marah dan mengungkit-ungkit dosa-dosa pentadbirannya.
Adakah kini, kita hidup dalam zaman yang pimpinannya (Mana suku sekalipun) suka marah-marah dan menjadikan hati-hati kita kayu-kayu api kering dan terbaik untuk menyemarakkanya?

KLISE' UMUM YANG SALAH

"Rakyat (orang ramai) bukannya seperti dulu, mereka sudah bijak dan pandai memilih".
Maaf, aku sedikit terganggu dengan kata-kata yang klise' seperti ini, terutamanya selepas PRU 12. Kalau kata-kata ini tergunapakai di kalangan penggiat seni hiburan tanahair, tidaklah aku herankan, sebab memang tindak-tanduk mereka sejak azali lagi memang klise' dan kurang jujur.
Apabila kata-kata bernada ini mula meniti dibibir politikus-politikus (tanpa mengira posisi mana), aku mula jadi tidak setuju dan ini membuatkan aku amat terganggu.
Rakyat itu siapa? rata-ratanya, 'rakyat' itu aku, engkau, dia, kawan-kawan kita, mak-mak kita, bapa-bapa kita, kekasih-kekasih kita, cikgu-cikgu kita, bos-bos kita, tok guru-tok guru kita dan bermacam-macam lagi lapisan masyarakat yang mendefinasikan kita.
Jika mereka itu baru kini sahaja menjadi bijak, maka sebelum ini apa? Bodoh? kurang cerdik? pandir?
Ma'af, mereka sudah lama bijak. Cuma kali ini, mereka terlampau cuba diperbodohkan. sedangkan dari pandangan mata kasar mereka, ada yang jauh lebih bodoh. Makanya, Orang pandai tidak pernah memilih untuk jadi berdosa. Lalu mereka berdoa, dan kali ini doanya makbul. Silap engkau juga, tidak pernah suka dengan doa mereka.

PERSELISIHAN

"Jikalau TuhanMU mengkehendaki, tentu DIA menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat"
-Surah HUD : 118-
Barangkali, inilah resam perselisihan.
Sedangkan jika umat manusia ini dijadikan dalam satu bangsa pun ia pasti akan berselish pendapat, apatah lagi jika keadaanya seperti kita yang baru mencambah pemerintahan campuran, yang baru-baru ini menang, dan yang baru-baru ini kalah.
Dan janganlah lupa, sebelum-sebelum ini pun lanskap politik negara bangsa kita pun kerajaan campuran, cuma jika dulu kita hanya ada Barisan Nasional, cuma sekarang ada pula Pakatan Rakyat. Dan mereka sentiasa berselisih. Pasti berselisih. akan berselisih.
Dulu, kini, dan selamanya. Jauh disudut hati, percayalah, mereka itu sebenarnya bersatu. Melainkan jika mereka itu (Mana yang Islam) dalam hatinya penuh kebangsatan, dan begitu dedikasi untuk menjadi ahli neraka yang terbawah dan ingin pula kekal di dalamnya.

