dupavisitometer

bunohan: politik gelap melayu

kalau ilham dan bunga lalang tidak pulang ke kampung bunohan pun, politik gelap bakar sudah  'menelan' tanah bunohan. bakar dan jolok main politik invisible, yang tahu tapi tak nampak. bakar memandang sepi kepulangan bunga lalan.

pulangnya juga ilham ke bunohan, menolong bakar tidak, mengancam perancangan bakar pun tidak. Namun, yang hairannya, ilham dan bunga lalang tahu mereka sudah pun berada di dalam kira-kira politik bakar, mengapa tidak pula 'melawan'. kiranya, apa ada hal sangat seorang assassin dan jaguh tomoi nak 'tanam' bakar dan selesai masalah?

heh, sebab bakar amal politik gelap. bakar mahir dunia underworld. bakar mahir main duit. bakar mahir konsep hutang budi. bakar mahir ilmu menindas orang miskin. bakar tahu cara bagi makan kapitalis. bakar tahu hendak macammana nak kalahkan siapa, 'hidup'kan siapa, 'mati'kan siapa dan 'simpati'kan siapa, asal sampai resortnya jadi.

bakar pandai jaga imej. tak gelojoh. pakaian smart. kalau bakar bunuh ayahnya pada hari pertama dia pulang ke bunohan, apa kata orang kampung nanti? bunga lalang balik ke tidak, projek resort bakar mesti jadi, cuma pok eng ada pilihan untuk hidup atau mati. bila pok eng tolak dokumen, bakar tahu pok eng sudah jemu hidup. 

seram juga memikirkan naked truth yang dibawa oleh bunohan, iaitu itu politik gelap melayu memang tiada tandingan kejamnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...