dupavisitometer

SPR: Integritinya Di Tangan PR.

[Terkini 17/02]
YB Bukit Lanjan (PKR), Elizabeth Wong umum letak jawatan dan Adun. Mungkin akan ada PRK, dek kerana sebaran gambar yang memalukan. TV3 cakap 'pelbagai posing tidur'. Sebelum ini, tajuk 'perlumbaan dua bukit' macam lucah sahaja bunyinya. Sekarang tidak lucah sangat, sebab sudah ada tiga bukit. Tidak lucah, tapi sudah bunyi 'freak'. Hahahaha. Moga $PR buat keputusan bijak bestari.
[Tamat Terkini]

Entri No 124 / SPR: Integritinya Di Tangan PR.

Sepertimana yang diperkata ramai, PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau pasti menaikkan suhu politik nasional. Dalam bertingkah bubar tak bubar, mengundi tak mengundi, Kerajaan haram atau tidak, UMNO dan PR telah diberi peluang sekali lagi untuk menguji populariti masing-masing. Bukan satu, tapi dengan dua PRK. Barangkali untuk PR, pucuk dicita, ulam yang datang. Dan barangkali juga untuk BN yang kelihatannya seakan-akan cuba menangguk di air keruh, ikan terlepas, ular yang dapat. Samada UMNO dan PR bersedia atau tidak, masing-masing tiada pilihan melainkan bersedia. Cuma, apa yang menarik, tingkah-laku SPR dalam siri-siri peristiwa ini, nampaknya sumbang. Kalau menari, kongkang, kalau berjalan, mengangkang. Bermula dari krisis kepimpinan Negeri Perak hinggalah ke keputusan terbaru, iaitu penetapan tarikh PRK untuk dua Bukit tersebut. Sebagaimana persepsi umum dan sembang-sembang kedai kopi, keputusan-keputusan SPR kebelakangan ini memberi ‘mujur’ kepada BN, dan memberi ‘malang’ kepada PR. Apapun, keputusan telah dibuat, dan sebagai satu Suruhanjaya dan institusi yang sah dalam sistem demokrasi nasional, keputusan SPR itu perlu diterima, kerana setakat ini belum ada lagi keputusan JKKK, JKKP atau restoran-restoran mamak yang kita dengar sah untuk adakan PRK. Tetapi, dalam siri-siri peristiwa yang mencalarkan nama SPR ini, timbul juga peluang SPR untuk mendapatkan kembali integrity nasionalnya dalam sitem demokrasi Malaysia. Bagaimanakah caranya? Mudah. Buktikan setiap keputusan SPR itu tidak ‘in-favour’ kepada BN. Buktikan BN tiada kena-mengena dengan setiap keputusan SPR. Tidak hanya sekadar penafian yang ala-kadar dan lemah. kerana kakitangan contohnya. Jarakkan diri dari BN. Tidur berasingan selama 3 malam, kurangkan jalan bergandingan dan kurangkan makan bersuap-suapan, contohnya. Contohnyalah. SPR badan bebas. SPR tidak perlukan BN untuk jadi tukang nilai tahap integritinya di mata umum. Cuma malang kali ini, SPR harus bergantung dengan PR untuk mengembalikan integritinya. Perlukah SPR bersusah-payah begini?

5 comments:

besi said...

tambah satu bukit lagi ....
bukit lanjan....akan ada election
heheheheh

ابوفاتحة said...

Landskap politik sekarang agak berbukit bukau.

Ras Raka said...

Secara personalnya, aku rasa kita ni dah hilang fokus. Kita kena risau hal-hal ekonomi dari power struggle.

kerajaan mungkin sedar, PR mungkin sedar, tapi mungkin ini masa terbaik nak 'topple' satu sama lain.

Kiri ke, kanan ke, harganya tetap kita yang bayar.

ابوفاتحة said...

Welcome Machiavellian Politics

Ras Raka said...

Aku fikir belum ada lagi poltician di Tanah Melayu ini yang sanggup berpolitik cara makavelli.

Politik makavelli itu terlalu buruk dan kejam untuk orang malaysia.

Yang ada sekarang hanya ada politik persepsi. Lebih menyengat sesebuah persepsi itu, semakin baik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...