PIMPINAN DAN TELADAN

Kalau mencari tempat mandi, Pertama teluk, kedua pantai, Kalau mencari pemimpin negeri, Pertama elok, kedua pandai. Itu pantun lama. Pesan orang dulu-dulu, buat pedoman Melayu kini dalam perihal kepimpinan. Kamu! Sang Pemimpin… Pandang kiri, pandang kanan. Tengok siapa lagi yang tinggal. Tengok baik-baik siapa lagi ada dalam barisan. Perhatikan barisan. Masih lurus lagikah? Masih telus lagikah? Pandang kiri. Siapa sebelah kamu? Siapa yang lebih baik? Kamu? Dia? Pandang kanan. Siapa sebelah kamu? Siapa yang lebih baik? Kamu? Dia? Ambil cermin. Nilai diri kamu baik-baik. Luar dan dalam. Zahir dan batin. Masih sucikah? Atau sudah terpalit dosa? Jikalau ada, insafkah kamu?
Kepimpinan ini amatlah berat. Diletakkan pada gunung, nescaya hancur berderai-derai.
Amanah ini juga amatlah berat. Diletakkan pada langit, nescaya runtuhlah langit seruntuh-runtuhnya. Jinakkan nafsu kamu. Biar kamu menjadi tuan kepadanya, daripada kamu menjadi hamba dan terhumban ke lembah dina.
Pandang kiri sekali lagi. Pandang kanan sekali lagi. Tutup mulut kamu. Jangan tambah keriuhan yang sia-sia ini. Dahan yang kamu paut, kini tidak sekuat mana. Sedar atau tidak, pohon yang kamu tumpang teduh sudah gugur dedaunannya, kerana kamu juga yang lupa menyuburkannya dengan kejujuran dan ketelusan. Kamu lupa pada akarnya.
Pandang atas dengan mata terbuka. Biar sampai merah dipanah mentari. Bertahanlah sampai malam. Dalam kedinginannya, perhatikan sinaran bulan. Bukankah indah dan mempersonakan.
Tidakkah kamu layak untuk keindahan itu?

INSAN AGUNG, RAHMAT SEKALIAN ALAM.

Dipetik dari: ‘Sirah Muhammad Rasulullah SAW’ Susunan Hj. Mohd Rashad Shamsuddin Terbitan Al-Hidayah Publishers Cetakan Tahun 2000 (Halaman 522 & 523)
Berkatalah Rasulullah kepada bapa saudaranya, Abbas Bin Abdul Muttalib : ‘Wahai Abbas! Bawalah Abu Sufian ke sebuah lembah yang sempit di kemuncak gunung, supaya ia dapat melihat setiap anggota tentera Allah yang berlalu lepas di hadapan matanya’.
‘Aku turuti arahan itu lalu mengambil suatu sudut sementara Abu Sufian mengambil tempat di atas sebuah busut bukit menghala ke arah laluan lembah yang sempit. Satu demi satu pasukan ketumbukan tentera Islam berlepas lalu yang terdiri dari pasukan-pasukan Sulaim; Muzainah; Bani Ghifar;Bani Ka’ab; Kinanah;Juhain;dan lain-lain lagi. Rakanku itu (Abu Sufian) sekalipun kelihatannya bersahaja, namun tidak dapat menahan denyutan dan debaran dada melihat angkatan bala tentera yang begitu ceria dan hebat.
Sewaktu terlihat Kabilah Asyja, dia (Abu Sufian) meninggikan suara, dan berkata ‘Kabilah itulah yang paling kuat menentang Rasulullah jika dibandingkan dengan musuh-musuh lain!’ ‘Benar’ Kataku, ‘Tetapi Allah menurunkan rahmah dengan membuka hati mereka untuk menerima Islam!’
Akhir sekali, barulah Rasulullah kelihatan, yang dikelilingi oleh anggota tentera dan hulubalang peribadinya, seakan jambangan bunga merekah segar bergelar “Al-Khadra”(Hijau) kerana keseragaman kehijauan warna pakaian yang dipakai. Bagi Abu Sufian Bin Harb, ketika melihat semangat keperwiraan anggota pasukan tentera hulubalang dengan senjata hebat yang dimiliki, berkilauan dek sinar mentari; puncak ketakutan mula dirasakan.
“Ya Allah! Siapakah mereka itu, Wahai Abbas?”. “Itulah Rasulullah dengan sahabat-sahabatnya; Ansar dan Muhajirun. Sesungguhnya, tiada siapa yang boleh menentang tentera itu!” Kataku. “Sesungguhnya, Wahai Abbas!, Pagi ini, anak saudaramu itu begitu hebat, bagai Maharaja yang gemilang!” ulas Abu Sufian.

KEJUTAN: BZZZ! BZZZ!

