pertama sekali, ini bukan debat yang membuka lembaran baru dalam iklim politik malaysia. sangat sedih kalau ada sesiapa yang sangat teruja dengan 'political statement' tersebut. khairy-rafizi pernah bertemu di london, dalam suasana debat yang lebih relaks dan santai, dengan menggunakan medium bahasa inggeris. dan, personally aku rasa khairy ia a better debator in english. dan rafizi, sesuai dengan figura accountant dan one of the pkr strategic grandmaster, pasti penghujahannya lengkap dan padat dengan fact & figure, yang merupakan senjata ampuh untuk mana-mana politician untuk turun ke medan debat.
penting untuk kita sedar, debat politik tiada menang kalah. ini bukan debat piala presiden atau piala ketua kampung. hakimnya jauh terletak di dalam hati dan akal waras orang yang terlibat, mendengar dan berfikir pasal isi kandungan debat. capish?
tuan moderator
ust. maszlee malik berjaya menjadi tuan moderator yang mengawal perjalanan debat dengan baik, disamping dia juga membekalkan dirinya dengan soalan-soalan yang boleh di kira knock-out question juga. jika dr. maszlee malik yang mempunyai style cool dan tenang pun tidak berupaya menahan flow debat jadi hot & spicy, aku tak dapat bayangkan kalau prof. agus pulak yang jadi tuan moderator.
jika ada yang mempertikaikan kewajaran tindakan dr. maszlee yang membuat cabaran terbuka dengan tag 'kita tengok siapa anak jantan' berkenaan debat anwar-najib menjelang pru 13, maka aku berpendapat cabaran itu adalah wajar.
sebabnya, kenapa tidak? dan cabaran itu datangnya dari seorang ilmuan dan tenaga akademik UIA, yang dari segenap sudut mengesahkan dan mewajarkan dia melontarkan cabaran. bagi yang tidak bersetuju, sungguh kasihan sebab masih terkepung jiwanya dengan politik bawah tempurung.
Khairy
ada yang kata khairy defensif. cuba korang pulak yang jadi khairy kat atas tu? tengok sikit jadi defensif ke tidak. secara generalnya, khairy berjaya mempertahankan idea kenapa ptptn itu relevan. dan kenapa free higher education tu tak relevan. apa yang tak cukup? fact & figures semua khairy bawa bentang. walau rafizi pertikai fact & figures tersebut, tapi yang khairy bentangkan itu actual expenses, sedangkan figure yang rafizi tunjuk hanya bersandarkan semata-mata 'kalau'. masalah actual expenses ini secara tak langsung di akui oleh rafizi dalam hal unisel dan kuis, sebab ada perjanjian berat sebelah. walaupun ada unsur-unsur rasuah di situ, tapi kewujudan perbezaan budget expenses vs. actual expenses itu kita kena akui memang ada. itulah sebab mengapa data khairy dan rafizi berbeza antara satu sama lain.
dan, khairy juga terpaksa jawab benda yang dia tak patut jawab dan terbelenggu dengan isu-isu buruk BN di media pembangkang, antaranya berkenaan nfc dan isu hutan tajuddin ramli. sebab, pada pendapat aku isu melupuskan hutang tajuddin ramli dengan isu mansuh ptptn ini memang jauh larinya. tajuddin ramli tu hutang komersil, kalau dah namanya komersil, memanglah bertujuan strategic untuk protect national interest pada masa itu, tambahan pulak hutang tu masa krisis ekonomi 97-98.
isu hutang ptptn ni hutang komitmen. pelajar berhutang, dengan sifat hutang sebagai pendesak dan tanda ingat pelajar supaya fokus dengan peluang pendidikan tinggi yang diberikan kepadanya.
rafizi
sepanjang tempoh debat berlangsung, rafizi memang fokus dan dapat explain macammana PR boleh offer free higher education bila memang pru 13 nanti. walaupun dalam usaha penerangan itu selalu di hijack oleh khairy dengan soalan-soalan dan pertikaian yang bertemakan 'korang boleh buat ke apa korang janji ni?' dan ' cuba tunjukkan macammana PR tak muflis kalau buat macam ni.' sedikit sebanyak menggangu juga usaha dan fokus rafizi untuk lebih detail dan extend idea free higher education ini.
dan, salah satu key point yang 'wow!' dalam huraian rafizi ialah kenapa ptptn ini diberikan kepada kolej-kolej dan universiti swasta. sedangkan mengambil kira-kira rafizi penjimatan untuk menubuhkan sebuah IPTA bersaiz USM dengan 10,000 pelajar adalah lebih 'workable dan berfaedah' untuk kerajaan dari terus menanggung kolej-kolej dan universiti swasta tersebut melalui dana ptptn yang diragui standard dan infranya.
