ok, aku tau sekarang kita dalam mode merdeka. bebas dan bermaruah. sekalung penghargaan buat pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air, baik yang kanan, yang kiri, yang bertegas sampai angkat senjata, tak kira dari zaman mat kilau ke atas, atau melalui rundingan dan tolak ansur.
tak kira apapun metodinya, niat untuk merdeka itu kita sanjung.
masalah perjuangan siapa yang lebih 'power' dari siapa, aku berkecuali. kalau aku duduk zaman pra-kemerdekaan itu, aku tak tau apa patut aku buat. maklumlah, dengan keadaan sekarang ni, tertinggal handfon kat rumah pun aku rasa dunia dah gelap. inilah dia masalah first world country untuk warga 3rd world country yang perasan macam aku.
jadi keyboard warrior pun tak layak.
berbalik kepada perjuangan siapa yang betul dan salah pra-kemerdekaan, rasanya UKM ada terbitkan siri memoir pejuang-pejuang haluan kiri, seperti hamad boestamam, shasiah fakeh, rashid maidin abdullah cd dan lain-lain, termasuklah seorang hamba Allah yang settle down di ipoh yang aku lupa namanya. dalam memoirnya, hamba Allah ini ada sebut, kalau kita berbahasa sedikit melayu, sedikit english, itu namanya kutu pekan. lebih kurang gitulah. semua buku buku memoir mereka ni rasanya aku dah baca.
yang aku tak baca lagi buku pasal chin peng.
yang menarik, dalam semua memoir yang aku baca ini, disebut titik pertemuan antara mereka. contohnya shamsiah fakeh dengan abdullah cd, abdullah cd dengan ahmad boestamam. ahmad boestamam dengan rashid maidin dalam situasi dan occasion yang berbeza. dan pertemuan ini disebut secara khusus dan terperinci, macam kes ahmad boestamam jumpa rashid maidin dalam penjara.
cuma, yang aku ingat semua memoir ini tak sebut macamana dan bagaimana mereka semua berjumpa dengan chin peng, dan apa pengaruh chin peng kepada mereka. cuma yang aku ingat, disebut chin peng ada pesan kat sapa entah, 'kita dalam perjuangan agung'.
ada seorang lagi watak yang muncul persis chin peng, iaitu mokhtaruddin lasso.
mungkin nanti ada yang boleh jelaskan.