Ini sudah jadi cerita bangkai gajah yang berbau busuk. Tidak dapat disembunyikan dan tidak dapat di lindung-lindung lagi. Terburai semua isi dan hati perut, terlihat mana yang compang dan mana yang camping. Kuasa ini memang menarik. Jatuh maruah kerananya, menjadi zalim kerananya, terluka juga kerananya.
Rakyat sudah bersuara, dan masih lagi agaknya dalam kejutan antara percaya atau tidak tentang kapasiti kuasa yang dimilikinya. Rata-ratanya masih tersenyum jauh dilubuk hati, masih berkira-kira, benarkah undinya yang satu itu mampu merubah kerajaan lima negeri?
'Pembangkang' kerajaan persekutuan juga terkena kejutan. Dulunya pemimpin simpanan, kini sudah jadi pemimpin utama. Harapnya mereka sedar dan tahu, segala kegembiraan, keselesaan, keyakinan dan kebimbangan rakyat itu kini terpikul di tulang empat kerat mereka. Menuntut itu memang mudah, melaksanakan amatlah payah. Banyak hati yang perlu di jaga, banyak akal pula yang perlu disimpang-siurkan.
'Pemerintah' kerajaan persekutuan bertambah lagi kejutannya. Voltan dan peritnya sukar diukur. Sisi perjuangan telah terlibas 360 darjah. Paradigma perjuangannya masih kekal, cuma beranjakan. Kalau ia benar-benar dinamik dan fleksibel, ini semua perkara mudah. Cuma, perlu difikirkan, yang hilang adalah kepercayaan. Keyakinan barangkali boleh dipulihkan, kepercayaan ini, absurd sifatnya. Tidak terbentuk dan tidak terlihat, cuma boleh dirasai.
Rakyat, pemerintah dan pembangkang kini semakin tenang. Kuasa pentadbiran di Malaysia kini sudah hilang status-quo nya.
Pembangkang kini berjuang untuk keselesaan rakyat terbanyak.
Pemerintah kini berusaha menunaikan janji-janjinya untuk memenangi kepercayaan rakyat terbanyak.
Yang untung, akhirnya, adalah rakyat juga.

NO COUNTRY FOR OLD MAN






No Country For Old Man. Cerita ini dari segala segi, asli. Teliti mutu lakonan Bardem.

Barangkali, itu sebab itu dia menang Oscar.

Perkara Paling Mengarut Untuk Tahun Ini


Berikut adalah siaran akhbar oleh PAs berkenaan pembatalan penggunaan dakwat untuk PRU 12.

Asas kepada pembatalan ini pun bagi aku agak mengelirukan dan mengarut.







Mengapa? Sebab:-
1. Bagaimana dan dimana mamat yang 4 orang itu memperolehinya?
2. Untuk tujuan apa?
3. Untuk keuntungan siapa?

Jika soalan diatas dijawab secara kabur, MENGAPA pula SPR ambil keputusan untuk membatalkan penggunaannya?

Perlu diingat, yang dicalit dakwat menandakan sudah mengundi dan dia bukan hantu. Lainlah jika kita ingin melepaskan hantu. Itu kena panggil Long Piah, Degawan, dan Anak Pontianak. Itu pun kalau mereka tidak sibuk.

Maklumlah, sudah banyak ‘show’ dihujung-hujung minggu, bertemu peminat.
Mengapa ya tidak tercalon ke ABPH yang diriuh-rendahkan itu?

Semua ini buat aku terfikir untuk telefon PBB, minta hantar satu pasukan pemantau pilihanraya, macam di Timor Timur.

Apa Khabar Xanana Gusmao?

Apa Istimewanya Negeri Yang Itu?



Negeri yang itu, yakni Kelantan, saban Pilihanraya Umum (PRU) senantiasa jadi perhatian. Bak anak dara sunti yang tercantik dalam masyarakatnya. Memilikinya satu prestij, memenangi hatinya prestij. Menguasainya pula, bagai memiliki segala-galanya.

