dupavisitometer

Jenayah 2007

Ini adalah perbualan seorang anak orang kaya dan anak orang miskin, bertempat di Jalan Bola Tampar, Shah Alam. Miskin : Pinjam duit sikit, aku kering la. Kaya : Berapa ko nak? ko nak buat apa? Miskin : Dalam sepuluh 10 ratus. Aku nak beli sofa. Kaya : Sofa apa sampai 10 ratus? Sofa emas? Miskin : Sofabed. Kaya : Sofabed apa sampai 10 ratus? Miskin : Banyak tanya la. Nak bagi ke tidak? Kaya : Apa aku punya pilihan. Ko dah letak pisau kat tengkuk. Miskin : Hah! tau pun. Menurut taklimat polis kepada Perdana Menteri,

Jenayah ganas meningkat 13.4 %

Kes rogol naik 30 %

Manakala rompakan berkumpulan melonjak 160 %

Mencabul kehormatan naik 12.4 %

Pecah rumah waktu malam bertambah 21.7 %

Pecah rumah siang hari naik 4.2 %

Curi motosikal meningkat 3.2 %

Curi kereta naik 11.4 %

Kecurian lain naik 5.1 %

-The Scribe A.Kadir Jasin-

4 comments:

Anonymous said...

kenapa miskin yg rompak. yg kaya tak rompak ke? kenapa perlu letak miskin atau kaya? kenapa tak letak si A atau si B? Kenap perlu di shah alam? kenapa tak letak di satu lokasi yg di rahsiakan? Saudara perlu mintak maaf pada org miskin. Perlu mintak maaf pada org shah alam.

Unknown said...

Miskin sebab dia miskin akhlak. Hartanya mungkin banyak. Jangan singkat fikir, miskin itu semuanya berkenaan harta. Yang kaya, sebab dia memang kaya. Siapa nak rompak orang miskin. Siapa rompak harta orang miskin jatuh hina. Orang yang rasuah/pecah amanah rompak hak orang miskin, sebab itu dia hina. Faham? cerita ini dua lapis,macam bawang.

Kenapa S.Alam? S.Alam bukan milik sesiapa. Ia bebas, dan jenayah tidak mengira situasi dan letak tanah. This is an actual event which the victims were at the wrong place at the wrong time. Tiada laporan dibuat sebab sama-sama bangsa. Aku ada sentimental kasihan pada bangsa sendiri. Salahkah?

Untuk memuaskan hati semua pihak, aku minta maaf pada semua orang miskin(Harta dan jiwa) dan minta maaf pada semua warga S.Alam. Lain kali aku letak S.Alam (bukan Lokasi sebenar) dan aku jadi hipokrit demi kamu.Kunyah komentar ini perlahan-perlahan, biar rasa manis dan masamnya.sekian

Anonymous said...

Kenapa yg miskin saudara kata miskin akhlak? Bila yang kaya dikata kaya harta? Satu kenyataan pesong dan akan memesongkan? Miskin akan tetap di rompak. Laksana penduduk setinggan disuruh pindah. Laksana buruh yang bekerja gajinya RM5 sehari. Dirompak oleh yang kaya berjuta. Mengapa perlu hippokrit kalau penulisan itu dari hati yang ikhlas? Kenapa perlu hippokrit demi saya? Adakah saudara menulis kerana saya? Atau saudara memang tidak boleh ditegur. Mohon maaf jgn berEGO. Maaf membiasakan kita pada rendah diri. Mengajar kita hidup berperi. Kadang2 jalan terijak kaki yg lain. Sudah saya kunyah komentar ini 40 kali. Memang terasa manis, memang terasa masam tp alangkah manis kalau ia dikongsi. Agar yang dikunyah akan tercerna sempurna dah menjadi zat-zat yang membina. Walau kita berjalan terus tapi lebih baik kalau ia bersuluh.....sekian

Unknown said...

Watak 'miskin' diatas miskin akhlak. Dia sebenarnya kaya, dan merompak untuk dadah. Dia si kaya harta, tapi miskin akhlak. Watak si kaya memang kaya harta. Itu jelas, dan saya jelaskan sekali lagi.

saya menulis apa yang saya percaya.Siapa yang datang membaca, aku hargai lebih dari permata. Aku berkongsi pendapat, jika ada pelawat sudi membaca (kalau ada), saya amat senang hati. Dan lagi gembira kalau ada yang sudi tinggalkan komentar, bolehlah kita tukar pendapat dan aku membaiki diri. Ikhlas rahsia tuhan. Tapi aku menulis yang benar setelah saya timbang-timbangkan, dan fikir-fikirkan. Sebab yang benar itu kebanyakkannya yang pahit-pahit.

Saudara suruh saya padamkan S.alam sebagai lokasi yang dirahsiakan. Sebab saya tulis dengan benar,jika saya turutkan juga maka saya jadi hipokrit. Saudara yang mencadang, dan saya pun setuju untuk menulis begitu, maka benarlah saya hipokrit demi saudara. Bagaimana? setuju?

Yang lain-lain saya setuju, dan terima kasih sebab ikut sunah kunyah 40 kali. Moga saudara dapat pahala.

Saya bukan EGO. Saya mempertahankan tulisan saya, sebab pasti menarik jika pemikiran kita dua hala. Satu hala membosankan.Mungkin cara saya menjawab yang nampak ego, dan cara saudara menjawab bunyinya beradab. Tak mengapa, semua orang ada pandangan masing-masing.

Kalau sudi, singgahlah lagi,saya cuba siapkan lauk-pauk yang sedap-sedap untuk saudara makan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...