dupavisitometer

Tetamu Dari Iraq

  1. hari ini, telefonis menyampaikan pesan, "En. Lie, ada 'buyer' dari Iraq, mahu bertanyakan perihal belian baru, ke Iraq. Dia menunggu di bilik tetamu". "Ok, saya datang sekarang'. Orang Iraq, Bagaimanakah rupanya?
  2. Sampai di bilik tetamu, daun pintu diselak. berdiri dihadapanku, Abdoul Khalil Khaira'. Separuh Abad, wajahnya, entah mengapa, deritanya terpancar.
  3. "Assalamua'laikum, my brother", dia menyapa. "Wa'laikummussalam". "Ahlan-Wa-Sahlan". Ini Sapaan 'standard' kalau aku jumpa orang Arab. 'How is my ikhwan in Iraq?".
  4. Aku salah tanya, yang tiba-tiba membuatkan dadaku panas. Terharu. tiba-tiba ruang bilik tetamu itu jadi sepi. Derita sudah mengambil tempat.
  5. "Malaysia, is a grateful country". "We will never see this kind of peace again in Iraq." Apa yang boleh aku buat, melainkan tenggelam dalam kesedihan dan ratapan perasaan Khalil. Kasihan. Moga-moga rahmat Allah bersama-sama saudara-saudaraku nun jauh di Iraq.
  6. perlahan-lahan aku jadi sentimental.

1 comment:

besi said...

semoga bulan baik dah nak menjelma nie..puak2 di Iraq harap2 berhenti la kejap bom mengebom nie...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...