dupavisitometer

Cakap-Cakap Politik Tanahair Yang 'Panas'.

Bukit Segantang ini istimewa. Manusia merancang, Umno merancang, Pakatan Rakyat (PR) merancang, dan nampaknya, Allah juga merancang, dan sudah pastilah perancangan Allah jua yang pasti jadi. Dalam huru-hara siapa benar dan siapa salah dalam episode 'Aku MB ke Nizar yang MB?' di Negeri pewaris kesultanan kerajaan kuno Melaka, iaitu Negeri Perak, barangkali Bukit Gantang punya jawapan, dan mungkin juga tidak punya jawapan, hanya sekadar pilihanraya kecil dalam komponen demokrasi tanah Melayu yang pada ketika ini ghairah menolak bahasa ibundanya sendiri.
Tan Sri Muhyiddin Yassin kata Bukit Gantang bukan pungutan suara untuk apa-apa pun. Samada untuk Najib, Nizar, Umno ataupun PR. Yang pasti Muhyiddin telah pun menang di Pagoh dan baru sahaja menang Timb. Presiden Umno, kerusi 'panas' dalam Umno, yang kuat dengan sumpahan-sumpahan politik, yang kuat dengan fitnah-fitnah politik. Untuk pemimpin yang bergaya dan berilmu macam muhyiddin, berdoalah kita agar dia dapat menjadi Presiden Umno yag akan datang, dan kita sama-sama doalah agar beliau dipanjangkan umur. Perdana Menteri? itu belum tentu, mungkin ya Muhyiddin dapat jadi presiden Umno, tapi minta disimpangkanlah oleh malaikat pembawa rezeki akan kekalahan Umno pada pilihanraya umum 2013 nanti.
Melalui cakap-cakap politik, banyaklah benda yang boleh kita dengar, dan kita baca. Dan kalau akal kita panjang sedikit dan mata hati kita terbuka , dapatlah kita melihat kebenaran.
Kebenaran dan kebebasan ini sesuatu yang subjektif. Kebenaran tidak bersifat nyata (solid). Contohnya kemenangan Khairy dalam Pemuda Umno yang lalu. menang dengan undi, namun boo, tetap boo. lembaga disiplin Umno menagkui sedang melakukan siasatan tentang laporan salahlaku rasuah politik 2 ke 3 hari menjelang pemilihan UMno yang lalu, namun enggan memberikan nama siapa yang terlibat. Kasihan, Lembaga disiplin Umno itu sudah rata-ratanya insan senior, masih lagi dikerah untuk menguruskan satu isu nasional yang melecehkan. Kasihan, bila masa nak bergurau-senda dengan cucu.
Politik bukan boleh mendasari apa-apa. Yang boleh hanya hati manusia. bukan akal. akal hanya mampu berfikir, hati yang menentukan. Barangkali juga itu yang dimaksudkan dengan keimanan itu sendiri, dimana ia perlu punya keyakinan oleh hati, diluahkan dengan kata-kata dan diperakukan dengan perbuatan.

Kalau Sudah terhantuk Baru Nak Mengadah, Maka Tunggu Masa Sahajalah Untuk Rebah

Apa kualiti Pemimpin yang baik. Ada macam-macam, tetapi kita tidak boleh tidak menidakkan akan kualiti untuk berfikir secara konseptual ataupun kelebihan untuk memandang dan merancang ke hadapan untuk masa hadapan. Baca baik-baik, konseptual, bukannya sexual.Tun M memilikinya, bahkan dialah yang terbaik dan yang paling konseptual, sebab Malaysia, dengan daya usaha dan kelebihannya ini, sudah jadi begini. Tetapi, itu secara material dan infrastruktur. Yang ditinggalkan selepas itu, kita semua pun tahu, huru-hara.Tok Guru Nik Aziz juga memilikinya, sebab TG ini orang yang rapat dan mahir benar (pada aku mahir la) dengan Al-Quran. Al-Quran itu, memang sudah sedia konseptual, sebab ia diturunkan Allah, yang mana manusia itu diciptakan dan diciptakan semata-mata untuk kembali kepadanya. Pada tahun 1970-80 an lalu, TG ada menyebut, UMNO ini bertongkat, tongkatnya MIC dan MCA. Maka MCA dan MIC itu perlu dilemahkan dulu sebelum PAS dapat melemahkan UMNO.

