tengok berita channel 'dubai one' beberapa minit sebelom berbuka puasa tadi, rupa-rupanya seperti biasa, meninggalkan banyak persoalan dalam kepala aku. sekumpulan NGO dubai amal jariah gabungan setengah kerajaan setengah persendirian inisiatif dubai melancarkan gerakan sumbangan iftar setiap hari di bulan ramadhan di sekitar 6 masjid terbesar dubai dengan sasaran untuk membelanjakan sekitar 2 billion US. selain 6 masjid terbesar di dubai, usaha amal jariah NGO ini juga dipanjangkan sekitar India, Pakistan, Indonesia, filipina dan beberapa negari di afrika utara (termasuk somalia). yang menarik, Malaysia tiada dalam senarai.
iyalah, kalu aku jadi panel pemilih pun aku tak pilih malaysia kalau nengokkan saiz dan nafsu berbelanja masharakatnya, terutama di bazar-bazar ramadhan. hahaha. tapi, walau tak masuk senarai, bersyukurlah kita hendaknya dengan nikmat yang dimakmurkan oleh Allah itu (dalam bab keamanan dan senang cari makan, ye tak?)
selain berita psychotic remaja amerika yang rampage di colorado, kebersamaan german dan peranchis untuk men'daulat'kan kembali euro dan memberi talian hayat kepada espana, dan pelancaran olimpik 2012, dunia juga terganggu dengan berita kejatuhan nilai eksport dagangan China yang semakin turun dan turun untuk tempoh 2 tahun kebelakang. persoalan samada kekuatan ekonomikal domestik china semakin mengecil yang mampu menggugah keupayaan tukaran dagangan Asia-Eropa-Amerika tidak dipandang enteng. hampir setiap hari mereka (para ekonomis / pemodal-pemodal) membicarakan ini. dan, tekanan veto oleh russia dan china terhadap nato 'intervention' syria juga menarik, tatkala tentera pembebasan syria telah berjaya mengebom damascus dan semakin dekat menjatuhkan assad.
dunia hari ini sebenarnya semakin keliru arah tujunya. jika 20 tahun lepas (1990 - 2010) keupayaan ekonomi sejagat tertumpu untuk 'menggemukkan' china, namun selepas china sudah terlebih gemuk (dari segi pegangan modalnya), malang sekali ianya hilang disedut 'sinking-sand' yang entah bagaimana rupanya. berapakah nilai yang cukup untuk memberi makan seramai 1.4 billion orang? tiada siapa yang boleh mengagak.
jaguh-jaguh perang juga kembali menarik selimut. tiada lagi provokasi iran-saudi. hugo chavez tidur lena. obama sibuk dan 'occupied' untuk election november. mitt romney datang dengan idea dan kumpulan dana kapitalis yang mantap. obamaa care untuk rakyat. mitt romney mempertahankan pensharikatan insurans. kadang-kadang bengong jugak baca pasal perbalahan obama care ini dengan syarikat insurans. amerika hancur dari dalam. mak micheal jackson pun boleh masuk dalam list orang hilang...aduhai.
dan bagaimana pula kita? sekadar pandangan jauh, kita tiba-tiba jadi masharakat yang details. sekarang tiada blok neutral di tanah air. yang ada hanya blok kerajaan & blok pembangkang. kritikal pada pembangkang, sah kamu barua kerajaan. kritikal pada kerajaan, sah kamu pengkhianat, masuk dalam kandang orang-orang yang tak bersyukur. kerajaan pusat buat apapun salah. kerajaan selangor dan penang buat apapun salah. buat ini salah, buat itu salah,makanya ramai-ramailah kita duduk di reban ayam. tunggu masa kena sembelih.
terlalu details, sampai hal make up dan bertudung pun boleh jadi isu. sikit lagi timbullah hal bonus hari raya. dia bagi setengah. aku bagi dua bulan. siapa bagus? untuk rakyat berkira-kira sangatlah. samalah blok manapun. kerajaan pening nak bagi berapa. yang pembangkang pening nak 'counter' berapa. bonus hak pekerja pun jadi alat politik dan propaganda? aku nak sangat tengok 'level' kebangsatan ni boleh turun had mana.
how low can we go, oh my dear leader?
Allah jualah yang maha sempurna kerana menganugerahkan Ramadhan sebagai bulan menyucikan jiwa. Subhanallah.
No comments:
Post a Comment