dupavisitometer

Warna Kegemaran Hamba

Alhamdulliah syukur nikmat.
Aku baru balik dari Kuching, Sarawak semalam. Maaflah sesiapa yang mesej-mesej tanya aku di mana. Memang 'trip' yang ini aku sendiri pun lupa. Malam esok nak jalan baru sedar. Kalau dah asyik kerja, itulah dia. Apa benda pun tak berapa nak ingat.
Bila di Kuching, selain dari warisan-warisan peninggalan Dinasti Brooke, amatlah banyak barang-barang cenderamata yang boleh dibuat kenang-kenangan. Memang unik dan asli.
Aku pun macam manusia lain juga, merayau dan menjamu mata, sambil berkira-kira apa yang nak dibeli. aku masuk satu kedai. Tengah tengok-tengok barang apa nak beli, aku terdengar perbualan ini;
Pembeli: Warna hitam, putih takde ke? Penjual : Tiada encik, yang ada warna ini jaa..warna ini pun cantik dan sesuai dengan encik. Pembeli: Warna lain tu dugaan dunia, hitam itu neraka, dan putih itu syurga. Saya mahu hitam, kerana hitam mengingatkan saya pada neraka. Perbualan ini begitu mengesankan, hingga aku mengingatinya hingga saat ini.

2 comments:

Anonymous said...

orang kata... ..
indah itu bahasa.. cantik itu budi... teragung itu maruah diri... .
tapi... orang pandang..
indah itu emas... . cantik itu money.. teragung itu pangkat diri...
orang kata... .
cari isteri biar menepati... syariat islam sentiasa dipatuhi... . maruah suami lambang harga diri... susah senang sama-sama diharungi... . mengharap keredhaan dari illahi...
tapi... . orang pandang... .
biar tak tahu nak jaga suami... yang penting keterampilan diri... . maruah suami tolak ketepi... yang penting saham sentiasa tinggi... maruah suami ditolaknya ketepi... yang penting dirinya sentiasa dipandang tinggi..
orang kata... .
walaupun sikit.. tapi berkat.. rezeki dicari tanpa kenal penat... . walaupun pulangan hanya berapa kerat... tapi dengan usaha tulang empat kerat... tangan memohon moga berkat... rezeki yang diberi sentiasa dihargai... moga Allah sentiasa memberkati...
tapi orang pandang... ...
biar papa asal bergaya... .. yang tak berduit sentiasa tak dipandang... . yang berharta dijulang-julang... .. siang malam sibuk memanjang... . sampai lupa tanggungjawab insan... . tak pernah bersyukur walaupun harta berkoyan-koyan... . makin lama umur meningkat jua... . baru nak ingat amal ibadat... . harapannya terlalu tinggi mendapat tempat di syurga abadi... .. tapi sayang cuma sempat beberapa ketika... ..
cuma coretan bukan sindiran... . buat tatapan dan renungan... . carilah kehidupan berpandukan al-quran moga hidup sentiasa berpanduan... ..

Ras Raka said...

Terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...