dupavisitometer

middle finger: banyak lagi yang kerajaan boleh jimat selain kurangkan suhu aircond

siapalah yang memberikan idea bongok keapda bernard dompok bahawa penjimatan dan alam sekitar dapat diselamatkan dengan mengurangkan suhu aircond pejabat kerajaan. 

ianya langkah bongok sebab penjimatan yang lambat dan kurang memberikan impak.

secara persepsinya, cara cepat pantas dan puas hati untuk kerajaan berjimat ialah dengan:-

1, berhenti tanggung bil-bil utlities pak-pak menteri. setahun 10 juta apa cerita ni?
2. berhenti tanggung bil-bil perbelanjaan isteri-isteri pak menteri bershopping.
3. berhenti tanggung ,bil-bil intan permata isteri-isteri pak-pak menteri. pau rm 250 duit rakyat sama keji dengan beli emas permata 24 juta. ingat tu.
4. berhenti tanggung duit petrol pak menteri yang bukan atas kerja rasmi. kalau rakyat boleh keluar duit gaji sendiri bayar petrol, kenapa pak menteri atas urusan parti pun tanggung?
5. potong gaji pak menteri dan elaun-elaun yang tak perlu, keraian umpamanya. nak rai tanggung sendiri la brader. rakyat buat kenduri tak pernah pau duit kompeni pun!
6. berhenti bagi kontrak-kontrak dan projek-projek yang confirmed cost overrun dan tiris. sebagai sebuah kerajaan, mesti ada sistem audit yang relaible untuk pantau dan react semua benda ni.
7. standardkan kereta pak menteri hanya keluaran tempatan. kereta personal pun pakai kereta tempatan. sebagai eksekutif sebuah kerajaan, kena pakai lah barangan buatan malaysia, tak kira atas urusan rasmi ke tidak, 
8. kalau majlis menteri cukup dengan sistem PA yang mantap. tak perlu pentas, susun bunga dan perarakan, karpet, aircond kehmas 1st class, semua tu membazir. 
9. jangan ajar pegawai-pegawai kerajaan berlagak. bila nak berlagak kena berbelanja tinggi. 
10. yang lain fikirkanlah sendiri, tapi definitely not reducing the aircond temp. sound sooo middle finger up!

kenapa kerajaan boleh accept idea hanyir macam ni?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...