dan, the 275 billion question duit petronas juga memang leave the mark dalam kepala setiap orang yang mengikuti sessi debat tersebut, walaupun aku kira itu soalan yang merupakan 'a punch below the belt' untuk khairy. dan aku mula ada idea yang si rafizi ni 'cold-blooded politician' juga rupanya. walaupun dia quotes itu figure Tun Abdullah dulu, tapi aku macam ada sense ini semua dia tahu masa dia jadi senior accountant kat petronas dulu kot. mungkin. manalah aku tau.
isu-isu lain
antara lain yang diutarakan oleh kedua-kedua debator adalah kapasiti perbelanjaan world class yang macam finland amalkan. ikut rafizi, malaysia contribute 0.6% dari GDP. turkey 1.3%. dan finlad 1.6%. secara peribadi aku berpendapat apa yang kerajaan malaysia belanja dan peruntukkan untuk pendidikan malaysia ini dah cukup baik, walaupun portionnya hanya 0.6% sahaja. kalau pr nak tambah nanti, syukurlah juga. tapi yang penting, bukan pembangunan infra. yang penting pengisian dalam sistem itu sendiri. mewujudkan bangsa dan pelajar-pelajar yang independent dan berkualiti itu lebih penting. bukan yang rasa terseksa masuk kuliah hari-hari dan terperangkap dengan sindrom 'aku nak jadi film maker, tapi diorang bagi aku course ekonomi'.
juga, isu senarai hitam sebab tak bayar hutang ptptn. aku dulu pun kena, tapi memang ptptn dah mudahkan cara untuk bayaran balik dan kena saman ni. kalau korang teruk sangat, pegilah lawat ptptn dekat jalan dungun tu. aku rasa staff ptptn ni memang sedia nak membantu. cuma, masalah besar bagi student-student ini ialah nak bayar balik sebab tertekan dengan pasaran kerja yang ada sekarang ni. kalau ada kerja, gaji pulak sikit. dah tu, sara hidup tinggi. lepas tu ada pulak yang persoal, kereta / motor boleh beli, ansuran ptptn tak nak bayar? memang jahanamla kalau ada sapa yang tuduh-tuduh budak-budak ni macam ni. sebab, kalau takde kereta, macammana pulak nak excel dalam kerja. kereta kat kl tu dah macam keperluan dan. dah macam beras dan gula. dengan ada kereta (kenderaan sendiri) besar jugaklah chance nak mobilise yang selari dengan tuntutan kerja. tapi kalau ada kereta, pastu sibuk nak buat bikin letak turbo bagai, itu memang masalah koranglah. ada pulak lepas kerja nak kawin, memanglah kawin dulu baru bayar ptptn.
apappun, masalah dan gaya perbelanjaan peminjam-peminjam ni, aku harap diorang bayarlah ptptn tu. aku dulu pun mengelak jugak, siap cadang nak upah lawyer lawan ptptn lagi. tapi bila dah makin tua ni, tengok pula adik aku kena ketat benor syarat nak meminjam ptptn nak buat dana sambung belajar, sedikit sebanyak aku terkesan jugaklah dalam hati ni.
kalau korang tak nak bayar hutang ptptn ni, korang maintain la score cemerlang min 3.8 CGPA ke atas, hutang tak payah bayar, mata gred korang pun ok nak dapat better jobs bila keluar nanti, insha'allah.
apa sepatutnya yang dipersetujui dalam debat tersebut oleh kedua-kedua debator
- PTPTN ni kena suci dari unsur-unsur riba. haram tu, masuk neraka.
- disebabkan ptptn funding guna duit dia pinjam dengan kwsp yang interest 3.5% itu ditanggung kerajaan, maka student wajib dibenarkan bayar BERAPA diorang pinjam sahaja. tak perlu ada ujarah/ijarah 1% ke, atau yuran pemprossessan ke, sebab PTPTN pun pinjam KWSP free interest, macam tak adil pulak ptptn bagi student pinjam dengan interest.
- dana ptptn ini seharusnya diwajibkan untuk student-student IPTA sahaja.
- Untuk student-student IPTS, student kena ambil loan dengan bank komersil, dengan IPTS sebagai penjamin. kira cantiklah tu, swasta pinjam dengan swasta. macam tak fair pulak swasta pinjam kat government. kalau bank komersil ketat syaratnya dalam meluluskan pinjaman, harapannya kolej-univ swasta pun ketat jugak dalam piawaian operasi, infra dan student qualification selection.
- pinjaman ptptn dalam bentuk loan di tukar kepada biasiswa bukan hanya untuk pelajar cemerlang, seharusnya dipanjangkan jugak pada student-student yang terbukti datang dari keluarga miskin, termasuk juga asnaf zakat.
No comments:
Post a Comment