dupavisitometer

Ramadhan, Merdeka Dan Pilihanraya Kecil

Sepanjang bulan ke-9 Islam, Ramadhan, kamu mungkin boleh melakukan ini:-
  1. Kalau kamu habis terawih awal, boleh sambung mengikuti siaran langsung sunat terawih dari Masjid Jalan Duta oleh Radio IKIM.
  2. Alangkah bagus jika ada stesen TV yang siarkan secara langsung sunat terawih tersebut.
  3. Atau mengikuti siaran langsung sunat terawih dari Masjidil-haram, Mekah. Jika bernasib baik, kamu dapat mengikuti solat yang diimamkan oleh Sheikh Sudais, di TV1 dan TV9.
  4. Atau mengikuti siaran langsung sunat terawih dari Masjid-Nabawi, Madinah di Astro Oasis.

Dalam musim Merdeka, ada baiknya kita memikirkan:-

  1. Segala bentuk mak-nenek penindasan dan ketidakadilan yang dikenakan kepada kamu.
  2. apabila kamu berfikir, maka kamu akan sedar, siapa sebenarnya musuh kamu. mereka berwarna merah putih.

Pilihanraya Kecil N11:-

  1. perhatikan segala kacau bilau yang terjadi.
  2. Calon ada imej yang tercalar, isu isteri ke-2 pun belum selesai lagi.
  3. Rumahtangga dan politik memang senjata ampuh. Cuma tak sangka ianya akan didedahkan oleh PAS. Yang berbinikan kemboja apa cerita. Ustaz Rambut panjang apa cerita. Hal rumahtangga, UMNO-PAS macam ada persamaan.
  4. Mungkin boleh jadi kerajaan ahli suka kawin dua.
  5. Hai, dunia, dunia.

Tetamu Dari Iraq

  1. hari ini, telefonis menyampaikan pesan, "En. Lie, ada 'buyer' dari Iraq, mahu bertanyakan perihal belian baru, ke Iraq. Dia menunggu di bilik tetamu". "Ok, saya datang sekarang'. Orang Iraq, Bagaimanakah rupanya?
  2. Sampai di bilik tetamu, daun pintu diselak. berdiri dihadapanku, Abdoul Khalil Khaira'. Separuh Abad, wajahnya, entah mengapa, deritanya terpancar.
  3. "Assalamua'laikum, my brother", dia menyapa. "Wa'laikummussalam". "Ahlan-Wa-Sahlan". Ini Sapaan 'standard' kalau aku jumpa orang Arab. 'How is my ikhwan in Iraq?".
  4. Aku salah tanya, yang tiba-tiba membuatkan dadaku panas. Terharu. tiba-tiba ruang bilik tetamu itu jadi sepi. Derita sudah mengambil tempat.
  5. "Malaysia, is a grateful country". "We will never see this kind of peace again in Iraq." Apa yang boleh aku buat, melainkan tenggelam dalam kesedihan dan ratapan perasaan Khalil. Kasihan. Moga-moga rahmat Allah bersama-sama saudara-saudaraku nun jauh di Iraq.
  6. perlahan-lahan aku jadi sentimental.

Control & Power

We always want to be in control. But, what is control?
In control means we are equipped with power. Power, basically ia a degree of dependency. If 'a' is more depending to 'b' at any time, then it is agreed 'b' have more power and control towards 'a'. Under some circumstances, power and control which is intensily driven, creates and emerge as a power freak or control freak.
All aspects of life, either it is social, politics or economy prespective, the power and control is ultimate and absolute. If the power is corrupted, the it will be corrupt absolutely. If the control is abuse, then the control will be abuse ultimately.
So, if you're feeling very powerful and very in-controlled, please have some mercy.

Jalan Raya

  1. Jalan raya sama juga dengan lagu 'batu' oleh Sweet Charity. Merakam peristiwa dan keadaan. Jalan dan batu jalan sebagai saksi zaman. Cuma ia tak bercakap. Bila ia tak bercakap, ia tak boleh dijadikan saksi di mahkamah. Tapi jangan salah anggap, saksi tak boleh cakap tapi sifat sama macam batu ada juga yang pernah turun-naik mahkamah. tilam, contohnya.
  2. Antara yang disaksikan oleh jalan-jalan dan batu-batu jalan itu adalah perarakan. Dan juga demonstrasi. Demonstrasi emosi. Ada yang kata demonstrasi itu tempat melepas demon yang stress. Masalah dalaman. Masalah kejiwaan.
  3. Dan, sebagai layaknya rakyat yang prihatin dan bermaruah, demonstator-demonstator akan turun ke jalan-jalan tanpa jemu, demi perjuangan untuk kemerdekaan fikiran, jiwa dan emosi, dan juga demi kesucian keadilan. Ya, dunia kini semakin tidak adil. Bukannya dunia dulunya adil, cuma sekarang semakin nampak ketidakadilannya.
  4. Tuhan itu adil, khalifah yang diamanahkan tuhan untuk menjaga bumi dengan keadilan itulah yang membuang sifat adil dalam diri mereka sendiri. Lalu mereka menjadi penindas dan penakut, penakut yang takut dengan ketakutan yang mereka sendiri cipta yang bersifat entah apa-apa. Takut kena siasat SPRM, contohnya.
  5. Dan, kerajaan juga boleh membuat duit dengan siri-siri aktif demonstrasi kebelakangan ini. Kerajaan boleh membenarkan siri-siri demonstrasi, dengan syarat, penganjur perlu meletakkan deposit. Berapa? ikut kadar kerajaanlah. 80 kali guna tol boleh 20 persent diskaun, inikan pula demonstrasi. Sebaik-baiknya, jangan ada diskaun. Baru payah sikit 'organizer' nak 'rally' demonstrasi.
  6. Kemudian buat ikut lokasi dan waktu puncak. Kalau ada masa-masa inkues, tuduhan-tuduhan yang separuh gila, kerajaan boleh menaikkan rate demonstrasi.
  7. Kalau tengah K.L, aku congak RM 10 juta pun pembangkang bayar. Pantai Morib aku rasa murah sikitlah, walaupun lepas demonstrasi, demonstrator-demonstrator boleh lepak barbeque, mandi laut. FRU pun tak payah nak buat air pemedih mata, boleh guna air laut. Jimat! Jimat!
  8. Kita satu Malaysia, nak lawan-lawan buat apa. Kita ada hak dalam demokrasi, gunakanlah sebaik-baiknya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...