dupavisitometer

Nizar Dan Zambry: Sepatutnya Ada Lagu Khas Untuk Mereka Ini.

  1. Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Abdul Aziz Abd Rahim, di sini, sebentar tadi.
  2. Ini yang dikatakan yang dikendong berciciran (ya, tercicir) dan yang dikejar tak dapat. Dan inilah juga yang dikatakan cencaru makan petang. Bila semuanya nampak sudah tinggal nak membasuh tangan, datang lagi satu hidangan yang tidak kurang enak dari sebelumnya. Mungkin tambah manis. Jadi dingatkan, jangan makan banyak sangat, nanti jadi gumuk dan terpaksa masuk 'The Biggest Loser', gila rancangan ni, dari segumuk-gumuk manusia jadi sekurus-kurus manusia.
  3. Sayembara politik Zambry-Nizar ini baiknya bila dilagu dan dipuisikan, selayakknya sayembara agung dunia yang lain. Siapa yang disisi gelap, dan siapa disisi putih, biarlah pendengar yang menilainya. kedua-duanya bukan strategis ulung, dan kedua-duanya pun bukan politikus ulung. Dalam papan catur, mereka ini hanya kuda yang boleh diperkudakan. tetapi, persoalannya oleh siapa?
  4. Kini, Perak pasti bergolak semula. Strategi pasti disusun. Naga Chini sudah terbangun tidur. Harimau Malaya sudah tercedera. Gajah berjuang sesama sendiri, pelanduk juga ditangkap ISA. Mohon perlindungan agar Negeriku dijauhkan musibah. Mohon perlindungan kemurnian akal dan kelembutan tatasusila masih mengakar dalam diri mereka.
  5. Sekarang, siapa tertindas, siapa menindas?

3 comments:

besi said...

diorang semua dah tahu,
kena buat undi kat sidang dun,baru leh pecat MB,
tapi pura2 tak tahu,.
yang paling sedih, diorang herat sultan sekali untuk menyokong tindakkan mereka.........
sekarang macam mana? darurat adalah salah satu option yg dibenarkan dlm perlembagaan...
nak guna ke tak?....
Bubar dewan...? kalau Sultan tak nak....? macam mana...sekarang ni,katak 3 ekor tue leh la dibuang negeri....elok sgt kalau dok kat negeri pahang....menyusahkan org perak je.....

rasca said...

gue dh call zambry ... dia dh setuju nak join lu masuk rancangan "the biggest loser" tu ... nk kasi macho sket.. baru leh geng ngan khir toyol ..

Ras Raka said...

Apa bleh buat..takdir alam memang dah macam gitu. Kalau perlembagaan yang kita junjung, perlembagaan jugalah yang tidak boleh dilanggar dan dipermainkan.

Perlembagaan adalah sebab. kudrat peristiwa hanyalah hak Yang Maha Agung.

Yang Arif Hakim-hakim, kalau berhukum dengan hukum yang sahih dan hak,maka keadilan itu boleh 'dirasa' oleh yang memohon keadilan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...