Juga Vito Corleone, dalam Godfather 1. Vito juga dikurniakan dengan daya fikir konseptual. Tetapi dalam bentuk mafia 'underworld'.

Ciri-ciri seorang pemikir konseptual, adalah terperinci dan istiqamah. Datanglah apapun, pemikir konseptual ini jarang sekali hilang fokus dan kecundang ditengah jalan.

Pemikir konseptual selalunya boleh mengagak dan menjangka bila ia akan terhantuk, dan dimana dia akan terhantuk. Selepas berkira-kira, dia mula mengadah dan merancang agar dia tidak terhantuk. kalau terhantuk pun, hentakannya dipastikan minimal.

Oleh sebab itu, peribahsa 'sudah terhantuk baru nak mengadah' ini dijadikan peringatan dan kata sifat untuk seorang yang tewas ataupun dalam kata budak-budak 'shuffler' sekarang, 'loser'.

Situasi sekarang, bila kalah baru nak cakap berubah, hai...penat sikitlah bang. Selalunya, kalau sudah terhantuk, dan hantukan itu kuat, selalunya kita tak sempat nak berubah, sebab kita sudah pun rebah.

Nota:
Penulisan ini tiada kena-mengena dengan sesiapa, baik yang hidup ataupun yang mati. Ini hanya perbincangan akan perihal ilmu pengurusan, dalam bab 'Organization Behaviour: Selecting Your leader'. Sekian dimaklumkan.

Disuruh Makan, Engkau Makan, Disuruh Gantung, Kau Salahkan Aku

Mari kita lihat dan dengar baik-baik akan tindak tanduk mereka yang terlibat dengan rasuah sehari dua ini. Macam drama soap opera. Penuh dengan perancangan licik, licin dan bermuslihat.
Orang dulu-dulu pernah berpesan, jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong jangan berciciran. Sekarang, yang dikendong itu biawak hidup, yang dikendong diminta jangan dilepaskan.
Tiada angin masakan pokok bergoyang. Disebabkan itulah, politik ini bukan untuk sebarang orang. Orang-orang yang berprinsip, apatah lagi. Jangan sampai tergadai segala prinsip perjuangan yang memikat.

The Dreams Of The 60 Billion Ringgit Stimulus Package

FUNDS TO BE SPENT The second stimulus package will have 4 thrust: - REDUCING unemployment and increasing employment (RM2 billion)
- EASING the burden of the Rakyat, in particular vulnerable groups (RM10 billion.)
- ASSISTING the private sector in facing the crisis (RM29 billion.)
- BUILDING capacity for the future (RM19 billion)
WHERE THE FUNDS COME FROM
- Fiscal injection --> RM15 billion
- Guaranteed funds --> RM25 billion
- Equity investment--> RM10 billion
- Private finance initiative(PFI) and off-budget projects-->RM7billion
- Tax incentives-->RM3 billion
Taken from here My Comment:
- It would be smart move by the government to boost the economy in general.
- How much is 60 Billion?
- It is equal to dividen paid petronas every year to the government.
- As for simple equation, Malaysia population only have more or less 27 million people.
- Why don't give the 60 Billion direct to the people.
- Afterall, the main objective of the stimulus package were for sake of the rakyat.
- If 60 Billion divide by 27 Million, still enough for approximately 1 billion ringgit for everybody.
- Than the whole Malaysia will be the nation of ferrari.
- And everybody will have their own private cinema in their home.
- In two weeks time, all Malaysian starts dreaming to live forever
- and the list went on and on...

