dupavisitometer

USA: Obama Lawan Orang Cerdik Pandainya Sendiri, Pembangkang, Akademia, Professional Dan Penyokong.

Bloomberg 30 Oct: Obama Bridge to Lasting Economic Expansion Risks Going Nowhere Salam.
28 Oct yang lalu, Obama mengisyhtiharkan yang GDP USA yang untuk suku ke-3 positif 3.5%. Yang terbaik dan positif sejak 2007. Obama yakin bahawa pakej stimulusnya sudah menunjikkan kesan dan dia dan pentadbirannya dalam laluan yang betul untuk pemulihan ekonomi yang kukuh.
Namun, berita diatas adalah pandangan dari professional ekonomi Obama sendiri, akademia, dan juga pembangkang dan penyokongnya. Kata mereka, mungkin Obama menganalisis dari segi ini, tetapi jika dilihat dari segi ini pula, ekonomi USA tidak kemana.
begitulah lumrah seorang pemimpin, setiap tindakan dan keputusannya pasti punya pertikaian.
Namun, kita perlu melihat ianya adalah satu proses yang sihat. Sekurang-kurangnya, semua orang yang berkepentingan (Baca:Rakyat), punya hak untuk mengeluarkan pendapat masing-masing. Dalam hal ini, dalam bloomberg.
Tetapi kita? Entah. Kalau komen, kena pandang serong pulak. Persoalan ekonomi menjangkau jauh dari hal-hal pembinaan jalan, bangunan, dan padang golf dan kadang-kadang jambatan.
Ekonomi adalah seni dan kepandaian mengagihkan sumber yang terhad kepada keperluan dan kehendak yang tidak terhad.
Agak-agaknya, sumber kekayaan dan hasil mahsyul negara kita ini diagih dengan seadil-adilnya ke tidak?
Yang pasti, sudah 9 tahun belanjawan kita defisit, negatif, kurangan. Rakyatlah yang berbelanja defisit, negatif dan kurang. pembesar macam itu juga.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...