Atas sebab itulah, Mohamad Sabu membawa balik cerita filem Bukit Kepong.
"Kita lihat cara yang dibuat itu memang banyak yang tak kena. Bila hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong, (dalam filem) Bukit Kepong, polis itu, polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pejuang kemerdekaan, ketuanya Mat Indera, (seorang) Melayu.
itulah antara petikan laporan harakah yang bertajuk "Mohamad Sabu dan mat Indera" oleh Zulkifli Sulong berkenaan asal-usul ke'sensasian' yang dikatakan dan memang sudah meleret-leret dan semakin mengarut iaitu berkenaan isu mat sabu - sokong - komunis - buta perut - buta - sejarah - kau - memang-pengkhianat.- mat sabu - woii.
namun, aku agak bersetuju dengan pandangan Prof. Dr. Ramlah Adam dalam segmen "kerusi panas - Bernama Radia 24 siaran 06/09/2011" berkenaan kesungguhan mat sabu me'malek'kan mat indera dalam lanskap persejarahan negara.
antara butiran yang menarik perhatian sepanjang segmen tersebut adalah:-
1. bekerja sebagai polis yang menagkis ancaman komunis, bukan barua british.
tidak wajar mengatakan askar / polis melayu yang berkhidmat zaman british adalah barua atau talibarut british sebab pada fasa 1 dan fasa 2 pertembungan british-komunis, hanya perkerjaan polis sahajalah yang boleh dikira berpendapatan tetap dengan gaji sebanyak RM 100 lebih kurang. adalah mustahil seorang melayu yang sanggup menggadaikan nyawanya dengan nilai RM 100 dan berada dibarisan hadapan memerangi ancaman komunis hanya bersebabkan dia beria-ia sangat nak menjadi barua british.
macam ahli pas yang kerja dengan kerajaan sekarang. masih ahli pas dan masih bukan barua kerajaan umno-BN.
2. mat indera punya pilihan untuk tidak berjuang dalam PKM, macam pilihan yang diambil oleh ahmad boestamam dan dr. burhanuddin helmi.
sebabnya mudah. mat indera bukan sosok nasional, dan dia hanyalah pemimpin masyarakat setempat. (Muar) dan barangkali kecewa dengan pengharaman PKMM. namun, dia tidak lebih tinggi dari ahmad boestamam dan Dr. Burhanuddin helmi.
namun, sebagai pejuang kemerdekaan dan tanah melayu yang unggul, ahmad boestamam dan dr, burhanuddin helmi tidak pula 'join' perjuangan PKM. secara faktanya, tiada dan tidak dapat dibuktikan.
'hero' yang membuat pilihan yang salah bukanlah seorang 'hero'?
3. siapa tak puas hati dengan fakta / gosip / khabar angin pasal kemerdekaan tanah melayu, sila buat kajian sendiri. baru puas hati.
banyak yang kata (terutamanya harakah dan ahli-ahli PAS) yang mengatakan sejarah kemerdekaan ini macam sejarah umno. tetapi, dari sudut lain, itulah hakikat akan kemerdekaan malaysia. peristiwa penting yang membuahkan hasil. yang menang pilihanraya perikatan - BN. PAS menang 1 kerusi.
syarat kemerdekaan siapa menang piliharaya dia punya hak berunding dengan british untuk kemerdekaan dan berpeluang untuk memerentah. takda isu barua ke tidak, sebab pentadbiran tanah melayu sebelum dan selepas malaysia memang 'grand design' untuk pentadbiran mikro dan makro memang daripada british.
kita tidak menukar segala-gala yang berkaitan dengan british pada 12.01 minit, 1 september 1957!
begitu juga halnya dengan isu mat indera. sesiapa yang tidak puas hati dengan laporan media arus perdana, blog-blog, boleh buat kajian sendiri untuk memuaskan hati. tiada siapa yang melarang, malah digalakkan.
4. isu ini hanya isu picisan dan sudah terlebih sensasi oleh diktaktor media.
semua ini adalah mainan wayang politik umno-bn-pas. sebab dalam negara memang tiada isu, sebab mungkin bolan puasa dan raya, semua orang nak nampak 'baik' dan bersopan.
isu ini sangat-sangatlah disensasikan oleh berita-berita di TV, radio dan akhbar sampai kita sudah terlupa dimana asal dan kemana akhirnya retorika ini.
bermula dengan mat sabu sokong komunis, timbul cerita khianat, timbul cerita waris bukit kepong tak paus hati, timbul cerita berpuluh laporan polis, timbul berita mat sabu komunis, timbul cerita tunjuk perasaan ramai-ramai bahtah mat sabu, kemudian timbul cerita mat indera jadi hero, hai entahlah...terlalu banyak masa dan tenaga anak bangsaku ditumpukan kepada perkara yang kurang elok dan kurang penting.
........
4451
No comments:
Post a Comment