dupavisitometer

Keutuhan Ringgit; Adakah Ekonomi Kita Benar-Benar Solid?

Dalam tempoh berkempen sibu yang lalu, terdengar juga pengumuman yang pertumbuhan ekonomi kita tahun ini 10 percent lebih. satu lompatan galah untuk sebuah negara yang mempunyai unjuran bajet defisit. untuk 2010, ekonomi kita adalah defisit 5 persen dengan pertumbuhan awal jangka sebanyak 3%.
pakailah mana-mana data pun, pakailah mana-mana persen pun, terpulang kita menafsirkan.
Cuma, ringgit semenjak 3 minggu yang lalu mula diberikan perhatian, bukan kerana ia adalah matawang niaga yang paling stabil dibandingkan dengan kadar matawang asia yang lain, malahan juga kerana pasaran matawang ringgit sangat huru-hara (fluctuate) dengan margin pergerakan yang tinggi.
margin pergerakan tinggi mengundang kehadiran fund players dan spekulator pasaran. ketidaktentuan turun naik matawang ini mebimbangkan. ianya baik untuk import players, namun menekan export players.
Contohnya, dengar kadar ringgit sekarang, beg gucci, marc n jacobs atau parfume CK free yang fully imported seharusnya lebih murah, kerana ia datang dalam USD dan ditukarkan ke ringgit. jadi, margin keuntungan importer seharusnya lebih tinggi.
lain pula halnya dengan export, yang mana export iaitu menjual apa sahaja yang bakal mendatangkan pendapatan kepada negara. kita menjual/mengeksport hasil negara dengan harga yang lebih rendah ke pasaran-pasaran yang berorientasikan USD. berniaga ke mekah, menggunakan riyal tidak masuk buku.
Dengan kekuatan ringgit, barangan kita menjadi mahal. dengan kekuatan ringgit, ekonomi domestik dapat dirancakkan. Cuma dengan keutuhan ringgit kini ia lebih berpihak kepada siapa, si importer atau eksporter?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...