Pembangkang (Baca: UMNO) di negeri itu perlu menang, kerana banyak sebab. Antara sebab yang terbanyak itu, antaranya sebagai tanda mampu baginya mendapatkan mandat dari seluruh Negara. Kepincangan pemerintahan lalu sudah dalam tangan. Boleh jadi modal untuk 10 PRU lagi. Hasil mahsyulnya juga sudah pasti dalam genggaman. Tidak lupa juga, niat ikhlasnya untuk pembangunan. Potensi pelancongan dan pusat ilmu di negeri yang itu nampaknya tidak terbatas.

Pemerintah (Baca: PAS) kena bertongkat paruh mempertahankan negeri yang itu. Kemenangan Ke-19nya pasti memberikan pukulan ‘uppercut’ ke pembangkang. Mereka punya satu kelebihan untuk memerintah dengan cara sendiri dan menonjolkan imej pemerintahan mereka untuk sekurang-kurangnya 5 tahun lagi. Segala dasar-dasar pemerintahan berasaskan syiar Islam seperti yang dianjurkan, sudah mempunyai tapak untuk perlaksanaannya. Jika berjaya, boleh dijadikan modal juga.

Bagi negeri-negeri yang bukan negeri yang itu, hanya memandang dari jauh erti pemerintahan ‘Kepimpinan Ulama’ dan bagi negeri yang itu juga hanya sekadar memandang jauh pembangunan yang dianjurkan pembangkang.

Tetapi, aku secara peribadi, merasakan pembangkang di negeri yang itu kena membawa lagu baru untuk meraih undi, sebab sudah 18 tahun, lagu ‘Politik Pembangunan’ gagal. Jelas, selama 18 Tahun pengundi-pengundi negeri yang itu memilih sesuatu yang ‘spiritual’ berbanding fizikal. Pilihlah lagu baru, jika komposer Malaysia sudah kurang bermutu, jangan malu mengimport komposer dari seberang. Setelah pekerja-pekerja marhaen, filem-filem, lagu-lagu, set-set golf, kereta-kereta, Petroleum, jurulatih-jurulatih, peguamcara perbicaraan Pulau Batu Putih, pakaian-pakaian, dan makanan-makanan kita diimport, perlukah lagi perasaan malu itu?

PRU 12/2008 : Persembahan Dari Syurga


Bubar. Senarai calon. Penamaan calon. Menang tanpa bertanding. Calon tarik diri. Minggu kempen. Gantung sepanduk. Tampal poster. Merata-rata. Itu yang berlaku sejak dua minggu yang lalu. Segala fakta dan figura sudah dilambakkan media-media perdana dan alternatif. Rumusannya setakat ini, rekod BN menang tanpa bertanding paling minima sepanjang tahun kekuasaannya, dan gandingan calon BA paling menyeluruh dan majoriti Parlimen dan DUN menyaksikan pertandingan satu-lawan-satu.

BN mengharapkan mandat yang lebih besar, sekurang-kurangnya menyamai PRU 11, dan BA juga mengharapkan penafian majoriti 2/3 kerusi Parlimen, sekurang-kurangnya menyamai PRU 10. Pada 8 Mac, Malaysia bakal memilih golongan eksekutif yang bakal menjalankan pentadbiran Malaysia untuk satu penggal lagi.

Buat seketika, rakyat pemilih terpancar kuasa memilihnya dan calon bertanding kelihatannya terlalu meminta-minta untuk dipilih. Pilihlah aku, jika menang aku akan buat itu, ini, begitu, begini. Selayaknya, begitulah, yang dipilh menghormati yang memilih, dan bukan sebaliknya. Lagipun, sepanjang dua minggu ini, kita kembali ke ‘Pemerintahan Melaka’, dimana kita semua ini dibawah kekuasaan dan kata putus Yang Di-Pertuan Agong.(YDPA).