Siakap Tapah Gelama Ikan Duri Banyak Rasuah Baru Boleh Jadi Menteri

Kalau berbohong, memang sudah jadi mainan orang politik. Secara lazimnya , mereka ini opprtunis. Apakah dia opportunis? Opportunis ialah orang yang suka mengambil peluang walaupun peluang itu terbuka untuk orang lain, semata-mata untuk keuntungan dirinya sendiri. Kalau dalam ekonomi, macam kapitalis.
Sebagai orang politik, taktik menggunakan helah, cakap panjang-panjang sampai hilang awal punca dan akhir kalam adalah antara cara-cara resepsi yang efektif. Penafian akan dibuat dengan begitu keras, dan jika kebenaran terselah menikus seribu bahasa. Maka benarlah juga dalam puisi 'Melayu' karya gemulah Usman Awang yang terkenal itu. Apa katanya? Katanya,
Melayu itu berani kerana Salah Melayu itu takut kerana benar
Itulah lumrahnya. Bagi yang cerdik sikit, minta dibuat kajian, tunggu hasil laporan, minta pendapat, tunggu arahan ketua, tunggu nasihat mufti, tunggu fatwa ulama', tunggu hari raya, tunggu lepas umrah, tunggu anak kahwin, tunggu nak pegi haji, tunggu nak buat derma amal.
Hipokrasi tahap tertinggi.
Kelmarin, selasa 17 Mac sekali lagi menunjukkan indeks rasuah di Malaysia ini sudah kritikal. Sudah berakar-umbi (sebab yang kena rasuah adalah akar-umbi) dan tidak boleh dipulihkan. Sayang, walau sudah diingatkan berkali-kali, rasuah ini perosak bangsa, mengapa ada juga yang mengamalkannya.

PPSMI: Cuba Kamu Bertutur Dan Dengarkan ia Baik-Baik, Itulah Ketuanan Melayu Nombor Satu Yang Perlu Dipertahankan

Salam. Sebenarnya aku amat mengasihani SN-SN kita yang bersungguh-sungguh dan dengan sedaya upaya berusaha membantah PPSMI. A.Samad Said itu bukan sembarangan orang. Hassan Ahmad juga bukan sebarang orang. Daya fikir mereka jauh lebih tajam dari kamu. Barangsiapa nak berkenal-kenal dengan daya fikir Hassan Ahmad, sila beli Dewan Masyarakat dan lihat ke ruangan Dari Birai Kaca. Ataupun Bacalah bukunya yang bertajuik 'Imbasan'. Pasti, Hassan Ahmad akan mengajar kamu barang satu atau dua perkara perihal Bahasa Melayu, dan dimana letak duduknya di nusantara ini.
Semalam, ada seorang baghal dari kelantan kata menyokong PPSMI. Katanya, PPSMI perlu diteruskan, kerana sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk bersaing dan dihormati di peringkat Antarabangsa. Bila berdiri sama tinggi, bila duduk sama rendah. Alahai, mudahnya berkata-kata, semudah nak meludah muka sendiri.
Lagi pandai kita cakap inggeris, bukan bermakna kita lagi boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang inggeris. Jepun itu, dihormati kerana keteguhan ekonominya. jerman pula dek kerana penguasaan teknologinya, begitu juga dengan Peranchis. Iran dan Russia, tidak pernah memandang Bahasa Inggeris itu sebagai ramuan utama untuk maju. Jadi, perlukah kita?
Bahasa Inggeris ini, sudah tua pun boleh belajar bagi mudah faham. tengok macam Khir toyo. sebelum jadi MB tergagap-gagap cakap Inggeris. Sekarang, Alhamdullilah, lancar pertuturannya.
Bahasa Melayu pula lain, ia refleks warisan dan kebudayaan. Cara orang melayu berfikir, molek dipersembahkan dalam Bahasa Melayu, kalau Dipersembah dalam bahasa Inggeris, Derhaka. Sebab, barang jangan dilupa rakan sekalian, ketuanan Melayu yang dipertahan, dalam Perlembagaan, tiga perkara ia disendikan, Sultan-sultan Melayu, Bahasa Melayu dan Agama Islam.
Begitulah adanya, dan begitulah ia dinukilkan.

