dupavisitometer

AF8 Dan Hulu Selangor

nasib baik AF8 tiada wakil dari hulu selangor. Kalau ada, entah macamana rupa populariti yang bakal diterimanya. AF8 hangat, tetapi, pilihanraya kecil hulu selangor lagi hangat. lebih hangat dari biasa.
Dan, mana-mana pilihanraya kecil pun sentiasa hangat membara.
kerana, di p'raya kecillah boleh buat 'come back'. boleh 'test' populariti. boleh buat 'study' macam merdeka centre buat. boleh 'create' isu. boleh tunjuk jaguh. boleh tunjuk siapa anak jantan. boleh perbetul persepsi.
tengok, skripnya sama. studio pengambaran sahaja yang lain. jalan cerita ubah sedikit. maklumlah, sekarang banyak musang berbulu ayam. dan banyak juga ayam berbulukan pelanduk. tembak ayam, bila sembelih, merasalah kita makan daging pelanduk. ini namanya, ayam jadi-jadian.
Sebagaimana jalan cerita filem-filem, mesti ada elemen dramatik. apakah dia dramatik itu? dramatik adalah apabila kita akan mula bertanya "kenapa jadi macam tu?". itulah dramatik. sentiasa meninggalkan kesan di hati penonton. Macam avatar dan godfather. banyak sangat persoalan.
Dan, akhirnya apabila dramatik-klimaks pecah pada tahap tertinggi, keghairahan menurun dan kita kena terima keputusan. beg samsonite sudah ada di tengah pentas. suka atau tidak, Anum kena keluar, walau top 3 yang disebut bukan Anum.
begitu juga dengan Hulu Selangor, suka atau tidak, keputusan mesti diterima dengan hati terbuka. lain kali jangan lupa SMS.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...