YDPA menguasai Parlimen, Kehakiman dan Eksekutif. Rakyat memilih Parlimen, dan pihak yang menang 2/3 kerusi di Parlimen berhak menjawat jawatan Eksekutif Negara (PM,TPM dsb) manakala Kehakiman pula dilantik oleh YDPA, dengan nasihat PM. (Kalau nasib baik, nasihat Lingam juga digunapakai). Secara teknikalnya, Ahli Parlimen, Ahli Eksekutif kerajaan dan para hakim yang cerdik pandai, berdiri sama tinggi antara satu sama lain. Itulah sebabnya, bila institusi kehakiman kita kedengarannya bermasalah, suruhanjaya Diraja ditubuhkan, sama juga keadaannya dengan Suruhanjaya Diraja berkenaan kepolisan suatu masa dulu.

Struktur pentadbiran perlu kita faham dan mahir sebagai rakyat. Barulah kita tahu letak duduk, dan peri pentingnya pilihan kita. Jika pilihan kita cukup bijak, perseimbangan ‘Check and Balance’ setiap dasar keputusan Parlimen, Eksekutif dan Kehakiman pastinya berkurangan mengalami masalah-masalah ‘teknikal’ berkaitan penggunaan struktur kuasa dan kuasa pentadbiran serta memperkasakan kemurnian autoriti dan integriti ahli-ahlinya.

Perkembangan sistem demokrasi Asia mutakhir ini juga, menawarkan pelbagai ketidakjangkaan. Musharraf pastinya tidak menjangka dia akan berdiri dalam satu kerajaan dengan pembangkang, dan Thaksin juga tidak pernah bermimpi partinya kembali menang dan dia boleh kembali ke Thailand setelah disingkirkan dari jawatan. Terbukti, yang menolak Thaksin hanya ‘Orang-orang Bangkok’ sedangkan seluruh Thailand majoritinya masih menyokong.

Jika BN memang 2/3, kita masih selamat, aman dan makmur. Jika BA menang 2/3, kita masih boleh menuntut perlaksanaan Negara yang berkebajikan. Jika BA dan BN sama-sama menang dengan garis majoriti yang tipis, maka kita perlu memikirkan cara baru untuk membentuk kerajaan., yang menawarkan demokrasi baru untuk Negara kita dan pemerintahan baru untuk kita sebagai rakyat.

Dan, jika ini benar-benar terjadi, itulah namanya keputusan yang dipersembahkan oleh syurga untuk kita.

Seriously, Please Confirmed!

Di balik langit, ada langit lagi.

Kalau rasa bodoh Bahasa Inggeris, syukurlah, sekurang-kuranya kita tak kerja di syarikat buat papan iklan.

Inilah Realiti Hidup

Hidup Kita Cuma Di Dalam 3 Hari: Semalam Hari Ini Esok Hidup Cuma Dalam 2 Nafas: Nafas Naik. Nafas Turun. Hidup Cuma Ada 2 Pilihan : Hidup dalam keredhaan Allah. Hidup dalam kemurkaan Allah. Hidup Yang Abadi Cuma Ada 2 Tempat : Kekal di dalam neraka. Kekal di dalam syurga Inilah realiti hidup, yang lain-lain pastinya impian dan khayalan.

