dupavisitometer

Kong-Kali-Kong: Mengapa Perlu Dipanjangkan Kacau Celaru Ini Tuan?

  1. Wahai tuan yang budiman, apa perlu kita membuat kacau celaru sampai sebegini rupa? Banyak sangatkah tanah-tanah, projek-projek, tender-tender, komisen-komisen yang hendak direbut-rebut? Atau adakah kerana pentingnya maruah kepartian dari maruah perjuangan? Atau, kekuasaan dan keupayaan memerintah itu, memerintah ini, memang melampau manisnya, sampai berduka setiap ketika jika terlepaskannya?
  2. Wahai tuan-tuan yang budiman, yang dipilih, dipilih sudah. Yang belot, sudah pun membelot. Yang huru-hara, sudah pun huru hara. Yang diputuskan mahkamah, sudah tertulis sudah. Yang menyondol merayu itu buat apa? Mengapa cuba mengeruh dihulu sedang dihilir sudah mula menjernih? Kalau setakat mengukuhkan kuasa itu, tidak mengapa, tetapi jangan sampai melupakan hakikat.
  3. Haram tidak bercampur dengan halal. Kalau kepalanya haram, ekor halal, dikira haram seluruhnya. Kepala halal, ekor haram, dikira haram seluruhnya. Semalam dah tentu haram, hari ini halal, tetap dikira haram. Semudah itu, walaupun di'halal'kan oleh sumpah.
  4. Perlembagaan kata apa? MB asal yang sah. Istana kata apa? Istana kata MB baru yang sah. Rakyat kata apa? Kalau diikut keputusan PRU 12, rakyat kata MB asal yang sah. Nampak tak kat mana yang tak kena untuk krisis politik sekarang? Ya, tiadanya kata putus oleh rakyat. Oleh itu, jangan bertangguh lagi siapa yang bergelar jantan, sahutlah seruan rakyat, sebab rakyat memang sudah lama menunggu-nunggu hingga khabarnya sudah ada yang siang-malam mengigau nak memangkah.
  5. Jangan bertangguh-tangguh!

1 comment:

besi said...

tapi sayangggggggggggggg
diorang nak kita pangkah PRU 13

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...