dupavisitometer
"Tuan Tol" Dan "Lintah" - Anwar Ridhwan (AR)
Entah kenapa, sisipan Cerpen (Cerita Pendek) Berita Harian, siaran Ahad (9/12/07) menyiarkan dua cerpen karya Anwar Ridhwan, “Tuan Tol” dan “Lintah”. Satu di ruangan sastera dan satu lagi di suratkhabar sisipan.
Bagi yang kurang kenal dengan tulisan-tulisan Anwar Ridhwan, cukuplah kalau kita sekadar mengenal “Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman”. Satu novelette pilu seorang “Tok Selampit” yang hidupnya ketagih untuk bercerita yang akhirnya ditolak oleh masyarakat kerana “Tok Selampit” sudah ditinggalkan zaman, tewas dengan suasana baru dan kedahagaan hiburan bentuk baru.
Dan apabila dua cerpen sinikal dengan pangkahan-pangkahan halus, refleksi untuk situasi politik-sosial terkini, cerita pendekya kali ini terasa segar dan tidak melebih-lebih. Tidak sarat dengan maklumat, tidak celaru dengan mainan emosi watak yang kadang-kadang banyak bermonolog dari bercerita. Ceritanya ringkas, kehidupan kita sehari-hari yang kadang-kadang terfikir juga aku, ceritanya kalau tidak dari AR sendiri, barangkali ini rakan-rakan terhampir atau masyarakatnya yang terhampir.
Cari dan simpanlah keratan cerpen itu, untuk sebagai bukti kebobrokan kita dalam hal rasuah dan perkauman ini rupa-rupanya bukan salah sesiapa, tapi kepincangan kita untuk menghargai erti tanggungjawab dan kebenaran.
Tanggungjawab kita sebagai seorang Melayu dan erti sebenar-benar erti kita sebagai seorang warganegara Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment