sambutan ramadhan
ramadhan sudah masuk ke garisan akhir. tahun lepas aku ramadhan di dubai. tahun ini, Alhamdulillah aku diizinkan untuk menyambut ramadhan bersama kaum keluarga dan sanak saudara. esok malam, aku akan meredah hiway plus untuk pulang, sahur dan insha'allah berbuka di rambai 7.
ramadhan kali ini meriah dengan kerenah adel. time berbuka dia yang paling sebuk. sampai susah bondanya nak makan. si adel memang jarang kacau aku kalau bab makan, sebab dia suka sangat kacau bondanya. kesian, kadang - kadang sampai susah bondanya nak makan dan jamah juadah berbuka.
nikmat berbuka bersama keluarga, memang luar biasa rasanya.
sengketa politik
sambil menjalani ibadah puasa ramadhan kali ini, nampaknya suhu 'persengketaan' politik parti parti agung tanah air nampaknya sejuk sedikit. cuma ada letusan letusan nakal dalam bab pemilihan agung umno 2013, di bicarakan orang.
PAS juga tidak terkecuali, tiba-tiba ada entri liar dan angkuh berupa serangan peribadi kepada ketua dewan pemuda PAS dan nik abduh. sebelum itu, ada jugak aku baca 'seruan' sms dari kepimpinan tertinggi PAS pahang pasal jangan undi sekian-sekian calon sebab mereka liberalis yang mendepani isu isu masharakat, antara yang naik nama adalah YB khalid samad dan mujahid rawa.
apa nak jadi dengan PAS kali ini, seharusnya kalah dalam pru itu biasa bagi PAS, tapi kekalahan kali ini nampaknya sangat sangat luar biasa untuk PAS terima dengan hati yang terbuka.
insiden assasination ala ala bangkok dangerous cetus kebimbangan baru
cuma, dua tiga minggu ini, apabila para pemimpin kita nampaknya leka berbuka puasa dan pening kepala nak settle masalah ayam dan harga barangan yang naik, di seluruh negara gegar kerana insiden assasination yang semakin menjadi-jadi.
dalam kereta, tengah naik motor, kat traffic light, depan sekolah, tempat parking kereta semuanya tidak selamat lagi untuk sesetengah orang. dari orang biasa hinggalah yang ke high profile, semuanya tumbang dan tewas dihujung pistol pembunuh upahan ala ala filem bangkok dangerous.
ini semua adalah sangat mengerikan, dan semakin mengerikan kalau semua pihak berwajib, yang pung pang pung pang berkempen dulu masih mengamalkan amalan bangun, makan, berak, ketawa dan tidur.
polis sudah melancarkan perang besar besaran, diharapkan tindakan proaktif polis kali ini akan membuahkan hasil. begitulah juga harapannya rakyat di rambai 7.
-end-
No comments:
Post a Comment