dupavisitometer

Media Massa Ekstremis: Mencari kesederhanaan

  1. Media Massa (Mass Media) itu termasuklah apa sahaja bentuk komunikasi yang mampu menghantar mesej dari satu titik ke satu titik. Titik itu boleh jadi orang, tiang lampu, 'kuali Astro'. Medianya boleh jadi bahasa isyarat, bahasa tubuh, bahasa pertuturan, audio, visual, internet dan sebagainya.
  2. Dan, media setelah diuji sejak berabad lamanya merupakan satu alat propaganda yang paling utuh dan senjata yang paling ampuh. Untuk memusnahkan dunia, atau membaikpulih dunia, kuasailah media. Contohnya, penguasaan media oleh orang-orang Yahudi.
  3. Selepas ber-evolusi dan ber-inovasi, media semakin berkembang, maklumat dan mesej membanjir ke dalam masyarakat. Ia tidak dapat disekat-sekat dan dibendung-bendung. Jika ada pihak yang cuba membendung, maka ia sedang membuat kerja-kerja bodoh.
  4. Ini juga sampai ke Malaysia ini, dan sebagai bukti, masyarakatnya sudah dibanjiri maklumat. Semuanya sudah global. Politik juga begitu. Dek dengan kebanjiran maklumat ini, politik kita tidak lagi jadi politik teladan, tetapi lebih terarah kepada politik persepsi. dan malang, persepsi yang ditimbulkan sama pula dengan teladan yang ditunjukkan.
  5. Artis apatah lagi, bertambah hanyut dengan telnologi. Barangkali ini harganya sebuah kemajuan. Manusia jadi bingung dengan teknologi itu sendiri. Dulu, katanya orang sibuk mengata itu dan ini, sekarang bukan orang yang mengata, tetapi orang menengok sendiri ke 'you tube'.
  6. Namun, untuk mencari sebuah media yang benar-benar bebas, yang tidak berat sebelah selarang amatlah sukar. tengok akhbar dan web-portal pro pembangkang, himpit rapat kerajaan. Kalau tengok pula yang pro-kerajaan himpit pembangkang bagai nak gila. Web-rasmi kerajaan pula nampaknya 'semak' dan terlebih 'tidur' untuk membetulkan persepsi. Orang suka kepada bukti, data dan angka. Bukan yang dimanupulatif, tetapi yang benar dan rasional. Disitulah ruang untuk aktiviti media yang benar-benar bebas.
  7. Media terbesar yang ada di Malaysia ini rata-ratanya dimiliki oleh parti-parti politik, didanai oleh parti politik dan si simpati kepada parti politik. Oleh sebab itulah media kita ini nampak sangat diunggun apikan oleh berita-berita politik.
  8. Mereka ekstremis, bukan moderat dan dan bersederhana dalam melaporkan berita, maklumat ataupun pengetahuan yang kita mahu.

Transformers: Revenge Of The Fallen

  1. Akhirnya, dengan segala 'vibe' dan strategi pemasaran yang kompleks dan licin, Transformers: Revenge Of The Fallen dibuka tayangannya hari ini. Hujung minggu ini bakal menyaksikan pawagam-pawagam seluruh tanahair (Pawagam majoritinya ada di K.L ) akan penuh sesak.
  2. Revenge Of The Fallen ini adalah bayangan untuk sengketa lama makhluk robotik organik sejak berkurun-kurun lamanya. Kisah persengketaan ini macam biasa dengar.
  3. Cuma dalam Transformer tiada plot untuk membentuk kerajaan Perpaduan. Yang ada hanya persengketaan abadi, kasih yang takkan mungkin terjalin lagi. Mungkin lama-lama kita akan tahu, apakah sebenarnya dosa Optimus Prime kepada 'The Fallen'.
  4. Tidak diberikan gambaran berapa kos peperangan robotik-organik ini sepanjang kempen 'aku-kusnahkan-kau, kau-musnahkan-aku' berlangsung.

Kerajaan Perpaduan: Paksi Perjuangan Jangan Sekali-kali Di Kompromi

  1. Akhirnya, mana yang terang lagi bersuluh, mana yang jatuh, lagi ditimpa tangga. Begitulah keadaannya pasca idea Kerajaan Perpaduan (KP) yang begitu banyak mensensasikan iklim politik tanahair. Klik sini
  2. Yang pasti, bagaikan biduk yang lalu, kiambang bertaut jua. Yang terserlah adalah paksi perjuangan. UMNO dengan Melayu. PAS dengan Islam. Semuanya ciri-ciri penting survival Melayu di persada dunia. Perpaduan atas nama Islam itu lebih baik daripada perpaduan atas nama Melayu.
  3. Dan, yang mengkhianat dan menghancurkan melayu ke tahap hari ini adalah sekumpulan orang yang berjuang atas paksi Melayu, kerana mereka ditunggang gelojoh kuasa dan nafsu.
  4. Dan hingga ke hari ini, yang berpaksi Islam terus Istiqamah dengan seruan Al-Quran dan As-sunnahnya.
  5. Barangkali kita dapat menilai dengan sebaik-baik penilaian. Wallahua'lam.