THE RELUCTANT POLITICIAN

REMINDER: THIS ENTRY HAS NOTHING TO DO WITH ANY POLTICIAN IN THIS COUNTRY REGARDLESS OF ANY SUBJECT, RELIGION, RACE AND WAY OF LIFE. THIS IS PLAINLY A CHEAP JOKE FOR THIS COMING GENERAL ELECTION SURROUNDINGS, SO YOU CAN HAVE SOMETHING TO READ FROM MY BLOG AND I HAVE SOMETHING TO WRITE IN IT. THIS IS A COPY PASTE FROM VARIOUS SOURCES, AND MOSTLY EMAIL. YOU ARE ALLOWED TO LAUGH IF YOU FIND IT’S FUNNY ENOUGH, BUT I RATHER PLEASED IF YOU TAKE YOUR TIME AND THINK ABOUT IT. SO, THE STORY GOES LIKE THIS...(RAS RAKA: 18 FEB)


Flight Itinerary

Dear Mr. XXXXXX; Refer to your email to Mr. XXXXX today, we proposed flight itinerary to Sabah for your attention:- A) 22 / 02 / 08 (Friday) Connecting from Kota Kinabalu(KK) to Tawau. 18 : 50 hours - Arrive K.Kinabalu from Guangzhou (MH 397) 20 : 15 Hours - Depart K.Kinabalu 21 : 00 Hours - Arrive Tawau B) 25 / 02 / 08 (Monday) Option 1 Direct flight from Tawau to KLIA 08 : 25 Hours - Depart Tawau 12 : 20 Hours - Arrive KLIA **The flight time will only be 4 hours since it is a direct flight to KLIA Option 2 Connecting Tawau - K.Kinabalu - KLIA 11 : 40 Hours - Depart Tawau 12 : 25 Hours - Arrive K.Kinabalu 13 : 40 Hours - Depart K.Kinabalu (Transit 45 Minutes at Brunei) 17 : 20 Hours - Arrive KLIA **The flight will take a longer time, 5 hours 40 minutes, since it will be connected to K.Kinabalu and transit 45 minutes in Brunei. Please advise which flight that suits you best and we will send the Sabah visit full itinerary,hopefully by tomorrow. Thank you. Best regards; Ras Raka P/S: Kawan-kawan yang nak kirim apa-apa di Sabah, sila-silakanlah. Aku pegi K.K, Tawau, Sempoerna dan Pulau Sipadan. Bayaran terakru dan pastikan barangan tak lebih dari berat yang dibenarkan.

Kaliber Seorang Pemimpin

Apa yang melayakkan seorang pemimpin itu, menjadi seorang pemimpin?
Adakah pemimpin dan daya kepimpinannya itu dilahirkan melalui genetik keturunannya
atau pun melalui serapan faktor-faktor persekitarannya yang menyebabkan dia memiliki ilmu
untuk memimpin ataupun hanya kerana dia seorang yang berbakat?
Hal ini sudah didebatkan berkurun lamanya, dan malang, masih tidak mempunyai jawapan tegar.
Dan, bukan semua pemimpin itu berkaliber. Apa yang dimaksudkan dengan kaliber? Dan bagaimana pula kita mengenal seorang pemimpin itu berkaliber?
Dalam Islam, Pimpinan yang berkaliber adalah terdiri dari mereka yang paling tinggi takwa-nya pada ukuran mata kita, dan paling hampir hidupnya dengan syariat Islam. Dan mereka ini seringkali menolak untuk memimpin, kerana merasakan mereka tidak layak, dan bila ditanya siapa pula yang layak, mereka sendiri gagal memberi nama. Kerana insan terpilih ini sedar, bukan nikmat jawatan dan puncak kuasa itu yang penting, tapi timbal balik tanggungjawab itu yang tidak tertanggung. Amanah bukan sebarang amanah, amanah untuk kesejahteraan umat.
Dalam profil sejarah pimpinan agung dunia Mongol dan India contohnya, siapa yang boleh tidak kagum dengan Temujin dan Gandhi. Dua personaliti yang berbeza, cara pimpinan yang berbeza tetapi daya pimpinannya teguh dan melakar sejarah dunia yang hingga kiamat tiada siapa yang boleh mengulanginya.
Dalam berjuta-juta rakyat Mongol dan India pada waktu itu, kenapa perlu Gandhi dan Temujin yang menyerah diri untuk memimpin? Adakah mereka fikir mereka mampu dan mereka punya kekuatan untuk menjadikannya realiti?
Pemimpin yang berkaliber mesti berilmu, dan berhemah. Dan dia mesti berada ditempat untuk meminpin apabila diperlukan ia untuk memimpin. Dia perlu kedepan, Dan dia perlu berani.
Dalam riuh-riuh engkau jadi calon ke tidak...fikir-fikir dulu engkau cukup berani atau tidak untuk menangani isu babi, berani atau tidak menolak rasuah, dan paling penting, berani menegakkan syiar Islam yang mulia.
Sekian.

