dupavisitometer
Kenalkah Hassan Ali, Isa Samad & Ali Rustam Siapa Lawan Mereka Yang Sebenarnya?
Sempena Laporan Indeks Rasuah Oleh Transparency-International Malaysia (TI-M)
Pemimpin Yang Banyak Mempengaruhi Cara Hidup & Cara Kita Berfikir; Tun. M
Sebagai Ahli Politik, Mengenal Diri Itu Penting
Dalil Akliah Kalau Kita bercakap Hal-Hal Sabar Di Bulan Ramadhan
Kenapa kita masih perlu berlembut? Entah. Inilah kelebihan bangsa Melayu. Sabarnya tiada batasan. Melayu, sabar. Saling kena mengena. Macam Brasil dengan bolasepak. Namun, perlu diingat, sabar juga bukan ukuran kualiti seorang Melayu. Sabar, dalam satu ketika satu kecacatan. Kecacatan genetik.
Hang Tuah memilikinya. Jebat juga memilikinya. Cuba timbang baik-baik sabar Tuah dan Jebat. Tuah sabar menerima musibah, walau musibah datang dari penguasa jahannam. Jebat juga bersabar, sudah lamanya dia bersabar, hingga ia bangun menetang penindasan, ketidakadilan dan kezaliman. Yang adil, disembah, yang zalim disanggah. itu laungan Jebat dulu. Dan, orang melayu bangga dengan laungan ini.
Orang UMNO suka sangat kalau hal-hal Tuah dan Jebat. Dalam UMNO banyak sangat perderhaka, pengkhianat, dan Hang Setia. Kasihan.
Dalam PAS banyak orang alim. Ulama.
Nampak tak perbezaan akliahnya?
Lagi-Lagi Perpaduan
- Mungkin kerana insiden kepala lembu, mungkin kerana pilihanraya kecil Bagan Pinang, mungkin kerana semangat Ramadhan, mungkin kerana ada 'survey' baru, mungkin kerana semangat satu Malaysia yang sudah mula berakar-umbi, UMNO, melalui DS Najib, menadah tangan menjemput PAS untuk perpaduan umat Melayu.
- UMNO secara 'sukarela'nya menawarkan perdamaian dan penyatuan utuh umat Melayu, demi untuk kebaikan orang Melayu itu sendiri. Namun, ada syarat. Syaratnya, janganlah dihina lagi UMNO. Tunjukkanlah UMNO ini sebahagian daripada kamu, wahai PAS, dan PAS itu sebahagian juga dari kami, UMNO.
- Dulu, UMNO kata pengkhianat Melayu ialah Anwar Ibrahim. Dialah orangnya yang memecah-belahkan umat Melayu. UMNO secara tak langsung mengakui sokongan kepada DSAI kuat. UMNO seharusnya 'memujuk-mujuk' untuk bergabung dengan DSAI dulu, baru memikirkan untuk bergabung dengan PAS.
- Mungkin, DSAI tahu tipu-muslihat UMNO dan perpaduan cara UMNO. Cara projek, cara rasuah, cara tindas-menindas, cara berpolitik dengan duit. Mungkin sebab itu UMNO tidak mahu menghulur salam perpaduan kepada DSAI. Sebaliknya, salam perpaduan dihulur kepada PAS. Sudah masuk kali kedua.
- PAS jangan cepat ghairah dengan salam tersebut. PAS masih hijau dalam 'game' gabung-bergabung ini. UMNO sudah punya game ini selama 50 tahun lebih. PAS punya istiqamah dalam perjuangan. UMNO punya sikap opportunis dalam berjuang. PAS-UMNO taakan boleh jadi orang-orang ansar dan muhajirin.
- Kalau PAS bergabung dengan UMNO, kemudian bergabung dengan PKR, orang melayu akhirnya mengamalkan semangat Asabiyyah yang tulen. Dan Allah (S.W.T) boleh sahaja menjadikan kita semua penyokong UMNO, tetapi yakinlah, kita akan tetap berselisih pedapat dan saling pecat-memecat.
Mempalit Lumpur, Jangan Terpalit ke Muka Mak-Ayah Sendiri
Qamar Bani Hasyim
- Sepanjang bulan puasa (kenapa kena bulan puasa?) Astro Oasis menyiarkan drama bersiri 'Qamar Bani Hasyim' untuk tontonan seisi keluarga. Running show pukul 2 & 6 petang, re-runs pukul 1130 malam. Kalau sesiapa yang rajin layan terawih dari Makkatul Mukarramah dan Madinatul Munawwarah (Kalau tak pi semayang terawih tak guna jugak), boleh sambung dengan re-runs Akademi al-Quran kat TV9.
- Drama berkisarkan sejarah perjuangan Rasul Junjungan (S.A.W) menegakkan syiar Islam dari kitab sejarah Bani Hasyim.
- Perangai kuffar kafir quraisy tu nampaknya ada sikit-sikit macam kat kadiaq pasemboq, Muh Sembap, Ali At-Taqwa dan Mah Bijan Malaysia.
- Wallahu'alam. Allah sahaja yang maha mengetahui.
- Ada kesempatan tengoklah drama Qamar Bani Hasyim ini. Jangan asyik terkinja-kinja 'Jangan Lupa Lirik Ja.