AF7 & Pakej Stimulus Ekonomi 09: Berusaha Untuk Yang Menjadi Yang Terbaik

Maaf, siri-siri AF (Akademi Fantasia) ini sampai sekarang masih diikut orang walaupun nyata ia hanya konsisten menghasilkan hampas industri hiburan sekangkang kera ini. Mungkin khalayak tv negara ini yang memang mudah dipuaskan. Lihat sahaja sinetron-sinetron hampas dari Indon. menonton promonya sahaja sudah boleh meloyakan tekak. Entah, lain padang lain belalang, lain orang lain pula bangang-nya.
Namun, AF itu memang sudah menjadi konsepnya untuk 'buat yang terbaik' hingga ungkapan itu sudah jadi klise, dan mungkin ya, peserta-pesertanya memang bersungguh-sungguh didalam AF.
Bersungguh-sungguh untuk menjadi hampas.
Begitu juga dengan pakej stimulus yang diumumkan tadi. Dengarnya 60 Billion. Atas sebab kekangan masa, aku belum ada kesempatan untuk mengulas. Mungkin sedikit masa lagi. Namun, aku percaya, semua perancangan itu dilakukan untuk mencari yang terbaik dan kesenangan dan keselamatan rakyat terbanyak. Kita tidak boleh selamanya prejudis dengan kerajaan dan harus menyokong dan sama-sama mengembleng daya fikiran untuk menjayakannya.
Namun, sejak-sejak akhir ini, keputusan-keputusan kerajaan amatlah mengecewakan.
Lihat sahaja bagaimana ia menangani krisis kenaikan harga minyak dunia dan juga isu-isu politik sosial kini. Boleh lemah semangat dibuatnya. Isu politik itu bila-bila manapun jauh lebih senang kalau nak dibandingkan dengan isu-isu ekonomi.

Selamat Hari Lahir Sayang

Buat gadis kelahiran 03 Mac
Selamat hari lahir diucapkan.
Moga panjang umur
Moga memperoleh umur yang berkat
Moga dimurahkan rezeki
Moga pantas ketemu jodoh dengan aku
kerinduanku ini, setiap hari. [Entri 03 March 2009 - 'Level Of Confidence - Teruskan Membaca ]

Level Of Confidence

"Awak kena tingkatkan 'confident' awak di atas pentas, baru penonton 'confident' dengan awak"- Juri AF7
"Awak nak 'hit' 'High note' tu awak kena 'very sure', kalau tak itu yang terkucil tu"- Juri One In A Million-
"Bagus, awak punya 'confident level' sangat baik. Awak dahsyat"-Juri Bintang RTM-
"Tahap 'confident' Jihan makin bertambah dari minggu ke minggu.Bagus, teruskan peningkatan'-Juri tetap Raja Lawak Astro 09-
itu antara komen-komen yang biasa kita dengar pasal 'confidence Level dalam program siaran realiti. penting rupanya 'confident' ni. Contohnya, dalam satu kenduri kahwin, ada mamat datang pakai baju koboi, topi koboi, seluar rambu-ramba koboi, kita boleh agak dia punya 'level of confidence' yang tinggi.
Di dalam padang bola pula, Messi dan Ronaldo, bersaing dan menembus barisan pertahanan yang jitu dan berpengalaman, Milan atau Inter contohnya, perlu juga punya 'Level of Confidence' yang tinggi.
'Confidence level' kita membantu kita untuk fokus. Ia juga membantu kita untuk jadi lebih 'perasan'. Silap gaya boleh jadi syok sendiri.
Tengok UMNO, 'level of Confidence' mereka yang tinggi, sebab itu barangkali mereka jadi begitu. Mereka confident rakyat masih lagi bersama-sama mereka.
Dan mereka punya hak untuk perasan, sebab UMNO yang paling perform diantara komponen-komponen BN yang lain di masa PRU 12 yang lalu.
tetapi jangan lupa pepatah moden 2009, 'Jangan Over-Confident'.
Tahu apa maksudnya?