Selamat Tinggal Bungaku

Selamat tinggal bungaku, aku bermohon pergi dahulu, terimalah seruanku jasamu untuk diriku. Ke timur atau utara, arah mana nak ku tuju, setitik airmata, dititiskan dibuang jangan. Sekiranya aku masih, berada nun jauh di balik awan, salam bahagia, khabar nan gembira, ku kirimkan. Inikah akhir bertemu, bila nian kan berjumpa lagi, terimalah pesananku jaga baik dirimu sendiri. -Ahmad Jais- Nota Blog: Lepaskan dia pergi, dia sudah tak berguna lagi (Lingam)

Ini Yang Buat Aku Marah

Bertempat di Jabatan Sumber Manusia, Kompleks PKNS Shah Alam.
Dua PTD duduk sebelah-menyebelah, tangkas berkerja dan dari jauh boleh diduga, mereka sedang berusaha mengusahakan projek yang maha penting. Tiba-tiba, perbualan ini terjadi:-
PTD 1: Kau tahu apa yang paling buat aku marah? PTD 2: Apa? PTD 1: Bila nak Stepler, bulletnya habis. PTD 2: Ish, ada lagi yang boleh buat engkau lagi marah. PTD 1: Apa? PTD 2: Bila bullet dalam kotak pun habis juga, sebab yang last tu aku yang ambil. Barang apa pun, jika penting, walau sekecil mana, jika tak dapat, bisa mendatangkan marah.

Masihkah Kau Ingat / Semua Orang Tahu

Sehingga ke hari ini, lagu Kopratasa dan REM diatas tidak menjuarai carta-carta retro radio tanahair. Dipilih orang pun kurang. Teringin benar aku mendengar kedua-dua lagu itu dipinta dengan ucapan yang berbunyi begini:-
"Saya tujukan lagu ini khas buat ibu,ayah dikampung, Dj bertugas, sahabat handai dan juga semua yang terlibat dalam siasatan video klip Lingam"
Samada kita kurang sensitif atau sudah hilang sensitiviti, aku kurang pasti. Waktu Puteri Diana mati dalam terowong, lagu i'll be missing you tercatat sebagai lagu yang paling diminta orang sebagai mengingatinya. Dalam hal-hal politik dan kenegaraan, kita bebas untuk mempercayai apapun, samada persepsi jati, propaganda jadi-jadian, ataupun lambakan fakta. Politik itu rahsia, dan kepercayaan berpolitik kita juga rahsia, selagi mana tidak bercanggah dengan anjuran dan syiar Islam seluruhnya.
Wayang gambar bertajuk inkuiri diraja ini masih panjang, dan malangnya hanya menambah persoalan dari jawapan. Minggu ini mungkin lebih menarik, kerana watak utamanya mula menonjolkan diri. Kalau dalam filem, kira-kiranya sudah sampai ke pre-klimaks dan kita sukar pula menjangkakan bila klimaksnya.
Suatu masa dulu, ada Jamaican-Rastaman yang amat popular yang sering menuturkan kata-kata ini dalam lagu-lagunya;
"you can fool some people sometime, but you can't fool all the people all the time"
Jaga-jaga, dia mungkin bangkit dari kuburnya dan hadir ke inkuiri Diraja, untuk membuktikan kata-katanya itu benar belaka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...