Canggung Medonan: Peralihan Isi Hiburan Perdana Yang Perlu

  1. Setujukah kita dengan pandangan yang begini: Program-program hiburan kita kini amatlah canggung pengisiannya?. jawapannya, banyak bergantung kepada kesukaan bentuk hiburan kita, samada kita amat meminati musik, lakonan, komedi, romantisme, soap-opera dan sebagainya. Adakah itu sahaja? jika begitu, jelas apa yang dihidangkan oleh TV-TV kita adalah amat terhad.
  2. Agaknya, itulah sebabnya KERAjaan berminat untuk menyediakan satu saluran TV berunsurkan Islam, ala-ala Radio IKIM untuk memenuhi tuntutan keagamaan diri kita dan juga mempotretkan imej yang reaktif-sensitif KERAjaan. Hasrat itu boleh dibaca sini.
  3. Ini juga akan menimbulkan persoalan, adakah apa yang ditawarkan oleh TV kita kini kurang pengisian Islami-nya, dan jika ada pun ianya mirip kepada canggung medonan? Adakah banyak yang mengarut? Banyakkah yang sampah? Banyakkah propaganda yang dipacu oleh berapa banyak dana? dan semata-mata memenuhi tuntuan komersil?
  4. Tuntutan komersil secara lumrahnya hanya boleh jadi komersil bila ianya bercirikan hedonisme. Dan setakat hari ini, hedonisme adalah lawan kepada unsur-unsur ISlami dalam kerangka hiburan kita. Sekurang-kurangnya dalam tulisan ini.
  5. Contohnya, rancangan hiburan Jangan Lupa Lirik (JLL). JLL menawarkan pemilihan peserta secara rawak dan perserta dikehendaki mengingati lirik-lirik lagu yang dikosongkan. begitu juga dengan rancangan Tom-Tom Bak (TTB). TTb kononya mencungkil bakat anak-anak kecil dalam nyanyian dan satu rancangan yang baik untuk mengukuhkan keyakinan diri, keupayaan bersosial dan bergembira dalam suasana yang cukup gembira.
  6. Mengapa tidak, kita adakah satu rancangan yang mirip JJL, tetapi diubah daripada lagu kepada mengingati surah-surah Lazim, dari juzuk yang ke 30 itu, yang ada 38 surah itu. Tawarkan hadiah wang tunai, tetapi pemenang hendaklah menginfakkan hadiah kemenangan itu kepada badan-badan amal taua apa jua bentuk amal dan sedekah jariah. Itu pasti lebih baik.
  7. Juga TTB, mengapa tidak diajarkan anak-anak itu bacaan-bacaana mudah dalam sembahyang, dan juz amma. Yang pasti, konsep hiburannya sama, pengisiannya sahaja yang lain. Mengapa tidak?
  8. Kita mungkin orang yang kurang baik dan kurang ilmu agama, tetapi sebagaimana fitrah manusia, kita pasti boleh mengakui mana yang baik dan mana yang buruk. Itulah fitrahnya. Yang mengelak fitrah hanya orang-orang yang termakan bisikan syaitan. Wallahu'alam.

Breaking The Magician's Code.

  1. Sekarang, Astro AXN 701, ada siri mingguan khas 'Breaking The Magician's Code', yang mededahkan trick n Tales para-para magician's untuk tatapan umum dan membelah mulut kita dengan perkataan 'o, macam tu rupanya' apabila sang magician bertopeng mendedahkan trick n talesnya.
  2. Buat Ahli-ahli PAS yang sedang gundah gulana dengan idea Kerajaan Perpaduan sekarang, dicadangkan agar menonton siri tersebut untuk memahami dan membaca helah-helah politik dan jampi-jampi politik yang sedang dikenakan kepada mereka ketika ini.
  3. Diharapkan, Ahli-ahli PAS menjadi lebih bijak untuk meneka dan menjangka strategi lawan politik mereka, yang nampaknya terlalu advance untuk mereka, sedangkan mereka masih lagi lembap untuk menongkah dan bertindakbalas kepada strategi yang dikenakan kepada mereka. Ya, mereka sering diperangkap, dan amatlah malang jika mengizinkan diri mereka terperangkap sama.
  4. Dalam sibuk-sibuk isu Kerajaan Perpaduan, keluar pula cadangan untuk mengharamkan SIS. Bukankah seperti ada yang tak kena dengan cadangan ini, pada ketika lawan cuba memecahkan mereka dengan isu kerajaan perpaduan.
  5. Punyalah advance strategi politik lawan, sampaikan boleh membuatkan PAS pula yang 'under-pressure' untuk menjadikan kerajaan Perpaduan ini satu kenyataan dalam mahar yang amat mahal, iaitu menuju pecah dan belah.
  6. Lawan politik mereka kemudiannya menunggu dengan strategi pecah dan perintah, macam dulu-dulu.

Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS

Adalah sesuatu yang 'panas' dalam iklim politik Malaysia ketika ini adalah isu Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS. Dek kerana PAS baru sahaja selesai bermuktamar minggu lepas, maka perkembangannya PAS selaku parti tua dan lawan paling sengit kepada UMNO dan tempat berpayung orang-orang Melayu-Islam amat menarik banyak pihak. Amat menarik juga jika kita memikirkan perkara yang berikut:-
  1. Siapa yang lebih jujur dan beria-ia untuk kerajaan perpaduan? PAS atau UMNO. UMNO tidak memulakan gerak. Kalau pun benar ada pinangan UMNO ketika majoriti lemah di Perak dan Selangor pasca PRU 12, pinangan UMNO itu lebih kepada usaha untuk mengekalkan kuasa yang terlucut dengan bertopengkan penyatuan umat Melayu. Sedangkan Melayu tidak menolak UMNO, minoriti yang menolak BN.
  2. Siapa yang akan lebih untung dengan idea 'Kerajaan Perpaduan' ini? di satu sisi adanya UMNO, yang remuk dengan masalah dalaman, masalah rasuah politik, masalah akhlak dan sahsiah kepimpinan. Dan di satu sisi lain adanya PAS, yang dasar perjuangannya telah menembos tembok perkauman dan taboo keagamaan. UMNO sebuah parti yang flip-flop, hilang kuasa hilang semua. Sedangkan PAS yang istiqamah dengan tarbiyyah Islamiah, berpaksikan taqwa.
  3. Budak jahat campur budak baik, belum tentu jadi baik, tetapi budak baik campur budak jahat ada peluang jadi budak jahat, sebab 'peer pressure'.

Sekarang bukan masanya untuk PAS untuk berbaik-baik dengan UMNO. Ini masanya PAS bangun dan mendapatkan kuasa yang muktamad. Bila sudah dapat nanti barulah tawarkan kerajaan perpaduan kepada UMNO.

Kemudian, kerajaan perpaduan itu belalah dengan bersungguh-sungguh bangsa Melayu yang UMNO telah lupakan 25 tahun yang lalu.

Penyelewengan Dan Ketirisan Kontrak-Kontrak Lumayan Kerajaan

  1. Akhbar proksi MCA, 'The Star' hari melaporkan kos MRR 2 dalam 12 pakej pembinaanya dan pemulihannya berjumlah RM 880 juta.
  2. Juga, skandal penyelewengan PKFZ yang berjumlah lebih RM 10 Billion, yang sedang dalam siasatan suruhanjaya khas.
  3. PKFZ dan MRR2 adalah antara projek-projek lumayan Kerajaan yang sering dipertikai dan kontroversi kebelakangan ini. Mungkin dek kerana dasar ketelusan dan konsep pengurusan 'Rakyat di Utamakan', projek-projek ini menjadi sedikit 'panas'. Agaknyalah.
  4. Kita juga perlu yakin, ada lagi projek-projek lumayan kerajaan yang masih banyak sedang duduk diam di 'lubuknya' menuggu dengan sabar untuk dibaham 'buaya'.
  5. Juga, kita perlu yakin ada banyak lagi projek-projek lumayan kerajaan yang kandas ditengah jalan yang tak siap tetapi di 'full claim' oleh pemenang tender dan kontraktor-kontraktornya. Ini persepsi, jadi mungkin betul dan mungkin juga tidak. Mungkin ada juga projek lumayan kerajaan yang sebenarnya tidak berapa lumayan, tetapi di 'naiktarafkan' jadi lumayan.
  6. Jadi, bila kita yakin dengan sepenuhnya akan perkara-perkara ini, adakah kita sepatutnya sedar yang tanahair kita ini sedang diuruskan oleh orang-orang yang buruk amanahnya?
  7. Mana-mana kontrak yang tidak amanah dan telus, adalah haram, ditambah pula dengan unsur rasuah. Ada lebih kurang RM 11 billion duit haram sedang berpusing-pusing dalam tanahair kita ini. Itu yang kita ketahui, yang tidak kita ketahui kita serahkanlah kepada Tuhan kita yang Maha Adil dan Maha menghukum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...