dupavisitometer

Lagi-Lagi Perpaduan

  1. Mungkin kerana insiden kepala lembu, mungkin kerana pilihanraya kecil Bagan Pinang, mungkin kerana semangat Ramadhan, mungkin kerana ada 'survey' baru, mungkin kerana semangat satu Malaysia yang sudah mula berakar-umbi, UMNO, melalui DS Najib, menadah tangan menjemput PAS untuk perpaduan umat Melayu.
  2. UMNO secara 'sukarela'nya menawarkan perdamaian dan penyatuan utuh umat Melayu, demi untuk kebaikan orang Melayu itu sendiri. Namun, ada syarat. Syaratnya, janganlah dihina lagi UMNO. Tunjukkanlah UMNO ini sebahagian daripada kamu, wahai PAS, dan PAS itu sebahagian juga dari kami, UMNO.
  3. Dulu, UMNO kata pengkhianat Melayu ialah Anwar Ibrahim. Dialah orangnya yang memecah-belahkan umat Melayu. UMNO secara tak langsung mengakui sokongan kepada DSAI kuat. UMNO seharusnya 'memujuk-mujuk' untuk bergabung dengan DSAI dulu, baru memikirkan untuk bergabung dengan PAS.
  4. Mungkin, DSAI tahu tipu-muslihat UMNO dan perpaduan cara UMNO. Cara projek, cara rasuah, cara tindas-menindas, cara berpolitik dengan duit. Mungkin sebab itu UMNO tidak mahu menghulur salam perpaduan kepada DSAI. Sebaliknya, salam perpaduan dihulur kepada PAS. Sudah masuk kali kedua.
  5. PAS jangan cepat ghairah dengan salam tersebut. PAS masih hijau dalam 'game' gabung-bergabung ini. UMNO sudah punya game ini selama 50 tahun lebih. PAS punya istiqamah dalam perjuangan. UMNO punya sikap opportunis dalam berjuang. PAS-UMNO taakan boleh jadi orang-orang ansar dan muhajirin.
  6. Kalau PAS bergabung dengan UMNO, kemudian bergabung dengan PKR, orang melayu akhirnya mengamalkan semangat Asabiyyah yang tulen. Dan Allah (S.W.T) boleh sahaja menjadikan kita semua penyokong UMNO, tetapi yakinlah, kita akan tetap berselisih pedapat dan saling pecat-memecat.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...