dupavisitometer

PPSMI: Cuba Kamu Bertutur Dan Dengarkan ia Baik-Baik, Itulah Ketuanan Melayu Nombor Satu Yang Perlu Dipertahankan

Salam. Sebenarnya aku amat mengasihani SN-SN kita yang bersungguh-sungguh dan dengan sedaya upaya berusaha membantah PPSMI. A.Samad Said itu bukan sembarangan orang. Hassan Ahmad juga bukan sebarang orang. Daya fikir mereka jauh lebih tajam dari kamu. Barangsiapa nak berkenal-kenal dengan daya fikir Hassan Ahmad, sila beli Dewan Masyarakat dan lihat ke ruangan Dari Birai Kaca. Ataupun Bacalah bukunya yang bertajuik 'Imbasan'. Pasti, Hassan Ahmad akan mengajar kamu barang satu atau dua perkara perihal Bahasa Melayu, dan dimana letak duduknya di nusantara ini.
Semalam, ada seorang baghal dari kelantan kata menyokong PPSMI. Katanya, PPSMI perlu diteruskan, kerana sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk bersaing dan dihormati di peringkat Antarabangsa. Bila berdiri sama tinggi, bila duduk sama rendah. Alahai, mudahnya berkata-kata, semudah nak meludah muka sendiri.
Lagi pandai kita cakap inggeris, bukan bermakna kita lagi boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang inggeris. Jepun itu, dihormati kerana keteguhan ekonominya. jerman pula dek kerana penguasaan teknologinya, begitu juga dengan Peranchis. Iran dan Russia, tidak pernah memandang Bahasa Inggeris itu sebagai ramuan utama untuk maju. Jadi, perlukah kita?
Bahasa Inggeris ini, sudah tua pun boleh belajar bagi mudah faham. tengok macam Khir toyo. sebelum jadi MB tergagap-gagap cakap Inggeris. Sekarang, Alhamdullilah, lancar pertuturannya.
Bahasa Melayu pula lain, ia refleks warisan dan kebudayaan. Cara orang melayu berfikir, molek dipersembahkan dalam Bahasa Melayu, kalau Dipersembah dalam bahasa Inggeris, Derhaka. Sebab, barang jangan dilupa rakan sekalian, ketuanan Melayu yang dipertahan, dalam Perlembagaan, tiga perkara ia disendikan, Sultan-sultan Melayu, Bahasa Melayu dan Agama Islam.
Begitulah adanya, dan begitulah ia dinukilkan.

1 comment:

besi said...

ketuanan yang kena dengan politik mereka barulah mereka pertahankan, susah sebab kena pilih ketuanan yang tertentu sahaja....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...