dupavisitometer

kembara dubai - intro

salam. guess what? i'm in sharjah, dubai. Aduh, sedihnya tinggalkan my loved ones di RRI, subang. sampai-sampai je, dua hari homesick. namun, when the reality bites, kenalah tabahkan hati dan kuatkan semangat. aku ke sini ada matlamat dan tujuan, jadi seharusnya aku fokus. 

bila dah sampai, tepat tido ok? Alhamdulillah, setakat hari ini makan, minum dan tido masih ok. di sini suhunya masih panas, membahang kalau duduk di luar. 

selama 3 hari berjalan sekitar bandar sharjah dan belajar tentang sedikit selok belok bandar sharjah. sharjah ni boleh aku describe macam bandar pendatang (termasuklah aku?). kebanyakannya pakistani, indian, bangla, dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. yang lebih pelik, terasa ramainya warga filipino yang merantau dan mencari rezeki disini. 

tadi buat pertama kalinya aku sembahyang juma'at dalam kariah orang-orang arab. memang simple namun pada aku sempurna. teringat pula keadaannya di malaysia. 

setakat ini dulu. nanti jumpa lagi. bonda dan adel, babah rindu sangat pada kalian. hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Assalamua'laikum.

lemang sudah diangkit, bara masih menyala

kalau kita makan lemang sepanjang aidilfitri ini, baranya sudah padam, buluhnya sudah dibuang dan pulutnya dah masuk ke jamban.

namun, kisah mat - sabu - mat - indera - pas - umno ini 'bara'nya masih neyala dan semakin karut dan mengarut dan semakin tidak berfaedah. ada yang nak buat biografi, ada yang nak buat dialog umum, ada yang nak buat majlis debat, dan sementara cabar mencabar dan kutuk mengutuk tak kunjung padam. 

benar sejarah itu penting untuk pedoman masa hadapan. dan kita jangan sekali-kali melupakan sejarah, terutamanya sejarah kemerdekaan dan kedaulatan tanah melayu ini. nilai yang paling baik yang boleh kita belajar adalah kesatuan dan keutuhan semangat pejuang-pejuang terdahulu yang komited untuk mencapai kebebasan, dan inilah semua fakta yang sudah tertulis dan tidak boleh diubah-ubah dengan sesuka hati. 

boleh disembunyikan, namun tidak boleh dipadam.

namun, sebagai sebuah negara yang mempunyai sejarah yang panjang, selain mengingati dan insaf dengan perjuangan generasi terdahulu, penting juga kita menilai sejarah akan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh generasi-generasi terdahulu, supaya kita ambil pedoman dan pengajaran agar pemimpin kita hari ini tidak melakukan kesilapan yang sama. dan jangan pula kita biarkan.

jika kita dulu bangun untuk melawan malayan union sebab kita tau malayan union itu tdak adil, maka tidak salah untuk kita bangun sekali lagi untuk melawan ketidakadilan, walau siap pun pelakunya.
jadi, seharusnya polemik mat sabu ini dihentikan, kerana ianya tidak memberikan sebarang faedah kerana sejarah itu sifatnya tenggelam dalam arus masa.

kerja sebagai pasukan polis british, bukan barua british.

Atas sebab itulah, Mohamad Sabu membawa balik cerita filem Bukit Kepong.

"Kita lihat cara yang dibuat itu memang banyak yang tak kena. Bila hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong, (dalam filem)
Bukit Kepong, polis itu, polis British,
hak serang Bukit Kepong tulah pejuang kemerdekaan, ketuanya Mat Indera, (seorang) Melayu.
itulah antara petikan laporan harakah yang bertajuk "Mohamad Sabu dan mat Indera" oleh Zulkifli Sulong berkenaan asal-usul ke'sensasian' yang dikatakan dan memang sudah meleret-leret dan semakin mengarut iaitu berkenaan isu mat sabu - sokong - komunis - buta perut - buta - sejarah - kau - memang-pengkhianat.- mat sabu - woii.

namun, aku agak bersetuju dengan pandangan Prof. Dr. Ramlah Adam dalam segmen "kerusi panas - Bernama Radia 24 siaran 06/09/2011" berkenaan kesungguhan mat sabu me'malek'kan mat indera dalam lanskap persejarahan negara.

antara butiran yang menarik perhatian sepanjang segmen tersebut adalah:-

1. bekerja sebagai polis yang menagkis ancaman komunis, bukan barua british.

tidak wajar mengatakan askar / polis melayu yang berkhidmat zaman british adalah barua atau talibarut british sebab pada fasa 1 dan fasa 2 pertembungan british-komunis, hanya perkerjaan  polis sahajalah yang boleh dikira berpendapatan tetap dengan gaji sebanyak RM 100 lebih kurang.  adalah mustahil seorang melayu yang sanggup menggadaikan nyawanya dengan nilai RM 100 dan berada dibarisan hadapan memerangi ancaman komunis hanya bersebabkan dia beria-ia sangat nak menjadi barua british.

macam ahli pas yang kerja dengan kerajaan sekarang. masih ahli pas dan masih bukan barua kerajaan umno-BN.

