dupavisitometer

SERIUS

Bila aku ghairah gila nak buat blog, ada jangkaan yang aku araskan pada penyampaian blog aku itu nanti.Idea kena asli, bukan ciplak, bahasa kena melayu betul, bukan campur-campur, bukan slanga, dan bukan kata pendek, sebab aku amat menghormati Bahasa Melayu sebagaimana aku menghormati kewujudan Tanah Melayu dan Bangsa Melayu. Ketiga-tiga elemen ini pada aku duduk sama tinggi dan setara, tiada yang perlu didahulukan, tiada yang perlu lebih dipentingkan.
Ketiga-tiganya sama penting, ketiga-tiganya sama dihormati.Bahasa Melayu bahasa ibunda, Tanah Melayu tanah ibunda, Bangsa Melayu bangsa saudara, ya..kita yang bersaudara.
Bila sudah ada blog,ada masalah lain pula. Kawan-kawan kata, aku tak macam aku, percakapan dan tulisan aku, berbeda. Bila dibaca, kedengarannya aku ini manusia serius, rigid dan kaku. Apa yang terluah hanya kekecewaan pada bangsa, persekitaran dan praktis-praktis sosio-ekonomo-politiko semasa yang sumbang.

1 comment:

shariful hafizi said...

salam...baru ada masa nak bagi komen..blog kau jadi apa yang kau nak tulis,selagi niat baik,akan dibalas baik.Apa yang kawan-kawan kata,mungkin salah tafsir sebab tulisan kadang kala boleh membuat orang salah tafsir maksud kita sebab tak nampak air muka kita yang tersenyum bila menulis blog..heh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...