dupavisitometer

Media Massa Ekstremis: Mencari kesederhanaan

  1. Media Massa (Mass Media) itu termasuklah apa sahaja bentuk komunikasi yang mampu menghantar mesej dari satu titik ke satu titik. Titik itu boleh jadi orang, tiang lampu, 'kuali Astro'. Medianya boleh jadi bahasa isyarat, bahasa tubuh, bahasa pertuturan, audio, visual, internet dan sebagainya.
  2. Dan, media setelah diuji sejak berabad lamanya merupakan satu alat propaganda yang paling utuh dan senjata yang paling ampuh. Untuk memusnahkan dunia, atau membaikpulih dunia, kuasailah media. Contohnya, penguasaan media oleh orang-orang Yahudi.
  3. Selepas ber-evolusi dan ber-inovasi, media semakin berkembang, maklumat dan mesej membanjir ke dalam masyarakat. Ia tidak dapat disekat-sekat dan dibendung-bendung. Jika ada pihak yang cuba membendung, maka ia sedang membuat kerja-kerja bodoh.
  4. Ini juga sampai ke Malaysia ini, dan sebagai bukti, masyarakatnya sudah dibanjiri maklumat. Semuanya sudah global. Politik juga begitu. Dek dengan kebanjiran maklumat ini, politik kita tidak lagi jadi politik teladan, tetapi lebih terarah kepada politik persepsi. dan malang, persepsi yang ditimbulkan sama pula dengan teladan yang ditunjukkan.
  5. Artis apatah lagi, bertambah hanyut dengan telnologi. Barangkali ini harganya sebuah kemajuan. Manusia jadi bingung dengan teknologi itu sendiri. Dulu, katanya orang sibuk mengata itu dan ini, sekarang bukan orang yang mengata, tetapi orang menengok sendiri ke 'you tube'.
  6. Namun, untuk mencari sebuah media yang benar-benar bebas, yang tidak berat sebelah selarang amatlah sukar. tengok akhbar dan web-portal pro pembangkang, himpit rapat kerajaan. Kalau tengok pula yang pro-kerajaan himpit pembangkang bagai nak gila. Web-rasmi kerajaan pula nampaknya 'semak' dan terlebih 'tidur' untuk membetulkan persepsi. Orang suka kepada bukti, data dan angka. Bukan yang dimanupulatif, tetapi yang benar dan rasional. Disitulah ruang untuk aktiviti media yang benar-benar bebas.
  7. Media terbesar yang ada di Malaysia ini rata-ratanya dimiliki oleh parti-parti politik, didanai oleh parti politik dan si simpati kepada parti politik. Oleh sebab itulah media kita ini nampak sangat diunggun apikan oleh berita-berita politik.
  8. Mereka ekstremis, bukan moderat dan dan bersederhana dalam melaporkan berita, maklumat ataupun pengetahuan yang kita mahu.

8 comments:

besi said...

sebagai pembaca atau penerima maklumat dari media2 ini...
kena tapis sendiri....itu je
tak susah kan.........

pelayar pewaris.. said...

Salam, aku stuju sgt isu media ni telah lama di manipulasi kan oleh pihak yg berkepentingan dlm politik. Tgk je TV mcm2 hal politik hampeh! media alternatif lebih cepat,tepat dan yg penting memberi kita fakta huraian kita mampu berfikir untuk kebaikan. Paper arus perdana hanya memberi tanpa mengajak untuk berfikir soal kebaikan malah banyak menimbulkan fitnah yg keterlaluan menyebabkan perpecahan. Semua tersurat agenda yg berkepentingan. Syabas pada media alternatif seperti anda...

desamajidah said...

nak buat mcm mane yop, nak muntah pun kena juge nengoknye..

desamajidah said...

nak buat mcm mane yop, nak muntah pun kena juge nengoknye..

Unknown said...

Sdr. Besi, Pelayar Pewaris dan Desamajidah;

media alternatif juga dikendalikan oleh manusia, dan ia tidak berfikir dengan sendiri.

Jika ia dikendalikan oleh orang yang partisan dan political party sympatizer, jadi ianya tidak bebas dan harus jadi selektif.

Akhirnya, yang benar-benar bebas bukan maklumat yang kita dapat, tetapi bagaimana kita menaksir dan menimbang-nimbang maklumat tersebut dengan jiwa dan fikiran yang bebas.

Kebebasan untuk berfikir adalah kebebasan yang mutlak. Bukannya kebebasan untuk bersuara. tamadun yang jatuh bukan sebab ia banyak menghadapi demonstrasi dan dasar-dasar yang anti-masyarakat, tetapi masyarakat yang bebas berfikir itulah rahsianya.

Bila kita bebas berfikir, barangkali kita boleh melihat perkara yang benar dan haq. Wallahu'alam

Anonymous said...

Jika pandai berfikir,segala media yang mampu menggoyahkan analogi pemikiran manusia,boleh dielak...bagaimana?pendidikan ilmiah dan ilmu tuhan yang mampu mebuat manusia membezakan dimana media kita yang sebenarnya...
Komen saya:
1)maksud media Massa itu tepat sekali-bukan bahasa buku ya..
2)Erm...tak berapa pasti..benarkah?
3)Seiring dengan teknologi yang semakin berkembang,tiada salahnya media juga mengorak langkah...anda juga menggunakan media dan teknologi yang sudah terhidang indah kan?
4)Yang baik di ambil,yang pelik,biarkan saja....buat apa nak pening kepala...kan?
5)Bila ada kemajuan-disitu teknologi bercambah...artis tuh dah memang menjadi lumrah mereka menghiburkan...anda yang tapis...AF kan anda tengok????
6)saya suka baca Metro-Lebih mudah dan relaks..
7)Cerita yang paling sensasi adalah politik semasa-jadi media hanya menjual apa ynag boleh dijual.....
8)itu hasrat anda-saya hormati...mungkin hati kecil seorang wanita punya pendapat yang lain-lebih halus dan telus....

sekian....

xrasxras said...

himpit jgn x himpit ... biar semua tergadai ... bangsat!!!

Anonymous said...

rip michael

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...