dupavisitometer

wacana perdana kelantan: pru 13 dan masa depan Islam

banyak yang aku fikirkan selepas menonton wacana perdana kelantan bertajuk 'Pru 13: Masa Depan Islam' yang menjemput Dr. Maza, Dr. Fadzli (Exco Kelantan), Dr. Ridhuan Tee dan Fathul Bari selaku wakil UMNO. Aku just nak bagitahu awal-awal, moderator memang out ke laut dalam kali ni. unprepared, time management hancur, leisure tak leisure, serius tak serius, lawak hambar dan 'kayu'. tak macam agus dan maszlee malik. hampeh nyoir...

yang pasti, audiens kelantan nampaknya memang 'nak lepas geram' dengan Fathul Bari. Dan, Fathul Bari memang pun dia datang sebagai 'easy target' dan dia pun dah macam redho yang dia akan 'hit the jackpot, bigtimes'. cuma, tanpa sebarang jemputan dan paksaan, tindak tanduk dan butir bicara Dr. Ridhuan Tee pulak yang emotional dan bercelaru sifatnya sebermula pada saatnya dia membuka bicara, secara misterius telah mengalih mood 'memburu' audiens kepada dirinya, sekaligus tanpa dirancang, acara perburuan audiens telah beralih daripada fathul bari, kepada ridhuan tee.

ini dapat dilihat dengan begitu banyak soalan diajukan kepada fathul bari, namun audiens sangat-sangat responsif dengan tutur bicara ridhuan tee.

samada ridhuan tee melancarkan provokasi terhadap audiens secara sedar atau tidak, tidak dapat dipastikan. tetapi, dengan melontarkan anaologi sinikal 'great minds & small minds', mempertikaikan akhlak sorak sorai audiens yang lebih kurang sama macam umno, mengeraskan intonasi suara dan bicara, menampilkan 'body gesture' yang sangat emotional 'arrogant & rude', membuat serangan 'cheap shot' dan bacul terhadap moderator yang memang dah entah ke mana dengan melabelkan hamba Allah itu sebagai 'bias' dengan tidak semena-mena, memang ridhuan tee nampaknya cukup bersedia dengan 'resepi masterchef' nya bahawa malam itu akan jadi salah satu malam jahanam dalam hayatnya.

sedangkan, kalau tidak pun dia hadir sebagai manusia biasa, salahkah kalau dia berkelakuan matang dan professional, apatah lagi dia sendiri mendakwa dia seorang dai'e dan mempunyai tahap intelektual bertaraf doktor falsafah (aku tak pasti dalam bidang apa), seharusnya skill berbahas dan berdebatnya, serta 'emotional maneuver' nya  tak lari jauh dengan Dr. Maza. ini dah lari jauh sangat. memang sangat-sangat pelik aku tengok gelagat ridhuan tee kali ni. dalam markah penghujahannya pulak, aku rasa dia jatuh nombor corot, dan kalaulah aku pernah tengok atau jumpa orang yang telah sangat-sangat ditakutkan oleh idea kebangsaan melayu Islam akan hilang dengan tumbangnya UMNO, tidak keterlaluan kalau aku kata ridhuan tee lah orangnya, padahal dia berbangsa cina. satu masalah matematik agung kat situ.

akhirnya, secara ringkas, ianya adalah majlis wacana yang  cukup celaru dengan perangai ridhuan tee di tambah dengan huraian panjang lebar fathul bari yang aku rasa berat kulit dari isi, moderator yang dah mengembara entah ke mana walaupun fizikalnya masih di atas  pentas, wakil pas yang menganga dan audiens yang penuh semangat nak memburu. nasib baiklah ada Dr. Maza yang sekali sekala mencelah dengan hujah dan ulasan yang bukan sahaja mendakap realiti, tetapi juga merangsang dan mencerahkan minda.

aku datang nak tengok dalam keadaan keliru, tengok pulak perjalanan majlis yang keliru, plus point dengan senarai penghujahan yang keliru. apabila habis sudah segala mala sorak dan sorai, akhirnya aku balik juga pada keadaan yang penuh kekeliruan, cuma kekeliruan itu, kini makin bertambah.

macam yang Dr. Maza tanya dalam wacana tersebut, kalau benarlah selepas pru 13 nanti masa depan Islam terancam, tolonglah nyatakan siapa dan dalam bentuk apakah ancaman itu. aku tau itu soalan Dr. Maza 'pancing' ridhuan tee dan fathul untuk jawab, tapi apa boleh buat, memikirkan soalan itu sahaja sudah cukup mengelirukan. 

youtube keywords search: pru 13: mmasa depan islam?
youtube channel : sunnahrasul

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...