Tol: Keputusan Menaikannya Dan Menangguhkannya Adalah Keputusan Yang Sama Dungu, Agaknya lah.

Minggu lepas, telah berlaku satu melo-drama yang sedikit bingung. Pada ketika rakyat rata-ratanya selesa dengan beban petrol RM 1.80 per liter untuk kegunaan sehari-hari, dan dalam situasi ekonomi negara yang dalam keadaan pre-recession, rakyat secara tiba-tiba dikejutkan dengan pengumuman kenaikan kadar tol di 5 buah lebuhraya utama dengan kadar kenaikan yang secara pukul ratanya membebankan.
Sudahlah kadar yang sedia ada sudah sedia membebankan, kini ditambah lagi. Adalah sesuatu yang bacul menggunakan perbandingan sen per kilometer, dan bukannya peratus, kerana pasti kadar kenaikan dalam bentuk peratus amat tinggi dan menyakitkan mata, iaitu hampir 30%. Satu taktik recycle yang telah digunakan dalam mengumumkan kenaikan petrol pada April 08. Seperti biasa, alasannya ialah kerana kerajaan tiada pilihan kerana terikat dengan tuntutan konsesi. Mengapalah tiada cerdik pandai atau seorang yang betul-betul ahli dalam perundingan (negotiator) sewaktu konsesi itu ditandatangani dulu. Kalau ada, tidaklah kita menjadi terlalu dungu seperti sekarang. Tertekan dan ditekan dalam satu perjanjian konsesi yang kelihatannya berat sebelah dan membebankan satu pihak sahaja. Tindakan mengumumkan nampak dungu. Kerana:- - Mengapa tergesa-gesa dan mendahului mendahului keputusan kabinet? - Konsesi atau kabinet lebih berhak buat keputusan? - Adakah konsesi punya kuasa mendesak yang ‘absolute’? - Siapa yang memandai-mandai, wakil konsesi atau wakil kerajaan? - Mengapa kabinet kelihatannya tidak tahu-menahu? Adakah mereka tidur? - Tiada nasihatkah oleh cerdik pandai ekonomi di MOF? - Sejak bila keputusan menteri lebih terguna pakai daripada keputusan konsensus kabinet? Tindakan menangguhkannya juga nampak dungu. Kerana:- 1. Mungkin ini ada political gain untuk pilihanraya-pilihanraya kecil. 2. Usaha untuk memperbaiki Imej dan persepsi rakyat terbanyak pada pemerintah dengan persepsi yang berikut:- - Pemerintah datang menyelamat dengan penuh keprihatinan. - Menyelamatkan rakyat di masa-masa sukar kelembapan ekonomi. - Pemerintah nampak bertegas dengan tuntutan konsesi. - Proaktif dalam isu-isu yang membebankan rakyat. Kemudiannya, diumumkan kerajaan membayar pampasan berjumlah RM 267 Juta kepada konsesi. Ganjaran opportunity lost yang ditanggung konsesi. Kemudiannya tamatlah melo-drama ini. Konsesi, kalau tidak menuntut ke rakyat, datang menuntut ke pemerintah. Tambah tolak campur bahagi, akhirnya konsesi yang dapat. Kalau rakyat tak bayar, kerajaan yang bayar. Siapa yang untung, entah, yang pasti rakyat yang rugi. Macam ini ke ‘running’ negeri? bijak, bijak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...