dupavisitometer

hujem

tengok gamba jer dah ngeri....


pagi semalam KL hujan lagi. lebat. kawan aku update FB wall ringkas sahaja. hujem. terma baru hujan + jem gilak. hujan pulak pagi. memang stress kalau hujan pagi, sebab confirm masuk kerja lambat. smart pulak khabarnya tutup, bagi laluan air banjir ditengah KL hanyut tempat lain.

warga Kl sebenarnya dah redho dengan jem. aku juga sudah pasrah dengan kesesakkan lalulintas KL. kena banyakkan bersabar. kalau hendak merancang masa perjalanan radius 40 KM sekitar KL amat sukar dijangka dan adventure, sebab perjalanan belum tentu lancar. kalau naik kereta, keluar 1230, berjanji setengah jam sampai pun belum tentu. lain kalau naik motor.

kalau difikir-fikir, banyak benar masa yang terbuang dalam jem. duit minyak pun boleh tahan banyak juga yang kita buang free-free. nak pakai hiway alternatif, buang duit bayar tol pulak. 

kalaulah boleh student-student master yang ambil research antropoogi, ekonomi ke, siasah alamiah ke atau kajian sains kemasharakatan yang lain, cuma buat satu kajian mendalam kos pengangkutan benar yang ditanggung oleh warga KL / lembah kelang, mula dari kos beli kereta, kos maintainance kereta, cukai, insurans, kos minyak perjalanan lancar, kos minyak dalam jem, kos tol normal pergi balik kerja, meeting dan riadah.

biar warga Kl sama-sama tahu dan sedar berapa kos sebenar  yang ditanggung oleh warga Kl marhaen / average versus pendapatan sebenar bulanan warganya. 

cluster data tu nanti exclude la pak jibby dan menteri belaannya, sebab kalau susun bata pun konkang, inikan pulak kabinet tu nak faham hal tol dan jem. entah-entah menteri ni ingat tol to tololdan jem to nama timangan methamine pulak. maklumlah, barisan dungu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...