dupavisitometer

[kritik] sempena 60 tahun penubuhan PAS


hari ini, pas menyambut ulangtahun 60 tahun penubuhannya. dan pas, sebagaimana umno kekal menjadi 2 parti orang melayu yang terbesar. pas dalam kerangka perjuangan ISLAM bermodelkan Ikhwanul Muslimin dan umno dalam kerangka nasionalis ala kehulu melayu kehilir pun melayu.

kalau bicara pasal pas dan umno sampai kiamat pun tak habis. sebab kedua-duanya dalam kerangka perjuangan yang berbeza. dalam lagu warisan, disebut melayu hanya tinggal kuasa, namun sebenarnya kuasa itu hanya ada pada melayu umno, bukan pada semua melayu.

pas dalam sejarah perjuangannya 50 tahun yang kebelakang, hanya berkubukan kelantan, berupaya menongkah arus 'pembangunan dan pemodenan' umno serta menerima tekanan dan konfrontasi umno dalam usaha menawarkan kerajaan berpaksikan undang-undang ISLAM dan berkebajikan kepada masyarakat yang sekian lama ditakut-takutkan dengan unsur 'nasionalisme' pesong dan korup umno.

antara milestone perjuangan pas ialah kerajaan perpaduan 1969, memali shoot-out, fatwa haji hadi, kepimpinan ulama, angkatan perpaduan ummah kolobrasi dengan semangat 46, kolobrasi reformasi anwar ibrahim dan yang mutakhir, kolobrasi pakatan rakyat bersama-sama PKR dan DAP.

aneh dan juga menghairankan, semakin pas dipotretkan sebagai hantu demokrasi dan diperlambangkan sebagai kemunduran oleh umno, semakin ia diterima ramai dan diterima oleh golongan professional dan akademia dan yang paling penting oleh rakyat. adakah kerana simpati atau merasakan pas merupakan 'the next best thing' in malaysia political landscap adalah sukar untuk dipastikan.

adakah ini sesuai dengan mood global sejagat yang sentiasa menawarkan pilihan alternatif, jika tidak demokrat, boleh pilih republik, jika tidak FB boleh pilih myspace, jika tidak yahoo boleh pilih google, jika tidak tukar tiub, boleh pilih papagomopornoumnostraydog. jika tidak umno, boleh pilih pas.
cuma, rakyat semakin terbuka dan menuntut lebih, jika mereka tidak dapat apa yang dituntut, langit sudah terbuka untuk mereka. jangan sampai rakyat makin cerdik tetapi pas dan umno tidak upaya untuk ikut cerdik dengan cerdik rakyat.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...