2. mat indera punya pilihan untuk tidak berjuang dalam PKM, macam pilihan yang diambil oleh ahmad boestamam dan dr. burhanuddin helmi.

sebabnya mudah. mat indera bukan sosok nasional, dan dia hanyalah pemimpin masyarakat setempat. (Muar) dan barangkali kecewa dengan pengharaman PKMM. namun, dia tidak lebih tinggi dari ahmad boestamam dan Dr. Burhanuddin helmi.

namun, sebagai pejuang kemerdekaan dan tanah melayu yang unggul, ahmad boestamam dan dr, burhanuddin helmi tidak pula 'join' perjuangan PKM. secara faktanya, tiada dan tidak dapat dibuktikan.

'hero' yang membuat pilihan yang salah bukanlah seorang 'hero'?

3. siapa tak puas hati dengan fakta / gosip / khabar angin pasal kemerdekaan tanah melayu, sila buat kajian sendiri. baru puas hati.

banyak yang kata (terutamanya harakah dan ahli-ahli PAS) yang mengatakan sejarah kemerdekaan ini macam sejarah umno. tetapi, dari sudut lain, itulah hakikat akan kemerdekaan malaysia. peristiwa penting yang membuahkan hasil. yang menang pilihanraya perikatan - BN. PAS menang 1 kerusi.

syarat kemerdekaan siapa menang piliharaya dia punya hak berunding dengan british untuk kemerdekaan dan berpeluang untuk memerentah. takda isu barua ke tidak, sebab pentadbiran tanah melayu sebelum dan selepas malaysia memang 'grand design' untuk pentadbiran mikro dan makro memang daripada british. 

kita tidak menukar segala-gala yang berkaitan dengan british pada 12.01 minit, 1 september 1957!

begitu juga halnya dengan isu mat indera. sesiapa yang tidak puas hati dengan laporan media arus perdana, blog-blog, boleh buat kajian sendiri untuk memuaskan hati. tiada siapa yang melarang, malah digalakkan.

4. isu ini hanya isu picisan dan sudah terlebih sensasi oleh diktaktor media.

semua ini adalah mainan wayang politik umno-bn-pas. sebab dalam negara memang tiada isu, sebab mungkin bolan puasa dan raya, semua orang nak nampak 'baik' dan bersopan.

isu ini sangat-sangatlah disensasikan oleh berita-berita di TV, radio dan akhbar sampai kita sudah terlupa dimana asal dan kemana akhirnya retorika ini.

bermula dengan mat sabu sokong komunis, timbul cerita khianat, timbul cerita waris bukit kepong tak paus hati, timbul cerita berpuluh laporan polis, timbul berita mat sabu komunis, timbul cerita tunjuk perasaan ramai-ramai bahtah mat sabu, kemudian timbul cerita mat indera jadi hero, hai entahlah...terlalu banyak masa dan tenaga anak bangsaku ditumpukan kepada perkara yang kurang elok dan kurang penting.
........
4451

4448: aidilfitri, kemerdekaan dan masa hadapan

selamat menyambut aidilfitri 2011, dan juga selamat menyambut hari kemerdekaan tanah melayu pada 31 ogos tiap-tiap tahun sebermula 1957. hari gemilang Malaysia ialah pada 16 sept yang akan datang. pada tarikh itu, barulah sabah dan sarawak dan singapura bersama-sama membentuk malaysia. brunei pada masa itu tercicir dan merdeka dengan sendirinya.

beberapa tahun kemudian, singapura meninggalkan kita, dan sekarang duitnya mahal RM 2.50 daripada kita. dan brunei pula, memang gagah perkasa sebagai negara yang terkaya didunia, dihormati timur dan barat dan sultannya memang kita ketahui sentiasa punya ferrari dan kereta-kereta mewah yang semuanya edisi khas. 

dalam tempoh 54 tahun, itulah yang berlaku. singapura masih dibawah PAP (ala-ala DAP), dan brunei masih diperentah oleh sultan yang berketurunan melayu atau dari rumpun melayu. 
indonesia, yang dulu beria-ia berkonfrantasi dengan kita agar membentuk indonesia raya, masih belum pulih dari kemusnahan ekonomi matawang pasca 1998, disusuli dengan revolusi reformasi kejatuhan suharto dan kini dibawah sby. kemiskinannnya melarat, kekayaannya hanya tergolong pada sedikit orang sahaja, kurang dari 10%. 

bayangkan, kekayaan 10% lagi banyak dari kekayaan semua orang di indonesia. memang gila dan benar-benar gila, tetapi itulah realitinya. namun mereka masih bertutur bahasa melayu dan bangga dikenal sebagai bangsa indonesia. 

dengan membandingkan keadaan brunei, singapura dan indonesia selepas 54 tahun kemerdekaan malaysia, bagaimanakah dengan keadaan malaysia dimasa hadapan? kurang 10 tahun, 2020 akan menjelang dan samada kita akan menjadi masyarakat maju, kita sendirilah yang perlu menjawabnya.

bukan infrastruktur dan prasarana yang menjadi ukuran untuk menjadi sebuah negara maju, namun aspirasi dan corak berfikir masyarkatnyalah yang menjadi tunjang. 

dan, kediktaktoran media yang diperkudakan oleh pemerentah seperti yang kita saksikan saban hari adalah bukan tanda yang kita semakin menghampiri erti kemajuan, target 2020 dan lebih buruk lagi sebagai pengisian sebuah kermerdekaan.

Salam merdeka. digarhayu tanahairku.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...