2012 kali ini, ditakdirkan aidilfitri menjengah dulu, kemudiannya merdeka. tinggalkan dulu aidilfitri. aku mau cakap pasal merdeka.
ya, tak kisah orang cakap apa, bagi aku sesiapa saja yang lawan british dan jepun sampai jepun kena hambat balik jepun (dan kemudiannya kita menyembah ekonominya) dan british jadi gerun dan memerdekakan kita (padahal imperialis dunia itu memang sudah musnah satu demi satu, macam musnahnya regim keditaktoran asia tengah sekarang ini) perlu diiktiraf sebagai nasionalis kemerdekaan, tanpa kanan dan kiri. sebab tajuk besarnya ialah MENGHALAU PENJAJAH. cuma methodnya saja berbeza. berunding ka, angkat senjata ka, hussein onn ka, pak sako ka, ahmad boestamam ka, side PKMM atau side PKM aku takde masalah, selagi pejuang dan perjuangannya adalah menuntut kemerdekaan.
ada jugak yang kata kerajaan yang ada sekarang ni barua penjajah, sebab 'dimenangkan' oleh penjajah dengan syarat dasar-dasar penjajah disuburkan juga walau lepas 1957. Inaku tak setuju. kena hormatlah juga perjuangan dan pengorbanan tokoh-tokoh dulu. tapi, mungkin kutukan ini jugalah balasan untuk mereka juga sebab 'menambus' dan menghilangkan catatan perjuangan yang perlu dalam lembaran sejarah kemerdekaan negara.
kita tutup bab nak capai dan halau penjajah ini, sebab walaupun bab ini penting, ada lagi bab yang lebih penting, iaitu 'MENGISI KEMERDEKAAN'.
selepas 1957, bermulalah tanggungajawab generasi 50 an dan seterusnya, untuk mengisi kemerdekaan. tanggungjawab itu diteruskan sampailah ke generasi kita yang dikataka generasi internet dan media baru (aku nak muntah). prinsip pejuang kemerdekaan dan pengisi kemerdekaan itu sebenarnya masih sama, menghapuskan PENINDASAN dan mempertahankan KEBEBASAN.
jika kita kini tertindas dengan rasuah dan terpenjara untuk membasminya, maka kita mesti tuntut kebebasan itu, agar kita tidak lagi tertindas.
aku meangmbil sikap pembodohan yang dibudayakan (terutamanya bab Ketuanan Melayu dan Islam) adalah penindasan paling fatal untuk pemikiran anak muda melayu macam aku.