Khabar : Sesiapa pun boleh. Mereka tidak dapat saya dengan rasuah. Saya dijatuhkan dengan perkara-perkara personal. Rasuah lagi malu. Makan duit haram. Rompak hak rakyat. Awak kena tahu saya orang bersih. Harta saya halal.
Surat : Musuh ini dalam selimut atau luar selimut?
Khabar : Firasat saya dalam selimut. Sebab saya 'melakukan' itu pun dalam selimut.
Surat : Tuan banyak musuh?
Khabar : Musuh saya bermusim. Sekarang musim pilihanraya nak masak. Musim bermusuh. Lihat diutara, gelombangnya ada. Saya gelombang biru-putih. Di Utara gelombangnya Merah-Biru. Dimana-mana pun ada gelombang. Punca taufannya di putrajaya. Boya amaran macam nak berbunyi, tapi tak bunyi-bunyi.
Surat: Kemana selepas ini?
Khabar: Entah, saya tidak pernah merancang. Saya hanya menyerahkan pada perut saya. Otak saya bingai, maka itu saya tidak mempercayainya.
Surat: Terima Kasih. Cocktail tadi sedap, vinegarnya pun import.
Khabar: Sama-sama, campuran chivas terbaik Sierra Maestra, Cuba. Jumpa di TV200 malam esok. Saya jadi pengacara rancangan kanak-kanak. Mereka murni. Saya ingin jadi murni kembali.
No comments:
Post a Comment